Sunday, December 14, 2008

PakYob@PD

Ira...

Yad menari "Shuffle"?

Lagenda Abang Ais Krim kekal berzaman

Apa yang penting kerjasama...finishing belakang kira dulu..

Guoman@night

Jejak tanpa tapak

Stesen kerja.....

Saranan buat Saudara Lan Togel

Nampaknya Lan togel terus berkokok di dada akhbar, kali beliau tampil dengan inovasi terbaru untuk memurnikan lagi aksi togel itu kelak, iaitu dengan melakukannya ala gerila, tak pernah pula Pak Yob tengok gerila bertogel?, ini kali pertama dalam sejarah kalau ianya berlaku.

Memandangkan saudara ini sangat ghairah untuk bertogel, maka Pak Yob ada beberapa cadangan selain aksi ala gerila itu, rasanya kalau cadangan ini dapat dilaksanakan, nama saudara bukan sahaja akan masyur di seluruh Malaysia, tetapi juga dimata dunia.

Berikut adalah cadangan Pak Yob.

1) Berenang Merentasi Selat Inggeris secara togel
Apa kata saudara dan kawan-kawan berenang merentasi selat inggeris scara togel, jika berjaya ianya merupakan satu pencapaian terbaru negara, malah mengatasi catatan Datuk Malek yang berenang dengan "Seluar Kecik" dan "serkup". Nescaya jika berenang tanpa seurat benang, pasti ianya lebih pantas bukan?.

2) Berlayar mengelilingi dunia dengan kapal layar secara togel
Kalau saudara ada peruntukan yang besar, maka rancangan ini boleh dilaksanakan, jika berjaya, senang-senang sahaja rekod Datuk Azhar saudara pecahkan.

3) Mendaki gunung Everest secara togel
Aksi ini memerlukan daya tahan yang tinggi, tapi apalah sangat cabaran ini buat saudara, yakin boleh!

4) Terjunan Payung Terjun di Kutub Utara secara togel
Kalau saudara dapat yakinkan rakan-rakan lain untuk turut serta, acara ini pastinya akan lebih meriah dan membuka mata dunia.

5) Menghadiri kenduri kendara jiran tetangga sahabat handai dalam keadaan togel
Aksi ini ibarat persediaan awal atau "warming up" sebelum melaksanakan aksi yang lebih besar.

Rasanya takat ini sahaja dulu cadangan PakYob, mungkin akan ada cadangan selainnya dari rakan-rakan. Memandangkan saudara sangat bersemangat dan beriya-iaya sangat maka atas rasa kekaguman itu Pak Yob hadirkan 5 cadangan diatas.

Selamat Maju Jaya buat Saudara Lan Togel.


Guoman Hotel
Port Dickson

Thursday, December 11, 2008

DAULAT TUANKU, Hari Keputeraan Sultan Selangor



DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis).,D.K.(NegeriSembilan).,D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
Serta Segala Daerah Takluknya
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah.

Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945. Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah.

Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Y.A.M Tengku Zerafina dan Y.A.M Tengku Zatashah, dan seorang Putera, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor.

Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur dan St.John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959. Pada tahun 1960, Baginda melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 dan meneruskan pelajaran Baginda di England hingga ke tahun 1968. Pada tahun yang sama Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat di dalam Pentadbiran Kerajaan di mana perkhidmatan pertama Baginda di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur yang membolehkan Baginda memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang begitu kuas di dalam bidang pentadbiran.

Baginda telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda berangkat ke England. Baginda telah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11.

Baginda telah membuat beberapa lawatan rasmi ke Daerah-daerah untuk melihat pembangunan dan juga masalah-masalah setempat yang dihadapi oleh rakyat Baginda dan beramah mesra dengan mereka. Baginda juga telah beberapa kali merasmikan Mesyuarat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1972, 1974, 1989, 1997, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005.

Baginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat (Yang Amat Dihormati) Selangor pada tahun 1973 dan Darjah Kebesaran Pertama, Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada tahun 1975. Baginda juga telah dianugerahkan Darjah-Darjah Kerabat dari Negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Kedah.

Baginda adalah pemegang pertama Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang Baginda zahirkan pada tahun 2002. Baginda telah dianugerahkan Darjah Kebesaran-Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Pertabalan dan Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 8 Mac 2003.

Dalam bidang ketenteraan, Baginda telah ditauliahkan sebagai Mejar Kehormat Tentera Darat (Wataniah) Malaysia pada tahun 1974 dan Komander Kehormat Sukarelawan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia.

