Friday, October 28, 2005

Aku dan kenangan.....

Mengenang kembali zaman kanak-kanak memang seronok, aku memang rancak sampai tak ingat dunia kalau jumpa kawan2 yang dapat mengenang kembali cerita2 zaman dulu-dulu.Zaman aku kanak-kanak dulu personaliti t.v yang masih aku ingat pada era tersebut seperti Taufik Latif (populariti ketika itu setaraf Aznil Hj Nawawi), Hashim Embi, Harjit Singh Hullon, Ahmad Dassilah, Wan Chik Daud, Kamaruddin Ahmad,Salassiah Zakaria, Wazata Zain ngan dia punya “Jalut” ,Rahim Razali.

Pelawak yang aku minat Yahya Sulong , R.Jaafar (trade mark dia “Puih...”), Ayappan (aku suka stail dia gelak, memang tak jumpa dah la), Badul, Hamid Gurkha (paling aku minat ), Param pendek, Jamali Shadat ngan suara “Atan” dia, Ibrahim Pendek, Amran Kenit, Kamal Pendek, Tawil

Filem melayu masa tu cam Prebet Lapok, Setinggan (Seram wooo..), Si Luncai, Adik Manja (Adibah Nor ngan dialog “Panggil saya....Cikgu Bedah”), Darah Satria (Asal hari pahlawan je mesti tayang..aku suka lagu intro dia), Bukit Kepong (Filem kegemaran aku sepanjang zaman),
"Si Luncai" "Prebet Lapok"

Penyanyi yang aku ingat top masa zaman tu cam Andre Goh, Quniery M, Aman Shah, M. Daud Kilau, Herman Tino, Alleycats, Flybaits, black dog bone, sweet charity, Hamzah Dolmat, Kahar Hamid (Suara sebijik cam P.Ramlee)
Herman Tino
Hero sukan zaman tu mokthar dahari, santokh singh, arumugam, james wong, g torairaju, soh chin aun, rabuan pit., kalau nak tengok muka diorang tengokla “Arena Sukan”. Kalau bola ada “Road to Wembley”,.(abang mat mid sure melekat kat depan tv punya masa rancnagan ni...maklumla penyokong setia Derby County) ada jugak Italian Soccer.

Aku zaman kanak-kanak suka main Kalkitos...ngan kereta mainan (aku ada koleksi mainan ni..tapi dapat kat adik aku..hancurrrrr..masa tu “Matchbox” ngan “Majorette” la top , Hot Wheels takda lagi masa tu) asal p shopping complex je mesti mintak mama beli Kalkitos ngan kereta mainan.

Time kat sekolah aku suka main Konda Konde, Galah Panjang (court badminton ngan bola tampar jadi mangsa..pasal dah sedia ada garisan), Police and Thief (zaman sekolah aku sebut “polis entry”...aku selalu main game ni ngan budak pompuan India..selalunya aku jadi “thief” diorang jadi polis....laju giler diorang lari...naik semput aku dikejornye...yang masih aku ingat Renggayangi.), Ting ting, sep tiang (sampai penuh karat tiang tu lekat kat baju...aku ingat tiang tu berkarat dek peluh kitorang ni jugak la...), Guli (zaman tu 30 sen dah dapat satu bunjut guli...aku tak berapa terer main guli ni..manjang kalah, Tiup batang ais krim (sanggup p selongkar tong sampah sekolah pasal nak carik batang ais krim), tepuk kad ( ni kad kecik yang ada gambar ultramen, superman dll tu..), Tutup Botol (cam main seremban gak..tapi moden sket pasal pakai tutup botol, seremban pakai batu jalan...) Bola Tekan (ni aku main sampai sekolah menengah ni....he..he.)

Masa zaman sekolah, kasut sekolah selalu jadi item kebanggaan...masa tu kalau dapat pakai kasut Aliph White Shadow (kasut Hi-Cut) kira hebatla...tapi mama selalu belikan kasut BM2000, Marco, Bata (ala yang diorang wat main sepak takraw tu)...kalau yang murah lagi tu ada Foong Kiong atau kawan2 india aku selalu pakai kasut getah putih.


Kemudian aku mula dihiburkan dengan rancangan seperti Cumi dan Ciki, Buck Rogers, Kunta Kinte (adaptasi dari novel asal berjudul “Roots” pernah kubaca), The Osmonds (donny and marie), Eight is Enough (cite pasal keluarga yang ada 8 orang anak..) Mickey Mouse Club (aku suka lagu tema dia M.I.C.K.E.Y..M.O.U.S.E), Mind Your Language (“Thousand Appology” dialog dari watak bernama Ali),Opah (Drama terpanjang pernah aku tonton dengan lagu tema “Dia seorang tua...pengasih dan penyayang....la..la..la..) , PJ (ala-ala Dallas Malaysia la, Kisah perjalanan hidup keluarga korporat , masa tu aku minat betul kat watak Puspa (Melissa Saila) ), Puspawarna ( skang dah upgrade jadi Hiburan Minggu Ini kot ), Bj and The Bear ( cite hero bawak trelar panjang ngan Beruk), Sherif Lobo (cite menyebabkan semua kawan2 aku yang ada bapak nama Shariff kena ejek jadi Shariff Lobo...berdosa betui aku ni..iskh..), Oshin ( mula2 aku suka cite ni...peh tu bosan lak...panjang betul siri ni..cite dari dia kecik sampai besor..). The Greatest American Hero (Hero pandai terbang tapi time landing bersepah...lagu tema dia best “believe or not, i’m working on it.......”), The A Team (Aku suka Murdoch ngan B.A), Remington Steeel (Pierce Brosnan jadi hero utama), Hart to Hart (Robert Wagner, cite penyiasat suami isteri), Spencer for Hire, Dynasty, Dallas, Little House On The Praire (agak bosan tapi mama suka tengok so aku pun layak gak...mana ada channel lain masa tu..),Max Headroom (rancangan carta UK)


Zaman aku takda majalah ujang....tapi mama selalu belikan Kuntum, Bujal ngan Bambino...Gila-Gila tu mama tak kasi baca..tapi kalau balik kampung, aku selalu p rumah sedara aku yang ada koleksi Gila-Gila..

