Thursday, January 26, 2006

Shocking America..part I.

  • In Texas, it's against the law for anyone to have a pair of pliers in his or her possession. (koboi tak pakai playar...depa pakai pistol)
  • In Philadelphia, you can't put pretzels in bags based on an Act of 1760.(bubuh dalam mulut la kot...)
  • Alaska law says that you can't look at a moose from an airplane.(deme ramai yang gayat kot)
  • In Corpus Christie, Texas, it is illegal to raise alligators in your home. (in Malaysia alligators successflly bred but only the male one....boya darat)
  • In Miami, it is forbidden to imitate an animal. (ni kalau lan pet pet sah kena saman)
  • It is against the law to mispronounce the name of the State of Arkansas in that State. (gamaknya ramai bebudak umor setahun kena saman yek)
  • In Illinois, the law is that a car must be driven with the steering wheel. (Knight Rider takleh show off kat negeri ni...patutla main kat Los Angeles je..)
  • California law prohibits a woman from driving a car while dressed in a housecoat. (baju kelawar ngan kain batik dibenarkan)
  • In Memphis, Tennessee, a woman is not to drive a car unless a man warns approaching motorists or pedestrians by walking in front of the car that is being driven. (?????????? gilo apo...)
  • In Tennessee, it is against the law to drive a car while sleeping. (David Copperfield je buleh buat ni..)
  • In New York, it is against the law for a blind person to drive an automobile. (exemption for color blind person)
  • In West Virginia, only babies can ride in a baby carriage. (dah namapun baby carriage...takkan tergamak nak suruh jiran sebelah tumpang kete duduk dalam menatang tu kot..)
  • In Georgia, it is against the law to slap a man on the back or front. (gamaknya jepun pun kurang kat negeri ni)
  • A barber is not to advertise prices in the State of Georgia. (marah tuk Shafie afdhal ni....)
  • In Louisiana, a bill was introduced years ago in the State House of Representatives that fixed a ceiling on haircuts for bald men of 25 cents.(gunting bulu ketiak ngan bulu kaki je kot)
  • In Oklahoma, no baseball team can hit the ball over the fence or out of a ballpark. (patut skang dah banyak indoor game...)


Something from the cybernet

This is an anecdote pinned on the noticeboard of the dietetics department at Monash University, Melbourne:(not sure its true or somebody trying to be funny)

NUTRITION FACTS
Japanese eat very little fat and suffer fewer heart attack than theAussies, British or Americans.


Mexicans eat a lot of fat and suffer fewer heart attack than theAussies, British or Americans.

African drinks very little red wine and suffer fewer heart attack thanthe Aussies, British or Americans.

Italian drink large amount of red wine and suffer fewer heart attackthan the Aussies, British or Americans.

Germans drink a lot of beer and eat lots of sausages and fats andsuffer fewer heart attack than the Aussies, British or Americans.


CONCLUSION
Eat and drink what you like. Speaking English is apparently what kills you


