Saturday, January 26, 2013

Sejarah Jalan Imbi : Namanya bersempena seorang Warden Penjara ?

Oleh : Harith Faruqi Sidek

Kedudukan Jalan Imbi dan Penjara Pudu (Sumber : Google Map)

Jalan Imbi adalah diantara jalan utama yang popular di Kuala Lumpur, malah namanya sinonim dengan Plaza IMBI yang cukup terkenal dengan perniagaan perkakasan komputer dengan tawaran harga berpatutan. Bagaimanakah jalan ini mendapat namanya tidak berapa jelas, namun dalam sebuah naskah berjudul 'Untukmu Malaysia Sempena 50 Tahun Merdeka 25000 kilometer : Menjejaki Warisan Kita' ada menyebut bahawasanya jalan ini adalah bersempena dengan nama penguasa penjara melayu yang pertama. 

Naskah ini terdapat didalam koleksi Perpustakaan Tun Seri Lanang dengan  nombor panggilan  DS592.2.U585 kat.

Pada mukasurat ini dinyatakan Jalan Imbi itu bersempena dengan  Penguasa Penjara Melayu  yang  pertama.

Carian dalam keratan akhbar-akhbar kebelakangan gagal menemui pegawai British atau tokoh  inggeris yang bernama 'Imbi'. Dengan andaian Penguasa Penjara itu adalah Ketua Jabatan Penjara, didapati Tan Sri Murad Ahmad adalah orang melayu pertama yang menjawat jawatan terebut, jadi 'Penguasa' yang dimaksudkan itu bukan merujuk kepada jawatan Ketua Jabatan Penjara. 

Namun apa yang ditemui ialah keratan berita mengenai seorang warden penjara di 'Pudu Gaol' atau lebih dikenali sebagai penjara Pudu pada tahun 1903, beliau bernama Imbi bin Daud. Namun tidak dapat dipastikan adakah warden bernama Imbi bin Daud ini adalah 'Penguasa' yang dimaksudkan dalam naskah tersebut.


Kisah Imbi bin Daud

Terdapat tiga keratan akhbar berkaitan warden Penjara Pudu yang bernama Imbi bin Daud, ianya berkaitan pertuduhan kes bunuh seorang warden penjara bernama Dollah, Imbi bin Daud dan seorang lagi warden, Ramasamy telah ditahan bagi membantu siasatan. Beliau kemudiannya telah dibebaskan dari sebarang pertuduhan setelah mahkamah mendapati beliau tidak bersalah.

Berita Pembunuhan melibatkan seorang  kakitangan  Penjara.( TST, 4 Ogos  1903)

Imbi bin Daud antara suspek yang ditahan untuk membantu siasatan. ( The Singapore Free  Press and Mercantile Advertiser, 14 Ogos 1903)

Imbi bin Daud dibebaskan setelah mahkamah mendapati beliau tidak bersalah. ( TST, 14  Ogos 1903)


Rujukan :

Alleged Murder ( 4 Ogos 1903), The Straits Times.

Native Warder Murdered ( 14 Ogos 1903), The Straits Times.

The Warder Murder Case ( 14 Ogos 1903), The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser.

Mohd Bakri Jaffar dan Azmy Morsidi. (2007) Untukmu Malaysia Sempena 50 Tahun Merdeka 25000 kilometer : Menjejaki Warisan Kita. Shah Alam,Selangor : Azmy Morsidi / Mohd Bakri Jaffar.

Wednesday, January 23, 2013

Wak Mustarjo (1890 - 1970) dan 9 perkara menarik tentang beliau.

Oleh : Harith Faruqi Sidek

Wak Mustarjo@Mustar Ahmad  (sumber : P.Ramlee.com)


Antara pelakon tambahan yang sering menghiasi filem arahan Allahyarham P. Ramlee ialah Haji Mustar bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Wak Mustarjo. Beliau dilahirkan pada tahun 1890 di wilayah Purokarto, Jawa Tengah.

Wak Mustarjo memulakan kerjaya lakonan beliau bersama Shaws Malay Film Productions Ltd pada tanggal 1 mei 1951, antara filem lakonan beliau ialah Pembalasan, Sejoli, Derita, Musang Berjanggut, Kaki Kuda, Ali Baba Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok. Sebelum menjadi 'orang filem', Wak Mustarjo lebih dikenali di pentas bangsawan.

Pelaris filem ? ....aksi Mustarjo dijadikan 'umpan'  dalam poster Filem Pendekar Bujang Lapok.

