Saturday, December 24, 2011

Alfatihah Allahyarham Tan Sri Dr.Abdul Hamid Othman

Takziah buat keluarga arwah.... Semoga roh beliau ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Friday, December 23, 2011

Dari lensa kamera Pakyob

Rakaman imej pegun sewaktu bercuti ke Melaka.

Imej pegun

Dari lensa sewaktu bercuti di Melaka...

Cubaan kedua memblog via ipad

Kali ini pakyob cuba apps yang digunakan khusus utk iphone...Blogger. Paparannya hanya menegak...tak boleh pusing2 mcm apps biasa utk ipad. Pakyob cuma nak try load gambar saja sebab ujian itu yang gagal dlm percubaan pertama tadi...

Hasilnya berjaya tapi gambarnya bapak besar.... Nampak gaya kena uji apps lain ni...ok next pakyob nak cuba apps yang namanya "Blogsy" pulak.

Cubaan memblog pakai ipad

Pagi ni aku sengaja nak try memblog via ipad...nak tgk dpt tak berfungsi mcm guna laptop.

Berikut adalah hasil pengujiannya:

1. Mengarang.
Hasilnya : berjaya sepertimana kalau guna microsoft words .

2. Upload gambar:
Hasilnya : gagal buat masa ini ( nak kena study lagi mana tau sebenarnya boleh)

3. Pautan
Hasilnya : berjaya....

Maknanya buat masa ini setakat blogging tanpa gambar takda masalah....mcm kureng la pulak kalau memblog takdak gambar...mcm buat thesis takda bibliografi atau kertas kerja tanpa lampiran.

Peringatan penting : entri ini dikarang sepenuhnya menggunakan/ melalui ipad.



Fenomena Ustaz Azhar Idrus

17 Disember lepas pakyob berpeluang mengikuti ceramah Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus ("Ustaz Selebriti" sepertimana yang digelar oleh pengerusi majlis malam itu). Pakyob memang jangka mesti ramai umat manusia yang akan hadir malam itu lalu pakyob keluar rumah 15 minit sebelum masuk waktu maghrib (ceramah dijadualkan selepas solat Maghrib). Ternyata sangkaan pakyob tepat, Kawasan Masjid yang jaraknya dalam 7-10 minit dari rumah pakyob tu sesak....kereta bersusun, malah lebih ramai jemaah malam itu jika dibangdingka sewaktu solat jumaat. Kereta pakyob parkir di kawasan parkir kawasan kedai diseberang jalan (depan kedai tudung Ariani, bangi).

Melangkah masuk ke kawasan masjid pakyob disambut dengan deretan penjaja yang menjual pelbagai barangan kegunaan muslim. Selepas berpusu masuk pakyob dapat lokasi di balkoni luar masjid...selesai solat maka ceramah pun bermula...Pengerusi maklumkan atas permintaan Ustaz Azhar, sebarang rakaman video dilarang (maksudnya rakaman dengan video utuk tujuan komersil rasanya) melainkan jurukamera yang telah dilantik oleh Ustaz sendiri, video ceramah ini dijelaskan akan dikomersilkan dengan sebahagian labanya akan didermakan. Ustaz Azhar seperti lazimya akan mengambil sejam membaca kitab dan sejam kemudian menjawab soalan kemusykilan agama dari para jemaah. ceramah beliau malam itu memang menarik...antara perkataan yang selalu keluar dari mulut beliau ..."Pahang Dok?" (faham tak?)

Pakyob tak dapat lihat kelibat ustaz dengan jelas kerana berada di beranda luar masjid, lalu cermah tersebut hanya dapat dilihat melalui layar yang dipasang dikhemah diluar. Kira-kira 10.15 ceramah berakhir, puas rasanya kerana dapat mendengar (sebab tak dapat melihat ...) dengan secara langsung ceramah dari Seorang pendakwah yang sekarang ini sedang masyur di persada maya (Facebook, Blog, Youtube dll).

Ceramah dari sudut pandangan aku..(maaf kualiti gambar rendah sebab pakai kamera telefon murah)

alahai SBPA...