Snek zaman aku dulu tak lain dan tak bukan lagi..Cheekedeez, O-Ya, Cheezel,Bubble Gum (ala chewing gum yang cam guli tu..ada 3 bijik kaler merah, hijau, hitam), Mamee (aku penah gaduh ngan makcik aku pasal dia nak bagi aku makan mamee yang dimasak dulu...apparaaa.masa tu kulit mamee kaler biru harga 20 sen) mamee mini (cam mamee gak tapi kecik...harga dia masa tu 5 sen je sebungkus). Roti Kaya (aku suka roti yang kaya Babu roti tu masak sendiri...perghh manis sedap..rindu kat Babu tu..penah satu hari tu Babu ni kena tumbuk ngan satu lagi babu roti yang kitorang tak suka..berebut pelanggan la masa tu).

Banyak lagi cite ni tapi mungkin Mr.Mangifiera lebih banyak nostalgianya dalam era ini.

Wednesday, October 26, 2005

Sibuk skett nih...

Perghh…dua hari tak memblog..sibuk sket la..skang ni tengah audit dalaman ISO..so ada hari jadi auditee..ada hari jadi auditor lak….ni aku nak “lontarkan” sedikit pengalaman aku dalam ISO ni, pengalaman ni bukan sekadar di organisasi aku saja, tapi juga hasil cakap dengar dari rakan-rakan dari jabatan lain. ISO ni memang ramai yang tengah ghairah nak buat..tapi hakikatnya implementasi itu kengkadang diragui…yelah..bila time nak audit, time tu la nak kemaskini semua rekod, mana yang tak lengkap tu dilengkapkan, mana yang tak ada diadakan, mana yang ada ditiadakan…so kalau kes jenayah tu dah boleh kena “charge” tu pasal merekacipta bukti dan menghapuskan bukti. Lagi satu sikap auditee dan auditor ni pun ada yang tak kena, ada auditor tu semacam sengaja nak mencari salah, kalau dapat kesan banyak NCR maka umpamanya dialah auditor yang bagus..teliti…padahal ada bukan semua NCR tu betul, kemudian auditee pulak ada yang tak boleh terima NCR, bertikam lidah dengan auditor…ni kes audit dalam la..kalau auditor SIRIM boleh cakap baik2, pendek kata kerana ISO, hubungan harmonis yang selama ini terbentuk sejak 20 – 30 tahun berkhidmat bersama lebur dek keegoan masing-masing..walaupun hakikatnya ia boleh dielakkan jika masing2 menghayati peranan sebenar auditor dan auditee…aku sendiri sebagai auditee, memang tak kisah kalau auditor nak bagi seberapa banyak NCR pun..sikit pun tak “terluka” malah aku lebih suka ada NCR (minor je la..kalau major pening gak)..sebab apa pertamanya, kadang-kadang kakitangan sokongan ni bila kita suruh buat sesuatu perkara itu, dia ambil ringan saja, tapi bila pihak luar yang jumpa kesilapan tu dan direkodkan, maka lebih mudah kita jadikan asas kukuh untuk mereka laksanakan perkara tu dengan lebih baik. Sebenarnya banyak lagi perkara pro dan kontra yang timbul dari perlaksanaan ISO ni…tapi malaslah nak taip panjang2…kang jadik esei lak..

Saturday, October 22, 2005

Baghdad oh Baghdad......

