Wednesday, August 22, 2007

Tribute to Perak F.C

Teman nak kongsi entry ni bersame Mr. Termizi dan Atan....Kejor yob Kejor. Walaupun semangat serta keghairahannya tak same waktu adanya nama besor seperti Azizol Abu Haniffa, S. Silvarajoo, P. Ravindran, Wan Ahmad Kamal, Rais Rashid, NAzreen Chong@Chong KIm Boon, Zulkifli MAnsor, Roafandi Yusof, Idris Kadir, Zaidi Napiah dan ramai lagi pemain seangkatan mereka, pada aku, walaupun tiada banyak piala yang dimenangi, tapi itu adalah era emas mutu bolasepak perak yang dinilai bukan dari sudut bilangan kejuaraan, sebaliknya mutu permainan.

6 comments:

McBudu said...

Pak Yob, betul-betul besemangat memblog ni. N3 bertubi-tubi nampaknya. Teman memang suka team Perak, bukan sebab nak ngampu kome, tapi teman nengok depa lebih low profile dan jarang skandal.

indica said...
This comment has been removed by the author.
indica said...
This comment has been removed by the author.
indica said...

Teruskan semangat berkobar2. Jgn hot-hot chicken sh*t dah le. Hehe..

Era tu mmg era emas. Brp kali aku sanggup jalan kaki dari puduraya dan daki bukit ke stadium merdeka. Stadium perak, stadium paroi pun aku jejaki. wang ringgit bukan ukuran, hiburan punya pasal. Dua kali komentar aku di dada akhbar arus perdana (Umalaysia)..bangga sikit, siot. Era tu team lain pun aku minat. Sekali tu nama aku keluar dlm NST pilih Phg Vs Kedah..( "I go for Pahang bla2...)tapi Kedah yg menang.
Baca paper tgk muka belakang. Beli majalah semi-pro etc. Muffler, cap, t-shirt, badge perak semua ada. Fanatik gak aku..hehe.

Tapi semua tinggal kenangan. Aku rasa itulah era yg paling bersemarak bolasepak malaysia dgn players and penyokong yg fanatik.
Skang kalau tanya pasal bola malaysia, team perak, mmg 'fail'.. satu hampeh aku tak tau....

Pak Yob said...

mcbudu : tak skandal deme kate, satu team kena angkut dek "Black Maria" pasal kes rasuah dulu.

indica: bolasepak malaysia skang dah kurang meriah...tak bermaya...top sikit affair ngan artis, kalau tak pun kantoi p Disko, tu belum cite bab gile mekap keta lagi...star dulu ada jugak yang dapat gaji banyak macam abg jenal ngan abg dolah..tapi kualiti tetap top..kalau ada yang carik artis pun cuma Subadron Aziz..aku ingat lagi team kedah punya kisah..waktu final P.Malaysia lawan K.L, deme semua rata-rata pakai kapcai aje...team KL pun kalau yang bergaya sikit tu cuma Fandi Ahmad, Malek Awab ngan K.Kannan, yang lain tu biasa je...mungkin kesan buruk daripada limpahan kisah gaya hidup bintang bolasepak barat...

Sharrul Rizal Hashim said...

Harap2 tahun ni perak boleh rampas balik Piala Malaysia la yop. Masa piala liga baru ni aku dah frust, sepatutnya memang dah jadi milik Perak tapi boleh pi seri pulak dengan Terengganu. Kalau boleh aku harap tahun ni final Piala Malaysia Perak vs Kedah..