Hari ini dimaklumkan pelaksanaan SBPA (Skim Baru Persaraan Malaysia) ditangguhkan, ekoran bersetuju dengan gesaan Cuepacs agar penelitian yang lebih ambil atas skim yang melibatkan lebih kurang 1.2 juta penjawat awam. Laporan sebenarnya boleh diakses melaui URL berikut

http://cuepacs.blogspot.com/2011/12/cuepacs-pm-setuju-tangguh-pelaksanaan.html

Nampaknya ramai yang terbantut perancangan bagi tahun 2012, yang nak tukar kereta baru, nak renovate rumah, nak beli laptop baru, nak tambah potongan tabung haji hatta yang berniat lebih murni nak tambah "duit sumbangan" buat orang tua kat kampung.

Tapi pakyob tgk golongan muda ( atau lama lagi nak pencen) yang lebih ghairah membicarakan soal laba yang bakal mereka nikmati, berbeza dengan kakitangan yang menjelang usia pencen...mereka lebih prihatin soal berapa usia persaraan mereka. Malah lebih mengejutkan pakyob, rupanya dah ada rakan-rakan dikalangan penjawat awam yang telah pun menandatangani surat opsyen berhijrah dari Skim SSM ke SBPA.

Kenapa tangguh? semuanya ekoran bantahan dari Cuepacs yang sangsi dengan kadar "laba" yang ketara bezanya antara kakitangan pelaksana (dulunya disebut kakitangan sokongan), profesional dan pentadbiran dengan penajawat diperingkat tertinggi Premium. Memang mudah untuk memahami asas bantahan mereka itu, apatah lagi skim ini "dilepaskan" tanpa dokumen sokongan yang lengkap....semua masih kelam dengan sistem ini.

Pakyob takda la beria sangat, tapi ada la pergi taklimat di UKM semalam, bukan apa, nak tengok banyak mana gaji yang nak naik tu...hari ni makyong tolong periksa dalam web MOHE...rupanya gaji baru pakyob dah dimasukkan dalam sistem HRMIS kementerian...berapa jumlahnya? syukurla...walaupun jauh bezanya dengan yang penjawat dijawatan premium tu dapat. Kecewa jugakla bila dah tangguh....tapi pakyob percaya Cuepacs sememangnya dari dulu berjuang untuk menambahbaik taraf hidup penjawat awam secara total lantas dalam hal penangguhan ini, ianya tidak terkecuali. Datuk Omar Osman meskipun nampak membengis tapi pakyob yakin beliau rasional dalam mengemukakan rasa hati Cuepacs dalam pertemuan dengan Memanda Perdana Menteri. Semoga SBPA yang direstui Cuepacs nanti lebih baik dari yang ada sekarang ( walaupun tak pasti dimana cacatnya versi semasa ini....mungkin jarak gaji antara gred yang ketara kah?).....


Datuk Omar Osman (Presiden Cuepacs)

Taklimat SBPA di bilik senat UKM


nak tahu gaji anda dalam SBPA? layari portal ini






Sunday, April 03, 2011

It all comes at a cost...



jubilant...that described my feeling after hitting down the scale knowing that i just "shrink" from waist size 36" to 34"....however it not an easy task to cut those 2"...it all comes at a cost...here's a list of cost involved...

1) Gym annual fee = RM1400
2) New Tennis Racquet (previously for beginner) = RM280
3) Whey Protein = RM300
4) Men's Health Magazines = RM10 monthly

so..my health regime consist GYM sessions at least 2 times a week, 2 days a week for tennis....and at least 20 - 30 minutes home exercise in form of dumbell and sit-ups. I also looks after my diet...minimize rice intake...be more herbivorous..and just one glass of teh tarik..and banned all kind of 2 in 1 product..i.e Nescafe, White Coffee or Tongkat Ali..

at the moment i really enjoy my new lifestyle....even thought it means that i'll be coming home sweating like a p**......i am very lucky coz i manage to find accompanies for those activities...a different sets of mates...tennis mate and gym mate...does it matter to have those people around you? yup..absolutely...they are all your challengers that will drives you to the max...there will always be a cost...however does it justified your satisfaction? if it does then ..happy spending...

Tuesday, November 30, 2010

Faham ke tak faham? atau buat-buat tak faham?

Inilah dunia politik malaysia....ramai sangat yang kuat melatah...belum tentu faham isu, raung latahnya bukan main dasyat. Tak kiralah partai mana pun...dua kali lima juga adanya...patutnya yang belajar tinggi-tinggi tu letaklah ilmu diatas emosi..bukannya emosi yang menggerhanakan ilmu. Ini tidak asal disua sahaja mikrofon pemberita...hujahnya berjela-jela..walhal ianya menyimpang jauh dari isu yang berkaitan. alahai....

