Saturday, September 29, 2012

Shariff Dol : Samseng Kampung Dusun dalam kenangan.

Oleh : Harith Faruqi Sidek



'Shariff Dol, Samseng Kampung Dusun'...tagline yang disebut orang hingga ke hari ini, begitulah terkesannya watak samseng yang dibawa oleh Shariff Dol dalam filem 'Seniman Bujang Lapok' arahan P.Ramlee pada tahun 1961. Shariff Dol atau nama sebenarnya Shariff Dol Asnawi adalah generasi 'zaman emas' Shaw Brothers di Studio Jalan Ampas, iaitu sezaman dengan pelakon handalan yang lain seperti P.Ramlee,  S Roomai Noor, Jins Shamsuddin, Jamil Sulong, Aziz Sattar, S Shamsuddin, Haji Mahadi, AR Tompel, M Zain, Nordin Ahmad, Yusof Latiff, Osman Gumanti, Ibrahim Pendek, S Kadarisman, Omar Rojik, Ahmad Mahmud, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Kemat Hassan, HM Busra dan Omar Suwita.

Shariff Dol telah membintangi lebih dari sepuluh buah filem,  antara filem yang telah mengangkat nama beliau ialah Lela Manja, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi, Jefri Zain, Gerak Kilat, Pendekar Bujang Lapok dan Si Tanggang. Kebanyakkan watak yang dibawa oleh beliau adalah berupa protagonis, seperti samseng, penjahat dan seumpamanya.



Filem Gerak Kilat (BH, 8 Julai 1979)

Filem Lela Manja (BH, 8 Julai 1979)


Shariff Dol meninggal dunia  diusia 53 tahun pada hari jumaat, 27 april 1979 akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit yang dihidapinya. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Singapura,beliau dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu deman dan cirit- birit. Shariff Dol meninggalkan seorang isteri, Alimah Ahmad dan 10 orang anak, jenazah beliau disemadikan di Pusara Aman, Singapura. Alfatihah.....



Berita kematian Shariff Dol (Berita Harian, 29 April 1979)

Rujukan :

Seniman Shariff Dol Meninggal. (29 April 1979). Berita Harian. p.8.

Studio Jalan Ampas Berlumut di Kota Singa. (14 Jun 2009). Berita Minggu.

17 comments:

Unknown said...

Saya termasuk orang yang mengagumi acting Shariff Dol. Nama beliau sebenarnya sangat tenar. Tapi kenapa tak satu pun menulis tentang beliau di http://ms.wikipedia.org
?
sungguh ironis sosok ini hilang begitu saja di panggung sejarah seni Malaysia.

Harith Faruqi Sidek said...

Terima kasih Tuan Toto kerana sudi membaca entri ini...memang sukar mencari maklumat tentang Shariff Dol dan saya tiada jawapan tentang wikipedia itu...tetapi jika mahu,penulisan saya ini boleh saja disalin untuk wikipedia atau setidak-tidaknya rujukan yang saya gunakan boleh digunakan untuk itu.

Sudin said...

Kita sebenarnya mempunyai ramai seniman lagenda yang tidak diketengahkan didalam mana-mana penulisan. Seniman dan seniwati seperti Ahmad C, Ali Fiji, A. Rahim, Mak Dara, Saamah dan ramai lagi.

Mereka ini seakan hilang dari sejarah perfileman Melayu dan sukar untuk mencari maklumat mengenai latar belakang dan sejarah kerjaya mereka.

Harap penulis Kitab Tawarikh ini dapat mencari maklumat seniman dan seniwati silam untuk dikongsi bersama generasi muda.

Harith Faruqi Sidek said...

Terima Kasih saudara Sudin, benar apa yang saudara katakan itu, kebetulan saya juga sedang mengumpul bahan untuk tulisan tentang Ali Fiji...terima kasih atas sokongan dan cadangan saudara.

Anonymous said...

Jangan lupa lakonan ketua gangster 'BigBoss'
dalam filem Anakku Sazali.

Anonymous said...

Jangan lupa lakonan ketua gangster 'BigBoss'
dalam filem Anakku Sazali...

Dari saya: Dua Puluh Empat Sebelas (Facebook)

Anonymous said...

Raja Masai dalam Filem Nujum Pak Belalang
Misai Kucing dalam Filem Musang Berjanggut

Dari saya: Dua Puluh Empat Sebelas (Facebook)

Diet Diet Sihat said...

Sharif Dol jadi baik dalam filem Ibu Mertuaku,

tapi P Ramlee berjaya membuatkan kita ingatkan Sharif Dol sampai bila-bila,

jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!

wizurai said...

Betul, dalam filem Ibu Mertuaku SD pegang watak baik berbeza dari watak samseng yang selalu dilakonkan di kebanyakan filem.

Anonymous said...

Sharif Dol adalah datuk aku.Isterinya masih ada lagi.Beliau menetap di clementi,singapura

Unknown said...

Syariff dol datuk kamu?

Anonymous said...

Yah.Beliau adalah ayah kepada emak saya.

Persatuan Penerbit TV Malaysia said...

Mungkin boleh diusahakan Buku atau Muzium bagi memperingati atau mencatit sejarah serta latar belakang penggiat-penggiat seni di Malaysia

drpain97 said...

mmg saya mencari2 info berkenaan arwah syariff dol.. tq banyak2..

Unknown said...

Saya begitu kagum kpd anda2 semua, walaupun mereka melakonkan watak2 mereka sebelum kelahiran anda ke dunia, namun anda begitu mengingati watak malah dialog mereka dlm filem.

Hampir setiap watak yg dilakonkan oleh lagenda2 kita mempunyai tagline dan setiap filem mempunyai tagline yg memang payah kita lupakan, seperti:-

HM Busra
"Maznah ke tu? tunggu sekejap ye sayang" dan "orang suruh pecah, kita pecahlah"

Pak Aziz
"walaupun rupamu tidak ku kenal tetapi lobang hidongmu tetap menjadi pojaan hatiku"

M Zain
"Kau kan tau hari ni hari bodoh aku, yang kau pekik buat apa?"

itu adalah beberapa contoh yg dpt saya berikan, ada byk lg tagline2 yg kalau kita sebut shj, ramai org akan ingat dari filem manakah dialog itu dilontarkan.

Namun, situasi seperti itu tidak terjadi kpd filem2 ada skrg... Al-Fatihah utk lagenda2 filem yg telah meninggalkan kita.

Unknown said...

Assalamualaikum wrwb...perkenal kn saya anak seniman/pelakon yg berwatak jahat A.Rahim dn Ibu sy bernama Junainah manakala ibu saudara sy Junaidah istri pertama Tan sri P.Ramlee dn Nasir Ramlee adalah sepupu saya..saya merasa terharu bila terkenang masa kecil saya di Boon Teck Rd dekat Jalan ampas studio banyak kenangan silam yg tdk pernah luput dlm ingatan semoga semoga Almarhum dn Al marhumah yg telah kembali ke rahmatullah selalu dlm rahmat dn ridho Allah Alfatiha.... buat mereka aamiin.

Anonymous said...

Saya dan salah seorang anak arwah ia itu Gani sama sekolah di Pearl's Bank Primary School.Ketika itu beliau tinggal di Jln minyak sekarang di kenali Chin Swee. Pernah jumpa arwah semasa kecil dulu.