Thursday, December 27, 2007

Apa Kabar...


Dah seminggu Pak Yob balik dari Hanoi (orang sana eja Ha Noi), bukan dalam rombongan Indica...tapi pergi bersidang selama seminggu. Bila lama tak memblog ni, alasannya jari jemari makin hari makin keras nak mengetuk papan kekunci komputer...jadi memandangkan tak ada isu yang terlintas di benak fikiran, Pak Yob rasa nak cerita jugakla pengalaman selama seminggu di Ha Noi tu... Awal pagi...menanti teksi untuk ke tempat persidangan

Friday, October 05, 2007

Rasa Sayang siapa yang empunya?

Baru-baru ini heboh dengan isu perebutan hak keaslian lagu "Rasa Sayang", negara jiran bermati-matian atas dasar nasionalis kunun mendakwa lagu itu kepunyaan negara mereka, lantas menuduh Malaysia merampok khazanah budaya mereka. Isu ini malah disuarakan di Parlimen mereka persisnya seperti Parlimen Malaysia yang pernah ribut dengan isu Lagu Negaraku yang dinyanyikan oleh Hattan. Tercetusnya isu ini apabila mereka menyedari Malaysia menggunakan lagu Rasa Sayang sebagai lagu tema kempen truly asia untuk sektor perlancongan negara, mereka berasa tidak senang dengan tindakan ini, apatah lagi bila dirasakan lagu itu hak ciptanya milik indonesia. Andai benar dakwaan itu, bukankah mereka sepatutnya berbangga kerana sebuah negara maju seperti Malaysia menggunakan lagu dari negara mereka untuk tujuan promosi. Bagi PakYob Malaysia lebih bijak menangani isu ini dengan melabelkan lagu itu sebagai karya nusantara, ada benarnya, lagu ini dinyanyikan sejak berpuluh tahun lamanya di Malaysia, Indonesia serta Singapura, tambahan pula sehingga kini tiada siapa tahun pencipta asal lagu ini.

Negara sebelah sana seolah sengaja mencari isu untuk menganyang Malaysia, dari satu bacaan PakYob di ruang siber, bukan sahaja lagu Rasa Sayang yang mereka tagih hak ciptanya malah banyak perkara remeh lain seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Teh Tarik, Rojak, laksa, Sambal Belacan dan Cendol. Bagi PakYob mereka patut sedar, rumpun melayu itu besar, proses migrasi berlaku dengan aktif sejak berpuluh tahun dahulu, ramai rakyat Indonesia berhijrah ke Malaysia dan Singapura, begitu juga sebaliknya. Memang tidak dinafikan hubungan antara kedua negara agak panas, malah rakyat jiran itu yang terkenal dengan emosinya sering mengadakan tunjuk perasaan sebagai tanda protes hingga Jalur Gemilang juga dibakar dengan sewenangnya. Kerajaan banyak bersabar dengan karenah mereka ini, golongan TKI yang melimpah ruah juga pening untuk ditangani, apatah lagi mahu melayan sarkis-sarkis diseberang.