Sejak pendudukkan soldadu Anglo - Amerika dan sekutunya di bumi Iraq, tiada alamat-alamat yang menunjukkan imperialisme ini akan berakhir. Kenapa Anglo-Amerika dan sekutu mereka masih kekal di bumi Iraq, sedangkan Saddam Hussein yang mereka buru telah mereka sangkarkan...begitu juga dengan ”mitos” senjata berbahaya yang Colin Powell laungkan dulu. Jika diawal pendudukkan dahulu, lawan mereka ialah tentera nasional Iraq yang setia pada pimpinan parti baath naungan Saddam Hussein, setelah lawan ini dapat mereka tundukkan, muncul pula serangan balas yang datang dari pelbagai kumpulan gerila. Apa motif soldadu Anglo-Amerika ini terus menerjah pintu-pintu rumah penduduk islam Iraq? Apalagi yang mereka dambakan....rakyat Iraq sudah cukup lama deritanya, jika Saddam dituduh zalim? Apa pula sifat ”penyelamat dunia” ini kununnya. Aku mula terfikir...mungkin mereka mahu menghapuskan kesan ketamadunan islam zaman bahari yang wujud di kota2 lama Iraq, khususnya baghdad yang suatu masa dahulu dikenali sebagai ”Madinat as-salam” atau Kota Kedamaian. Jika disingkap sejarah islam zaman bahari, banyak evolusi tamadun yang berlaku di sana, tahukah anda disana terdapat banyak koleksi ilmu zaman yunani yang masih tersimpan dan diterjemah kedalam bahasa arab, sedangkan banyak koleksi ilmu zaman kegemilangan yunani ini telah dimusnahkan oleh zaman gelap eropah.
Kegemilangan ilmu yang lahir dari univeristi tertua di dunia iaitu Universiti Baghdad, malahan amalan memakai jubah graduan yang dikatakan bermula di Universiti Oxford dan Cambridge itu juga sebenarnya berasal dari sana, begitu juga dengan pengenalan huruf-huruf rumi yang dikatakan terhasil dari pemikiran pada ilmuan islam Iraq. Buah Tamar yang menghiasi hari-hari kita di bulan ramadhan ini juga asalnya dikesan di Tebing Sungai Tigris. Itu belum lagi dibicarakan tentang kehebatan dan kegemilangan empayar pemerintahan yang wujud di Iraq, zaman Khalifah Abbasiyah di Baghdan pimpinan Khalifah Al-Mansyur serta Khalifah Harun ar-Rasyid yang begitu terkenal. Pada abad ke-8 dan ke-9, Baghdad disifatkan sebagai Kota Terkaya di dunia, para pedagang China, India, dan Afrika Timur bertemu di sini, bertukaran barangan kebudayaannya dan melambungkan Baghdad menjadi medan intelektual. Hospital dan observatorium dibangunkan, maka lahirlah para penyair dan seniman lantas karya besar yunani diterjemahkan ke bahasa Arab. Hati saya amat terguris tatkala melihatkan visual laporan berita bagaimana kejatuhan Muzium Iraq, banyak artifak2 yang berharga musnah dan ada diantaranya dicuri....Perpustakaan Negara Iraq turut mengalami nasib yang sama, beribu manuskrip zaman bahari musnah akibat bencana perang ini.
Sehingga 2003, populasi penduduk Iraq dianggarkan seramai 5.7 juta orang....namun kini jumlah tersebut mungkin banyak kurangnya..makin lama penjajahan ini berlaku makin banyak nyawa yang melayang, harta benda yang musnah dan yang paling diralatkan ialah kemusnahan kesan evolusi ketamadunan Islam. Pernah terlintas di benak aku ni, mungkin suatu masa nanti khazanah dari Iraq yang tinggal hanyalah kisah ”Hikayat Seribu Satu Malam” (Arabian Nights) yang masyur itu ataupun kisah pengembaraan ”Sinbad”,itupun karya ini telah diterjemahkan ke layar perak mengikut acuan barat...dalam ertikata lain karya ini telah pun ”dijajah” .

Lagi kontroversi Lagu Negaraku...

berita malam tadi ada menyiarkan komentar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkenaan kontroversi yang menyelubungi lagu negaraku. Beliau dengan tegas menyelar pihak yang cuba mempertikaikan kedaulatan lagu tersebut. Sejak akhir2 ini beliau kelihatan agak tertekan dengan kontroversi yang tidak sudah berkaitan dengan lagu Negaraku, bermula dengan isu Hattan kemudian Radio Era pula menjadikan isu "Negaraku lagu saduran" sebagai topik utama dalam segmen "Topik Pagi" mereka, bila radio memainkan peranan, maka suara rakyat dapat dikongsi bersama, ternyata rata-rata pendengar mahukan lagu Negaraku diolah melodinya tanpa mengusik bait-bait lirik yang dikatakan ilham dari Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pendedahan di media cetak pula bermula dengan penemuan Encik Md Zain Shadan kemudiannya komposer terkemuka tanahair, saudara Ramli MS dalam ruangan Aspirasi Bintang Popular akhbar sisipan Berita Minggu Ahad lalu turut mengutarakan isu yang sama, cumanya beliau turut mencadangkan penukaran iramanya tanpa mengubah senikata asal lagu tersebut. Sementara itu, Pemuda UMNO turut bersuara dalam isu ini, pergerakkan itu ternyata tidak bersependapat dengan Datuk Seri Rais Yatim yang mahukan lagu negaraku dikekalkan seperti mana versi asal yang diperkenalkan pada tahun 1956 (mirip lagu "Mamula Moon"), Pemuda UMNO sebaliknya mahukan negaraku didendangkan dalam versi 2003 yang berkonsepkan Moderato dolce kerana ia jelas lebih bersesuaian dan membangkitkan perasaan lebih bersemangat ketika menyanyikannya selain gubahan lagu Negaraku pada tahun 2003 itu juga telah mendapat persetujuan dari kabinet dan Yang Di-Pertuan Agong pada waktu itu serta telah digazetkan oleh Parlimen. Ternyata isu ini mula membuka mata ramai pihak, cuma aku masih ternantikan suara-suara tokoh-tokoh nasionalis yang masih ada pada ketika lagu negaraku itu diperkenalkan pada tahun 1956, mungkin mereka inilah yang dapat memberikan gambaran sebenar atau justifikasi sebenar berkenaan isu "Negaraku" vs "Mamula Moon".
Datuk Seri Dr. Rais Yatim

Thursday, October 20, 2005

Al-Fatihah....

YABhg. Datin Paduka Seri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah kembali ke rahmatullah pada 20 Oktober 2005(Khamis), jam 7.55 pagi di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Malaysia telah kehilangan "First lady". Kepada YAB Dato' Seri Abdullah, cekalkan hati dan redha dengan ketentuan ilahi ini, semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman......Amin
Kasih sayang seorang suami tidak terbatas semasa nyawa dikandung badan, tapi berpanjangan sehingga ilahi memanggil pulang. Kasih sayang itu disulami kiriman doa agar jasad di barzakh beroleh ketenangan.

Wednesday, October 19, 2005

Fakta menarik mengenai Taufan...

