Friday, October 13, 2006

aduhh..mahalnya kak..

beberapa hari lalu Pak Yob singgah di sebuah kanopi niaga di pinggir jalan menghala ke rumah Pak Yob, terpengaruh bila tengok banyak pengunjung berkerumun disitu....hati kecil berdetik..mesti sedap ni..kalau tak masakan ramai orang. Bila dipandang lauk-pauk dan kuih muih disitu memang nampak lazat....lalu seorang pemuda berseragam pengawal keselamatan bertanyakan harga kuih popiah basah..."sebiji seringgit bang..." ha! mahalnya.."spontan kata Pak yob ...pemuda tadi hanya tersenyum...ditanya pula harga karipap yang saiznya sebesar ibu jari Pakyob...."3 seringgit.."...astaghfirullah hal azim...ni bukan orang berniaga ni..ni cekik darah...terus Pak Yob nagkat kaki tanpa membeli atau bertanya harga langsung. Dalam perjalanan pulang bermain dalam benak PakYob apa yang menyebabkan harganya mahal? sewa? masakan pula...kanopi yang dipasang didepan rumah mana perlu sewa....harga tinggi dari pembekal? mungkin juga..tapi takkan sampai kuih popiah basah seringgit satu..karipap sebesar ibu jari seringgit tiga? di pasar Ramadhan yang penjualnya terpaksa membayar sewa tapak pun harganya lebih masuk akal...kesian pun ada..marah pun ada..berbaur perasaan PakYob terhadap si penjual tadi...entahlah..pernah juga ada kawan pakyob bergurau dengan mengatakan jangan bandingkan harga Bndar Bru Bngi dengan harga Semenyih, Baranang atau tempat-tempat lain...di BBB orang tak kisah harga..orang kaya-kaya...hmm bagi pakyob di BBB lah kalau nak tengok melayu "sembelih" melayu..sapa kata orang BBB kaya-kaya? berapa kerat sangat profesor-profesor yang duduk di BBB? CEO-CEO melayu yang duduk di BBB pun boleh dikira dengan jari...berapa nisbah kakitangan sokongan dengan Profesor di UKM, UPM atau agensi-agensi kerajaan lain sekitar bangi? siapa majoriti siapa minoriti?.....perang harga sekitar Ramadhan akan terus berlaku sehinggalah semboyan syawal berbunyi...lepas tu tengok la akaun masing-masing...bulan ramadhan bukan lagi bulan berjimat cermat...seruan itu hanya akan kedengaran di masjid-masjid dan surau...tapi diluar sana....lain pula cerita..

akaun PakYob pun "parah" jugak bulan ramadhan ni.he..he..

2 comments:

McBudu said...

Lumrah Pak Yob, kebanyakan peniaga pada bulan Ramadhan ni adalah peniaga 'Fly by night' yang hanya memikirkan nak buat duit segera. Mereka mengkomersilkan kelaparan umat Islam di bulan puasa. Aku pun pernah terkena, akibat beli tak tanya harga! Pulut panggang RM1 sebiji! Kalaulah kita kaya sekalipun, adalah lebih afdal duit beli kueh mahal tu disedekah kpd anak yatim atau fakir miskin, daripada diberi kepada peniaga tamak haloba....

sarahjiha said...

Saya pun terperanjat juga..maklumlah dah terbiasa berbelanja pakai syilling/pence je tetiba kat malaysia RM macam dah tak de kuasa...mana lagi harga yang diletakkan..minggu lepas ke pasar ramadhan..beli kuih..katanya 3 seringgit..saya nak beli 4..tak di beri oleh penjual..saya katala saya nak 4 juga..saya tanya satu berapa 40 sen..4? saya tanya RM1.40..dia jawab..emmmm...