Mungkin rakyat Malaysia juga ada salahnya, kita kekadang seolah terlalu mengagungkan mereka, contohnya kebanjiran artis seberang hingga menguasai pasaran tempatan. Sebaliknya artis malaysia yang "kesana" berapa kerat sangat, itu setelah melalui berbagai karenah seperti lagu asal perlu diubah keasliannya mengikut acuan disana. Jika hubungan ini adil, kita tak perlu membuat bising, tetapi ianya jelas berat sebelah, sehingga artis seberang ini sudah menjadi "Ikon Besar" terutama penyanyi berkumpulan. Mungkin kita perlu membataskan perhatian serta minat kita hanya pada unsur keilmuan, cukup sekadar mengkagumi serta menerima falsafah atau pemikiran insan seperti HAMKA, Pak Natsir atau Pramoedya Ananta Toer atau menghayati kerja seni Rendra, Cairil Anwar serta Amir Hamzah....rasanya kita tidak perlukan terlalu banyak Peter Pan, Padi, Dewa 19, Radja atau Kris Dayanti sekalipun kerana ketaksuban kepada mereka lebih membawa kebejatan dari kebaikan...namun ini hanya pandangan peribadi PakYob, kerana kita harus sedar diluar sana ramai orang-orang Malaysia yang sangat fanatik pada artis seberang ini, malah Pak Yob sendiri harus mengakui meminati lagu-lagu D'Lloyd, Mr. Indica sendiri cukup senang mendampingi tembang kenangan Broery Marantika serta harvey Malaiholo sebagai halwa telinga sehinggakan mampu menyampaikan lagu "Pamit" sebaik penyanyi asalnya, Budak Budu mungkin rapat dengan lagu-lagu Farid Harja atau titiek puspa? Sarajiha dengan Rano Karno dan Farouk Afero serta Roy martin mungkin? oni pula pastnya menggemari gelagat trio Dono, kasino, Indro itu sekadar telahan gurauan Pak Yob saja, jangan pula mahu diganyang Pak Yob nanti.

Monday, October 01, 2007

Diari Hujung Minggu.

Sabtu Pak Yob sekeluarga ke KLCC, berbelanja untuk lebaran kononnya, penat juga berlegar kat KLCC dalam bulan puasa ni, apatah lagi kalau sekadar "window shopping". Baju Yad, Ira, Yaya, Arah semua dah selesai, baju Pak Yob dah dibelikan oleh MakYong lebih awal lagi....baju Mak Yong? nanti Pak Yob hulur duitnya sajalah, citarasa orang perempuan ni susah sikit...lebih senang meneka jantina budak dalam perut dari meneka citarasa mereka. Raya ni kurang sikit belanjawannya, maklum saja, kakitangan awam macam kami ini "ditiadakan" bonus tahunan, maka sekadar apa yang ada sajalah, kebetulan kereta pun dah sampai waktu untuk diservis, maka makin susutlah kantung duit PakYob, tapi mujur juga ada ganjaran Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, maka tertampung jugak belanja raya kami.

Ira tengah memikir fesyen raya dia tahun ni..maklumlah, raya pertama
baginya di dunia.


Ira tengah buka puasa......

Yad tengah tak sedarkan diri bila dapat susu....

Pak Syeikh celup...yang tiga orang tu dah ok, cuma yang ujung tu alamak, macam lari dari semayang terawih je...ni mesti dia cakap kat mak dia nak pi terawih, rupanya main muzik kat KLCC.

Thursday, September 27, 2007

yad and Ira goes to school.....

hari ni masuk hari ketiga yad ngan ira ke taska....hari pertama keduanya macam redha, hari kedua dan ketiga, yad mula buat perangai...mengangis bila sampai di taska, tapi ira masih redha...cuma jadual susunya terganggu, maklum saja, persekitaran baru, dengan Pak Yob sendiri pun ira masih canggung untuk disusukan. Sebelah petang waktu diambil pulang, keduanya nampak selesa, bermain dengan kenalan sebaya. Pak Yob dengan Mak Yong memang sedih dan sedikit gundah memandangkan ini kali pertama keduanya dijaga diluar rumah, tapi kami sedar, kami tiada pilihan selain mengharapkan yang terbaik akan terbit dari keputusan ini. Dipejabat bila tidak berapa sibuk, pasti bayang yad dan ira akan menjelma di fikiran.....bagaimana agaknya mereka...mungkin sedang bermain..mungkin sedang belajar..mungkin sedang makan..mungkin sedang tidur....dan macam-macam lagi...Yad memang rapat benar dengan Pak Yob, setiap kali hendak tidur malam, pasti dimainnya cuping telingan Pak Yob....dia akan marah kalau Pak Yob beralih. Ira rapat dengan mummy, maklum saja bayi menyusu badan.....bila agaknya yad akan betah berada di taska..mungkin budakbudu ada pengalaman?


