Benda ni menangkap perhatian lensa kamera aku....
Monday, July 30, 2007
Thursday, July 26, 2007
Anak-anakku.....ira & yad.

memandangimu saat tertidur
tak pernah aku sekhawatir ini dalam hidup
sungguh, usia anak-anak sudah kau lewatkan
betapa lekas waktu mematangkanmu menjadi dewasa
membuat aku dan ibumu begitu renta
dan usia perkawinan kami menjadi sangat sederhana
aku dan ibumu silih berganti mengawasi tidurmu
kulitmu putih, matamu jernih
dengan senyum seindah pagi, kami tahu kau bermimpi
segala yang menyegarkan mantul di wajahmu
tak pernah aku sekhawatir seperti saat ini
maka kuterjemahkan cintaku kepadamu
dengan lembut kutepuk nyamuk pada kulitmu
dengan hati-hati menyelimutimu
aku cinta padamu, nak, seperti juga cinta
Awas bila parking kereta.....
Kejadian ini baru berlaku petang semalam di kawasan letak kereta bawah bawah tanah milik sebuah pasaraya di Bandar Baru Bangi. Kejadian vandalisme yang memang menyakitkan hati, bayangkan bagaimana perasaan anda bila mendapati kereta kesayangan yang baru 3 kali bayar instalment disembur dengan cat? hati mana yang tak terbakar. Dalam kejadian petang itu, 5 buah kereta telah disembur cat, sewaktu kami (aku dengan ziyad) sampai ke lokasi kejadian (macam mazidul 999 la pulak....), hanya ada tiga kereta mangsa yang masih ada, 2 mangsa lagi telah beredar pulang. Tiga kereta yang terlibat itu ialah, sebuah mercedez benz (disembur cat putih), Gen2 (disembur cat putih) dan sebuah proton iswara (disembur cat hitam). Pengawal keselamatan yang ada disitu sedang berpeluh-peluh dan terkulat-kulat disergah pemilik kereta mercedez yang memang tengah naik minyak...."aku kalau dapat budak ni, memang aku pacak tangan, tak kira la budak ke orang tua.." antara kata-kata geram yang keluar dari mulutnya. Aku tak tahu nak komen apa...sebab hati ini dapat merasakan kesedihan dan kepiluan mangsa kejadian, mungkin inilah hasilnya kalau kesedaran sivik itu tidak bermula dari rumah...atau sebuah kisah persis "anakku sazali ".....kasih sayang yang terlampau atau kurang kasih sayang?....yang pastinya lokasi itu aku tinggalkan tanpa ada sebarang penyelesaian antara pemilik kereta dengan pengurusan bangunan.....si pendajal pula entah dimana pula mereka jalankan aktiviti pendajalan mereka....sementara itu...jika anda berada di sekitar Bandar Baru Bangi pastikan kereta anda diletakkan dikawasan yang mudah dilihat atau dikawsan sibuk...kerana pendajal ini pastinya masih bebas....
Wednesday, July 18, 2007
Al-fatihah.....
salam takziah buat seluruh keluarga ank kapal helikopter Nuri yang secara rasminya telah diistyharkan meninggal dunia....semoga tabah dan cekal menghadapi hari mendatang tanpa insan tersayang yang telah pergi mengadap ilahi. Memang bukan perkara mudah untuk menghadapi dugaan tuhan ini, namun itu semua resam manusia, setiap yang bernyawa akan mati...itu ketentuan dan perjanjian ilahi. Semoga roh mereka yang pergi dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang syahid....
Tuesday, July 17, 2007
Bila Anugerah itu menjadi satu pembohongan..