Kejadian taufan yang melanda Amerika Syarikat memang dasat...Bush U've got served!!..tapi apa yang menariknya ialah nama yang diberikan kepada taufan2 ni...mengikut sejarah, nama taufan ni bermula pada tahun 1940 an, pada masa tu taufan2 ni di'indicate' dengan turutan abjad je...taufan A, Taufan B, taufan C...sehinggalah pada tahun 1978. Mulai 1979, taufan2 yang datang ni telah mula diberi nafas baru...nama2 lelaki dan wanita mula digunakan bagi mewakili taufan2...antara taufan yang "Glamer" ialah Arlene, Bret,Cindy,Franklin,Irene,Jose,Katrina, Nate,Rita,Stan dan Tammy. Di negeri China pun trend yang sama digunakan, maka lahirlah nama taufan seperti Longwang,Yutu,Fengshen,Dujuan dan Haima, di Jepun pulak ada nama Tenbin,Usagi,Kanmuri dan Koppu...tapi memandangkan di Malaysia takde taufan, maka hanya ribut je la yang ada nama, ribut2 yang pernah melanda malaysia bernama Rumbia, Tapah, Nangka, Meranti dan Mawar.....alkisah...

Tuesday, October 18, 2005

Belasungkawa....



Semalam seorang tokoh yang besar jasanya didalam korpus sejarah sukan badminton negara telah pulang ke Rahmatullah...beliau ialah Dato' Haji Sidek Kamar, ayahanda kepada barisan lagenda badminton negara..Misbun, Razif ,Jalani, Rahman, Rashid serta Zamaliah (dua lagi anak beliau iaitu, Rohzita dan Mohd Shahrezan tidak terlibat aktif dalam sukan ini). Dato' Haji Sidek yang dilahirkan pada 19 Januari 1936 di Banting, Selangor sebenarnya merupakan seorang Peladang dan peniaga Kelapa Sawit, namun beliau mempunyai minat serta bakat dalam sukan badminton malah beliau pernah menjuarai Kejohanan di Peringkat Daerah Kuala Langat serta "Malay Junior Champion" sekitar tahun 1960an. Meskipun pencapaian beliau dalam sukan ini tidak mencapai tahap kebangsaan, namun legasi yang beliau lahirkan telah menguasai dunia badminton antarabangsa, hasil bimbingan yang tekun, beliau telah berjaya melahirkan barisan jagoan badminton bertaraf dunia yang merupakan dikalangan anak kandung beliau sendiri. Misbun ( Juara Kebangsaan 1980-1984 dan 1986-1987), Razif dan Jalani ( Juara All England 1982, Juara Grand Prix Dunia 1989, Emas Sukan Komanwel 1990, Juara Dunia 1990 dan 1991, Juara Piala Thomas 1992 serta Pingat Gangsa Sukan Olimpik 1992), Rashid (Juara Sukan Komanwel 1990 dan 1994, Juara Piala Thomas 1992, Pingat Gangsa Sukan Olimpik 1996) , Rahman ( Juara Piala Thomas 1992) dan Zamaliah (Pingat Perak Sukan Komanwel 1994). Atas jasa dan sumbangan besar beliau, Universiti Putra Malaysia telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains Sukan kepada beliau pada tahun 2003. Sememangnya ajal pertemuan itu adalah ketentuan ilahi, pada usia 69 tahun, Dato' Haji Sidek Kamar pergi menemui ilahi pada tanggal 17 Oktober 2005 jam 2.30 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Jenazah beliau disemadikan di Kanchong Darat, Banting, Selangor.
(Misbun, Rahman, Razif, Rashid, Jalani)

Syabas Kerajaan Negeri Perlis....


Pagi ni aku baca akhbar dan amat tertarik pada laporan berita di laman 25, dibawah ruangan Dalam Negeri..."Umrah Percuma berkesan atasi kakitangan suka berhibur"..hmm mungkin ramai akan tertanya..benda free ni berkesan ke? kang cam p makan angin lak...maklumla duit tak keluar sesen pun...Idea ini terbit dari pemikiran Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim (memang terkenal dengan idea unik..), menurut beliau, langkah ini akan memberi kesan positif kepada kakitangan kerajaan dan ahli politik yang suka berhibur dan membuang masa di Pusat Karaoke. Program ini sebenarnya telah pun dilaksanakan sejak awal september lalu dan ternyata "batch" pertama yang dihantar tu telah menunjukkan perubahan yang positif seperti "hati mereka tergantung di Masjid" (ayat ni sebahagian dari hadith yang disampaikan oleh ustaz Hakim Zainal dua malam lepas dalam sesi tazkirah sebelum solat terawikh). Pada aku, tindakkan kerajaan Perlis ni patut dipuji dan menjadi amalan di peringkat kerajaan pusat..inilah yang rakyat tunggu2 sangat ...bukan lagi berbelanja besar buat "road show" buat seminar penerangan apa itu "Islam Hadhari" tapi implimentasinya tetap kabur...syabas Datuk Seri Shahidan Kassim serta Mufti Negeri Perlis, Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin. Memang tak boleh dinafikan, trend "lepak" di Karaoke dan dangdut menjadi satu amalah segelintir kakitangan kerajaan....yang hairannya golongan ini bukan dikalangan mereka yang berumur belia...tapi dah nak masuk umur pencen pun...hairan..hairan...mungkin kesan dari didikan "english medium" yang mereka terima di zaman muda...sebelum kehadiran Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tapi itu semua hanyalah sekadar kemungkinan, faktor sebenar hanya Allah yang tahu.
Trend "Gila Golf" camna lak yek......

Monday, October 17, 2005

"Negaraku" lagu saduran....