Wednesday, September 26, 2007

Pergi tak kembali...

hari jumaat lepas Pak Yob terpaksa ambik emergency leave gara-gara si Bibik minta keizinan pulang ke kampung, kononnya ibunya meninggal. Katanya dia mahu menatap wajah arwah ibunya buat kali terakhir sebelum disemadikan, Pak Yob maklumkan pada si Bibik, mustahil dia dapat tunaikan hajatnya itu atas pelbagai faktor seperti masa dan tempat yang tidak menyebelahinya. Si Bibik terus mendesak, malah mahu Pak Yob dulukan duit andai terpaksa pulang dengan pesawat....arggghhhh..amcam-macam ini Bibik. Si Bibik terus merintih, katanya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. arwah ibunya ada berpesan, jasadnya harus dimandikan oleh Si Bibik, Si Bibik pasrah, dia sedar mana mungkin dia dapat tunaikan amanat akhir ibunya itu, lalu sekurang-kurangnya dia perlu ada disisi ibunya tatkala jenazah melalui perjalanan terakhir meninggalkan alam ini. Pak Yob sememangnya tiada keberatan untuk melepaskan si Bibik pulang atas dasar simpati serta kemanusiaan, apatah lagi melihatkan si Bibik tiada henti linangan airmatanya. Pagi sebelum berangkat pulang, si Bibik mohon diserahkan semua wang gajiannya, termasuk bulan september yang berlum pun berakhir, Pak Yob akur, kecuali wang gaji bulan september tidak Pak Yob serahkan atas alasan wang itu akan digunakan untuk membayar penalti andai si Bibik tidak pulang ke Malaysia.Lalu pagi jumaat itu sekitar jam 11.30 si Bibik berlepas pulang dengan feri berbekalkan tiket pulang ke Malaysia.......malangnya sampai ke hari ini, Si Bibik tidak pulang-pulang...mungkin tiketnya hilang..atau kewarasannya yang hilang...Pak Yob akur dan redha, lebih baik si Bibik pulang dari menjaga Ziyad dan Ira tidak sepenuh hati. Hari isnin Pak Yob sambung cuti sambil sebelah petangnya kami sekeluarga meninjau-ninjau taska sekitar mukim untuk Ziyad dan Ira. maklumat terkini yang kami dapat, si Bibik rupanya sering bermimpi yang suaminya ada perselingkuhan dengan wanita lain, lalu hati si Bibik sering cemas....soalnya adakah ibunya benar-benar meninggal? atau sekadar alasan si Bibik?.....waduh! ini perlukan penyiasatan persisi Sherlock Holmes atau Kojak...Remington Steele pun bisa kalau perlu.

Buat si Bibik, terima kasih atas perkhidmatan selama 7 bulan bersama kami, semoga bibik gembira dengan keputusan Bibik itu, andai itu yang terbaik buat Bibik...andai Bibik mahu pulang kek pangkuan kami...kami tak sudi menerima Bibik kembali....harap maaf...kerana tuba yang bibik pulangkan atas madu yang kami beri.

Thursday, September 13, 2007

suatu ketika dahulu..

Peredaran dunia reka busana begitu sukar dijangka diduga..suatu ketika dahulu satu-satu fesyen yang begitu "trendy" boleh menjadi bahan lelucon pada lingkup waktu yang lain. Sebagai bukti Pak Yob lampirkan video ini, Pak Yob jamin kalau tidak menghadirkan tawa, sekurang-kurangnya senyum akan terlahir.

Wednesday, September 12, 2007

Al-Fatihah..

belasungkawa buat arwah Haji Jamal Othman....suami kepada mantan ketua bahagian Pak Yob, arwah meninggal dunia pada detik melewati waktu maghrib. Sehingga ketika ini,Pak Yob tidak pasti bagaimana detik- detik terakhir arwah. Arwah sememangnya pada tahun-tahun kebelakangan ini sering terganggu kesihatannya, terutama masalah jantung. Pak Yob terima khabar mengejut ini pada jam 9.30 malam, sekitar jam 10.15 pak yob bergegas kediaman arwah, namun pada sehingga saat Pak Yob melangkah pulang sekitar jam 11.00, jenazah masih belum tiba di rumah.

