Wednesday, August 16, 2006

Tak Seindah Wajah....

Sharifah Amani....pemenang anugerah pelakon wanita terbaik sempena Festival Filem Malaysia baru-baru ini telah "mengguris" hati aku dan aku percaya ramai lagi rakyat Malaysia yang marah dengan aksi dan reaksi pelakon muda ini. Semuanya gara-gara kuntuman ayat yang diucapkan sejurus selepas menerima trofi kemenangan....""I sound stupid if I speak Malay......"...bagai nak jatuh jantung aku bila dia menghabiskan ayat itu, sebelum mengakhiri ucapan, dia sempat bersikap sarkastik dengan berkata (terjemahan) jika membuat filem itu mencemarkan budaya...kita patut membuatnya selalu"..Biadap! Kurang Ajar! Bongkak! Angkuh!...itu reaksi aku bagi menggambarkan perlakuan Sharifah Amani malam itu. Berbicara dalam bahasa melayu membuatkan dia kelihatan bodoh? atau dia bermaksud dia bodoh kalau berbahasa melayu?....adakah Hans Isaac kelihatan bodoh bila memberi ucapan dalam bahasa melayu? atau orang melayu seperti Afdlin Shauki itu bodoh kerana memberi ucapan dalam bahasa melayu? .Sebenarnya aku tak kisah pun kalau dia nak bercakap dalam bahasa inggeris atau bahasa inggeris campur melayu...tapi yang membuatkan aku marah ialah ayat yang dituturkan sebelum berbahasa inggeris itu..Sharifah Amani memberi alasan keturunan beliau yang punya campuran india, cina dan Arab menyebabkan beliau selesa memilih untuk berbahasa inggeris...alasan yang membuatkan aku ketawa dalam marah...Maya Karin yang ada keturunan eropah pun bercakap bahasa melayu atau merendahkan bahasa melayu.... Usia beliau yang masih muda juga dijadikan alasan...apa punya alasan, adakah dengan usia muda itu dia ada lesen untuk bersikap biadap dan menempelak orang yang lebih tua dikhalayak ramai? kalau usia baru 3 tahun kebawah boleh dimaafkan..ini dah 20 tahun!. Sharifah Amani kononnya mahu menunjukkan dia juga peka dengan isu semasa, dengan mengatakan tindakannya itu selaras dengan peranan kerajaan yang dalam usaha memperkasakan bahasa inggeris di sekolah-sekolah....aku tak tahu apa reaksi Menteri Pendidikan...tapi pada aku ini bukan produk yang mahu dihasilkan dari dasar kementerian itu....jika berbahasa melayu sudah dilihat seperti membodohkan diri seseorang itu, ini sudah lari dari dasar yang dirangka. Berkenaan dengan beliau menempelak dengan mengatakan beliau seolah bersetuju filem yang mencemar budaya patut dibuat lebih kerap....ini satu reaksi yang biadap dan kurang ajar...melontarkan kata-kata sebegini dihadapan seorang mneteri yang cuba memartabatkan budaya kebangsaan dan warisan tradisi. Aku yakin Datuk Seri Dr. Rais cukup terasa hati dengan tindakan "pelakon perasan" ini. Kalau Sharifah benar-benar mengagungkan pengarah yang menemui bakatnya, Yasmin Ahmad..itu hak dia..tapi tak perlu bertindak seperti berlebihan seolah-olah Yasmin Ahmad itu "Mahaguru" kepada semua orang filem di Malaysia. Buat Sharifah Amani..sedarlah...dalam ketika beberapa rakan artis lain yang memberi reaksi menghargai kemerdekaan seperti Norman KRU dan Mamat Khalid, ada juga teman yang seolah lupa diri dan bumi yang dipijak...you're no longer Malaysian's "Sweetheart"...

Tuesday, August 08, 2006

Selamat Hari Jadi Ziyad


5 Ogos 2006 genap setahun usia Ziyad Faruqi.....anak kelahiran Kajang ini lahir secara normal sejurus sebelum muazzin melaungkan azan subuh dari Masjid Kajang....maka laungan azan tersebut merupakan seruan pertama yang diterima oleh bayi ini sebelum seruan yang sama disampaikan oleh ayahandanya sendiri setelah selesai bayi ini dibersihkan oleh jururawat bertugas. Ziyad adalah amanah besar kurniaan yang maha esa, satu anugerah yang tiada nilainya bagi seorang bapa...zuriat yang menjadi warisan baka dua keluarga yang bersatu atas ijab dan qabul. Ziyad lahir ibarat sehelai kain putih yang suci tanpa noda dan dosa....kelahirannya mendambakan kasih sayang dari bonda dan ayahanda. Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi, Ziyad disampaikan kepada kami dengan sihat walafiat...kini terpulang kepada kami untuk mencorakkan bayi ini...sebolehnya baba mahu membentuk Ziyad menjadi seorang insan yang kuat paksi agamanya, luhur budinya, kuat azamnya, cerdas akalnya serta tinggi nilai watannya. Kehadiran Ziyad menambahkan warna warni dalam ruang hidup baba dan mami. Buat Ziyad....Selamat Hari Jadi yang pertama...