Wednesday, September 26, 2007

Pergi tak kembali...

hari jumaat lepas Pak Yob terpaksa ambik emergency leave gara-gara si Bibik minta keizinan pulang ke kampung, kononnya ibunya meninggal. Katanya dia mahu menatap wajah arwah ibunya buat kali terakhir sebelum disemadikan, Pak Yob maklumkan pada si Bibik, mustahil dia dapat tunaikan hajatnya itu atas pelbagai faktor seperti masa dan tempat yang tidak menyebelahinya. Si Bibik terus mendesak, malah mahu Pak Yob dulukan duit andai terpaksa pulang dengan pesawat....arggghhhh..amcam-macam ini Bibik. Si Bibik terus merintih, katanya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. arwah ibunya ada berpesan, jasadnya harus dimandikan oleh Si Bibik, Si Bibik pasrah, dia sedar mana mungkin dia dapat tunaikan amanat akhir ibunya itu, lalu sekurang-kurangnya dia perlu ada disisi ibunya tatkala jenazah melalui perjalanan terakhir meninggalkan alam ini. Pak Yob sememangnya tiada keberatan untuk melepaskan si Bibik pulang atas dasar simpati serta kemanusiaan, apatah lagi melihatkan si Bibik tiada henti linangan airmatanya. Pagi sebelum berangkat pulang, si Bibik mohon diserahkan semua wang gajiannya, termasuk bulan september yang berlum pun berakhir, Pak Yob akur, kecuali wang gaji bulan september tidak Pak Yob serahkan atas alasan wang itu akan digunakan untuk membayar penalti andai si Bibik tidak pulang ke Malaysia.Lalu pagi jumaat itu sekitar jam 11.30 si Bibik berlepas pulang dengan feri berbekalkan tiket pulang ke Malaysia.......malangnya sampai ke hari ini, Si Bibik tidak pulang-pulang...mungkin tiketnya hilang..atau kewarasannya yang hilang...Pak Yob akur dan redha, lebih baik si Bibik pulang dari menjaga Ziyad dan Ira tidak sepenuh hati. Hari isnin Pak Yob sambung cuti sambil sebelah petangnya kami sekeluarga meninjau-ninjau taska sekitar mukim untuk Ziyad dan Ira. maklumat terkini yang kami dapat, si Bibik rupanya sering bermimpi yang suaminya ada perselingkuhan dengan wanita lain, lalu hati si Bibik sering cemas....soalnya adakah ibunya benar-benar meninggal? atau sekadar alasan si Bibik?.....waduh! ini perlukan penyiasatan persisi Sherlock Holmes atau Kojak...Remington Steele pun bisa kalau perlu.

Buat si Bibik, terima kasih atas perkhidmatan selama 7 bulan bersama kami, semoga bibik gembira dengan keputusan Bibik itu, andai itu yang terbaik buat Bibik...andai Bibik mahu pulang kek pangkuan kami...kami tak sudi menerima Bibik kembali....harap maaf...kerana tuba yang bibik pulangkan atas madu yang kami beri.

6 comments:

McBudu said...

Wahduh bapak, kok kena lagi dengan bibiknya. Untuk makluman bapak, bibik nya itu mahu pulang sebab tak tahan rindu pada suaminya. Ibu bibik sudah lama pergi, yang mati itu ibu ayamnya... kok dia tidak bagi tau bapak..?

Tapi jangan khuatir bapak, rehdakanlah dia pergi, usah tangisi pemergiannya... tidak dilarikan harta-harta bapak itu sudah kira syukur gitu...

Lain kali bapak cari bibik yang tidak punya apa-apa di kampung halamannya... :-))

ummie afiq said...

simpati dengan mereka yang perlu mencari penjaga anak-anak dikala keluar mencari rezeki. syukur yang tidak terhingga mengenangkan anak dirumah didalam jagaan orang yang paling dekat dengan kita.

indica said...

sabar pak...nanti bila kasus perselingkuhan suaminya selesai, kembalilah bibik tu...kalau dia kembali mungkin dia jujur nak kerja tu, itupun kalau bapak dan famili masih terimanya.
betul jugak apa yg bapak mcbudu bilang tu..kira syukur gitu dia tak larikan harta2 bapak...dia bisa pamit lagi...

Pak Yob said...

ye..pak yob redha..setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya...tapi best jugak bila dah takda bibik ni, boleh pakai my official home uniform....just my kain pelekat la..la...la...

sarahjiha said...

Aduh si bibik.. kok tega-teganya menipu bapak, apa sudah tidak punya alasan lain selain dari mati untuk menagih keprihatinan bapak. Kalo saya sendiri memang betah tanpa bibik, bukan saja uniform rumah bisa dipakai, anak-anak juga ngak ikutan ngomong seberang... ha..he..he

ony syahjuesyaja said...

brenset!!bibik gitu perlu di sental dengan sabun jif pak yob oii..
bagi kat chek tolong braso dia kalau dia blk sini..
sorry for u bro!!