Berikut adalah fakta menarik mengenai beliau:


1.  Wak Mustarjo pernah membuka warung yang letaknya di Ballestier Road, berhampiran dengan Studio Jalan Ampas. Menurut pelawak S. Shamsuddin,  gulai ayam yang mereka makan dalam salah satu adegan  filem 'Bujang  Lapok' itu sebenarnya dimasak oleh Wak Mustarjo. ( Berita Harian, 9 Mei 1998).

Kari Ayam dalam adegan inilah yang dikatakan dimasak oleh Wak Mustarjo.

2.  Menurut Seniwati Mariani, menu istimewa di warung Pak Mustarjo ialah, Nasi Padang, Ikan Bakar dan Sambal Goreng. (Berita Harian, 27 Oktober 2012).

3.    Wak Mustarjo juga terkenal dengan kepakaran beliau menyediakan masakan Nasi Ambeng, perkara ini diakui oleh Seniman Datuk Aziz Sattar. Menurut beliau, ketika di Jalan Ampas, sudah menjadi tradisi dikalangan warga seni untuk berkumpul dan bertukar-tukar juadah pada malam raya, ketika itu juadah yang menjadi rebutan ialah Nasi Ambeng yang disediakan oleh Wak Mustarjo, selain rasanya yang lazat, lauknya juga beranika, ada serunding dan macam-macam lagi (Metro Ahad, 4 September 2011).

4.   Beliau dikatakan antara seniman terawal yang menunaikan fardhu haji sewaktu masih aktif bergiat dalam dunia seni. Selain beliau, antara pelakon lain yang telah menunaikan fardhu haji pada ketika itu ialah Haji Mahadi dan Haji Arshad ( Berita Harian, 9 Mei 1998).

5.    Sewaktu tinggal di kuaters Malay Film Production yang terletak di Jalan Boon Teck, Wak Mustarjo akan mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali menjelang syawal, peristiwa ini dikongsikan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Daud. ( Berita Harian, 1 Februari 1998)

6.    Panggilan mesra beliau dikalangan pengurus Studio Jalan Ampas ialah 'Joe'. (Berita Harian, 9 Mei 1998)

7.    Sewaktu bersama dengan kumpulan Bangsawan Sri Noran Opera, Mustarjo pernah mengadakan  persembahan di hadapan 'Raja Putih' Sarawak, Raja Brooke ketika lawatan ke borneo. (Berita harian, 9 Mei 1998)

8.   Watak 'wanita kedi' yang dilelong dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok' itu sebenarnya dilakonkan oleh Wak Mustarjo. ( Arena Filem, Bil. 59, 1960 )

Watak  'Wanita kedi' yang muncul dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok', namun tak ramai tahu siapakah yang melakonkan watak ini.  

Terbongkar.....Wanita 'kedi' itu sebenarnya lakonan Wak Mustarjo. Sumber : Arena Filem, Bil. 59, 1960.
9. Wak Mustarjo memakai dua bentuk cincin akik, satu di jari kiri yang dinamakan Firuz dan satu di jari kanan yang dinamakan Gambir. Cincin yang dinamakan Firuz itu berwarna hijau dan merupakan pemberian gurunya sewaktu di Tanah Jawa. Mengikut kepercayaan  guru beliau, jika mahu merantau dan murah rezeki, cincin itu hendaklah sentiasa dipakai. Sementara cincin yang bernama Gambir itu pula didapati dari dalam batu dari dasar sungai. (Arena Filem, Bil. 17, 1960)


Wak Mustarjo meninggal dunia pada 3 Januari 1970 pada usia 80 tahun.


AL-Fatihah


Rujukan:

Amirah Amaly Syafaat. (28 Ogos 2011). Kassim Masdor 38 tahun menduda, Utusan Malaysia.

Mariani mengenang selera Saloma (27 Oktober 2012) Berita Harian.

Mustafar A.R dan Zaini Yusof. Pergimu Takkan Kembali Lagi
 . http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2012/05/pergimu-takkan-kembali-lagi-tapi-jasamu.html 

Identiti Pelat Jawa ( 9 Mei 1998), Berita Harian

Kadi Miang kena kurung (9 Mei 1998 ), Berita Harian

Gerai di Jalan Ampas ( 9 Mei 1998), Berita Harian

Azian Adnan ( 1 Februari 1998) Nostalgia Jalan Ampas, Berita Harian

Ahmad Daud terkenang syawal di Jalan Ampas ( 29 Januari 1997), Berita Harian

Zainuri Misfar. ( 9 Mei 1998) Mustarjo…cobaan, Berita Harian

Shakila Abdul Rahman (4 September 2011). Raya Pak Ajis, Metro Ahad

Wednesday, January 16, 2013

Buku Klasik: Majalah Dewan Pelajar, lima dekad mengasuh minda.