Baginda amat berminat di dalam aktiviti sukan termasuk sukan lasak seperti mendaki gunung, memandu kereta antik jarak jauh dan belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y.JUGRA. Baginda mendapat pengiktirafan sebagai Putera Inspirasi dan banyak lagi pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Baginda berkaitan dengan "maritime". Baginda dilantik sebagai Penaung kepada Persatuan-Persatuan Sukan dan Seni.

Hobi Baginda adalah membaca, belayar, fotografi, mengumpul setem serta sampul surat Hari Pertama, mengumpul "vintage cars" dan mengumpul senjata tradisi orang-orang Melayu. Pada 9 November 1998, Baginda telah berjaya melancarkan buku pertama Baginda iaitu "Peking to Paris". Pada tahun 1976, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Member Of The Philatelic Society" di Malaysia. Yayasan Antarabangsa Rotary telah menganugerahkan "Paul Harris Fellow" kepada Baginda. Pada tahun 1998, Baginda telah menerima anugerah tertinggi dari Persatuan Pengakap Malaysia iaitu "Pingat Semangat Padi". Pada tahun 1989, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Life Commodore" oleh Pelayaran Diraja Selangor "Royal Selangor Yacht Club". Baginda berminat di dalam bidang seni dan telah mengumpul banyak lukisan-lukisan tempatan dan Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Galeri Shah Alam pada tahun 1991. Pada tahun yang sama juga Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan. Pada 11 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Fellow of The Chartered Institute Of Transport". Pada 25 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Pro Canselor" UiTM dan pada 31 Mac 2001, Baginda telah dianugerahkan Darjah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam. Pada 1 April 2002 Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia.

Pencapaian tertinggi di dalam kegiatan sukan lasak ialah apabila nama Baginda telah terukir di dalam "Malaysia Book of Records" sebagai "The First To Sail Around The World" dan "The First To Complete Peking-Paris Motor Challenge"pada tahun 1998.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka di dalam perkembangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas di dalam mengatasi masalah-masalah kemanusiaan. Di dalam bidang agama pula Baginda sering bertitah di masjid-masjid menasihatkan rakyat jelata agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Baginda adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kemajuan rakyat Baginda dalam semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Tuesday, December 02, 2008

Hari Keluarga 2008.....


Sabtu lepas Pak Yob dengan Ziyad joint Hari Keluarga....asalnya memang daftar sekeluarga, kebetulan pada hari yang sama Mak Yong kena bertugas di Kenduri Bos besar dia, maka kami berdua sahajalah yang dapat hadir...zaheera? nanny dia tolong jaga. Selain diberi portfolia kecil yang memaksa Pak Yob joint jugak event ini ialah sebab nak bagi pengalaman naik bas kat ziyad...asyik "berlakon" jadi geng bas sekolah je. Maka Ziyad pun pontenglah kelas Smart Reader dia....apa nak buat..setiap pengalaman itu juga merupakan proses pembelajaran jugak kan.





Ziyad dapat hadiah untuk pertandingan mewarna..
walaupun hanya kepala beruang saja yang ada kaler.



Upah setelah "penat" mewarna....Air Batu Campur...ngamuk mummy dia
bila tau ziyad makan ABC...he..he..





Friday, November 28, 2008

Wednesday, November 26, 2008

Merayau-rayau...

Hujung minggu lepas dalam perjalanan untuk makan kenduri saudara Azhari Sahamir, kami sekeluarga sempat mencecah kaki ke Sunway Pyramid dan jirannya Subang Parade, almaklum saja, dah lama rasanya kami tak kesana....berikut adalah momen-momen yang sempat dirakam..



Tuesday, November 18, 2008

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara



Nampaknya isu mahu berbogel sekumpulan aktivis mendapat perhatian meluas rakyat jelata. Isu ini bersambut dari satu pejabat ke pajabat yang lain, dari penguasa agama sehingga ke penguasa undang-undang. Pokoknya rata-rata rakyat malaysia boleh dikatakan tidak tergamak melihat sekumpulan manusia terjerit terlompat dihadapan bangunan SUK tanpa seurat benang dibadan mereka. Mereka ini seolah sepakat bahawasanya dengan memecat pakaian, maka segala matlamat akan tercapai

Mungkinkah ini hanya gimik politik? Atau sebagai satu tindakan terdesak lantaran ada hajat yang tidak dipenuhi. Apakah kumpulan ini benar-benar berani mahu bertelanjang? Atau hanya gertakan yang disengajakan demi menarik perhatian media.