Kecoh seluruh jabatan kerajaan bilamana Pak Menteri Kabir negeri yang penuh ehsan ini mengatakan yang penganugerahan "Anugerah Khidmat Cemerlang" yang diamalkan oleh agensi kerajaan itu telah bersifat pembohongan yang terancang, meyambut tempelak pak menteri itu, maka bertempiklah "wira" kakitangan kerajaan menidakkan kenyataan itu, kenyataan itu satu dusta yang mencemar sistem yang diamalkan selama ini. Corak penganugerah ini diberikan sebenarnya dah ramai yang sedar dan perasan...cuma tiada yang mahu membangkitkannya, mungkin bimbang bila "sampai giliran"..anugerah jatuh ke tangan orang lain. Apa kata pak menteri itu ada benar, mungkin tak berlaku di semua agensi.....tapi itu memang hakikatnya...namun dari sudut menaikkan moral pekerja ada positifnya, pekerja yang memang cemerlang akan rasa dihargai, pekerja yang kurang cemerlang akan rasa "terperli" lalu menawarkan perkhidmatan yang cemerlang pada masa hadapan. itu perihal anugerah...bagaimana pula dengan perihal PTK? rasanya amalan ini lebih jelas terancangnya...walaupun mungkin tak berlaku "pembohongan"....kakitangan yang telah lulus lebih awal tidak diberi ganjaran kenaikan pangkat kerana rakan yang "menjadi pilihan" belum lulus...lalu dia diberi anjakkan gaji (untuk memujuk hati lara), itupun kalau ada kuota yang mencukupi....fikir-fikirkanlah...setiap sistem itu dicipta dengan niat yang positif, namun tiada sati sistem ciptaan manusia pun yang sempurna....mungkin isu yang negatif ini terlalu kecik jika dilihat dari impak sebenar sistem tersebut....cuma itulah manusia...yang kebejatan orang itu biasanya mahu ditatang lebih dari yang indah....
Nuri oh Nuri
Minggu ni pastinya liputan dada akhbar tertumpu pada peristiwa "Nuri Hilang". peristiwa yang dianggap trajedi itu pastinya akan mengalihkan sedikit tumpuan rakyat malaysia akan perihal Sirul Azhar, Azilah Hadri, RAzak Baginda....mahupun si mati..Aminah Altantuya. Sehingga ke catatan ini, masih tiada sebarang kesan dan jejak dari anak kapal mahupun kenderaan Nuri itu sendiri. Usaha yang pelbagai giat dilakukan, dari amalan moden bersandarkan sains dan teknologi sehinggalah amalan berteraskan ilmu wahyu....ilmu syirik? wallahuaklam...semoga mangsa yang terlibat selamat kembali ke pangkuan keluarga...amin..
Thursday, February 22, 2007
sesuci cinta safiyya
alhamdulillah tepat jam 11.15 malam , 20 hb kelmarin, isteri aku selamat melahirkan cahaya mata kedua kami.....seorang bayi perempuan seberat 3.3 kg. Zaheera Safiyya...begitulah nama bayi kami itu....dengan kelahiran normal, era (nama yang dipanggil oleh taiko dia...abang yad) mengambil masa kurang 15 minit untuk lahir melihat dunia ciptaan maha esa ini. Kelahiran Ira disambut oleh Profesor Dr. Mohd Jamil Mohd Shariff (ex UKM), yang merupakan pemilik KPMC (Kajang Plaza Medical Centre). Sepertimana kelahiran Ziyad, aku turut sama disisi isteriku untuk menyaksikan saat indah menerima anugerah yang esa.(cuma kali ni aku dan pro sikit le...). Buat era...baba akan cuba sebaik mungkin untuk menghargai dirimu dengan kasih sayang dan bekalkanmu dengan keperluan dunia dan akhirat...buat Ziyad, walaupun yad kena berkongsi kasih dengan era, kasih sayang baba tetap sama. Buat Mummy....kasih sayang baba buat mummy pun tak berubah..cuma peratusnya tu kena bahagi dengan yad dan era..mereka ini anugerah Allah buat kita...semoga kehadiran mereka mengutuhkan lagi keharmonian hidup kita...dan yang terpenting...permohonan mummy untuk "berehat seketika" telah baba luluskan....he..he..
Saturday, February 17, 2007
second comeback
sekali lagi aku cuba buat "comeback" setelah comebanck yang sebelum ini nampaknya gagal....orang putih cakap "hot-hot chicken shit"...hopefully kali ni aku akan berjaya meng"istiqamahkan"kehadiran aku dalam blog ni..itupun jika ada kelapangan la....lebih indah lagi kalau "comeback" aku ni disertai oleh teman-teman blogger seperti encik mangga dan encik budu....i'm back 4 good (hopefully laa...)...
Tuesday, November 07, 2006
Pak Yob kembali....
lama bebenor rasanya tak memblog....selepas selesai segal aurusan raya, baru la dapat ruang sikit untuk mencoret sikit kat blog ni, buat semua teman blog, diucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin...jika ada salah dan silap....sebelum raya Ziyad kena tahan di wad atas masalah Tonsil...4 hari 3 malam kami berkampung di hospital..alhamdulillah dua hari sebelum raya, ziyad sempat sembuh.