Pagi ini Pak Yob sempat menziarahi serta menatap wajah arwah buat penghabisan kalinya, arwah sememangnya seorang yang mudah mesra dan murah dengan jenaka. Pak Yob percaya, jika rakan-rakan rapat arwah terasa kehilangannya, ahli keluarga arwah pastinya lebih dalam sedih pilunya. Buat keluarga arwah, Cik Su dan anak-anak, semoga tabah menjalani penghidupan, yang hidup pasti merasai akan kematian, buat yang ditinggalkan, kirimkan apa yang sepatutnya buat bekalan arwah di alam sana.

Thursday, August 30, 2007

Malaysia Menang!

Akhirnya pasukan bolasepak negara berhasil menghadiahkan sebuah kemenangan ulung sebagai habuan pencinta bolasepak negara. Kemenangan 3-1 keatas Myanmar dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka edisi terkini itu cukup bermakna. Tidak kebah lagi kemarahan rakyat malaysia apabila rasa diri dipalit keaiban akibat persembahan hambar pasukan negara di Kejohanan Piala Asia yang lepas, kini kerabat FAM seakan diberi pengampunan dengan kejayaan yang dicatat malam tadi. Persembahan pasukan negara memang mantap seawal minit pertama lagi ramuan yang dihasilkan oleh B.Satianathan memang berhasil mengulit pasukan Myanmar, hasilnya persembahan mereka jauh berbeza berbanding sewaktu muncul juara pada kejohanan yang sama sebelumnya. Seingat Pak Yob, pasukan inilah yang ditawarkan oleh FAM untuk berdepan dengan pasukan MyTeam ciptaan realiti tv, mungkin sebahagian besar pemainnya telah berubah, namun apa yang jelas...skuad ini mampu mengaum seperti mana pasukan "Harimau" yang pernah dibentuk oleh FAM suatu waktu dahulu.



Keseluruhan pasukan bawah -23 tahun negara ini harus diberi perhatian, pembentukkan mereka belum berakhir, Pestabola Merdeka bukan kemuncaknya, masih banyak lagi kejohanan yang menawarkan merit yang tinggi bagi ranking bolasepak dunia yang perlu dihadapi oleh skuad ini. FAM harus belajar dari pengalaman lampau, mungkin asuhan seperti mana yang diberi pada "SKUAD HARIMAU" boleh diadaptasi kembali. Skuad bawah-23 tahun ini bukan sahaja dapat menguasai elemen taktikal permainan, tetapi setiap pemain turut mempunyai kemahiran asas yang baik.



Tahniah Malaysia, Terima Kasih Pak Yob buat wira bolasepak negara.

Wednesday, August 22, 2007

Tribute to Perak F.C

Teman nak kongsi entry ni bersame Mr. Termizi dan Atan....Kejor yob Kejor. Walaupun semangat serta keghairahannya tak same waktu adanya nama besor seperti Azizol Abu Haniffa, S. Silvarajoo, P. Ravindran, Wan Ahmad Kamal, Rais Rashid, NAzreen Chong@Chong KIm Boon, Zulkifli MAnsor, Roafandi Yusof, Idris Kadir, Zaidi Napiah dan ramai lagi pemain seangkatan mereka, pada aku, walaupun tiada banyak piala yang dimenangi, tapi itu adalah era emas mutu bolasepak perak yang dinilai bukan dari sudut bilangan kejuaraan, sebaliknya mutu permainan.

Bila Produk Negara Diaibkan...

Ini kisah produk malaysia dibawah jenama PROTON, sebuah rancangan permotoran dari Britain telah mengulas mengenai model SAVVY, ternyata ulasannya dibuat secara komikal dan sindiran seolah produk kebanggaan negara itu hanyalah sebuah produk picisan.



namun dari sudut yang lain, bukan kereta Malaysia sahaja yang ditertawa, malah banyak lagi model yang lebih "gergasi" disendakan oleh pengendali rancangan ini.

