Tuesday, September 05, 2006

Baling Batu Sembunyi Tangan....

aku tertarik dengan ruangan komen melalui SMS dalam sebuah akbar tempatan....memang menarik ruangan ini, pembaca ada peluang meluahkan sebarang keresahan atau penghargaan dalam ruang ini. Komen yang diberikan cukup menarik...dari perihal kepimpinan negara sehinggalah pelusuk kehidupan dunia artis. Namun isu yang jadi persoalan dalam benak aku ialah, adakah rungutan, keresahan atau penghargaan yang dihantar itu benar? atau mungkin ada niat songsang disebaliknya?. Apakah wajar komen dihantar secara ringkas tanpa ada maklumat siapa, bila dan dimana?, penggunaan nama samaran tidak menjadi soal bagi aku, mungkin itu sebaiknya bagi mengelakkan sebarang nasib buruk menimpa diri kelak...siapa yang menghantar aduan tidaklah sepenting apa yang diadukan, jika tindakan diambil dengan melulu pastinya akan ada insan yang tidak berdosa menjadi mangsa. Bagi aku, perihal menghantar komen melalui SMS ini ibarat "baling batu sembunyi tangan", justeru polisi kerajaan agar pemilik talian prabayar mendaftarkan talian mereka adalah wajar, setidak-tidaknya dapat mengurangkan insiden "SMS layang". Namun dalam soal ini mungkin akhbar tersebut ada justifikasi dan pertimbangan mereka sendiri.

untuk Indica..dalam akhbar yang sama hari ini ada jawapan bagi persoalan saudara berkenaan pelaburan "swiss cash".

5 comments:

Ubai said...

Walaikumsalam Pak Yob. Kawan bersetuju dengan apa yang Pak Yob cakap tu. Memang kadang-kala orang yang tak bersalah mungkin akan teraniaya dengan SMS tak bertanggungjawab ini. kalau komen-komen itu benar, yes kita boleh terima dengan hati terbuka, tapi yang masalah ni yang memang tujuan untuk mengenakan kita. Komen atau saranan mesti lah jujur, orang kata apa "komen membina", bukan komen meruntuh. tak gitu pak yob. anyway kawan

indica said...

Aku kurang setuju dgn sikap hantar sms layang ni..seeloknya buat aduan secara rasmi kpd pihak terlibat.

Tolong simpan ceriter ttg swiss cash tu ye...mungkin menarik..:)

McBudu said...

Ada kalanya kita perlu baling dan sembunyikan tangan. Baling untuk merejam orang jahat... .wajar. Sembunyi tangan takut kena potong, kerana orang dibaling itu jahat dan ada pisau...juga wajar.

AnggeriQ said...

itu ler kot logikanya kenapa talian prabayar kena daftar.. untuk mengelakkan sms layang nih ler kot.. hehehe.. sms layang satu haru.. sms fitnah, lagik haru giler.. aku sampai jejak kaki ke balai polis pasal sms fitnah nih.. seb baik talian prabayar.. now tak der pulak ek since prabayar wajib daftar nih..

manusia.. macam macam perangai.. baling batu sembunyi tangan, kot2 batu terpelanting kat kepala sendiri baru padan muka..

nyway.. suka dengar muzik kat blog nih.. :)

p/s: sori menceceh tanpa di undang eheheh..

Pak Yob said...

ubai: tu la pasal...lembu punya susu..sapi dapat nama.

indica: dah baca pasal swiss cash tu?

budakbudu: betul tu...tak semua orang baik itu baik, tak semua orang jahat itu jahat...baik dan jahat lahir dalam interpretasi yang berbeza...macam Robin Hood yang mencuri dari orang kaya untuk tolong orang miskin...atau George Bush sebagai penyelamat dunia?

anggeriq: terima kasih kerana sudi singgah kat blog pak yob ni...

untuk semua: sesapa yang tak daftar prepaid lagi tu gi le cecepat daftar.