Monday, November 29, 2010

Menunai cita-cita dan Impian di Kota Liverpool

Pengkisahan semula pengalaman saya mengikuti program sarjana bermula dengan tekad mendalami ilmu dalam disiplin pengurusan rekod dan pentadbiran arkib, khususnya arkib universiti. Sekitar bulan disember 2008, setelah disahkan layak mengikuti pengajian peringkat sarjana ke luar Negara, saya mulai “merisik” beberapa universiti luar negara, khususnya, university di dalam gugusan United Kingdom, antaranya Northumbria University (Newcastle), Manchester Metropolitan University, John Moores University (Liverpool) serta University of Liverpool. Alhamdulillah saya menerima tawaran tempat pengajian dari setiap university berkenaan, namun akhirnya saya tekad memilih University of Liverpool, kerana di Institusi inilah sebuah impian saya yang tersemat sejak dibangku sekolah lagi bakal direaliasikan, selain menunai cita-cita utama, iaitu mendakap ijazah di peringkat sarjana. Impian yang saya maksudkan itu ialah, menjejakkan kaki serta menyaksikan secara nyata pasukan bolasepak kegemaran saya, Liverpool FC beraksi di Stadium Anfield, selain peluang membuat penyelidikan di The National Archives serta merasai pengalaman berada di The British Library, kerana didalam modul pengajian di University of Liverpool, dalam semester kedua para pelajar perlu menjalankan penyelidikan di kedua-dua institusi berkenaan. Secara peribadi, dengan melalui ketiga-tiga pengalaman itu, maka saya telah menyempurnakan “rukun” sebagai seorang peminat pasukan bolasepak Liverpool, seorang arkivis serta seorang pustakawan.

Saya mendaftar pengajian di LUCAS (Liverpool Centre for Archives Studies), dibawah School of History, University of Liverpool. Apa yang menarik, kursus sepanjang 12 bulan itu hanya dikendalikan oleh dua orang pensyarah sahaja, Margaret Procter dan Dr. Alex Buchanan. Sewaktu ditemuduga melalui telefon, sangkaan saya Dr. Alex lebih berumur dari Margaret, namun realiti adalah sebaliknya. Bagi pengambilan sesi 2009/2010, hanya terdapat dua orang sahaja pelajar luar Negara, saya serta Father Wilson Piyapillay, seorang teman dari dari wilayah Kerala, India. Father Wilson merupakan seorang Paderi Katholik yang bertugas sebagai Pengarah Arkib Gereja di wilayah Kerala, India. Pengalaman bersahabat dengan Paderi ini juga menarik, mungkin akan saya kisahkan dalam waktu dan kesempatan mendatang. Berbalik kepada kisah di Liverpool, saya menetap di kediaman University, iaitu di Philharmonic Court dengan kadar sewa sebanyak 445 pound sebulan, termasuk air dan internet. Kediaman ini hanya terletak kira-kira seratus meter sahaja dari tempat pengajian saya dan yang paling membahagiakan ialah, Perpustakaan university, Sydney Jones Library juga terletak hanya bersebelahan dengan bangunan LUCAS.

Hari pertama mengikuti kelas merupakan pengalaman yang baru bagi saya, sangkaan saya suasana pembelajaran disini pastinya tidak jauh seperti di Malaysia, al-maklum saja, sistem di Malaysia kebanyakkannya adalah warisan inggeris juga, tetapi saya silap, disini segalanya harus ada interaksi dua hala, perbicangan dalam kumpulan, persembahan tugasan dan tugasasan kursus yang dinilai seperti tidak mengizinkan kami berasa selesa dan alpa. Ungkapan yang saya gunakan bagi menggambarkan pandangan saya tentang perjalanan kursus bila ada teman dan pensyarah yang bertanya ialah segalanya “Too fast, too furious”. Kursus MARM yang saya lalui dibahagikan kepada dua peringkat, peringkat Diploma dan Sarjana, jika para pelajar memilih untuk meneruskan ke peringkat Sarjana, maka mereka diperlukan menyiapkan disertasi. Cadangan penyelidikan saya pada awalnya adalah berkaitan dengan pemeliharaan bahan perpustakaan, namun sewaktu menyemak senarai tajuk disertasi yang lepas, saya dapati sahabat saya, Saudara Zailan Endin, mantan pustakawan di University Malaya telah pun menulis disertasi yang hamper sama judulnya, lalu saya fikir ada baiknya saya pilih subjek kajian yang lain. Saya mengangkat persoalan isu dan cabaran institutional repositori di perpustakaan UKM sebagai tajuk disertasi, syukur dipanjatkan buat yang maha esa, tajuk ini disenangi dan diperakui oleh penyelia saya, Margaret Procter.