Jika tindakan berbogel ini adalah jalan paling efektif bagi menunjukan rasa tidak puas hati maka bayangkan hampir seluruh rakyat Malaysia akan berbogel sebagai tanda tidak puas hati atas kenaikan harga minyak dan barang. Bayangkan stesen-stesen minyak dipenuhi oleh manusia bertelanjang bulat kerana tidak puas hati dengan kenaikan minyak, atau kedai-kedai runcit penuh dengan makcik-makcik yang tidak berbaju kerana tidak puas hati dengan harga beras dan barang keperluan asas lain yang tinggi.

Mungkin lebih menarik lagi jika sekumpulan artis terkenal tanahair ”berpakat” untuk berbogel kerana membantah penganugerahan pingat kebesaran kepada seorang artis terkenal dari mumbai. Atau mumgkin akan ada wakil rakyat yang berbogel dalam dewan parlimen kerana tidak puashati dengan tindakan lawan mereka. Senario ini besar kemungkinan tidak akan menjadi kenyataan, kerana majoriti rakyat malaysia selain dari kumpulan terbabit masih rasional dan punya maruah yang tidak boleh ditolak ganti dengan sebarang perkara.

Memang lucu jika difikirkan dan dibayangkan walaupun agak geli geleman jugak. Memang tidak dinafikan bahawa mereka ada memasang niat yang murni, mahu memperjuangkan nasib masyarakat dalam kelompok miskin, mereka mahu membela nasib golongan yang didakwa tertindas atas tindak tanduk kerajaan negeri, namun dalam usaha kearah itu, sepatutnya mereka ini lebih rasional dan memilih jalan yang tidak menyimpang dengan moral dan norma hidup sebagai seorang insan yang bertamadun, matlamat tidak menghalalkan cara, lalu berfikir sematangnya, setiap masalah terhidang pelbagai jalan penyelesaianya, tinggal lagi terpulang kepada kita mahu memilih jalan yang mana.

Friday, November 14, 2008

Antara ”Penjenamaan semula”, ”Meremajakan” dan ”Mematangkan”



Selepas PRU ke-12 yang bagai tsunami besar, ditengah kekagetan parti-parti yang terkena tempelaknya, muncul 3 konsep yang dilihat sebagai penawar kepada kerosakan yang dialami akibat bedilan ”tsunami” yang lepas. Anda parti mahukan ”Penjenamaan Semula”, ada yang mahukan evolusi imbas kembali kearah keremajaan dan ada juga suara-suara kecil yang menyebut mahukan proses Mematangkan parti.

Apa maksud ”penjenamaan semula”? Penjenamaa menurut Kamus Dewan Edisi ketiga membawa maksud ”Pemberian Jenama ( nama tertentu) kepada sesuatu barang yang dihasilkan.”. Lantas penjenamaa semula itu mengikut fahaman biasa adalah memberi nama baru kepada produk yang sama atau nama baru kepada produk yang telah mengalami penambahbaikan. Ini bermakna parti berkenaan mempunyai dua pilihan, sama ada strukturnya dalam status quo, tapi ditempel dengan nama baru, atau rombakan dilakukan pada struktur beserta dengan nama baru. Sehingga kini tidak jelas kelihatan kedua-duanya berlaku, namun ”Tiang Serinya” tetap teguh berdiri walaupun ada ”keretakan”. Persoalannya, runtuhkah ”mahligai” ini, andai tiang seri tersebut ditukar?, terpulang pada bijak pandai politik membuat telahan dan analisa.

Meremajakan menurut kitab yang sama membawa erti menjadikan muda, memudakan ~ pegawai negeri menggantikan pegawai-pegawai tua dengan pegawai-pegawai muda. Definasi kepada konsep ini yang dipilih oleh sebuah parti berteraskan kaum yang utama ini perlu dibuat dengan berhati-hati. Adakah proses meremajakan itu merujuk kepada semua aspek dalam parti? Perlembagaan, struktur kepimpinan, budaya atau pemimpin utama itu sendiri. Adakah sebuah parti yang usianya melewati separuh abad perlu kembali seperti waktu usianya belasan tahun? jika diimbas kembali detik lampau itu, andai parti ini mampu berlagak seperti waktu itu, nescaya parti ini akan mampu kembali ”relevan” dalam ketika perkara 152 perlembagaan sering dicuit dan dijentik oleh mereka-mereka yang tidak sepatutnya. Namun keraguannya amat besar, sehingga kini tidak kelihatan riak-riak kearah mengembalikan dekad gemilang itu akan berlaku, malah sikap ”remaja ” itu lebih terarah kepada perkara yang merosakkan parit, umpamanya ahli-ahli yang umpama ”berdarah muda” dengan mencari penyelesaian melalui ”buku lima” dan ”kerusi”.