Bila Pak Yob Terkenang Vol.1.

Ali Setan
lagu ini mengingatkan aku kembali pada zaman "Campus Life". korang rasa tak apa yang aku rasa?



Bukit Kepong
Filem ini sentiasa membuatkan air mataku bergenang, rasa benci pada Chin Peng dan angkatannya pasti meluap. Part polis-polis perkenalkan diri pada Sarjen Jamil adalah segmen kegemaran aku, part itu yang buat aku rasa nak jadi polis.Alfatihah buat wira-wira negara yang terkorban dalam tragedi "Bukit Kepong". buat Tan Sri Jins Shamsudin, bila lagi filem Pasir Salak nak keluar?



Darah Satria
Satu lagi filem tentang keperwiraan wira negara, filem ini juga membangkitkan semangat cintakan negara dalam diri aku.



Prebet Lapok
Filem ini juga merangsang rasa cintakan negara, tapi dalam genre yang berbeza.



Sikit Punya Gila
Filem ini mengembalikan zaman kegemilangan Bas Mini serta Konduktor Bas yang hampir pupus.

Monday, August 20, 2007

Jebon?

Kalau tak kerana P.Ramlee, mungkin perkataan Jebon itu tiada lagi dalam masyarakat melayu masakini. Apa maksud Jebon? dalam kamus dewan tiada tersenarai kalimah ini...mungkin maksudnya hanya diketahui oleh warga Jalan Ampas ketika itu.

boys day out...

latihan vokal..

sesi memanaskan badan..

Yob jr.


Hari sabtu lepas, mak yong ( bini pak yob ) ada aktiviti riadah bowling di alamanda...ada tournament peringkat pejabat antara bahagian or antara cubicle aku pun tak sure, so aku ngan yad "terbiar" merayau-rayau kat kompleks paling terkenal di wilayah Putrajaya itu. Yad aku belikan sebuah buku berirama dari cerita animasi "cars", kebetulan MPH tengah buat sales di dataran tengah kompleks alamanda, kami juga berpeluang melihat dengan dekat model proton persona yang "kununnya" menjadi pride n joy syarikat mobil raksasa negara itu, pada pengamatan aku, tak banyak bezanya dengan model Gen2, mungkin lebih kompetitif dari segi harga dan spesifikasi yang ditawarkan, namun aku tidaklah jatuh hati dengan model ini, bukan aku anti -proton sebab aku juga pernah jadi ahli PROCC ( proton car club),cuma tidak untuk model ini.

Mak Yong habis main jam 11.15, kami denda dia belanja makan tengahari di RASA, pekena nasi goreng cina dalam kuali yang memang menjadi kesukaan aku.

Pukul 1.30, Kami bawa Ira untuk sesi fisioterapi untuk melegakan kahak dalam badan, kesian Ira, sayu hati bapa ini melihat anak kecilnya menjalani sesi yang begitu dramatik yang pastinya amat menyeksakan bagi seorang bayi kecil.








Friday, August 17, 2007

Pemberian seorang teman.

Seumur hidup aku inilah kali pertama aku mengenakan "menatang " ni.



Cufflinks are items of male jewelry that are used in dressy shirts in lieu of buttons on the sleeves. A relatively recent innovation in male attire, cufflinks supplanted the old-fashioned tie which previously held men's shirt sleeves closed at the wrist, and were themselves supplanted by buttoning cuffs.

Cufflinks are still in vogue for formal wear, and require that the dress shirt be made with French cuffs. These are sleeve ends that are longer than the arm to the wrist, so that uncuffed, they fall to the knuckles. The sleeve is folded back one turn, and then clipped together with the cufflinks through the 'buttonholes,' a misnomer here, since there is one hole on each side and no button.

