Friday, September 29, 2006

Corat-coret bulan ramadhan

Kawan Pak Yob: kau terawikh kat mana ?

Pak Yob: Aku kat surau rumah aku je...

Kawan Pak Yob: Imam Hafiz ke? aku sembahyang kat surau ******* imam import, student
arab rasanya, mendayu je dia baca...sedap la.

Pak Yob: Ye ke? iman surau aku pun best gak, dia baca ayat lazim.

Kawan Pak Yob: Ayat Lazim? takde feel terawikh la....

Pak Yob: aku ni jenis susah nak khusyuk sembahyang, so bila dia baca ayat lazim, aku boleh
follow baca dalam hati....takde la kepala otak menerawang ingat benda yang bukan-
bukan...cam ko takpa la...boleh khusyuk.

Kawan Pak Yob: he..he...senang-senang datang la jemaah kat surau *******, ramai budak-
budak sini semayang kat surau tu, bukan aku sorang je.

Pak Yob: Insyaallah....

itulah antara cebisan panorama di bulan ramadhan....bukan senang nak mencari khusyuk dalam solat, apatah lagi bagi insan seperti aku ini.


belanja pasar ramadhan hari ini :
Ikan Keli Goreng :RM2
Sambal petai ngan ikan bilis: RM2
Ayam masak merah: RM2
Kuih Karipap:RM1
Kuih Keria :RM1
Pulut Panggang: RM3.50
Jumlah : RM11.50

5 comments:

indica said...

Jgn lupa OFF handphone kalau berterawikh..nanti berkumandang pulak "hotel california" dan sbgnya.

Uish..bestnya ko berbuka ...mcm2 ada..

McBudu said...

Aku pun sama, bab tarawikh ni, masjid aku ada kalanya baca ayat lazim, kekadang ayat panjang (imam letak Quran besar depan tu). Bila ayat terlalu panjang, mulalah fikiran aku melayang entah ke mana.

Pak Yob said...

memang macam-macam ada, tapi konsep berbelanjanya dah lari....patutnya bulan ramadhan jadi bulan berjimat-cermat, tapi sebaliknya yang berlaku...perbelanjaan boleh naik 200%.

fido said...

pakyop:
betul le kata2 tu.
Bila bulan ramadhan nafsu syaitan susah kan..

p/s: tempat fido kueh -
4 jenis RM1

McBudu said...

Hoi Pak Yob, tukarlah resepi lain, asyik ikan keli goreng je...