Adakah proses meremajakan ini dapat direalisasikan sepertimana pandangan seorang sarjana dari univesiti tertua tanahair, beliau dengan tegas mengatakan andai proses meremajakan parti ini mahu dilaksanakan, maka satu generasi pemimpin harus meninggalkan struktur utama parti. Generasi peminpin ”veteran” ini harus diganti dengan satu generasi muda yang faham aspirasi parti dan mempunyai nilai insaniah yang tinggi. Mungkin dari kalangan generasi yang sewaktu mudanya terpengaruh dengan video ”sajak kematian” yang cukup ”panas” hari ini.

”Mematangkan” pula membawa erti kesempurnaan dan kedewasaan pemikiran. Proses ini persis seorang datuk yang telah melewati usia bersara wajib dikatakan tidak matang lalu dia dituntut supaya memperbaiki akalnya. Adakah parti ini tidak matang ? dari sudut mana ianya tidak matang? dengan rekod tidak pernah kalah, parti ini perlu dimatangkan lagi?. Atau matang itu merujuk kepada saf kepimpinan parti dari segelap lapisan, senario ini umpama polemik ”Kesatuan Kaum Tua” dan ”Kesatuan Kaum Muda”. Adakah implementasi konsep ini bererti pemimpin ”veteran” harus didahulukan dalam segala hal, atau adanya asimilasi usia kepimpinan, seperti mana saranan mantan pemimpin parti ini yang kini berjenama ”Kuda Kepang”.

Dunia politik amat luas, satu huruf boleh membawa persepsi dan interpretasi yang pelbagai mengikut kehendak, persoalannya sama ada interpretasi ini dibuat dan dinilai dengan mata hati atau mata budi. Apapun coretan ini hasil dari buah fikiran dan penakulan akal seorang insan yang tidak sezarah pun mempunyai pengalaman berpolitik, hanya sekadar seorang ”window shopper” sahaja.

Monday, November 10, 2008

Siapa yang takut?


Antara isi berita minggu lalu yang menarik perhatian Pakyob ialah isu tayangan video “Sajak Kematian” yang ditayangkan kepada murid-murid sekolah rendah. Hasil maklum balas dari ibubapa melihatkan ada selisih pendapat mengenainya, ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju dan ada juga yang mahu melihat dari pelbagai factor lain sebelum menjatuhkan pandangan akhir.

Pak Yob tercuit dengan alasan dari kalangan yang tidak bersetuju, mereka menyalahkan pelbagai factor seperti usia muda yang mungkin menerima tayangan itu dari perspektif yang salah serta kebimbangan bahawa ianya akan memberi kesan psikologi yang negatif kepada anak-anak. Peristiwa ini mengingatkan Pak Yob suatu ketika dahulu dimana “sajak kematian” serta seabrang aktiviti pementasan / pentomin yang berkait denganya pernah berada ditengah polemik yang hampir sama, lagu "selimut putih" turut menerima nasib yang sama.

Memang bila mendengar sahaja lagu “sajak kematian” pasti sedikit sebanyak akan lahir rasa insaf dan takut kepada kematian, tidakkah mengingati kematian itu satu tuntutan. Salahkah anak-anak diingatkan tentang azab kubur serta azab yang akan mereka alami seandainya memilih jalan hidup yang cuai dari ajaran islam. Bukankah jika mahu melentur buluh biar dari rebungnya?

Pak Yob sebenarnya hairan juga, sekarang ini di kaca tv dna layer perak bersepah cerita-cerita fiksyen tentang gangguan makhluk halus, berduyun-duyun ibubapa serta anak-anak mereka memenuhi perut panggung. Tiada siapa mempersoalkan tentang psikologi kanak-kanak, tiada siapa menghubungi media massa untuk melahirkan rasa tidak puas hati. Apakah cerita hantu itu perkara yang hakiki sementara azab kubur serta kematian itu bukan satu kepastian?

Malam tadi siaran berita menayang betapa seorang timbalan menteri “yang berkaitan” menentang idea tayangan video tersebut, alasannya bimbang murid-murid takut pada perkara yang lain, lalu mesej utamanya tidak terkesan. Lalu apa pula mesej filem-filem seram yang berlambak-lambak itu? Apa guna guru-guru yang membimbing sesi tayangan video tersebut? adakah mereka langsung tidak membuat penerangan tenatang pengisian video tersebut kepada murid-murid berkenaan?, Mungkin golongan guru patut respon pada perkara ini.

Adakah tazkirah mengenai mengingati kematian serta azab kubur hanya terhad di masjid-masjid, itupun sekadar lisan sahaja, tidak boleh digambarkan dalam bentuk seakannya?. Hairan juga Pak Yob dengan karenah "orang melayu" ni, adakah ini kesan betapa islam itu tidak "syumul" di bumi malaysia? islam hanya terhad kepada sembahyang lima waktu dan puasa dibulan ramadhan sahaja? atau lebih parah lagi terhad kepada sembahyang jumaat sekali seminggu, campur sembahyang raya dua kali setahun?.


