Saturday, April 06, 2013

Catatan Dari Bumi Anbiya' 2 : Perihal Jam tangan Mekah


Jam tangan mesra islam.
Kalau disebut Jam Mekah, pasti yang terbayang ialah jam-jam buatan negara china yang dijual oleh penjaja di jalanan atau dikedai-kedai. Jam dengan jenama yang agak asing ini dijual dengan harga semurah 5 SR hingga 10 SR. Tetapi jam tangan yang akan saya kisahkan ini ialah jam yang lebih berkualiti serta mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang muslim, iaitu waktu solat serta arah kiblat. Terdapat dua jenama yang menawarkan ciri-ciri tersebut, iaitu CASIO dan AlFAJR.

1) Casio Prayer Compass.

Model CPW 310 ini sudah lama berada didalam pasaran, iaitu sejak tahun 90an, jam ini juga dikenali sebagai Jam Tok Guru kerana ia turut dipakai oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Sewaktu diawal keluarannya,jam ini boleh didapati dengan harga sekitar RM200, tetapi harganya mulai meningkat apabila mula mendapat sambutan, menurut seorang penjual jam yang saya temui, ada kedai yang telah mula menawar harga sekitar RM400 kerana model ini mulai sukar ditemui dan syarikat pengeluarnya, Casio telah mengeluarkan model gantian. Jam ini saya beli dengan harga RM374, sementara ketika berada di  Mekah, model yang serupa dijual dengan harga 438 SR ( kira-kira RM357).

Casio Prayer Compass CPW310

Dikotaknya turut disertakan perakuan seorang ahli falak, AlHabib Alawi berkenaan ketepatan arah kiblat yang dijana oleh kompass pada jam tangan ini.

Set lengkap sepertimana dipasaran.

2) AlFAJR

AlFAJR adalah jenama yang popular di Arab Saudi, jam ini buatan China, tetapi mempunyai kualiti yang bagus serta mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti yang ada pada Casio CPW310. Sewaktu di Mekah, saya sempat membeli dua utas jam ALFAJR, iaitu model WP-04 G dan WY 16. 

ALFAJR model WP-04 G yang dibeli dengan harga 100 SR, jam ini saya pakai sewaktu melakukan Umrah. Kalau diperhatikan pada muka jam ini, waktu 5.54 adalah waktu solat subuh di Malaysia.

ALFAJR model WY 16 ini dibeli dengan harga 180 SR, rekabentuknya yang menyerupai jam tangan keluaran SWATCH menyebabkan saya tertarik untuk memilikinya.

Fungsi arah kiblat yang terdapat pada jam tangan ALFAJR WY 16.

Dua model jam tangan ALFAJR.

Casio vs ALFAJR...perhatikan perbezaan satu minit bagi solat Subuh  yang ditunjukkan.

3) CASIO A159W 

Meskipun Casio Prayer Compass dan ALFAJR merupakan jam tangan bercirikan islam, namun pada pemerhatian saya, penduduk mekah dan Madinah tidak memerlukan sangat ciri-ciri tersebut, sebab itu jam tangan yang paling banyak menghiasi tangan penduduk Mekah dan Madinah ialah dari model CASIO A159W, jam biasa yang didatangkan dalam versi stainless steel dan plastik. Faktor masyurnya model ini juga telah menyebabkan ada keluaran model tiruan yang seakan dengannya, tetapi namanya diubah kepada 'CASLIO' dan 'ALARM', jika model asli dijual dengan harga sekitar 25-35 SR,model tiruan ini hanya 5 SR. Terdapat dua versi yang ada dalam pasaran, versi buatan Jepun yang dijual dengan harga 35 SR dan versi buatan Malaysia yang diletakkan tanda harga sebanyak 30 SR.

Jam CASIO A519W ini saya beli dengan harga 35 SR, jika pandai tawar menawar, anda boleh dapat  harga sehingga 25SR.

Asli atau tiruan, saya sendiri meragui keasliannya.
4) O&Q

Mungkin imitasi dari model Q&Q, jam ini uniknya kerana menggunakan nombor arab, maka atas sebab itu saya beli. Ia juga tidak popular dikalangan penduduk Mekah dan Madinah.


11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan, saya memerlukan bantuan bagi setting jam Casio Prayer Compass. Model CPW 310....Setting pada jam saya tidak betul , bagaimana boleh saya mohon bantuan tuan?

Anonymous said...

Salam..tuan tau di mana boleh mendapatkan jam alfajr seperti swatch tu disini?

Harith Faruqi Sidek said...

Salam,

Maafkan saya, saya tidak pasti dimana jam berkenaan boleh didapati.

Anonymous said...

salam. boleh sy bertanya. jam Q&Q itu di sana berapa harganya? original dr Q&Q ke?

afiq zakaria said...

Salam tuan. Sy ade jam al fajr tu. Mcam mana nak setting display kibla and compass tu sekaligus mcam gambar kt atas?

Unknown said...

Assalamualaikum bos.. Ad lagi x jam casio cwp310 tu? Ad blh whatsapp sy bos 010 9242445

Unknown said...

Assalamualaikum bagaimana nak dapatkan Jam nie dan berapa harganya

Unknown said...

Jam ada lagi model WY 16, whatsapp sy 0179175700

BUYABEN said...

Salam tuan.cpw310 ad stok lg x.yg warna putih cam tuan

BUYABEN said...

0139129856.wasap tuan

MusafirHina77 said...

Whatssap saya jam cpw310 Tuan.. 0172969950