Selain terkenal dengan tradisi bolasepak yang hebat, Liverpool juga sinonim dengan kumpulan pop The Beatles, maka tidak hairanlah terdapat banyak monumen serta symbol aprisiasi masyarakat Liverpool terhadap dua ikon ini, umpamanya muzium, galeri, tugu serta cenderamata. Liverpool suatu masa dahulu adalah sebuah kota yang mempunyai pelabuhan yang sibuk, maka tidak hairanlah populasinya terdiri dari masyarakat dari pelbagai keturunanan. Aktiviti pelabuhan ini jugalah yang menjadi punca dimana ramai bekas kelasi dari keturunan melayu berhijrah ke Liverpool, namun bilangan bekas kelasi ini semakin berkurangan, yang masih tinggal pun sudah diusia senja, sekitar 70an dan 80an. Saya sempat bertemu dengan tiga orang melayu awal Liverpool, secara kebetulan, salah seorang daripadanya bersaudara dengan bekas bendahari UKM, Encik Omar Ahmad. Menjalani kehidupan sebagai seorang muslim tidaklah terlalu mencabar, kerana komuniti muslim di Liverpool agak besar, asimilasi kaum pendatang dari timur tengah, afrika dan asia cukup untuk menyalakan syiar islam di bumi Liverpool. Soal bekalan makanan halal tidak menjadi soal, banyak premis menjual makanan halal, begitu juga dengan makanan lazim di Malaysia, seperti kicap bilal, belacan, makanan segera magi, Brahim’s dan banyak lagi, semuanya boleh didapati di Chinatown, dua kedai yang popular ialah Hondo dan Chung Wah. Barangan asasi selainnya boleh didapati di ASDA, iaitu rangkaian hyper market yang terkenal di UK, barangan asasi disini memang murah, dengan 20 GBP, anda sudah boleh memenuhkan troli, asalkan mentaliti “Kali duit Malaysia” ditinggalkan di KLIA.

Sepertimana kebanyakkan pelajar kelamin di Liverpool, kenderaan persendirian adalah satu keperluan, terutama bagi mengharungi musim sejuk, tak sampai hati rasanya membiarkan anak-anak digigit kedinginan meredah salji ke sekolah. Urusan jual beli kenderaan di UK amat mudah, dimana-mana anda boleh berurusan, tidak perlu salinan slip gaji 3 bulan terkini, tidak perlu salinan kad pengenalan serta tak perlu pinjaman bank. Saya membeli sebuah kenderaan terpakai jenis Ford Mondeo keluaran tahun 1999 dengan harga 600 GBP, melalui penjual yang ditemui dari laman iklan niaga atas talian, Gumtree. Bila sudah berkereta, perlu ada GPS, atau disebut juga SATNAV (Satellite Navigator), Alhamdulillah selama hamper sebelas bulan saya menggunakan kenderaan ini, ia tidak pernah meragam atau merajuk, sebelum pulang ke tanahair, kenderaan ini saya jual kepada seorang sahabat.

Biasanya kalau ditanya kepada sesiapa sahaja yang pernah bermastautin di UK, “Carboot sale” pastinya menjadi agenda tetap hujung minggu, kerana disitu jualan barangan terpakai dengan harga murah boleh didapati. “Carboot sale” memang menjadi hiburan hujung minggu kami sewaktu di Liverpool, anak-anak gembira memiliki mainan berkualiti dari jenama terkenal dengan harga serendah 20 pence, si Ibu pula memburu peralatan dapur serta elektrik yang masih berfungi dengan baik, sementara saya lebih suka “beli saja apa yang pelik dan mahal kalau di Malaysia”. Jika anda bernasib baik, sepasang kasut jenama Clarks baru boleh dibeli dengan harga 2 – 5 GBP sahaja, maka atas itulah saya sudah ada stok kasut raya untuk sepuluh tahun akan datang. baru-baru ini sewaktu berkunjung ke toko kasut “Timberland”, saya dapati kasut yang saya beli dengan harga 5 GBP, sebenarnya bernilai RM599!.

