Wednesday, April 19, 2006

Hujung minggu di Kepala Batas

"Nadwah Ulama Nusantara III" begitulah acara yang aku sertai hujung minggu lalu. Bertempat di Kompleks Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) acara yang menghimpunkan ramai ahli akademik dan cerdik pandai agama berlangsung dari 15 hingga 17 April...aku selaku urusetia pameran hadir mulai tanggal 14 april. empat hari tiga malam aku tinggalkan keluarga, memang panjang rasanya detik itu. Acara perasmian memang meriah dengan kehadiran ramai VIP tempatan sebagai tanda sokongan kepada hadirnya Perdana Menteri, Pak Lah selaku perasmi acara. Turut sama menyertai beliau ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Institusi Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohammad, selain beberapa orang MP dan ADUN sekitar Pulau Pinang dan Perlis antaranya YB Azihani Ali (Perlis) dan YB Shahbudin Yahya (Penang). Fokus utama acara ini adalah pelancaran buku mengenai sumbangan "Tok Wan" Pak Lah, iaitu Syeikh Abdullah Fahim. Dalam kelancaran acara itu berlangsung, ada satu insiden yang mencuit hati aku, betapa manusia bergelar "ahli korporat" ini sanggup melakukan apa saja demi memenangi kontrak, tender atau peluang pekerjaan, asal ada tandatangan Perdana Menteri maka itu sudah cukup sebagai tanda kebal usul niaga mereka harus diterima. Insiden sekumpulan tiga orang wanita bertandang ke meja santapan Perdana Menteri lalu "menghidangkan" tiga buah semacam proposal dengan penerangan, aku dapat lihat perubahan air muka Pak Lah, namun kumpulan itu beliau layan dengan senyuman dan sedikit penerangan, apa yang terjadi seterusnya amat menarik, Pak Lah beredar dari meja santapan sambil diiringi oleh VIP tanpa menghiraukan proposal tadi, maka ianya terpaksa dikutip oleh seorang "VIP" yang merupakan pembuka jalan kepada kumpulan wanita tadi. Sejarah proposal tadi ku jejaki, ternyata ia kekal dikelek oleh VIP tadi, mungkin jika ada rezeki proposal itu akan bertemu dengan Pak Lah semula di lain waktu dan ketika. Perbuatan kumpulan wanita tadi mendapat reaksi kurang senang dari hadirin yang ada, seorang peserta dibelakangku tanpa berselindung memberi komen..."apa la depa ni, tak hormat majlis langsung, ni bukan tempat dia (untuk serah proposal)...kesian Pak Lah.." walhal teman kumpulan wanita tadi ada berdiri betul disebelah peserta ini.

Monday, April 03, 2006

Semalam di Sri Malaysia

Hujung minggu aku habiskan di Port Dickson...kebetulan bini aku ada bengkel apa ntah di Hotel Sri Malaysia. Hotel yang memang terkenal dengan "kejutan" ni memang menepati ramalan aku, bukan kejutan dari segi perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi kos penginapan dan kos-kos tambahan lain yang sungguh tidak berbaloi. Aku malas nak ulas lebih lanjut, tapi sekadar berkongsi pengamatan dan pengalaman baru aku ni. Malam pertama di sana kami makan malam di sebuah restoran seafood, sekali lagi timbul rasa ketidakpuasan dihatiku bila kami terpaksa menunggu kebih 30 minit untuk makanan dihidangkan, sedangkan pengunjung tidaklah ramai. Lebih menyakitkan hati lagi bila sebuah troli yang digunakan untuk "menghumban" pinggan mangkuk kotor diletakkan berdekatan dengan meja kami, troli itu pula "dihiasi" dengan lalat-lalat hijau yang sebesar "Cakcibor". Keenakan makanan tidaklah sehebat mana, tapi yang menariknya seekor sotong bakar berkos RM3! aku tak pasti harganya disini.....tetapi aku rasa macam makan dalam rancangan "fear factor" bila sotong bakar kami itu dihurungi dek lalat-lalat hijau tadi. Bila teringatkan nasib penjual nasi dagang dan ikan tongkolnya, aku dapati "inflasi" dari makanan yang dijual oleh penggerai ni kadang-kadang lebih dasyat dan kejam dari inflasi barangan perindustrian. Harga setin minuman ringan yang dijual disebuah gerai kotor yang dipenuhi lalat ditepi pantai harganya lebih mahal dari minuman sama yang dijual di kedai runcit di ibukota. Tapi manalah ku tahu kalau-kalau lebihan sekupang dua kupang yang kubayar tu membantu dalam menambahkan pendapatan negara dari sektor ecotourism.














Ziyad yang gembira...















perjalanan ke PD mengambil masa 3 jam ekoran hujan yang luar biasa lebatnya.














"Senja di Port Dickson" dari jendela Sri Malaysia