Monday, September 25, 2006

selagi ada nur iman.....

penggemar filem melayu era 80an pastinya tidak akan lupa akan Azmil Hj Mustafa, nama azmil gah dengan filem "Ali Setan", Mekanik, Driving School serta beberapa filem dan drama tv era itu. baru-baru ni saudara Azmil dijemput memberi ceramah agama di kantor aku...semacam tak percaya susuk tubuh yang asyik berceramah dan berdakwah menyampaikan nur islam ini adalah Azmil Mustafa yang pernah menggegar layar perak dengan lakonannya yang mantap.

Aku pernah terbaca kisah bagaimana detik bermulanya proses penginsafan beliau...antara kata-kata saudara Azmil ialah ".....Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya. Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu..."

Kisah saudara Azmil ini mengingatkan aku kepada beberapa lagi insan seni yang memilih jalan yang hampir sama sebagai destinasi penghijrahan mereka...antaranya Ustaz Akil Hayy (bekas vokalis kumpulan D'riyadh), Mokhtaruddin (aktor sezaman dengan Rubiah Suparman), Allahyarham Ed Osmera, Mel (bekas vokalis kumpulan Wings) , Dwen (penyanyi era 80an) , Yusof Islam dan ramai lagi.


Saudara Azmil Mustafa sepertimana yang aku lihat tempoh hari.

6 comments:

fido said...

Assamualaikum pakyob,
Kalau artis convert jadi pendakwah,
lagi ramai yang pergi dengar dakwahnye.
Sambil mendengar pas tu sigh autograph..

p/s:'Biarku menjadi lilin'..sodapnye dengar di bulan puasa ni :)
Pakyob bintang Leo ..pasti ada egois sikit. Orang yang bercakap banyak.

Pak Yob said...

fido: semua orang ada ego...cuma kena bertempat la..tapi kebanyakkannya tak bertempat..he..he..

Bercakap banyak tu..hmmm..tak tau nak komen...pasal dulu masa sekolah rendah, mak pakyob pernah kena panggil dengan cikgu pasal pakyob terlalu pendiam...sampai cikgu tanya pun segan nak jawab..alkisah..

fido said...

pak yob:
hehe...betul kata-kata pak yob.

Itu dulu masa skolah rendah, malu-malu kucing.. sebab tu agak diam.

McBudu said...

Sebagai manusia, memang ada ketikanya hati kita terasa amat tersentuh dan kerdil, lebih daripada biasa, dengan kekuasaan Allah s.w.t. Tetapi sebagai manusia yang masih nipis imannya (sayalah tu) ianya sering berlalu begitu saja. Masa 'tersedar' tu sembahyang tepat bila masuk waktu, begitu juga ibadah yg lain2, pas tu balik ke asal, sembahyang suka tangguh-tangguh, dll. Semoga bulan puasa ini akan memulakan sesuatu yg lebih baik.... amin

Ubai said...

Selamat Berposa Pak Yob sekeluarga. tentu taun ni tahun ke berapa? Pak Yob berposa bersama keluarga tercinta.Anyway menyentuh bab ni..itu lah dikatakan hidayah Allah yang Allah kehendaki kepada sesiapa sahaja mahlukNya. maana nya Allah sayang kepada hamba-hambaNya. Iman itu bukan lah diwarisi..seperti kata lirik lagu Raihan.Tak semestinya mak bapaknya Pak Imam, atau Tok Kadi atau anak alim ulama akan menuruti kehendak agama.Contoh Akil Hai, mak bapa alim, tapi mula cerita dia nampak keseronokan, masuk kumpulan rock, tapi akhirnya disebabkan doa ibubapa tadi, dan kesedaran yang ia dapat, maka bermula pencarian, dan akhirnya ia berjumpa dengan HIDAYAH ALLAH. Yang penting manusia yang mencari kebenaran akan mendapatnya. wallahuaklam

indica said...

Ada orang boleh berubah secara drastik, ada orang pulak perubahannya begitu dramatik.
Namun diharap setiap perubahan yang positif itu benar-benar ikhlas, semua keranaNya dan berkekalan.