Oleh : Harith Faruqi Sidek


Kulit edisi pertama Dewan Pelajar.

Majalah Dewan Pelajar merupakan antara majalah terawal yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, majalah ini diterbitkan pada  Januari 1967, iaitu selepas Majalah Dewan Bahasa (1957) dan Dewan Masyarakat (1963). Majalah ini memasuki pasaran dengan harga 40 sen, dan selepas lima dekad, harga majalah itu kini adalah RM3.00. Dewan Pelajar adalah majalah bacaan yang popular dikalangan murid, terutamanya yang berada di sekolah rendah.


Edisi sulung, Januari 1967...harga pasaran 40 sen.

Barisan sidang pengarang perintis.

Kisah lawak turut dimuatkan dalam edisi sulung.

Lakaran sebuah Jet pada tahun 60an

Sudut 'Kamus Kita' kelolaan Baha Zain.

Isu berkaitan stem yang sangat lazim bagi penerbitan-penerbitan tahun 60an - 90an.
Kandungan Majalah Dewan Pelajar edisi sulung.

Edisi pertama 1970...

Edisi Pertama tahun 80an...harganya sudah naik 20sen menjadi  60sen.

Redaksi tahun 80an.

Kualiti....karya penulis terkenal, Abu Zaki Fadzil turut dimuatkan.

Kartun 'Bedah' karya Imuda sangat popular pada ketika itu.

Aktiviti sambungan titik yang sangat popular.

Kartun 'Keluarga Si Moli' juga popular.

Kartun Wok...

Edisi pertama tahun  90an..harga pasaranya adalah RM1.50

Sudut puisi dengan ilustrasi oleh Imuda.

Redaksi tahun 90an

Ruang 'Simpulan Bahasa'

Sisipan tengah yang dinamakan Sudut Gembira ini amat popular...jadi rebutan.

Media storan yang perlu diketahui dan penting dalam era 90an.

Belajar bahasa inggeris dengan Adibah Amin

Komik karya Ahmad Patria Abdullah.

Pemenang peraduan mewarna akan diumumkan di kulit belakang 




Koleksi Dewan Pelajar ini dilanggan oleh Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM. Pengguna boleh merujuk di Bahagian Jurnal di aras 3. Nombor rujukan bahan ini ialah Siri LA1236.D4.

Saturday, January 12, 2013

Siapa di sebalik nama 'Jalan Chow Kit'

Oleh : Harith Faruqi Sidek


Loke Chow Kit ( Sumber : malaysiafactbook.com)

Antara jalan yang popular di ibukota Kuala Lumpur ialah Jalan Chow Kit, selain terkenal dengan aktiviti perniagaan, jalan ini juga menjadi popular apabila ia nya dilagukan oleh Sudirman Haji Arshad. Namun siapakah Chow Kit yang diabadikan namanya di jalan ini?, apakah sumbangan beliau hinggakan mendapat pengiktirafan yang begitu besar.

Pemandangan kawasan Jalan Chow Kit (Sumber : Google Map)
Chow Kit atau nama sebenarnya Loke Chow Kit ialah seorang tokoh perniagaan yang terkenal di Kuala Lumpur sekitar abad ke-19. Loke Chow Kit dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1864 dan mendapat didikan di Penang Free School. Selepas menamatkan pelajaran, beliau menyertai sebuah firma yang terkemuka di Pulau Pinang pada ketika itu,  Katz Brothers. Tidak lama selepas itu, Chow Kit berhijrah pula ke sebuah firma yang lain, iaitu Huttenbarch and Co, di syarikat ini beliau telah mendapat kepercayaan tinggi dari majikannya hingga dilantik menjadi pengurus bagi cawangan Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, Loke Chow Kit kemudiannya menyertai syarikat yang menguruskan landasan keretapi sebagai Pengurus Trafik, syarikat ini adalah milik Loke Yew dan Chow Ah Yok, jawatan ini beliau pegang hinggalah konsesi pengurusan landasan ini tamat dan diambil alih semula oleh kerajaan negeri Selangor. Selepas dari itu, Chow Kit menyertai perniagaan yang diuruskan oleh Loke Yew, termasuk perlandangan di beberapa buah negeri termasuk Pahang dan Negeri Sembilan. Dengan pengalaman dan modal yang terkumpul, Loke Chow Kit kemudiannya membina perniagaannya sendiri dengan menubuhkan Chow Kit & Co, selain pada masa yang sama turut menjadi pengarah dan pemegang saham di beberapa buah syarikat perlombongan, antaranya Milling and Mining Co. Ltd., Federal Dispensary Co., Jeher Hydraulic Tin Mining Co. Ltd., Malay Cement Co. Ltd.,dan Serendah Hydraulic Tin Mining Co. Ltd.