Tahun ni beraya di kampung isteri di Kelang, sambutan seperti tahun-tahun yang lalu, walaupun agak resah dengan keadaan kesihatan Ziyad.

Wednesday, October 18, 2006
Sekadar renungan......
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan berlakulah sesi dialog...
Duit Seringgit: "Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Mid Valley, gi KK naikAirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"
(Sambil tunduk duit seringit menjawab perlahan, ): "Hmm..cam biasa lah.. Tempat sama je.. surau, masjid, surau.... ".
p/s: kalau rezeki lebih amal bakti sebaiknya biarlah lebih,....bagi yang sekadar cukup..biar secupak tetapi ikhlas dan ihsan daripada segantang tapi tiada ikhlas serta ihsan.

Monday, October 16, 2006
bila termakan cili....
Baru-baru ni Pakyob ada terbaca satu artikel wawancara seorang "bekas" hero numero uno Malaysia, isunya tentang betapa terguris hati beliau dengan kenyataan seorang artis SMS numero uno Malaysia yang mengatakan kesanggunpan berlakon dengan syarat asalkan dia tidak bersentuhan dengan artis-artis wanita. Cukup melenting pelakon senior ni...kononnya artis tadi seolah menyindir rakan-rakan artis yang lain. Tambah artis senior itu lagi, dirinya sudah 21 tahun dalam industri, sedangkan artis sms tadi baru 2 tahun...dia lebih masak dan tahu mana dosa dan mana pahala. Tambahnya lagi, segala "sentuhan" yang berlaku semasa beliau berlakon bukan untuk keseronokkan, tapi hanya menjalankan tanggungjawab dan ada mesej tertentu..contohnya lakonannya dengan seorang pelakon wanita veteran...beliau sebagai anak takkan tak memeluk ibunya, tatkala ibunya ditimpa kemalangan. Bagi PakYob, yang salah tetap salah..haram is haram (meminjam kata-kata Amy Search bila diaju isu Botox). Tak salah kalau artis SMS tu nak nyatakan prinsip dia...dan artis senior tu tak perlu "menggelabah" respon pada kenyataan yang bersifat peribadi itu..akhirnya segala hujahnya seolah memakan diri sendiri. PakYob memang minat kat dua-dua artis ni, tapi sekadar minat saja..tak sampai fanatik.seorang PakYob kagum dengan suara dan auranya, seorang lagi pakyob kagum dengan kegigihannya dari seorang budak pejabat beliau meniti sehingga menjadi artis tersohor negara...tapi itulah....sapa makan cili akan terasa pedasnya..walaupun cili tadi bukan dalam hidangan si pemakan
Friday, October 13, 2006
aduhh..mahalnya kak..
beberapa hari lalu Pak Yob singgah di sebuah kanopi niaga di pinggir jalan menghala ke rumah Pak Yob, terpengaruh bila tengok banyak pengunjung berkerumun disitu....hati kecil berdetik..mesti sedap ni..kalau tak masakan ramai orang. Bila dipandang lauk-pauk dan kuih muih disitu memang nampak lazat....lalu seorang pemuda berseragam pengawal keselamatan bertanyakan harga kuih popiah basah..."sebiji seringgit bang..." ha! mahalnya.."spontan kata Pak yob ...pemuda tadi hanya tersenyum...ditanya pula harga karipap yang saiznya sebesar ibu jari Pakyob...."3 seringgit.."...astaghfirullah hal azim...ni bukan orang berniaga ni..ni cekik darah...terus Pak Yob nagkat kaki tanpa membeli atau bertanya harga langsung. Dalam perjalanan pulang bermain dalam benak PakYob apa yang menyebabkan harganya mahal? sewa? masakan pula...kanopi yang dipasang didepan rumah mana perlu sewa....harga tinggi dari pembekal? mungkin juga..tapi takkan sampai kuih popiah basah seringgit satu..karipap sebesar ibu jari seringgit tiga? di pasar Ramadhan yang penjualnya terpaksa membayar sewa tapak pun harganya lebih masuk akal...kesian pun ada..marah pun ada..berbaur perasaan PakYob terhadap si penjual tadi...entahlah..pernah juga ada kawan pakyob bergurau dengan mengatakan jangan bandingkan harga Bndar Bru Bngi dengan harga Semenyih, Baranang atau tempat-tempat lain...di BBB orang tak kisah harga..orang kaya-kaya...hmm bagi pakyob di BBB lah kalau nak tengok melayu "sembelih" melayu..sapa kata orang BBB kaya-kaya? berapa kerat sangat profesor-profesor yang duduk di BBB? CEO-CEO melayu yang duduk di BBB pun boleh dikira dengan jari...berapa nisbah kakitangan sokongan dengan Profesor di UKM, UPM atau agensi-agensi kerajaan lain sekitar bangi? siapa majoriti siapa minoriti?.....perang harga sekitar Ramadhan akan terus berlaku sehinggalah semboyan syawal berbunyi...lepas tu tengok la akaun masing-masing...bulan ramadhan bukan lagi bulan berjimat cermat...seruan itu hanya akan kedengaran di masjid-masjid dan surau...tapi diluar sana....lain pula cerita..