Buat Saudara Mohd Termizi Othman,

terima kasih daun keladi,
kalau ada lebih,
lain kali boleh bagi lagi.

Friday, August 10, 2007

Sebuah Manifestasi kebosanan si cilik.

Ya, jelas sekali aku dalam fasa kebosanan, orang tuaku masih di
gelanggang rezeki, abangku sibuk dengan perihal dirinya. Ya, dia
juga seperti aku, belum cukup matang untuk mengurus diri, apatah lagi memahami isi emosiku saat ini.


Panahan kebosanan ini semakin kuat tusukannya, mahu saja
ku berlari, melompat atau mungkin bergurindam sepuasnya, namun,
apakan daya...itu bukan fitrah insan seusiaku, aku tak sabar menantikan detik itu....detik bila aku sudah bisa menguasai seluruh deriaku.

bagaimana mungkin aku lenyapkan emosi bosanku saat ini,
apa saja yang keluar dari peti warna itu tidak bisa aku fahami,
bahasanya adakala seperti tuturan orang tuaku, ada kala
persis dialek bibikku malah ada juga yang pelat seperti
abangku.


Ya, aku pasrah..mungkin dengan lelapan mata, aku
dambakan pabila tersedar kelak, anasir bosan dalam
diri ini akan lenyap persis mimpi yang telah sudah.



Pak Yob (Bangi : 9 Ogos 2007)

Thursday, August 09, 2007

9 tahun yang lalu...

Pada satu hujung minggu tanggal 22 Ogos 1998, 12 pelajar UiTM kampus Shah Alam berlibur sambil berekriasi di Bukit Cerakah. Satu pengalaman yang menarik dan tiap kali gambar ini ditatap, pasti terbit rasa rindu pada rakan-rakan, gurau senda, tawa ria semua kenangan waktu bergelar mahasiswa walaupun tak semuanya indah, tapi ianya tetap menjadi pengalaman yang paling sukar dilupakan. Sepertimana aksi anak muda dalam kehidupan kampus yang digambarkan melalui filem "Ali Setan", begitu jugalah pesis kehidupan kami di kampus. Kehidupan "gila-gila" yang sukakan kegemparan dan sentiasa mencari modal untuk menjadikan kehidupan kampus kami menggembirakan, biarpun poket kosong...hati tetap mahu gembira.

Idea rekreasi di Bukit Cerakah ini datang dengan spontan, justeru ia menjadi antara siri "idea gila" yang pernah kami lakukan bersama selain idea "mencukur misai" dan "menggondolkan kepala". Pengalaman indah tapi meletihkan, itu "upah" yang kami dapat dari aktiviti tersebut.
Pastinya 12 "gagak hitam" yang terlibat dalam aktiviti ini masih ingat kenangan yang berlalu hampir 9 tahun yang lalu.


Ad Ulo, Ah Fong, Ustaz, Sarjen, Kutty, Sireh, Bob, Lan Lecture, Sudirman, Semenyih, Gombal
dan E.T ( tukang ambik gambar).

Wednesday, August 01, 2007

Da Making Of Projek Merdeka......


Pastikan suhu bilik berada pada tahap yang paling ideal


Bahan Rujukan Utama....... untuk pencinta era silam,
buku ini cukup menghiburkan serta begitu nostalgik sekali

Rakaman sejarah yang unggul...bahan nadir yang perlu dihormati


Poster pameran in da making....


Poster-poster yang dah siap....

Off Handphone...jangan ganggu aku....




Thursday, July 26, 2007

Anak-anakku.....ira & yad.



memandangimu saat tertidur
tak pernah aku sekhawatir ini dalam hidup

sungguh, usia anak-anak sudah kau lewatkan
betapa lekas waktu mematangkanmu menjadi dewasa
membuat aku dan ibumu begitu renta
dan usia perkawinan kami menjadi sangat sederhana

aku dan ibumu silih berganti mengawasi tidurmu
kulitmu putih, matamu jernih
dengan senyum seindah pagi, kami tahu kau bermimpi
segala yang menyegarkan mantul di wajahmu

tak pernah aku sekhawatir seperti saat ini
maka kuterjemahkan cintaku kepadamu
dengan lembut kutepuk nyamuk pada kulitmu
dengan hati-hati menyelimutimu

aku cinta padamu, nak, seperti juga cinta
pada ibumu


Ziyad Faruqi & Zaheera Safiyya

Awas bila parking kereta.....