Wednesday, January 25, 2006

Rokok dan nilai akhlak

Benarkah jika kita seorang perokok, kita bukan dari golongan yang nilai akhlaknya dipersoalkan. Aku sangsi dengan kelaziman masyarakat mengaitkan perokok dengan tingginya nilai budi dan akhlak. Pernah beberapa kali, termasuk kes yang terbaru, ahli keluarga seorang mangsa pukul mendakwa anaknya seorang yang baik, TIDAK MEROKOK. Adakah maksudnya anak beliau baik kerana tidak merokok atau anaknya baik dan tidak merokok. Aku juga bekas perokok dan aku faham hati seorang perokok dan kini aku cuba fahami pula hati seorang yang tidak merokok, tapi yang pastinya aku bukan seorang anti-perokok. Jiak diperhatikan senario masakini, merokok yang boleh aku anggap sebenarnya umpama budaya, sudah makin susut penganutnya. banyak faktor yang menyumbang kepada pengurangan bilangan insan yang berbudaya merokok ini, antaranya sudah pasti dasar fiskal yang anti-perokok selain kempen global yang mula mengenepikan pengeluar-pengeluar tembakau dari hampir semua aktiviti sosio-ekonomi. Jika kita imbau kembali zaman-zaman era 60an-70an, rokok itu adalah lambang lelaki sejati, majoriti kaum adam era itu adalah perokok, malahan hampir semua lokasi dibenarkan merokok. Dalam panggung wayang boleh merokok, kakitangan kerajaan boleh bermesyuarat sambil jari mengkapit puntung-puntung rokok, malahan di meja pejabat pun ada bekas abu rokok yang memudahkan mereka merokok bila-bila masa mereka ingin. Jika kita lihat ikon-ikon dunia perfileman, pastinya akan ada poster publisiti mereka bersama rokok, lihat sahaja poster John Wayne, James Dean dan remaja-remaja era 70an pastinya tertarik dengan gaya John Travolta yang merokok dalam filem "Grease",malahan wira-wira filem tempatan juga tidak ketinggalan dengan imej ini. Tapi adakah benar manusia boleh terpanggil untuk merokok kesan dari pengaruh imej-imej ini?, Aku teringat zaman persekolah aku, pada ketika sedang menunggu bas, aku lihat seorang wanita tua sedang merokok, wannita tua itu kemudiannya menyapa seorang wanita muda disebelahnya, mereka kemudiannya berbual tanpa aku ingat butir-butir perbualan mereka, sehinggalah wanita muda tadi bertanyakan tentang fiil merokok wanita tua tadi. Aku hampir ketawa besar mendengar jawapan balas wanita tua itu, beliau mengatakan yang beliau merokok pada awalnya dengan tujuan menghalau nyamuk, tapi akhirnya fiil itu terus lekat sehingga ke hari itu, adakah jujur jawapan wanita tua itu, aku tak pasti yang pastinya aku pada masa itu belum lagi membudayakan merokok ini. Dalam kes aku, aku harus mengakui yang aku mula merokok bukan kerana terpengaruh dengan imej-imej di layar perak, sebaliknya dengan jiwa yang lemah aku terpengaruh dengan fiil rakan sebayaku yang majoritinya adalah perokok Mungkin aku ibarat mengikut pepatah inggeris "If you can't beat them, joint them"..,tapi aku sesungguhnya tidak setuju jika golongan berbudaya merokok ini dianggap rendah nilai akhlaknya kerana banyak faktor yang boleh mempengaruhi mereka merokok dan adakah mereka yang tidak merokok itu berakhlak tinggi? adakah akhlak aku semasa berbudaya merokok rendah dari akhlak aku yang kini tidak lagi merokok? ...entahlah.. tapi yang pastinya aku tidak mahu lagi berbudaya merokok.















Kawanku "Charles Darwin" juga seorang perokok

Monday, January 23, 2006

Jenama vs Kualiti

Baru-baru ni aku tertarik dengan sebuah segmen di corong radio sebuah stesyen milik swasta yang ditaja oleh satu jenama yang tak pernah aku terfikir akan mampu menaja sebuah segmen di radio swasta. Jenama barangan elektrik ini begitu sinonim dengan sebuah hypermarket, deretan barangan dari jenama ini tersusun rapi di seksyen barangan elektrik premis-premis dagangan milik "orang asing" ini. Lalu terlintas di fikiran aku, adakah jenama ini telah berjaya menguasai pasaran sehingga memperolehi laba yang berkoyan-koyan nilainya sehingga mereka mampu berjinak-jinak dengan publisiti telekomunikasi ini. Atau mungkin syarikat ini baru mengalami penstrukturan semula kakitangan, lalu langkah menaja satu segmen di corong radio merupakan revolusi idea pengurusan baru?. Mulanya aku tersenyum sendiri mengenangkan satu jenama yang bukan dalam kelas "elit", malahan nama jenama ini turut tersulam pada pakaian produksi negara jiran seolah seperti tidak ada rasa segan menonjolkan jenama mereka seolahnya jenama mereka sehebat jenama "besar" seperti Samsung, Toshiba, Panasonic,Hitachi malah taraf mereka aku rasakan belumpun mampu bersaing dengan jenama tempatan seperi ELBA. Kemudiannya aku terfikir, mungkin aku adalah golongan mereka yang dangkal fikiran kerana hanya melihat pada jenama, siapa kenal Samsung, Panasonic atau pioneer pada tahun-tahun sekitar 70 an dahulu? mana jenama yang pernah menjadi "elit" satu ketika dahulu, umpamanya Zanussi, Electrolux, malahan Singer yang mulai pudar dari pasaran awam. Aku mula menjejaki jenama ini dengan sedikit penyelidikan ringan yang sempat aku lakukan, hasilnya syarikat ini usianya sudah mencecah 12 tahun, syarikat milik Jepun ini rupanya mempunyai produksi barangan yang berbilang setanding dengan jenama "gergasi" yang "elit" itu. Aku mula kagum dengan jenama ini, cuma masih ada rasa sangsi akan perihal kualiti produksinya kerana secara jujur aku belum pernah memiliki walau satupun produksi jenama ini. Aku harus mengaku yang aku ada memiliki produksi jenama tidak "elit" yang lain, kualitinya bagus, malahan dari beberapa aspek ianya lebih efisien dari jenama yang tersohor itu tapi yang pastinya harganya jauh lebih rendah. Mungkin disini timbulnya pertimbangan "bijak" sebagai seorang pengguna, niat kita sebagai pembeli, cuba kita renungkan kembali, berapa ramai pengguna membuat pertimbangan " harga murah+kualiti=berbaloi ", rasanya lebih ramai paksi pertimbangannya " Jenama tersohor+kualiti+harga yang mahal+riak+trend masakini+..........." . Atau lebih ramai yang hanya melihat pada jenama semata-mata? golongan "brand concious" inilah sebenarnya yang mengapungkan harga barangan sehingga adakalanya seperti tidak masuk akal, sebenarnya tidak salah menjadi seorang yang "Brand Concious" malahan golongan ini sudah ada penandaarasan atau bench-marking dalam menilai sesuatu barangan, asalkan tidak mengenepikan aspek kualiti.Memang wajib kualiti harus diangkat sebagai aspek "pokok" dalam soal berkaitan "kuasa membeli" ini, namun seperti pepatah melayu "Mengukur Baju di Badan Sendiri", "kalau Kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga"....atau ramai yang lebih gemar bersifat "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan" yang akhirnya akan membawa kepada "Ayam menang, kampung tergadai"....alahai pengguna, sampai bila harus hidup dengan ideologi "biar papa asal bergaya", apa kejadahnya zahirnya hidup ibarat hartawan, tapi bernafas pun berbau hutang.....fikir-fikirkanlah...