Pagi tadi on the way p opis aku dengar ERA radio...topik perbincangannya berkisar tentang lagu kebangsaan kita "Negaraku" yang didakwa sebagai saduran dari lagu hawaii tajuk "Mamula moon nyanyian "Felix Mendelssohn and His Hawaiian Serenaders" dari album Paradise Isle...aku dah dengar lagu tu...masyaallah..memang sebijik iramanya..cuma temponya agak slow n mendayu...senikata of course tak sama. Perkara ni sebenarnya dah lama aku baca dalam akhbar...rakyat malaysia yang terjumpa lagu ni ialah Md Zain Shahdan, seorang kakitangan INTAN..kebetulan pada masa tu anaknya memainkan semula lagu dari koleksi lama beliau yang telah tersimpan selama hampir 10 tahun, dan dakwa beliau lagu itu dicipta sekitar tahun 1940 an. Ada pulak dakwaan lagu negaraku disadur dari lagu kebesaran negeri Perak yang juga diadaptasikan dari lagu "Terang Bulan" (pun aku dah dengar dah..sebijik sioooott) yang berkonsepkan keroncong serta popular di tanah jawa dan malaya sekitar tahun 1930an. Kalau lagu Perak tu disadur dari lagu mamula moon ni, memang masuk dek akal gak, pasal Sultan Perak (Raja Abdullah) pernah menetap di Pulau Seychelles setelah dibuang negeri oleh British ( kes J.W.W Birch la..), yang mencipta lagu Perak tu mengikut Prof. Khoo Khay Kim ialah Raja Chulan, anakanda Raja Abdullah, kebetulan sebuah band dari Perancis pernah mainkan lagu ni disana. Kalau disingkap kembali sejarah lagu "Negaraku", setelah mendapat kemerdekaan, satu pertandingan mencipata lagu kebangsaan telah diadakan, akhirnya lagu saduran dari lagu "Terang Bulan" ni yang terpilih, melodi lagu ini dipilih oleh jawatankuasa khas yang turut melibatkan Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia yang pertama), malahan ada dakwaan adaptasi melodi dari lagu terang bulan itu adalah datangnya dari beliau.Sejak ternobatnya lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan, "beat"nya telah diubah 2 kali, pertamanya pada 1993, oleh Ahmad Dasilah (dulu kalau tengok rancangan hiburan kat RTM nama ni memang famous la....) kemudiannya pada tahun 2003 oleh Datuk Wah Idris ( tempo marching).Ahli sejarah sebenarnya takde bukti lengkap siapa pencipta asal melodi lagu ni..sampaikan ada yang mendakwa lagu ni sebenarnya ciptaan seorang komposer dan penyair terkenal dari Perancis yang popular sekitar abad ke-19, iaitu Pierre Jean de Beranger.Jadi aku terkenang kembali selama ni pagi2 buta aku nyanyi kat perhimpunan sekolah dari kecik sampai besor tu rupa-rupanya lagu Hawaii...hampeh betul la..memang sedih betulla kalau betul lagu negaraku diciplak dari lagu Hawaii tu....Baru-baru ni teruk si Hattan kena hentam dengan sorang ahli parlimen pasal nyanyi lagu negaraku tak ikut versi asal..siap nak dicampak kelaut lagi si Hattan tu...dituduh pengkhianat negara lagi...tapi bila difikirkan balik...kalau betullah lagu negaraku disadur dari lagu Mamula Moon ni...apalah nasib negaraku Malaysia...sudahlah undang-undang pun saduran British, lagu kebangsaan pun didakwa saduran jugak agaknya pasal ni la Bunga Kebangsaan pun sama dengan Hawaii, Bunga Ros...wallahua'lam...yang asli agaknya hanya "Orang Asli".
Lirik lagu Negeri Perak
Dilanjutkan, Allah usianya Sultan,
Adil dan murah, memerintah watan,
Ditaati rakyat kiri dan kanan,
Iman yang soleh Allah kurniakan,
Allah berkati Perak Ridzuan,
Allah selamatkan negeri dan Sultan.
Lirik lagu Terang Bulan VS Negaraku
Terang bulan (Negaraku)
Terang bulan di kali (Tanah tumpahnya darahku)
buaya timbul disangkalah mati (Rakyat hidup bersatu dan maju)
jangan percaya kepada lelaki (Rahmat bahgia, Tuhan kurniakan)
Berani sumpah tapi takut mati (Raja kita selamat bertakhta)
Jangan percaya kepada lelaki (Rahmat bahgia, Tuhan kurniakan)
Berani sumpah tapi takut mati. (Raja kita selamat bertahkta).
(perhatikan tarikhnya..1940-1945...kita merdeka 1957)
jadi apakah kita perlu sebuah lagu yang benar2 wataniah? fikirkanlah......

Thursday, October 13, 2005

Semalam di Alamanda.....


Semalam aku terpaksa "tuang" solat terawikh...bukan apa, susu anak abih..so aku p la beli kat Alamanda....p la shopping kat Carrefour sana, sambil intai2 peti ais ngan mesin basuh (maklumla nak masuk rumah baru...he..he..)...kebetulan kat situ ada plak diorang wat Best Buy...CD lagu RM5...aku belek2 jumpa CD "William Hung"...dah alang2 RM5, aku pun angkut la CD tu...on the way balik tu aku pasang dalam kereta....i tell u what...memang kelakau giler......memang terhibur...CD tu ada 14 trek...tapi selang beberapa lagu ada what he called Inspirational Thoughts about Passion, Perseverance and to be your self....memang mamat ni nyanyi dengan penuh confident and he do it his way....aku paling suka bila dia nyanyi lagu favourite aku " I believe I can Fly ", "Hotel California", "Can You Feel The Love Tonight" and "Y.M.C.A".....walaupun sumbang mambang aje ..memang betul2 best buy la CD ni.siap dapat DVD video lagi....so pada aku, kalau korang dapat nyanyi lebih baik dari si William ni memang u all can make albums there la..(wanna give a try Mr. Mangga? do your very own version of "Pamit" song)..peh tu aku sambar 3 lagi vcd cite melayu klasik....Setinggan (cite hantu jepun..masa aku kecik2 cite ni la yang paling seram penah aku tengok selain cite "Anita Dunia Ajaib"..sampai sejuk kaki2...), Si Luncai ( ni cite lawak ...badul, ayappan, mamhmud jun..aku memang peminat diorang ni..) Dr. Rushdi ( ni aku beli pasal aku kumpul cite P.Ramlee...cite ni blom ada dalam koleksi lagi so aku beli laa..)...hari ni aku cadang nak bukak posa kat McDonald la...satu kapla RM18...kira ok la tu..saja carik kelainan....

