Thursday, July 26, 2007

Anak-anakku.....ira & yad.



memandangimu saat tertidur
tak pernah aku sekhawatir ini dalam hidup

sungguh, usia anak-anak sudah kau lewatkan
betapa lekas waktu mematangkanmu menjadi dewasa
membuat aku dan ibumu begitu renta
dan usia perkawinan kami menjadi sangat sederhana

aku dan ibumu silih berganti mengawasi tidurmu
kulitmu putih, matamu jernih
dengan senyum seindah pagi, kami tahu kau bermimpi
segala yang menyegarkan mantul di wajahmu

tak pernah aku sekhawatir seperti saat ini
maka kuterjemahkan cintaku kepadamu
dengan lembut kutepuk nyamuk pada kulitmu
dengan hati-hati menyelimutimu

aku cinta padamu, nak, seperti juga cinta
pada ibumu


Ziyad Faruqi & Zaheera Safiyya

Awas bila parking kereta.....

Kejadian ini baru berlaku petang semalam di kawasan letak kereta bawah bawah tanah milik sebuah pasaraya di Bandar Baru Bangi. Kejadian vandalisme yang memang menyakitkan hati, bayangkan bagaimana perasaan anda bila mendapati kereta kesayangan yang baru 3 kali bayar instalment disembur dengan cat? hati mana yang tak terbakar. Dalam kejadian petang itu, 5 buah kereta telah disembur cat, sewaktu kami (aku dengan ziyad) sampai ke lokasi kejadian (macam mazidul 999 la pulak....), hanya ada tiga kereta mangsa yang masih ada, 2 mangsa lagi telah beredar pulang. Tiga kereta yang terlibat itu ialah, sebuah mercedez benz (disembur cat putih), Gen2 (disembur cat putih) dan sebuah proton iswara (disembur cat hitam). Pengawal keselamatan yang ada disitu sedang berpeluh-peluh dan terkulat-kulat disergah pemilik kereta mercedez yang memang tengah naik minyak...."aku kalau dapat budak ni, memang aku pacak tangan, tak kira la budak ke orang tua.." antara kata-kata geram yang keluar dari mulutnya. Aku tak tahu nak komen apa...sebab hati ini dapat merasakan kesedihan dan kepiluan mangsa kejadian, mungkin inilah hasilnya kalau kesedaran sivik itu tidak bermula dari rumah...atau sebuah kisah persis "anakku sazali ".....kasih sayang yang terlampau atau kurang kasih sayang?....yang pastinya lokasi itu aku tinggalkan tanpa ada sebarang penyelesaian antara pemilik kereta dengan pengurusan bangunan.....si pendajal pula entah dimana pula mereka jalankan aktiviti pendajalan mereka....sementara itu...jika anda berada di sekitar Bandar Baru Bangi pastikan kereta anda diletakkan dikawasan yang mudah dilihat atau dikawsan sibuk...kerana pendajal ini pastinya masih bebas....

Antara kereta yang menjadi mangsa.......

Wednesday, July 18, 2007

Al-fatihah.....

salam takziah buat seluruh keluarga ank kapal helikopter Nuri yang secara rasminya telah diistyharkan meninggal dunia....semoga tabah dan cekal menghadapi hari mendatang tanpa insan tersayang yang telah pergi mengadap ilahi. Memang bukan perkara mudah untuk menghadapi dugaan tuhan ini, namun itu semua resam manusia, setiap yang bernyawa akan mati...itu ketentuan dan perjanjian ilahi. Semoga roh mereka yang pergi dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang syahid....

Tuesday, July 17, 2007

Bila Anugerah itu menjadi satu pembohongan..

Kecoh seluruh jabatan kerajaan bilamana Pak Menteri Kabir negeri yang penuh ehsan ini mengatakan yang penganugerahan "Anugerah Khidmat Cemerlang" yang diamalkan oleh agensi kerajaan itu telah bersifat pembohongan yang terancang, meyambut tempelak pak menteri itu, maka bertempiklah "wira" kakitangan kerajaan menidakkan kenyataan itu, kenyataan itu satu dusta yang mencemar sistem yang diamalkan selama ini. Corak penganugerah ini diberikan sebenarnya dah ramai yang sedar dan perasan...cuma tiada yang mahu membangkitkannya, mungkin bimbang bila "sampai giliran"..anugerah jatuh ke tangan orang lain. Apa kata pak menteri itu ada benar, mungkin tak berlaku di semua agensi.....tapi itu memang hakikatnya...namun dari sudut menaikkan moral pekerja ada positifnya, pekerja yang memang cemerlang akan rasa dihargai, pekerja yang kurang cemerlang akan rasa "terperli" lalu menawarkan perkhidmatan yang cemerlang pada masa hadapan. itu perihal anugerah...bagaimana pula dengan perihal PTK? rasanya amalan ini lebih jelas terancangnya...walaupun mungkin tak berlaku "pembohongan"....kakitangan yang telah lulus lebih awal tidak diberi ganjaran kenaikan pangkat kerana rakan yang "menjadi pilihan" belum lulus...lalu dia diberi anjakkan gaji (untuk memujuk hati lara), itupun kalau ada kuota yang mencukupi....fikir-fikirkanlah...setiap sistem itu dicipta dengan niat yang positif, namun tiada sati sistem ciptaan manusia pun yang sempurna....mungkin isu yang negatif ini terlalu kecik jika dilihat dari impak sebenar sistem tersebut....cuma itulah manusia...yang kebejatan orang itu biasanya mahu ditatang lebih dari yang indah....

Nuri oh Nuri

Minggu ni pastinya liputan dada akhbar tertumpu pada peristiwa "Nuri Hilang". peristiwa yang dianggap trajedi itu pastinya akan mengalihkan sedikit tumpuan rakyat malaysia akan perihal Sirul Azhar, Azilah Hadri, RAzak Baginda....mahupun si mati..Aminah Altantuya. Sehingga ke catatan ini, masih tiada sebarang kesan dan jejak dari anak kapal mahupun kenderaan Nuri itu sendiri. Usaha yang pelbagai giat dilakukan, dari amalan moden bersandarkan sains dan teknologi sehinggalah amalan berteraskan ilmu wahyu....ilmu syirik? wallahuaklam...semoga mangsa yang terlibat selamat kembali ke pangkuan keluarga...amin..