Pak Yob pun bukanlah warak, lantas atas kekurangan itu sumbangan dari sistem pendidikan negara amat diperlukan dalam melengkapi anak-anak yang mungkin tidak mendapat didikan agama dengan sempurna di rumah. Janganlah bersikap umpama ketam mengajar anaknya berjalan, lupakah kita dengan 5 warisan yang akan membantu kita dialam sana kelak? mungkin alim ulama dalam kementerian pendidikan perlu campur tangan dengan meletakkan islam sebagai asas membuat keputusan.


Soalnya siapa yang takut? apa yang ditakut? mungkin "si tua" yang takut kerana bimbang anaknya itu nanti akan tahu kemungkaran yang dilakukannya, takut andai si anak bertanyakan "kenapa ayah dengan mak tak pernah sembahyang?" atau " kat rumah kita ni arah kiblat kat mana ayah?"....atau si tua sendiri tidak bersedia untuk bertaubat lalu meninggalkan amal dunianya yang "kotor" dan tiada sinar keislaman?....beristighfarlah...




Thursday, November 06, 2008

Sama tapi tak serupa.



Dua sejarah yang hampir sama dicipta oleh dua tokoh dalam kepakaran yang berbeza, dunia politik dan dunia permotoran. Minggu lalu Lewis Hamilton dinobatkan sebagai Juara Perlumbaan F1 dunia bagi tahun 2008, lebih manis lagi, beliau merupakan juara termuda bagi kejohanan tersebut, usia beliau diangka 24 sewaktu secara rasminya diumumkan sebagai juara dunia. Seorang lagi tokoh yang dimaksudkan ialah, Senator Barack Obama,semalam secara rasminya tokoh ini dipilih secara majoriti sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke44, pada usianya yang ke 47, beliau merupakan presiden kedua termuda dalam sejarah amerika, selepas Mendiang John F. Kennedy yang memegang jawatan tersebut pada usia 43 tahun.


Namun disebalik perbezaan arena dan pentas, keduanya mencatat sejarah sebagai warga kulit hitam pertama yang mendapat kemasyuran tersebut. Hamilton sebagai juara kulit hitam pertama dalam sejarah F1, sementara Obama merupakan Presiden kulit Hitam Amerika Syarikat yang pertama. Namun dalam pendakian ke puncak kemasyuran tersebut, keduanya melalui rintangan yang payah dan besar, namun pasti yang lebih dikesali ialah cemuhan dan bahana pro-perkauman yang masih wujud dalam masyarakat yang kononnya bertamaddun.

Wednesday, October 29, 2008

Belasungkawa : Dr. Shaharom Husain



Tanggal 2 Oktober 2008 memalitkan satu episode duka buat dunia penulisan, perginya seorang mentor, tokoh guru, budayawan, sejarawan serta penggiat seni yang begitu berpengaruh. Allahyarham Dr. Shaharom Husain meninggalkan kita pada usia 88 tahun akibat sakit tua pada detik sekitar 7.45 pagi di kediaman putera sulung beliau, Dr. Mohammad Hatta Shaharom di Gombak. Shaharom Husain yang merupakan anak kelahiran Johor dilahirkan pada tanggal 4 November 1919 di Kampung Peserai, Batu Pahat, Johor. Beliau bertemu jodoh dengan Aminah Abdul Rashid serta dikurniai dengan 4 orang putera, Mohamed Hatta, Mustapha Kamal,Muhammad Iqbal dan Mustafa Kamil.

Penulis tidak pernah bertemu mata dengan beliau, namun sejak pertama kali menelaah karya beliau, naskah skrip drama berjudul “Tun Seri Lanang”, penulis terus mendampingi 2 naskah beliau yang selainnya, “Di Bawah Tikaman Garfu” dan “Di Bawah Sinar Matahari” yang kebetulan merupakan terbitan Penerbit UKM. Nama Shaharom Husain sebenarnya telah terlakar dalam peta dunia penulisan tanahair sejak sekian lamanya, barisan karya hasil “air tangan” beliau dalam pelbagai genre sudah cukup mewakilkan ketokohannya dalam dunia penulisan tanahair.

