Wednesday, March 16, 2016

Neto : Penjaga Gol import Sabah menang pingat emas Olimpik Moskow.

Oleh :  Harith Faruqi Sidek


Tahukah anda, bekas Penjaga Gol pasukan Sabah yang berasal dari Czechoslovakia ( kini Republik Czech), Jaroslav Netolicka merupakan sebahagian daripada pemain skuad bolasepak Czechoslovakia yang memenangi Pingat emas Sukan Olimpik Moskow tahun 1980. Beliau yang merupakan penjaga gol kedua pasukan itu menyertai pasukan semi-pro Sabah pada tahun 1990 bersama dua lagi rakan senegara, mendiang Janu Miroslav dan Denk Miroslav. Netolicka Jaroslav yang berusia 36 tahun ketika itu merupakan pemain import paling berusia dalam liga semi-pro 1990.

R.Arumugam : hilangnya lagenda bolasepak Malaysia.

Oleh: Harith Faruqi Sidek


Penjaga Gol utama pasukan kebangsaan yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moskow 1980, Rengasamy Arumugam atau R. Arumugam meninggal dunia pada 18 Disember 1988. Mendiang maut akibat kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Pandamaran Jaya, Klang dari Pusat bandar. Ketika melalui lebuhraya di Petaling Jaya, beliau hilang kawalan keatas kenderaannya, Ford Telstar TX5, lalu terbabas dan terbalik. Ketika kejadian, mendiang berusia 35 tahun.

Arumugam yang mendapat jolokan 'Spiderman' mula beraksi bersama pasukan Selangor pada tahun 1972 dan setahun kemudian dipanggil menyertai pasukan kebangsaan. Sepanjang kerjaya beliau, Arumugam pernah mendapat tawaran menjadi pemain profesional sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1973 dari pasukan Seiko F.C ( Hong Kong) dan Young Boys of Berne
(Switzerland) pada tahun 1981, namun tidak menjadi kenyataan.

Sumber:

____ ( 19 Dicember 1988) Aru dies in accident, The Straits Times.

____ ( 19 December 1988) A great loss to soccer, The Straits Times

____ ( 19 December 1988) A Smile is lost, The Straits Times

____ ( 20 December 1988) The last farewell to 'spiderman', The Straits Times.

Alfonso Chan ( 19 December 1988) a loss to soccer, The New Paper

T. Selva ( 2 November 1981) Profesional offers: i'll go if the offer is good, The Nation.

Zulkifli Mohamad ( 19 December 1988) 'Spiderman' Arumugam dies in crash, New Straits Times.

Setelco: Jenama telefon pertama UKM.

Oleh:  Harith Faruqi Sidek



Set telefon ini pernah digunakan oleh pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia sewaktu di kampus Lembah Pantai dan nombor rasmi UKM yang pertama ialah 03-54644.

Pada set telefon jenama Setelco ini tertera logo JT, iaitu Jabatan Telekom Malaysia (ditubuhkan tahun 1946) sebelum ianya diswastakan pada tahun 1987 dan dikenali sebagai Syarikat Telekom Malaysia (STM), kemudiannya me jadi Telekom Malaysia Berhad (TM).

Set telefon ini kini dipamerkan di Galeri Tuanku Canselor, aras 2, Bangunan Canselori.

Rujukan:

___ (27 januari 1970).Hallo 03-54644 sini UK lembah pantai. Berita Harian, p.10.

Muzium Warisan Akademik, UKM.

Neto dan Stromsik : Penjaga Gol kebangsaan Republic Czech dalam liga Malaysia.


Liga Semi-Pro Malaysia pernah menemukan dua orang Penjaga Gol bertaraf antarabangsa dari Czechkoslovakia ( kini Republik Czech). Netolicka Jaroslav yang mewakili Sabah dan Karel Stromsik yang mewakili Selangor. Kedua pemain ini pernah berada didalam satu pasukan dalam liga Czechkoslovakia, Dukla Praha.

Keduanya juga mempunyai pengalaman menarik di peringkat antarabangsa, Netolicka Jaruslav merupakan sebahagian dari skuad bolasepak Czechkoslovakia yang memenangi pingat emas sukan olimpik moscow 1980, sementara Karel Stromsik pula bersama pasukan tersebut di kejohanan Piala Dunia 1982 di Sepanyol, menariknya, kedua mereka merupakan penjaga gol kedua dibelakang Stanislav Seman.

Selepas Stromsik, seorang lagi penjaga gol import pasukan Selangor yang pernah beraksi di Piala dunia ialah Peter Disztl, beliau mewakili pasukan Hungary di Piala Dunia 1986.

Rujukan:

Lazarus Rokk (11 August 1991) The likas advantage: sabah must use it to beat selangor tonight, NST.