Masyarakat asal Liverpool dikenali sebagai “Scouser”, dengan telo percakapan yang berbeza dari kebanyakkan penutur tempatan di England, lazimnya sebutan perkataan itu adalah seperti mana ejaanya, umpamanya :

Perkataan Inggeris

Sebutan Scouser

Pack

Pak

Girl

Gil

Bus

Bus (seperti Bush)

Lunch

Lunch (seperti Luncai)

Black

Blak

Come here

Kum ya

Button

Bat en

Perkataan “Thank You” jarang digunakan disini, sebaliknya digantikan dengan “Cheers” atau “Ta-ra”. Masyarakat tempatan di Liverpool juga amat ramah, malah jika berkomunikasi dengan golongan wanita yang agak veteran, mereka akan menggunakan perkataan “Love”, contohnya “ Are you alright Love?” atau “Excuse me, Love”, tapi jangan haraplah ungkapan “love” itu datangnya dari mulut gadis-gadis tinggi lampai pipi merah berhidung mancung. Sementara kaum veteran lelaki gemar menggunakan perkataan “Son”, seperti “you alright, son”, bagi yang sebaya umur atau dalam kumpulan umur yang hampir, perkataan “mate” pasti digunakan, umpamanya “Cheers mate” atau “Excuse me, mate”.

Tempoh pengajian selama 12 bulan telah menyebabkan saya dua kali menyambut hari raya aidilfitri di rantauan, sambutannya sederhana, tetapi amat bermakna. Paling menarik ialah takbir raya, masjid di Liverpool diuruskan oleh masyarakan immigrant dari timur tengah, lalu amalan sepertimana di timur tengah menjadi terapan di Liverpool, khutbahnya dalam bahasa arab, begitu juga dengan alunan takbir rayanya yang jauh lari dari irama takbir yang “dilagukan” oleh masyarakat Malaysia. Oleh kerana masyarakat islam yang agak besar, maka solat raya diadakan dalam tiga sessi, jam 9, 10 dan 11 pagi. Kaedah bayaran zakat juga berlainan, jika Malaysia kita sempurnakan akad dengan sang amil yang dilantik majlis agama, tetapi di Liverpool wang zakat sekadar dimasukkan kedalam kotak atau tong yang telah disediakan oleh pihak pengurusan masjid. Bagi membiayai aktiviti keagamaan dan penyelenggaraan masjid, pihak masjid akan mengadakan kutipan derma ihklas tiap kali selepas solat jumaat, maka akan kedengaranlah petugas melaungkan ayat “ Donation for the mosque, jazakallahu khair” berulang-ulang.

Bercerita pula tentang musim sejuk di Liverpool, tahun 2010 mencatat detik menarik, kerana salji yang turun adalah luar biasa lebatnya. Mengikut pengalaman rakan-rakan yang terdahulu berada di Liverpool, tahun-tahun sebelumnya amat jarang salji turun di Liverpool, jika ada pun ibarat “renyai-renyai” sahaja. Salji yang lebat melewati jangkaan pihak berkuasa, lalu masalah penyelenggaraan timbul, seperti keputusan bekalan “Grit” (sejenis garam yang ditabur diatas jalan bagi mencairkan salji), grit inilah juga yang menyebabkan karat di badan kereta jika tidah rajin dicuci, sebab itu kebanyakkan kereta yang melewati usia 10 tahun, pasti ada kesan karat di bahagian pelindung tayar atau bawah kereta, maka bagi mereka yang berniat membawa pulang kereta dari UK, pastikan kereta anda itu bebas karat. Salji ini sebenarnya tidaklah membawa banyak kesukaran, tetapi yang bahayanya bila ia bertukar menjadi ais, ibaratnya anda berjalan diatas lapangan “Ice-Scating”, aksi manusia tergelincir dan jatuh adalah pemandangan biasa, akibatnya masa 2 minit dari rumah ke sekolah dalam musim luruh menjadi sekitar 10 minit, pemanduan kereta juga harus berhati-hati, kerana jika salah pertimbangan menekan brek dan minyak, kereta akan hilang kawalan akibat permukaan jalan yang licin berais.

