Friday, September 15, 2006

seandainya....

Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2006, Perlis vs Negeri Sembilan Naza....kedua-duanya bukan pasukan pilihan aku...pasukan Perak yang jadi sokongan aku rebah di peringkat separuh akhir ditangan Perlis. antara kedua pasukan ini, pasukan Negeri sembilan NAzA menarik perhatian aku kerana "penjenamaan semula " pasukan ini dengan penambahan nama penaja meraka "NAZA" selain pasukan pulau pinang yang menggunakan nama Pulau Pinang E&O. Berbalik kepada pasukan Perak, sepanjang musim bolasepak 2006, deretan papan-papan iklan tajaan syarikat kicap gergasi negara, Tamin menghiasi persisiran padang, lalu terfikir juga aku, manakan tahu suatu hari nanti Perak juga akan menurut langkah Negeri Sembilan Naza dengan menukar nama pasukan kepada "Perak Tamin"....atau akan ada pasukan lain seperti Selangor Gapurna, Terengganu Primula, atau mungkin syarikat gergasi negara seperti Scomi mahu turun padang memeriahkan arena bolasepak tanahair menerusi penajaan, mungkin tak mustahil suatu hari nanti pasukan Kuala Lumpur akan menjadi Kuala Lumpur Scomi. ..seandainya...

3 comments:

Ubai said...

Assalamualikumwb. Pak Yob. Perlis menang besaq ooo..negeri kita. tapi sayang no depa pakai import punya..tapi dengak kata perleh abis duit manyak..manyak mana tak tau la. kalau pak yob tengok kat sebelah kedai roti bawah tu sehari sebelum final, depa jual tiket RM5.00 untuk anank-anak perleh pi skong. harga tiket disponsor dekat separuh...tapi anyway bola ni bulat. mungkin ari ni perleh menang, taun depan negeri lain mungkin. pula.

indica said...

SYABAS la ubai.. aku pun gembira gak..sbb aku pernah jadi org perleh 3 tahun..masa tu perleh tak hebat lagi. skang tak sangka perleh dah jadi gergasi bola..mudah2an perleh jadi juara 3 tahun berturut-turut...

Pak Yob said...

aku ingat perlis hebat zaman Ibrahim saad, musa saad, V.marimuthu and bakri ibni.