akaun PakYob pun "parah" jugak bulan ramadhan ni.he..he..
akaun PakYob pun "parah" jugak bulan ramadhan ni.he..he..
Friday, September 29, 2006
Corat-coret bulan ramadhan
Kawan Pak Yob: kau terawikh kat mana ?
Pak Yob: Aku kat surau rumah aku je...
Kawan Pak Yob: Imam Hafiz ke? aku sembahyang kat surau ******* imam import, student
arab rasanya, mendayu je dia baca...sedap la.
Pak Yob: Ye ke? iman surau aku pun best gak, dia baca ayat lazim.
Kawan Pak Yob: Ayat Lazim? takde feel terawikh la....
Pak Yob: aku ni jenis susah nak khusyuk sembahyang, so bila dia baca ayat lazim, aku boleh
follow baca dalam hati....takde la kepala otak menerawang ingat benda yang bukan-
bukan...cam ko takpa la...boleh khusyuk.
Kawan Pak Yob: he..he...senang-senang datang la jemaah kat surau *******, ramai budak-
budak sini semayang kat surau tu, bukan aku sorang je.
Pak Yob: Insyaallah....
itulah antara cebisan panorama di bulan ramadhan....bukan senang nak mencari khusyuk dalam solat, apatah lagi bagi insan seperti aku ini.
belanja pasar ramadhan hari ini :
Ikan Keli Goreng :RM2
Sambal petai ngan ikan bilis: RM2
Ayam masak merah: RM2
Kuih Karipap:RM1
Kuih Keria :RM1
Pulut Panggang: RM3.50
Jumlah : RM11.50

Monday, September 25, 2006
selagi ada nur iman.....
penggemar filem melayu era 80an pastinya tidak akan lupa akan Azmil Hj Mustafa, nama azmil gah dengan filem "Ali Setan", Mekanik, Driving School serta beberapa filem dan drama tv era itu. baru-baru ni saudara Azmil dijemput memberi ceramah agama di kantor aku...semacam tak percaya susuk tubuh yang asyik berceramah dan berdakwah menyampaikan nur islam ini adalah Azmil Mustafa yang pernah menggegar layar perak dengan lakonannya yang mantap.
Aku pernah terbaca kisah bagaimana detik bermulanya proses penginsafan beliau...antara kata-kata saudara Azmil ialah ".....Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya. Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu..."
Kisah saudara Azmil ini mengingatkan aku kepada beberapa lagi insan seni yang memilih jalan yang hampir sama sebagai destinasi penghijrahan mereka...antaranya Ustaz Akil Hayy (bekas vokalis kumpulan D'riyadh), Mokhtaruddin (aktor sezaman dengan Rubiah Suparman), Allahyarham Ed Osmera, Mel (bekas vokalis kumpulan Wings) , Dwen (penyanyi era 80an) , Yusof Islam dan ramai lagi.

Saudara Azmil Mustafa sepertimana yang aku lihat tempoh hari.
Tuesday, September 19, 2006
The Making of.......

Meja aku dari kacamata sekeping "business card"

Hasilnya : Johan Pameran sempena hari kualiti 3 tahun berturut-turut
Friday, September 15, 2006
seandainya....
Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2006, Perlis vs Negeri Sembilan Naza....kedua-duanya bukan pasukan pilihan aku...pasukan Perak yang jadi sokongan aku rebah di peringkat separuh akhir ditangan Perlis. antara kedua pasukan ini, pasukan Negeri sembilan NAzA menarik perhatian aku kerana "penjenamaan semula " pasukan ini dengan penambahan nama penaja meraka "NAZA" selain pasukan pulau pinang yang menggunakan nama Pulau Pinang E&O. Berbalik kepada pasukan Perak, sepanjang musim bolasepak 2006, deretan papan-papan iklan tajaan syarikat kicap gergasi negara, Tamin menghiasi persisiran padang, lalu terfikir juga aku, manakan tahu suatu hari nanti Perak juga akan menurut langkah Negeri Sembilan Naza dengan menukar nama pasukan kepada "Perak Tamin"....atau akan ada pasukan lain seperti Selangor Gapurna, Terengganu Primula, atau mungkin syarikat gergasi negara seperti Scomi mahu turun padang memeriahkan arena bolasepak tanahair menerusi penajaan, mungkin tak mustahil suatu hari nanti pasukan Kuala Lumpur akan menjadi Kuala Lumpur Scomi. ..seandainya...
Wednesday, September 13, 2006
langgam....
Bang Mat: group ni dulu memang top dengan lagu-lagu langgam.
Pak YOb: Lagu langgam tu lagu apa? macam lagu asli ke?
Bang Mat: Eh! langgam bukan asli..bukan asli..
Indica: langgam tu pop la..
Pak Yob: ye ke..pop tu pop..langgam tu langgam la..apalak pop tu langgam (hairan sampai kening bercantum)
Indica: pop tu langgam...dulu memang guna istilah langgam..
Pak Yob: aku dulu pernah dengar orang sebut lagu langgam..lagu langgam.. tapi tak tau macam mana jenih lagu ni.
Bang Mat : Tapi yang pasti..langgam bukan asli..(sambil tersenyum penuh keyakinan)..ko cari langgam tu apa..tapi bukan asli..(tersenyum dengan keyakinan yang bertambah dan tidak berbelah bagi)
Indica: he..he..
Pak Yob: Nanti aku carik dalam internet...(sambil kesudah...internet kemana..langgam kemana..)
Istilah langgam dalam kamus dewan ringkasnya bererti yang berlawanan dengan lagu asli atau "adat kebiasaan". aku tak pasti dengan tepat, tapi dari kefahaman aku, mungkin benar kata Indica, Langgam itu Pop...tapi jika diambil unsur "adat kebiasaan"...sebagai contoh era 80an, lagu genre rock adalah menjadi kebiasaan atau yang menguasai pasaran. Maksud Pop itu sendiri apa? adalah kependekkan dari Popular? jika betul maka ada benarnya pop itu adalah langgam kerana ianya bersifat kebiasaan atau popular. Tapi bagaimana pula ketika era lagu asli? adalah ianya tidak menjadi langgam? kerana definisi mengatakan langgam itu berlawanan dengan lagu asli? bagaimana suatu hari nanti jika lagu asli kembali gah? mungkin ada pakar muzik diluar sana yang punya jawapan? Indica? budakbudu?

Tuesday, September 05, 2006
Baling Batu Sembunyi Tangan....
aku tertarik dengan ruangan komen melalui SMS dalam sebuah akbar tempatan....memang menarik ruangan ini, pembaca ada peluang meluahkan sebarang keresahan atau penghargaan dalam ruang ini. Komen yang diberikan cukup menarik...dari perihal kepimpinan negara sehinggalah pelusuk kehidupan dunia artis. Namun isu yang jadi persoalan dalam benak aku ialah, adakah rungutan, keresahan atau penghargaan yang dihantar itu benar? atau mungkin ada niat songsang disebaliknya?. Apakah wajar komen dihantar secara ringkas tanpa ada maklumat siapa, bila dan dimana?, penggunaan nama samaran tidak menjadi soal bagi aku, mungkin itu sebaiknya bagi mengelakkan sebarang nasib buruk menimpa diri kelak...siapa yang menghantar aduan tidaklah sepenting apa yang diadukan, jika tindakan diambil dengan melulu pastinya akan ada insan yang tidak berdosa menjadi mangsa. Bagi aku, perihal menghantar komen melalui SMS ini ibarat "baling batu sembunyi tangan", justeru polisi kerajaan agar pemilik talian prabayar mendaftarkan talian mereka adalah wajar, setidak-tidaknya dapat mengurangkan insiden "SMS layang". Namun dalam soal ini mungkin akhbar tersebut ada justifikasi dan pertimbangan mereka sendiri.
untuk Indica..dalam akhbar yang sama hari ini ada jawapan bagi persoalan saudara berkenaan pelaburan "swiss cash".
untuk Indica..dalam akhbar yang sama hari ini ada jawapan bagi persoalan saudara berkenaan pelaburan "swiss cash".
Friday, August 25, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)