Tuesday, October 11, 2005

Memori Ramadhan...Vol.2


Pengalaman berpuasa masa di sekolah menengah takde la thrill sangat..aku sekolah menengah mula2 kat Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), sekolah ni kira "Boys School" la, skang dah takde dah sekolah ni...dah jadi kolej rasanya..kat seksyen 11, Shah Alam, peh tu aku pindah ke sekolah menengah agama Hulu Langat, Cheras...antara pengalaman berpuasa yang aku alami dizaman "secondary education" ni la....

1. Masa kat SAMTTAJ kitorang selalu dijemput berbuka puasa kat Masjid Shah Alam, memang best la makanan dia kalau nak dibandingkan dengan juadah kat Dewan Makan Sekolah...maklumla Sultan Selangor belanja..

2. Masa form 1 ada sorang Dorm-mate aku ni selalu ngompol (bahasa saintifik untuk kencing malam)..memandangkan kitorang pakai katil double decker, aku dapat katil atas, mamat hancing ni katil bawah...jadi bila mamai2 bangun p sahur tu aku selalu p transit kat katil dia...maka time tu la jugak aku terkena "jerangkap samar" tu...nak tahu dia kencing ke tak senang je...dia mesti cover dengan tabur bedak zaitun...so kalau kita bau bedak zaitun atau bangun dari katil dia dengan berkemutih bedak melekat kat badan...paham-paham je la...tapi bila dah mamai tu mana nak ingat.

3. Aku cukup tak berselera makan sahur time sekolah menengah.....balik2 kari ikan ngan teh o...kari cair lak tu...hampesss betuii..

4. Masa time puasa, mama selalu bekalkan ikan bilis goreng...tapi tak sampai dua hari...kena kenduri ngan kawan2 malam tu jugak cerah balang ikan bilis goreng aku.....

5. Solat terawikh selalunya kitorang buat kat dewan besar....pasal surau kecik..dewan sekolah mana ada air-cond...peh tu takda option lak tu...nak tak nak kena gak wat 20 raqaat...abih lencun kain pelekat aku..

6. Masa time petang2 kitorang boleh keluar p beli juadah...masa tu takda "Pasar Ramadhan"...yang ada orang niaga tepi2 jalan tu la...maklumla budak2 duit pun ciput...kira dapat beli goreng pisang seringgit bawak balik pun kira dah happening la..tak pun beli air gas sebotol pun dah kira hebatla...tak nyempat2 nak habiskan makanan kat dewan makan, pasal nak makan goreng pisang yang beli tadi.

7. Masa bulan posa ni , memang dalam kelas tu ngantuk giler...pantang ada masa free..tidur la aku...masa tu aku selalu duduk kat sebelah Izad...memang budak ni kuat betul tidor...sampai uztazah masuk pun dia tidor gak...sudahnya ustazah panggil dia Boyak..maka lekatlah nickname dia boyak....aku memang suka sangat time tu...pasal dia panggil aku specky...so bila dia ejek aku specky, aku panggil dia boyak...

8. Masa time bulan posa ni...masa semayang jemaah subuh la yang paling kelakau..masa ni la nak tengok ada mamat2 yang secara tiba2 nak terjatuh ke belakang masa semayang..., sujud tak bangun2, tahiyat akhir orang dah bagi salam, dia dok kaku pejam mata lagi, tak kurang jugak yang terus sujud masa imam baca doa qunut...ni semua kes tido dalam semayang la ni........tapi aku ok...he..he..tak penah kantoi..

9. Masa kat sekolah ada gak bebudak yang ponteng puasa...tapi ngenangkan kaedah diorang ponteng puasa tu...geli tekak aku...ada ke patut bancuh air sirap dalam gayung, pehtu kacau ngan getah paip dalam tandas dulu....ntah apa2 anasir yang ada kat getah paip tu, tak kuasa aku nak cerita.....kununnya p mandi la bawak gayung...so orang tak syak...piiirahhhh!

10. Geng yang tak posa ni bila kena tangkap ustaz suruh berarak kat sekolah pegang sepanduk ngan gantung kad board kat leher tulih " saya tak puasa hari ini"....peh tu kena masuk tiap2 kelas mintak tanda tangan cikgu2 yang tengah mengajor time tu..

11. Kalau balik kampung cite yang popular takde lain la....mesti "Rumah Kedai"..yang berlakon si Sudiro Sukirman, Harun Salim Bachik, arwah Yusof Muhammad (Pak Halim)...tiap2 tahun mesti ada cite ni....pehtu ada lak cite alih bahasa arab...masa tu yang ada TV1, TV2, TV3...time pukul 6.30 keatas tu boring giler.....semua channel tunjuk waktu berbuka puasa....

12. Masa kat SAMTTAJ Aku selalu gak p sekolah tak mandi pagi...he..he...apa boleh buat..lepas solat subuh sambung tido....tau2 dah time nak p sekolah...alamat lap muka ngan kumur je la...he..he.. apa nak malu, bukan aku sorang je cam tu....lagipun sekolah tu semua lelaki...he..he..

ginilah rupanya zaman puasa remaja....

