Friday, December 23, 2011

Dari lensa kamera Pakyob

Rakaman imej pegun sewaktu bercuti ke Melaka.

Imej pegun

Dari lensa sewaktu bercuti di Melaka...

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

17 Disember lepas pakyob berpeluang mengikuti ceramah Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus ("Ustaz Selebriti" sepertimana yang digelar oleh pengerusi majlis malam itu). Pakyob memang jangka mesti ramai umat manusia yang akan hadir malam itu lalu pakyob keluar rumah 15 minit sebelum masuk waktu maghrib (ceramah dijadualkan selepas solat Maghrib). Ternyata sangkaan pakyob tepat, Kawasan Masjid yang jaraknya dalam 7-10 minit dari rumah pakyob tu sesak....kereta bersusun, malah lebih ramai jemaah malam itu jika dibangdingka sewaktu solat jumaat. Kereta pakyob parkir di kawasan parkir kawasan kedai diseberang jalan (depan kedai tudung Ariani, bangi).

Melangkah masuk ke kawasan masjid pakyob disambut dengan deretan penjaja yang menjual pelbagai barangan kegunaan muslim. Selepas berpusu masuk pakyob dapat lokasi di balkoni luar masjid...selesai solat maka ceramah pun bermula...Pengerusi maklumkan atas permintaan Ustaz Azhar, sebarang rakaman video dilarang (maksudnya rakaman dengan video utuk tujuan komersil rasanya) melainkan jurukamera yang telah dilantik oleh Ustaz sendiri, video ceramah ini dijelaskan akan dikomersilkan dengan sebahagian labanya akan didermakan. Ustaz Azhar seperti lazimya akan mengambil sejam membaca kitab dan sejam kemudian menjawab soalan kemusykilan agama dari para jemaah. ceramah beliau malam itu memang menarik...antara perkataan yang selalu keluar dari mulut beliau ..."Pahang Dok?" (faham tak?)

Pakyob tak dapat lihat kelibat ustaz dengan jelas kerana berada di beranda luar masjid, lalu cermah tersebut hanya dapat dilihat melalui layar yang dipasang dikhemah diluar. Kira-kira 10.15 ceramah berakhir, puas rasanya kerana dapat mendengar (sebab tak dapat melihat ...) dengan secara langsung ceramah dari Seorang pendakwah yang sekarang ini sedang masyur di persada maya (Facebook, Blog, Youtube dll).

Ceramah dari sudut pandangan aku..(maaf kualiti gambar rendah sebab pakai kamera telefon murah)

alahai SBPA...

Hari ini dimaklumkan pelaksanaan SBPA (Skim Baru Persaraan Malaysia) ditangguhkan, ekoran bersetuju dengan gesaan Cuepacs agar penelitian yang lebih ambil atas skim yang melibatkan lebih kurang 1.2 juta penjawat awam. Laporan sebenarnya boleh diakses melaui URL berikut

http://cuepacs.blogspot.com/2011/12/cuepacs-pm-setuju-tangguh-pelaksanaan.html

Nampaknya ramai yang terbantut perancangan bagi tahun 2012, yang nak tukar kereta baru, nak renovate rumah, nak beli laptop baru, nak tambah potongan tabung haji hatta yang berniat lebih murni nak tambah "duit sumbangan" buat orang tua kat kampung.

Tapi pakyob tgk golongan muda ( atau lama lagi nak pencen) yang lebih ghairah membicarakan soal laba yang bakal mereka nikmati, berbeza dengan kakitangan yang menjelang usia pencen...mereka lebih prihatin soal berapa usia persaraan mereka. Malah lebih mengejutkan pakyob, rupanya dah ada rakan-rakan dikalangan penjawat awam yang telah pun menandatangani surat opsyen berhijrah dari Skim SSM ke SBPA.

Kenapa tangguh? semuanya ekoran bantahan dari Cuepacs yang sangsi dengan kadar "laba" yang ketara bezanya antara kakitangan pelaksana (dulunya disebut kakitangan sokongan), profesional dan pentadbiran dengan penajawat diperingkat tertinggi Premium. Memang mudah untuk memahami asas bantahan mereka itu, apatah lagi skim ini "dilepaskan" tanpa dokumen sokongan yang lengkap....semua masih kelam dengan sistem ini.

Pakyob takda la beria sangat, tapi ada la pergi taklimat di UKM semalam, bukan apa, nak tengok banyak mana gaji yang nak naik tu...hari ni makyong tolong periksa dalam web MOHE...rupanya gaji baru pakyob dah dimasukkan dalam sistem HRMIS kementerian...berapa jumlahnya? syukurla...walaupun jauh bezanya dengan yang penjawat dijawatan premium tu dapat. Kecewa jugakla bila dah tangguh....tapi pakyob percaya Cuepacs sememangnya dari dulu berjuang untuk menambahbaik taraf hidup penjawat awam secara total lantas dalam hal penangguhan ini, ianya tidak terkecuali. Datuk Omar Osman meskipun nampak membengis tapi pakyob yakin beliau rasional dalam mengemukakan rasa hati Cuepacs dalam pertemuan dengan Memanda Perdana Menteri. Semoga SBPA yang direstui Cuepacs nanti lebih baik dari yang ada sekarang ( walaupun tak pasti dimana cacatnya versi semasa ini....mungkin jarak gaji antara gred yang ketara kah?).....


Datuk Omar Osman (Presiden Cuepacs)

Taklimat SBPA di bilik senat UKM


nak tahu gaji anda dalam SBPA? layari portal ini