(Perhatian: Artikel ini sesuai untuk golongan kelas pertengahan atau kakitangan awam gred 44 kebawah sahaja.."Edisi Tak Siasat")

Thursday, January 19, 2006

Sehari di Singapura....

Tanggal 16 Januari 2006, separuh hari aku habiskan di Kota Singapura. Bukan berjalan "makan angin" tapi atas kapasiti tugas rasmi dalam rangka projek penandaarasan (benchmarking). Dasar "pandang ke Singapura" ni difikirkan sesuai memandangkan negara jiran ini sememangnya telah menetapkan "standard" yang tinggi dalam menawarkan perkhidmatan awam. Aku berpeluang melawat tiga institusi awam Singapura, iaitu National University of Singapore, Nanyang Technological University dan National Library Singapore. Hasil lawatan mendapati memang institusi ini punya aras yang lebih tinggi dari segi kemudahan fizikal dan automasi dari kami. Tapi aku percaya, kemajuan yang mereka kecapi juga didorong oleh kemewahan kewangan yang mampu dicurahkan oleh kerajaan Singapura. Sebuah negara kecil yang berteraskan industri pemasangan memang tidak boleh dinafikan kemajuannya. Mengimbas kembali sejarah singapura Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasek ("Kota Laut"). Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Ini berdasarkan tulisan Abdullah bin Abdul Kadir yang menyatakan ketika Singapura dibersihkan, bukit yang terdapat di situ telahpun dikenali sebagai bukit larangan, dan terdapat banyak pokok-pokok buah yang ditanam di situ. Ini menunjukkan terdapatnya pusat pentadbiran di situ.
Selain daripada itu, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi turut menyatakan terjumpanya satu batu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak dikenali dan telah kabur.
Batu bersurat Singapura itu menunjukkan Singapura telahpun menjadi satu pusat pentadbiran sejak silam lama sebelum kedatangan Imperialis Inggeris. Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan oleh imperialis inggeris, maka lenyaplah khazanah warisan dek "kejahatan" kuasa imperialis. Hairan juga, bagaimana seorang Inggeris bernama Stamford Raffles boleh menjadi begitu dominan dalam sejarah Singapura, walhal dahulunya singapura adalah dibawah Kesultanan Johor.









don't know where 2 go...no Sing Dollar...no shopping spree...huh!








Masjid Sultan....islamic heritage...









Purple Getz????....singapore version only aaa??

Arab Street.....where money lives and gone...









Restoran Zam Zam....."marvelous" Murtabak and Teh Sarbat...