Kejadian ini baru berlaku petang semalam di kawasan letak kereta bawah bawah tanah milik sebuah pasaraya di Bandar Baru Bangi. Kejadian vandalisme yang memang menyakitkan hati, bayangkan bagaimana perasaan anda bila mendapati kereta kesayangan yang baru 3 kali bayar instalment disembur dengan cat? hati mana yang tak terbakar. Dalam kejadian petang itu, 5 buah kereta telah disembur cat, sewaktu kami (aku dengan ziyad) sampai ke lokasi kejadian (macam mazidul 999 la pulak....), hanya ada tiga kereta mangsa yang masih ada, 2 mangsa lagi telah beredar pulang. Tiga kereta yang terlibat itu ialah, sebuah mercedez benz (disembur cat putih), Gen2 (disembur cat putih) dan sebuah proton iswara (disembur cat hitam). Pengawal keselamatan yang ada disitu sedang berpeluh-peluh dan terkulat-kulat disergah pemilik kereta mercedez yang memang tengah naik minyak...."aku kalau dapat budak ni, memang aku pacak tangan, tak kira la budak ke orang tua.." antara kata-kata geram yang keluar dari mulutnya. Aku tak tahu nak komen apa...sebab hati ini dapat merasakan kesedihan dan kepiluan mangsa kejadian, mungkin inilah hasilnya kalau kesedaran sivik itu tidak bermula dari rumah...atau sebuah kisah persis "anakku sazali ".....kasih sayang yang terlampau atau kurang kasih sayang?....yang pastinya lokasi itu aku tinggalkan tanpa ada sebarang penyelesaian antara pemilik kereta dengan pengurusan bangunan.....si pendajal pula entah dimana pula mereka jalankan aktiviti pendajalan mereka....sementara itu...jika anda berada di sekitar Bandar Baru Bangi pastikan kereta anda diletakkan dikawasan yang mudah dilihat atau dikawsan sibuk...kerana pendajal ini pastinya masih bebas....

Antara kereta yang menjadi mangsa.......

Wednesday, July 18, 2007

Al-fatihah.....

salam takziah buat seluruh keluarga ank kapal helikopter Nuri yang secara rasminya telah diistyharkan meninggal dunia....semoga tabah dan cekal menghadapi hari mendatang tanpa insan tersayang yang telah pergi mengadap ilahi. Memang bukan perkara mudah untuk menghadapi dugaan tuhan ini, namun itu semua resam manusia, setiap yang bernyawa akan mati...itu ketentuan dan perjanjian ilahi. Semoga roh mereka yang pergi dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang syahid....

Tuesday, July 17, 2007

Bila Anugerah itu menjadi satu pembohongan..