Setiap insan yang cemerlang pasti mempunyai perguruan yang hebat, Shaharom Husain mendapat asuhan seorang sasterawan besar tanahair, Cikgu Harun Aminurrashid. Cikgu Harun amat beliau hormati oleh Shaharom sekeluarga, mungkin berkat pertalian guru dan murid ini, maka Shaharom terlatih dengan sempurna. Penulis baru-baru ini bertemu anak sulung beliau, Dr. Mohamed Hatta Shaharom yang kini merupakan Naib Presiden Kanan merangkap Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya, diakhir pertemuan hampir sejam itu, Dr. Hatta banyak bercerita tentang ayahandanya.


Seorang insan yang berperawakan “pelik”, itulah gambaran seorang anak yang juga pakar dalam bidang psikologi bagi menggambarkan Shaharom Husain, walaubagaimanapun kepelikkannyanya itu lebih bersifat positif. Sebagai penulis, Shaharom Husain tidak lekang dengan 2 batang pena dan kertas coretan yang tersemat disaku, sifat ini turut diwarisi oleh Dr. Mohamed Hatta, maka tidak hairanlah beliau juga merupakan seorang penulis yang giat. Sebagai anak sulung, Dr. Mohamed Hatta amat bersyukur kerana mewarisi bakat ayahandanya, namun yang paling bermakna lagi, beliau berpeluang berdampingan dengan ayahandanya sehinggalah insan yang dipanggil “ayah” itu pulang ke sisi yang maha esa.

Shahrom Husain juga merupakan seorang yang tegas dan mempunyai paksi pendirian yang teguh, sifat ini walau bagaimanapun menurut Dr. Hatta amat berlawanan dengan sifat bondanya, Aminah Abdul Rashid yang lembut dan amat disenangi barangsiapa yang mengenalinya. Sebagai seorang pencinta ilmu, Shaharom Husain mempunyai ikatan kasih sayang yang amat kuat terhadap koleksi bahan bacaan beliau, maka tidak hairanlah jika sehingga kini, koleksi beliau masih terpelihara di rumah peninggalan beliau di Kempas. Rumah yang dinamakan Gapura Sastera di Lot 1736, Kampung Baharu Kempas, Johor Bahru, Johor menjadi tumpuan dan kunjungan para pengkaji dari pelbagai latar belakang dalam dan luar negara.


Sebahagian daripada koleksi beliau telah pun diserahkan kepada Perpustakaan Universiti Perguruan Sultan Idris yang sedia maklum menjadi alma mater beliau, bermula dari era Maktab Perguruan Sultan Idris. Hayat beliau bersama UPSI bermula sejak bergelar pelajar pada tahun 1938, sebagai guru mulai 1946 sehinggalah kembali mencurah ilmu sebagai sarjana jemputan.Atas jasa dan bakti beliau, maka UPSI dengan berbesar hati telah menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor Persuratan.

Jejak Shaharom Husain tidaklah terbatas di UPSI sahaja, beliau sempat menabur bakti di UKM sebagai Karyawan Tamu selama dua tahun, 1984 – 1985. Sebelum meninggalkan UKM, beliau sempat menyerahkan manuskrip memoir dirinya untuk diterbitkan oleh UKM, atas inisiatif pihak Penerbit UKM, naskah tersebut telah dizahirkan menjadi sebuah penerbitan yang merakamkan perjalanan hidup seorang insan yang istimewa. Selain naskah tersebut, Penerbit UKM turut menerbitkan dua lagi karya beliau dalam genre novel. Sebagai tanda kagum dan menghargai sumbangan Shaharom Husain, UKM telah menganugerahkan beliau Ijazah Sarjana Kehormat Doktor Persuratan .



Dalam mendidik keluarganya, Shahrom Husain tidak pernah memisahkan agama sebagai dasar keperibadian seseorang insan. Ketokohan Shaharom Husain sudah lama diakui di peringkat antarabangsa, beliau diangkat sebagai tokoh yang berjaya dalam bidang penulisan, pendidikan dan kegiatan lain berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Dictionary of International Biography yang mengandungi keterangan 2,000 tokoh selain beliau. Shaharom Husain turut menerima pengiktirafan selaku penulis dan pendidik dalam The Thousand Man of Achievement 1969 lalu melayakkan beliau menerima Certificate of Merit bagi tahun 1969. Selain daripada itu, Shaharom Husain turut menerima anugerah lain seperti Tokoh Guru Negeri Johor, Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan serta Anugerah Budayawan Negeri Johor.