Sebelum aku sampai, memang ada bisik-bisik yang mengatakan singaporean ni sombong sikit, tapi ternyata aku yang dibisikkan kepada aku tu hanya bisikan mitos, rombongan kami mendapat layanan yang baik, malahan dijamu sampai tak cukup perut.Sebelum berangkat pulang kami sempat dijamu murtabak di Restoran Zam-Zam, aku rasa aku tak pernah jumpa Murtabak seumpamanya di Malaysia, memang berbeza...harganya? aku tak pasti kerana ianya ditaja oleh seorang budiman singapura. Selesai bersantap kami hanya berlegar-legar di sekitar masjid Sultan memandangkan kebanyakkan ahli kabilah yang lelaki tidak membuat tukaran matawang. Berbeza pula dengan yang wanita, walaupun dalam jadul lawatan tiada agenda "shopping spree" ternyata ianya ada dalam jadual mereka. Namun teringatkan isteri tersayang kat rumah aku gagahkan juga kaki ini ke kaunter "penggurup wang", note RM50 aku hulurkan...sayu hati bila yang dikembalikan hanya $21 Singapore Dollar. Duit sudah ada dalam tangan, tapi aku tak tahu apa nak dibeli....rata-rata kedai sudah pun menamatkan waktu perniagaan, yang ada hanya kedai-kedai saudagar kain berketurunan india atau arab. Apa yang boleh aku dapat dengan $21 Singapore Dollar dalam kantung kocek....minyak wangi? tak mungkin, mungkin minyak attar yang selayaknya. Akhirnya aku nekad menjengah sebuah toko kain di hujung Arab Street, sehelai "Shawl" menangkap pandanganku, apatah lagi kain yang sama berkos ratusan ringgit di kota kuala lumpur, setelah membelek beberapa helai yang lain untuk kepastian tiada yang lebih menarik, aku terus "berakad" membeli "Shawl" tersebut dengan harapan dapat menggirangkan hati sang isteri tatkala menyambut aku pulang kelak. Tapi hati aku tetap tidak selesa kerana gagal mendapatkan sebarang oleh-oleh untuk anak kecilku serta temanku Saudara Termizi memandangkan tiada lagi toko yang dibuka, kecuali semuanya berdagangkan kain, harap mereka tidak ambil hati. Bagi diriku tiada yang lebih bernilai selain pengalaman dan ilmu yang dapat ditimba dari lawatan ini.

Monday, January 09, 2006

Raya Haji daa....

Maaf Zahir dan Batin dipinta dari teman-teman blogger, Mr.Mangga, BudakBudu, Sarajiha, Padikampung dan lain-lain yang mengenali kami.