Kecoh seluruh jabatan kerajaan bilamana Pak Menteri Kabir negeri yang penuh ehsan ini mengatakan yang penganugerahan "Anugerah Khidmat Cemerlang" yang diamalkan oleh agensi kerajaan itu telah bersifat pembohongan yang terancang, meyambut tempelak pak menteri itu, maka bertempiklah "wira" kakitangan kerajaan menidakkan kenyataan itu, kenyataan itu satu dusta yang mencemar sistem yang diamalkan selama ini. Corak penganugerah ini diberikan sebenarnya dah ramai yang sedar dan perasan...cuma tiada yang mahu membangkitkannya, mungkin bimbang bila "sampai giliran"..anugerah jatuh ke tangan orang lain. Apa kata pak menteri itu ada benar, mungkin tak berlaku di semua agensi.....tapi itu memang hakikatnya...namun dari sudut menaikkan moral pekerja ada positifnya, pekerja yang memang cemerlang akan rasa dihargai, pekerja yang kurang cemerlang akan rasa "terperli" lalu menawarkan perkhidmatan yang cemerlang pada masa hadapan. itu perihal anugerah...bagaimana pula dengan perihal PTK? rasanya amalan ini lebih jelas terancangnya...walaupun mungkin tak berlaku "pembohongan"....kakitangan yang telah lulus lebih awal tidak diberi ganjaran kenaikan pangkat kerana rakan yang "menjadi pilihan" belum lulus...lalu dia diberi anjakkan gaji (untuk memujuk hati lara), itupun kalau ada kuota yang mencukupi....fikir-fikirkanlah...setiap sistem itu dicipta dengan niat yang positif, namun tiada sati sistem ciptaan manusia pun yang sempurna....mungkin isu yang negatif ini terlalu kecik jika dilihat dari impak sebenar sistem tersebut....cuma itulah manusia...yang kebejatan orang itu biasanya mahu ditatang lebih dari yang indah....

Nuri oh Nuri

Minggu ni pastinya liputan dada akhbar tertumpu pada peristiwa "Nuri Hilang". peristiwa yang dianggap trajedi itu pastinya akan mengalihkan sedikit tumpuan rakyat malaysia akan perihal Sirul Azhar, Azilah Hadri, RAzak Baginda....mahupun si mati..Aminah Altantuya. Sehingga ke catatan ini, masih tiada sebarang kesan dan jejak dari anak kapal mahupun kenderaan Nuri itu sendiri. Usaha yang pelbagai giat dilakukan, dari amalan moden bersandarkan sains dan teknologi sehinggalah amalan berteraskan ilmu wahyu....ilmu syirik? wallahuaklam...semoga mangsa yang terlibat selamat kembali ke pangkuan keluarga...amin..

Thursday, February 22, 2007

sesuci cinta safiyya

alhamdulillah tepat jam 11.15 malam , 20 hb kelmarin, isteri aku selamat melahirkan cahaya mata kedua kami.....seorang bayi perempuan seberat 3.3 kg. Zaheera Safiyya...begitulah nama bayi kami itu....dengan kelahiran normal, era (nama yang dipanggil oleh taiko dia...abang yad) mengambil masa kurang 15 minit untuk lahir melihat dunia ciptaan maha esa ini. Kelahiran Ira disambut oleh Profesor Dr. Mohd Jamil Mohd Shariff (ex UKM), yang merupakan pemilik KPMC (Kajang Plaza Medical Centre). Sepertimana kelahiran Ziyad, aku turut sama disisi isteriku untuk menyaksikan saat indah menerima anugerah yang esa.(cuma kali ni aku dan pro sikit le...). Buat era...baba akan cuba sebaik mungkin untuk menghargai dirimu dengan kasih sayang dan bekalkanmu dengan keperluan dunia dan akhirat...buat Ziyad, walaupun yad kena berkongsi kasih dengan era, kasih sayang baba tetap sama. Buat Mummy....kasih sayang baba buat mummy pun tak berubah..cuma peratusnya tu kena bahagi dengan yad dan era..mereka ini anugerah Allah buat kita...semoga kehadiran mereka mengutuhkan lagi keharmonian hidup kita...dan yang terpenting...permohonan mummy untuk "berehat seketika" telah baba luluskan....he..he..

Saturday, February 17, 2007

second comeback

sekali lagi aku cuba buat "comeback" setelah comebanck yang sebelum ini nampaknya gagal....orang putih cakap "hot-hot chicken shit"...hopefully kali ni aku akan berjaya meng"istiqamahkan"kehadiran aku dalam blog ni..itupun jika ada kelapangan la....lebih indah lagi kalau "comeback" aku ni disertai oleh teman-teman blogger seperti encik mangga dan encik budu....i'm back 4 good (hopefully laa...)...