Entah dimana silapnya, sumbangan serta ketokohan beliau belum mampu mengangkat namanya untuk bergelar "Sasterawan Negara" . Penulis telah lama mengidamkan untuk mendapatkan koleksi untuk Koleksi Khas di Perpustakaan UKM, namun usaha ini tidak menjadi kenyataan kerana semasa hayatnya , Shaharom Husain begitu enggan melihat koleksi beliau “lepas” dari pandangannya. Baru – baru ini berbekalkan senaskah kertas cadangan, penulis bersama seorang sahabat, Saudara Shaharuddin Shafri “memberanikan” diri bertemu anak sulung Shaharom Husain, Dr. Mohamed Hatta Shaharom untuk membincangkan sebarang kemungkinan koleksi Allahyarham dapat disumbangkan ke Perpustakaan UKM. Pertemuan ini hasil usaha saudara Shaharuddin yang kebetulan mempunyai talian persahabatan dengan anak bongsu beliau, Mustafa Kamil.



Penulis akhiri kiriman entri ini dengan kiriman al-fatihah buat Allahyarham Shaharom Husain, moga rohnya dirahmati Allah.


Tuesday, October 21, 2008

nasi lemak sepinggan, minyak segelen

1. petang semalam pakyob sekeluarga makan malam di sebuah medan selera sebuah pusat membeli belah utama di putrajaya. seleranya tidaklah hebat, pakyob sekadar mengidamkan nasi lemak sahaja, lalu pesanan dibuat di salah satu gerai yang ada menu tersebut....nasi lemak biasa, cuma tambah lauk sotong dan tempe sedikit, harganya RM7.50....untuk nasik lemak telur goreng pulak RM3.50. Masa dompet tengah tebal ni memang tak terasa sangat tapi bila dah dua tiga detik berfikir, rasa tak patut pulak harganya...bayangkan dengan RM7.50 tu, paling tidak boleh dapat 4 bungkus nasik lemak yang dijual digerai biasa.

2. Kebetulan masa tengah menyuap nasik tu, berita perdana bersiaran....ahli parlimen sedang bertekak balas soal bajet, maka ada seorang ahli parlimen yang sedang baran ni menghamburkan kata seperti berikut lebih kurang " kalau YB asyik nak pertikai harga sepinggan nasi...lebih baik makan sahaja dirumah....", tiba-tiba pakyob rasa darah naik ke muka....mahu saja dilempar pinggan naik lemak rm7.50 tu kemuka YB tersebut. Aduhai YB, larat ke setiap masa balik makan di rumah....takkan kalau pejabat di Kuala Lumput, rumah di nilai....nak balik makan tengahari di rumah jugak ke? lalu pakyob nak sampaikan secebis pantun buat penyokong dan pengundi YB tersebut;



3. Bercakap soal minyak pulak, beberapa hari mendatang ni pastinya seluruh rakyat jelata menanti dengan senyum...berapa gamaknya kadar penurunan harga minyak seperti yang dibayangkan oleh pak menteri. Beberapa hari lalu pak menteri ada bisikkan, kemungkinan ada penurunan hujung bulan ni.Tapi iyelah...segalanya berkemungkinan. Bab minyak ni pak yob tidak la begitu "kalkulatif" seperti sebilangan orang, bagi insan yang "buta" matematik ni pengiraan pakyob ringkas dan mudah sahaja....berapa ringgit untuk berapa hari....bagi yang bijak pandai mungkin akan lebih tepat dengan angka-angka mengikut pengiraan liter dan kilometer. Alangkah baiknya kalau kalau turun serentak dengan barang-barang lain....maka YB yang tadi itu tak perlu balik makan tengahari kat rumah...tak gitu YB.


Monday, October 20, 2008

Satu lagi angin "Sakhti"

1. belum reda ribut "makkal sakthi", jumaat lepas mucul pula satu lagi angin kecil...angin yang betiup di UKM pada tanggal 17 oktober itu pak yob namakan "student sakhti"....tiupannya belum tentu mampu "meruntuhkan" sri perdana....namun manakan tahu...bisanya makan tahun baru terasa. Segerombolan aktivis pelajar dari seluruh institusi di Malaysia bergabung dalam perhimpunan "menzahirkan perasaan" menuntut tarikh muktamad pilihanraya kampus seluruh negara diadakan serentak serta penghapusan sistem undi elektronik yang dianggap boleh diaragui ketelusannya.

2. Memorandum yang dibawa mahu disampaikan kepada memanda menteri pengajian tinggi yang dalam jadul merasmikan karnival kerjaya antarabangsa, kebetulan pak yob terlibat "sedikit" dalam menyumbang karya kreatif untuk booth ukm. Perhimpunan sebegini mana mungkin akan "aman" bila masing-masing "terlebih" emosi, maka berlakulah "percakaran" kecil antara kedua pihak yang "terbabit".