Monday, October 10, 2005

Memori Ramadhan.....



ni aku nak cite sket "pengalaman" aku berposa masa kanak-kanak hingusan dulu...aku pun dah tak ingat umur berapa aku start posa..tapi seingat aku la sejak aku sekolah rendah lagi.....bab posa ni mama ngan baba aku jaga betul..agaknya pasal aku ni anak sulung kot..n masa tu diorang muda lagi ..pasal time adik aku yang bawah2 ni..bley ada excuse plak..tapi ngelat tetap ngelat jugak...maklumla masa budak2 dulu kan buas lagi..mana tahan..antara pengalaman yang aku ingat lagi la..

1. Mama selalu buatkan ais kepal masa time sahur...ala ais yang dikisar pehtu dikepal jadi bentul bola, pas tu dituang pulak kordial kat atas ais tu..paling aku suka kordial sarsi ngan sirap..

2. Ngelat posa masa sekolah rendah...masa rehat main dengan sebuasnya peh tu masa time nak semayang zuhur, time amik wuduk tu teguk la air paip tu puas2 he..he..(padahal dalam kolah mesjid ntah apa2 anasir ada kat dalam....) mesjid tu namanya Masjid Raja Muda Musa, Semenyih..

3. Selalu gak masa kanak2 dulu menggembeng tenaga ngan adik2 curik makan buah kurma dari peti ais....

4. Masa kecik2 dulu selalu heran...masa bukak posa kenapa mama ngan baba makan sikit tak macam kitorang....berkeping2 kuih, berpinggan2 nasik, bergelas2 air kitorang lantak masa berbuka..

5. Kitorang takkan buka posa selagi baba tak baca doa bukak posa....

6. Masa kecik2 dulu makan kurma masa berbuka ni kira atas dasar paksaan...baba marah kalau tak makan kurma...tapi adik aku yang bongsu..selamba je tak makan kurma ...baba tak kata apa dah...

7. Masa aku kecik dulu...bukak posa cukup lambat...7.45 ada..paling awal 7.30...prghhh...seksa nak tunggu..lembik seluruh badan...

8. Time tarawih aku rajin...pasal ada moreh...bukan nak tarawih sangat pun...dalam 20 rakaat tu ada la dalam 6 ke aku buat..yang lain duduk kat belakang main...tak pun main basikal kat luar surau..eleh..aku tengok pakcik2 nga abang2 yang tukang sediakan moreh tu pun tak cukup semayang tarawih...he..he..time moreh best, ada mee goreng ngan teh o cap mesjid...ntah macam mana satu hari tu aku boleh ikut idea ada sorang budak ni masukkan kacang goreng dalam air teh...sambil minum makan kacang..ntah apa2 ntah..tapi aku antara bebudak yang 'stay back" tolong basuh pinggan mangkuk...tolong lipat tikar plastik..

9. Masa kecik2 seingat aku jarang bukak posa kat luar...kecuali masa dah ujung2 ramadhan..masa tu on the way balik kampung...selalu la kitorang bukak posa kat Hotel yang kitorang duduk..bukan makan makanan hotel pun...mama selalu usung rice cooker p hotel..makan lauk bawak dari rumah...rice cooker tu kira utk masak nasik ngan perangat lauk la...serunding for sure ada punya...kitorang selalu nginap kat hotel Royal Casuarina, Ipoh, Exelcior, Ipoh ada jugak kengkadang kat Rest House Kuala Kangsar....tak tau la ada lagi ke idak hotel2 ni...aku mesti dapat "extra bed" punya, maklumla adik beradik ada 7 orang...Mr Mangga tau la kot tempat2 ni..

10. Masa nak bulan ramadhan aku cukup tak suka pakcik yang umum tarikh posa tu (penyimpan mohor raja-raja tu la..), tapi bila nak raya pakcik tu la yang tak sabar2 aku tunggu depan tv....he..he...

alahai zaman budak-budak.......

Dilemma Ramadhan....


Saban tahun menjelangnya Ramadhan, selain berpuasa tidak boleh tidak umat islam akan didendangkan dengan fadhilat solat sunat tarawikh. Tapi yang selalu dibincangkan dikalangan mereka bukan ganjaran solat sunat itu, sebaliknya jumlah raqaat yang dilakukan oleh mereka. Selain jumlah raqaat, surah2 yang dibawa oleh imam turut menjadi topik perbualan, ada yang gemarkan imam yang mengimamkan solat tarawikh dengan ayat dari juzu' amma (ayat lazim) dan ada pula yang teruja dengan kelunakkan bacaan surah2 al-quran yang dibawa oleh imam yang berstatus "al-hafiz".......tapi bagi pandangan peribadi aku, jika ditanya lapan atau 20 raqaat, akan ku jawab yang penting "Istiqamah"....tak salah jika memilih 8 raqaat (tidak termasuk sunat witir), disitu juga insyaallah dijanjikan pahala dan ganjaran dari Allah. Begitu juga dengan ayat lazim atau surah lain dalam al-quran, mungkin ada yang lebih khusyuk bersembahyang dengan bacaan ayat lazim, maka itu pastinya lebih baik. Harus diingat, ibadah kita bukan dinilai oleh sesama manusia, tetapi oleh Allah S.W.T.....kesimpulannya, lebih banyak ibadah kita kerjakan, lebih banyak ganjaran dari Allah kita terima, insyaallah....