Friday, January 06, 2006

kita dan OKU

Kebelakangan ini di kaca televisyen sering diudarakan iklan tentang OKU (Orang Kurang Upaya), masyarakat "istimewa" digesa mendaftar secara rasmi sebagai Orang Kurang Upaya. Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2005 telah memberi perhatian khusus kepada golongan ini. Kerajaan prihatin terhadap golongan OKU serta sentiasa memastikan mereka dapat bersama berperanan dalam usaha pembangunan negara. Lebih banyak kemudahan mesra OKU akan disediakan seperti kawasan barrier-free, kemudahan ICT dan assistive technologies. Juru bahasa isyarat akan ditambah untuk membantu golongan kurang upaya pendengaran dan percakapan. Bagi memastikan kesemua OKU menerima kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan, kempen mendaftar OKU akan diperhebatkan. Kerajaan juga mencadangkan pelepasan cukai tambahan bagi OKU dinaikkan daripada 5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit. Bagi pasangan yang kurang upaya pula, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai tambahan yang kini diberi sebanyak 2,500 ringgit dinaikkan kepada 3,500 ringgit.
Program Pemulihan Dalam Komuniti bertujuan membantu OKU menjalani program pemulihan kecacatan dan pembangunan dalam keluarga dan komuniti agar dapat berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Kerajaan sedar tidak semua ibu bapa mampu menghantar anak kurang upaya untuk mendapatkan pendidikan khas ini. Bagi meringankan beban dan membolehkan kanak-kanak kurang upaya mendapat pendidikan yang sewajarnya, Kerajaan mencadangkan supaya elaun bulanan sebanyak 25 ringgit seorang diberi kepada pelajar kanak-kanak kurang upaya yang mengikuti program Pemulihan Dalam Komuniti dan Sekolah Khas kelolaan pertubuhan sukarela kebajikan. Kerajaan ingin memastikan bahawa institusi pemulihan dan perlindungan menyediakan makanan dan minuman seimbang kepada penghuninya yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, warga tua dan OKU. Kerajaan amat prihatin ke atas kebajikan penghuni institusi ini dan mencadangkan supaya perbelanjaan makanan dan minuman harian mereka dinaikkan daripada 3 ringgit 90 sen seorang kepada 8 ringgit seorang.
Tetapi itu semua adalah peranan dipihak kerajaan, bagaimana pula golongan massa yang membentuk komuniti kita? adakah kita sedia berkorban untuk golongan ini? adakah kita benar-benar ikhlas dalam membantu golongan ini menjalani kehidupan yang lebih baik?, saya cukup meragui kesediaan kita insan normal dalam memudahkan kehidupan golongan OKU, sebagai contoh, jika kita prihatin mengapa kita sewenangnya meletakkan kenderaan dipetak letak kereta yang disediakan untuk golongan ini?, jika kita simpati mengapa kita "cerobohi" tandas-tandas yang disediakan untuk golongan OKU? jika kita penyayang mengapa bila terlihat sahaja golongan ini, mengapa kita sebolehnya menjauhkan diri?....kita boleh bangga dengan kemajuan ICT di organisasi kita, tapi adakah kemudahan untuk OKU ini kita sediakan atau dinaiktarafkan? berapa banyak institusi keilmuan yang menyediakan bahan ilmiah dalam sistem Braille atau kemudahan yang seumpamanya bagi membantu golongan mahasiswa OKU? adakah memadai kita bertepuk tangan tanda kagum sewaktu mereka menaiki pentas menerima golongan ijazah? tahukah atau sedarkah kita derita dan onak duri yang terpaksa mereka tempuhi demi memiliki ijazah tersebut? sepatutnya "harga" ijazah yang mereka terima lebih bernilai di pasaran kerja, tapi hakikatnya "Sijil Am Pelajaran" jauh bernilai di mata majikan-majikan yang tidak prihatin.
Ingin jugak aku tanyakan berapa banyak pusat membeli belah yang kononya berbintang2 tarafnya itu menyediakan kemudahan yang sempurna untuk OKU? dari segi mobiliti mereka? adakah mereka harus terus bergerak dari satu aras ke satu aras dengan menggunakan lif? mengapa tidak semua Pusat membeli belah atau bangunan kerajaan menyediakan kemudahan eskalator landai sepertimana yang terdapat di Alamanda, Putrajaya? bukankah ianya lebih mudah dan pantas?. Inilah hakikat citra sebahagian dari masyarakat kita yang "bertamadun", kita selalu marah bila hak kita dicabuli atau diabaikan, mungkin kita akan hanya sedar bila kita sendiri ditakdirkan terpaksa mendaftar sebagai OKU...fikir-fikirkan lah...

Google's Braille

yesterday i'm on the net searchin an info on "electonic archive" from the internet, i favour Google as my "prime" search engine..somehow i get stunned when the Google's logo looks too different...a dots in blue, green, yellow and red, but i don't bother to know why that sign lookin like that. This morning while cleaning Ziyad's "pooh!" , this guy on tele's "Malaysia Hari Ini" shared the same experience, but he knows why it happens....yesterday was Louis Braille's birthday, so google decided to change their logo as a sign of appreciation to Louise Braille, no wonder the letters are in dots (just like M&M)....i'm not familiar with this Braille system and how it represent letters which i assumed aRoman Alphabet...but i do heard that there's also aversion for Japanese and arabic letters.







Google's Braille









Louise Braille


Tuesday, January 03, 2006

KIcap Tamin dan Bola

aku terkejut bila tengok "live telecast" bolasepak Super League Malaysia, MPPJ vs Perak...apa yang membuat aku terkejut dan kagum ialah kedapatan papan iklan yang tersusun rapi digigi padang tu ditaja oleh "Kicap Tamin"...aku mula2 tak perasan, bini aku yang perasan...ini satu perkembangan yang membanggakan dan perlu dicontohi oleh ramai lagi gergasi korporat tempatan. Tentang perlawanan malam tu, MPPJ yang di "branded" as Chelsea of Malaysia come out as the winner, but the game did't end smootly as a fracas sparked when Perak's Captain, Ahmad Shahrul Azhar was eliminated from the match for unprofessional foul on MPPJ's Import player, Rashid Zmama who being hail from Egypt. Actually that was the climax, Perak players seems to be frustrated by some poor judgement by match official, especially the referee, Manjit Singh. The match was even, it can go either way, both team enjoy a good football that night, but not for some players, most notably, Yusri Che Lah can be branded as a "over-acting" players, he can be a good choreographer one day..always fooling the referee with his play-act...so disgusting...it gave the game a bad name..