Thursday, February 22, 2007

sesuci cinta safiyya

alhamdulillah tepat jam 11.15 malam , 20 hb kelmarin, isteri aku selamat melahirkan cahaya mata kedua kami.....seorang bayi perempuan seberat 3.3 kg. Zaheera Safiyya...begitulah nama bayi kami itu....dengan kelahiran normal, era (nama yang dipanggil oleh taiko dia...abang yad) mengambil masa kurang 15 minit untuk lahir melihat dunia ciptaan maha esa ini. Kelahiran Ira disambut oleh Profesor Dr. Mohd Jamil Mohd Shariff (ex UKM), yang merupakan pemilik KPMC (Kajang Plaza Medical Centre). Sepertimana kelahiran Ziyad, aku turut sama disisi isteriku untuk menyaksikan saat indah menerima anugerah yang esa.(cuma kali ni aku dan pro sikit le...). Buat era...baba akan cuba sebaik mungkin untuk menghargai dirimu dengan kasih sayang dan bekalkanmu dengan keperluan dunia dan akhirat...buat Ziyad, walaupun yad kena berkongsi kasih dengan era, kasih sayang baba tetap sama. Buat Mummy....kasih sayang baba buat mummy pun tak berubah..cuma peratusnya tu kena bahagi dengan yad dan era..mereka ini anugerah Allah buat kita...semoga kehadiran mereka mengutuhkan lagi keharmonian hidup kita...dan yang terpenting...permohonan mummy untuk "berehat seketika" telah baba luluskan....he..he..

4 comments:

McBudu said...

Tahniah Pak Yob. Bertambah lagi umat Muhammad di dunia ini, alhamdullillah... bila nak cukur jambul....?

Ubai said...

tahniah pak yob. murah rezeki. mendapat sepasang cahayamata yang menjadi amanah besar untuk mendidik menjadi anak yang soleh dan solehah. cemerlang dunia, cemerlang akhirat. tumpang masih muda beb...lipatkan usaha

indica said...

Since I've wished you Tahniah in the past entry..now I wish you all the bests in your coming interview too..buat betui2 no, pehtu jgn lupa buat kenduri belanje kenkawan..

AnggeriQ said...

tahniah pak yob.. dah buleh sepasang.. semoga terus-terusan menajdi papa mithali..