Wednesday, October 05, 2005

“The Librarian : Quest for the Spear ” merekonstruksi imej baru Pustakawan


Saya pernah membicarakan soal imej stereotype yang sering ditempelkan pada pustakawan, imej kuno, fesyen yang out of date , pembengis, usia emas dan tidak versatile itu yang kerap dimainkan oleh pembikin filem tidak kira dalam atau luar Negara. Namun rekomendasi filem “The Librarian : Quest for the Spear ” oleh rakan baik saya menyebabkan saya harus memiliki filem ini. Filem ini saya perolehi dalam format DVD, malangnya pada waktu itu saya belum memiliki pemain cakera DVD, lalu filem itu saya simpan untuk seketika waktu sambil berkira-kira untuk membeli pemain cakera DVD. Berselang tiga hari kemudian (kebetulan wang gaji dah diterima), pemain cakera DVD saya beli , agak lucu jugak bila dikenangkan matlamat utama mahu memiliki pemain DVD itu adalah semata-mata kerana mahu menonton filem “The Librarian : Quest for the Spear ” .

Setelah selesai menonton filem ini, saya merasakan “kesegaran” imej pustakawan yang dibentuk oleh skrip garapan David Titche dan diarahkan oleh Peter Winther ini. Filem fiksyen ini sebenarnya mempunyai plot penceritaan ala “Indiana Jones” , bezanya filem ini disulami dengan kesan khas dan komedi. Watak utama filem ini dimainkan oleh actor Noah Wyle sebagai Flynn Carsen atau “The Librarian”. Beliau mendapat tawaran bekerja sebagai pustakawan di “Metropolitan Public Library” secara tidak sengaja dan perlu menjalani sesi temuduga yang disertai oleh ramai calon. Akhirnya beliau berjaya, dan dilantik menjadi Pustakawan di Bahagian Antikuiti (ibaratnya Bahagian Arkib dan Galeri PTSL), Metropolitan Public Library. Walau bagaimanapun, filem ini tidak menggambarkan tugas terperinci seorang pustakawan, namun filem ini berjaya mengubah imej stereotype yang sering digunakan untuk watak seorang pustakawan di layar perak.

(Penulisan ini bakal dimuatkan dalam Buletin ILHAM akan datang)

Tuesday, October 04, 2005

Buy Indons (new Malaysian Soccer foreign policy)


looking at how successful Selangor team pulling their fans back to fill up their Gigantic stadium was more valuable than winning the cup....selangor cash-in from their gate collection far better than the cash prize they bags by winning a Treble this season. Well, we all knew that the Fans are not 100% selangor fans, there are big percentage among them coming to the stadium just to support Bambang Pamungkas and Elie Aiboy....see how smart selangor team management are. They not just getting a big talent with small budget, but also getting far more richer when all the Indons all over Klang Valley bought their match tickets...the question is, was it a "Smart Partnership" or it just more to profit strategy (but we cannot denied that this players do make a big impact to selangor's road to victory). yes, it is a smart-partnership, in terms of recruiting a good players within a small budget then contributing to make the team account bigger, but what happen to our local talents??? since the day of Mokhtar Dahari, Arumugam, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh...there's nobody in Selangor current team really fit to fill their shoes. Today, in Kosmo , Perak were reported trying to lure 2 Indon players, Kurniawan Dwi Yulianto (having a short stint with italian seria A team, Sampdoria during his hey day) and Boas Salossa (could make his way to selangor this year if not because of age barrier).....actually i would love to see our team pay more intention on nurturing the young talents by conducting a training stints or loan them to more higher level soccer league...i'm not talking about sending them to English Premier league team ( too costly maa..and our player would never get a chance to play their trade there)...what about sending to Autralian Soccer League...as we can see there are dozens of quality players there and the socceroos now is an AFC's member. There are many world class players produced by the league, don't tell me u don't know Harry Kewell (Liverpool), mark Viduka and Mark Schwarzer(Middlesbrough), Brett Emerton and Lucas Neil(Blackburn), Tim Cahill (Everton), Marco Bresciano(Parma), Craig moore (newcastle),Stan Lazaridis (Birmingham), Zeljko kalac (A.C Milan), John Aloisi (Alaves) were Australian, and some of their under 20 now playing under big european team like Nathan Coe and Carl Valeri (InterMilan), Tom Willis (Newcastle), Spase Dilevski (PSV Eindhoven),Scott McDonald (Southampton). Can u remember how was the impact given by lots of Austalian imports in our league before? remember Mehmet Durakovic, Dave Marshall,Robert Dunn, Ross Greer, Josip Biskic (Selangor), Alan Davidson (Pahang), Warren Spink, Joe caleta, Marshall Soper (Perak), Abbas Saad , Alistair Edwards, Darren Stewards(Johor), Scott Ollerenshaw (Sabah)David Evans (Sarawak).....besides that, there's also a pack of world cup players playing in Malaysia, such as Emile Mbouh Mbouh (Cameroon), Stephen Keshi (Nigeria), Karel Stromsik (Chechoslovakia)..what a pity..Good players keep on knocking our door but our so-called professional players still playing like school boys and easily acting like a Star player (in a land of blinds, one eye is a king )....Kejor Yob Kejor...

Monday, October 03, 2005

Malaysia in the 80's...


he..he..another soccer classic review...Malaysia on their World Cup qualification round (Asian Zone).... this is not the best line-up in the 80's..but still featuring better players than our present team....Malaysia failed to qualified but we are among the best asian team in that era....there was 2 players from Perak in the team, Azizol Abu Haniffa and P.Ravindran..the others are Salim Mahmud (Kelantan), Lee Kin Hong,S.Ravichandaran and Perak-born Azmi Mahmud (Kedah), Serbegeth Singh or Shebby , Lee Tiong kim and See Kim Seng(Kuala Lumpur), Ahmad Yusof (Pahang) and Dollah Salleh (Selangor)....

Yob 4ever.....


Remember this line-up....i just can't remember a few members of this mid 80's team...maybe mr Tmidzie or Abg Mat Mid still got their names in their memory box.....