Tanggal 29 September 2010 yang meninggalkan bumi Liverpool, jika sewaktu mula-mula berada di Liverpool, rasa rindu pada tanahair seringkali menggamit perasaan, namun bila tiba saat berangkat pulang, sayu juga mahu meninggalkan kehidupan di rantauan, lebih-lebih lagi bila memikirkan banyak perkara yang dirancang belum terlaksana. Pendek kata pengalaman belajar di rantauan memerlukan hati yang cekal dan tabah, mahu tidak mahu segala rintangan dan cabangan yang dating perlu kita redah, sepertimana senikata lagu “You’ll Never Walk Alone”,

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark.

At the end of the storm
There's a golden sky
And the sweet silver
Song of a lark.

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Though your dreams
Be tossed and blown.

Walk on
Walk on

With hope in your hearts
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.

Walk on
Walk on

Lagu inilah yang meniup semangat pasukan Liverpool FC tiap kali berhadapan dengan lawan. Lagu ini juga digunakan sebagai penaik semangat oleh pasukan Celtic FC (Scotland) dan Borussia Dortmund (Jerman). Sekian dahulu catatan saya, insyaallah coretan seterusnya pada keluaran akan datang.

Tuesday, June 29, 2010

Belum reda isu Penjara Pudu..kini Pak Samad pula merajuk diri.

Kata seorang Pak Menteri...."Penjara pudu ciri warisan yang bernilai.."...tambah beliau lagi "sesuatu yang dianggap warisan mestilah mempunyai ciri-ciri kebangsaan yang besar nilainya, ciri-ciri sejarah yang membentuk masyarakat serta nilai estetika dan nilai seni bina.".....rasanya tembok penjara yang ada lukisan mural itu pernah mencatat sejarah....nilai estetikanya juga ada...soal membentuk masyarakat....rasanya "penjara2 itu sendiri sudah menggerunkan dan memberi iktibar agar masyarakat menjauhi dunia jenayah...dan bagi yang sudah terlanjur..penjara itu juga institusi yang mendidik mereka menjadi manusia yang berguna selepas meninggalkan alam tabir besi. Nilai seni bina? tidakkah rekabentuk penjara itu sangat unik? bukan sekadar berbentuk "kotak empat segi"...apa nilai kebangsaan yang ada pada binaan A Famosa? istana Kelly?


Isu Pak Samad merajuk mahu mengabadikan khazanah seninya di New Zealand juga bertitik tolak dari tindak tanduk kementerian dibawah Pak Menteri itu juga...walaupun Pak Yob sendiri kurang setuju dengan hasrat Pak Samad mahu melayarkan khazanahnya ke negara asing, Pak Yob harap kementerian berkenaan segeralah pujuk Pak Samad...dengar hasrat hati beliau, jangan beri komen-komen yang memburukkan lagi keadaan.
Pak Samad

Thursday, June 24, 2010

KJ pun tolak lesen judi...ini sudah bagus!

Pak Yob cukup bangga hari ni bila baca berita tentang pendirian sayap pemuda sebuah parti politik utama negara. KJ hari ini dilaporkan mewakili pendirian pergerakkan yang diketuainya menolak cadangan "menghalalkan" judi bolasepak, pada masa yang sama menytakan bahawa implikasi lesen judi ini lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan, malah sekutu pergerakan ini dari pertubuhan bukan melayu juga menyatakan judi bukan budaya mereka, tidak seperti yang dialunkan oleh kepimpinan atasan parti....syabas buat saudara KJ.

Sehari sebelumnya badan perhubungan parti yang sama dari sebuah negeri di utara tanahair turut menolak lesen judi bolasepak ini, namun alasan yang diberikan agak lucu...kononnya agar isu judi ini tidak boleh dipolitikkan oleh parti lawan mereka. Judi itu haram...kalau tak jadi isu politik adakah mereka akan menyokong? atau mereka ini dalam hati sebenarnya tak mahu sekongkol dengan judi...tetapi demi menjaga "hubungan" dengan pimpinan pusat, maka diberikan alasan yang sedemikian..bak kata pepatah.."buh taik kat orang". tapi takpala sekurang-kurangnya mereka berani kata "tidak".