Bangunan Chow Kit & Co ( Sumber : Malaysia : A Pictorial History 1400 - 2004)

Loke Chow Kit juga merupakan figura utama dalam masyarakat cina, khususnya di Kuala Lumpur, beliau banyak terlibat didalam aktiviti sosial, juga aktiviti kebajikan anjuran pelbagai pertubuhan awam pada ketika itu. Atas sumbangan kemasyarkatan yang besar jugalah beliau mendapat pengiktirafan hingga dianugerahi dengan Jaksa Pendamai (J.P) pada tahun 1917, beliau adalah rakyat Malaysia pertama dari keturunan cina yang menerima pengiktirafan berkenaan (Sunday Mail : 30 Mei 2004). Selain daripada itu, pada tahun 1893, Chow Kit merupakan antara individu terawal yang mempunyai telefon di kediamannya, tokoh lain yang turut mempunyai talian peribadi di kediaman masing-masing ialah, Loke Yew, Hock San dan K.Thamboosamy.( Azharudin, 2001).

Rumah Loke Chow Kit yang kini didiami oleh Institut Arkitek Malaysia (PAM)  (Sumber : http://buildingconservation.blogspot.com )

Pada tahun 1903, Chow Kit telah membina sebuah rumah agam yang indah di Jalan Tangsi, oleh kerana ciri-ciri astetika yang terdapat pada bangunan tersebut, ianya telah dipelihara hingga kini. Rumah berkenaan  pernah diambil alih dan dijadikan Hotel Empire, kini ia nya menjadi bangunan Institut Arkitek Malaysia  (PAM). Loke Chow Kit meninggal dunia pada tahun 29 Ogos 1918 pada usia 54 tahun akibat radang paru-paru di kediaman tetapnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mendiang disemadikan di negeri kelahirannya, Pulau Pinang, mendiang turut meninggalakan dua orang balu dan 13 orang anak.



Rujukan:


Azharudin Mohamed Dali, (2001). Perkembangan Sistem Telekomunikasi di Selangor, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.


Colourful KL pioneer (30 may 2004). Sunday Mail.

Death of Mr. Chow Kit : A Successful Merchant of The F.M.S ( 30 Ogos 1918) The StraitsTimes.

Death of Mr. Loke chow Kit( 5 September 1918) The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser.


Jeffery Seow, Malayan Births, Marriages and Deaths at: http://malayan-b-m-d.blogspot.com/2012/08/loke-chow-kit-death-29-august-1918.html (Tarikh Akses : 12 Januari 2013)

Loke Chow Kit, at: http://malaysiafactbook.com/Loke_Chow_Kit (Tarikh Akses : 12 Januari 2013)

Sejarah Bangunan Loke Chow Kit (kini Bangunan PAM), Building Conservation. Blogspot.com,  at: http://buildingconservation.blogspot.com/2009/09/sejarah-bangunan-loke-chow-kit-kini.html ( Tarikh akses : 12 Januari 2013)

Sejarah Chow Kit ( 15 julai 2012) Harian Metro.


Wendy Khatijah Moore. (2004). Malaysia:  A Pictorial History 1400 – 2004. Kuala Lumpur: Archipelago Press.




Friday, January 11, 2013

Buku Klasik : Buku Teks Sekolah....suatu ketika dahulu.

Oleh : Harith Faruqi Sidek


Berikut dikongsikan beberapa imej buku teks sekolah yang digunakan suatu ketika dahulu.


Buku Ilmu Kesihatan terbitan McGraw-Hill tahun 1971.

Buku Teks Tata Rakyat terbitan DBP tahun 1973.

Pengarang buku teks ini.

Buku teks Bacaan untuk sekolah rendah.

Diterbitkan pada tahun 1967.

Antara kandungan buku bachaan  berjaya.

Buku Sejarah dahulunya disebut Tawarikh.

Diterbitkan oleh McGraw-Hill tahun 1970

Kandungan buku tawarikh.

Buku ilmu kesihatan terbitan 1975.

Buku atlas 

Buku bacaan Jawi terbitan tahun 1974

Buku teks Pengetahuan Islam terbitan tahun 1971.