3. Pak Yob tak berani nak komen lebih, takut kalau "tersentuh" orang yang berkuasa besar..silap hari bulan senasib dengan "si putera raja". Maka lebih elok jika kita renungkan bersama, dengar maklumbalas kedua pihak, kemudian kita rumuskan sendiri dimana pendirian kita, biarpun pendirian kita tidak "terkesan" pun pada mana-mana sistem, tapi sebagai insan yang berakal, tidak salah kita melatih akal untuk berfikir lebih dari apa yang kita fikirkan seharian, manalah tahu....dari akal kita itu akan "membuah" penyelesaian yang akan merungkai simpulan polemik yang ada.

Friday, October 17, 2008

Hujan dan TV

1. Bilakah ini akan berakhir, saluran berbayar yang pak yob langgan nampaknya belum "bertaubat" dalam masalah ini. Masih kedapatan masalah siaran "hilang" bilamana cuaca hujan. Mungkinkah ini kesan dari status "monopoli" yang mereka nikmati?, atau kaedah pemancaran siaran yang kununya moden ini memang mempunyai alahan pada hujan? lantas suka atau tidak, pelanggan harus terima hakikat bahawa bilamana cuaca hujan..maka mereka "wajib" dengan hati terbuka menerima "kehilangan" siaran dari "kotak empat segi" yang sedang asyik dihadap.

2. Bila keadaan ini terjadi, yang mana akan dipersalahkan dahulu....Hujan? atau syarikat pembekal siaran itu?. .mungkinkah keduanya akan mendapat "saham" masing-masing? adalah sangat tidak wajar dan tidak berperikemanusiaan jika menyalahkan hujan....kerana ia diluar upaya manusia, sedangkan yang beria-ia menyediakan dan menawarkan siaran berbayar itu adalah manusia yang mengharapkan keuntungan "besar" darinya......atau kita harus bersikap "rendah diri" lalu menyalahkan diri sendiri yang tewas dengan "nafsu" lalu membiarkan diri "membayar" bil langganan setiap bulan dengan akur.



Friday, September 26, 2008

Buku, Bom, alpokat dan atuk

1. Petang semalam waktu Pak Yob belek-belek naskah Malay Mail maka terjumpalalah satu keratan berita tentang peristiwa pengeboman yang berlaku di India, seorang yang disyaki telah ditahan dan disoal siasat. Hasil penemuan mendapati, pada kejadian itu, mereka menggunakan kod rahsia yang operasi mereka, seperti yang diberitakan, mereka menggunakan perkataan "buku" bagi menggantikan "bom" dan "Perpustakaan" bagi menggantikan lokasi bom yang dipasang, maka ayat yang digunakan ialah, "Saya telah membaca buku tersebut di Perpustakaan, dan meletakkan ia kembali di rak perpustakaan". Untuk maklumat tambahan, orang yang disyaki itu bernama Asif.

2. Semalam Pak Yob sekeluarga berbuka puasa di Restoren Sari Ratu, terletak di Ampang Water Front. Restoren ni kira restoren nasi padang la, pak yob tak pernah makan nasi padang ni, semua idea Mak Yong yang teringin nak makan, kununnya teringat keenakannya waktu dia makan semasa di Bandung. Memang sedap, ayam kampung pop, dendeng balado, ayam kampung panggang, tempe goreng, sup ayam, memang berkecur air liur...sambil tu diselang seli pulak dengan sedutan air jus tembikai. Mak yong "pekena" jus alpokat, sayur nangka dan ice teler...tak reti Pak yob nak minum menatang alpokat ni, likat benor..melekat kat anak tekak, "not my anak tekak punya taste lah"...udahla harganya segelas RM6. Harganya setiap hidangan boleh tahan la (mak yong yang belanja)...tapi berbaloi dengan rasanya.

3. Sehari sebelumnya, pak yob makan disebuah restoren ala thai di sekitar badnar baru bangi, kami sekeluarga memang pelanggan setia restoren tu. kira dalam bulan puasa ni hari tu merupakan kali kedua kami berbuka puasa di sana. Entah macam mana, sentuhan tukang masaknya tak menjadi, tom yam campur yang dipesan tawar,macam ditambah dengan air panas je kuah tom yam tu, sotong celur tepungnya pun dah tak seperti selalu....mujurla telur dadarnya tetap sama...malang jugakla rasanya hari tu.

4. Tahun ni kelauarga di kelang beraya dengan suasana yang sedikit suram, atuk masih di katil hospital. beliau dimasukkan atas keuzuran yang berkait dengan usianya yang telah lanjut. Semakin hari semakin susut badan atuk, dikatil atuk serba tak selesa, baring duduk semuanya sama...ditambah pula dengan lilitan alat bantuan pernafasan yang mencekak kepala. Tutur kata atuk lemah...memang sayu melihat keadaan atuk..berbeza benar dengan waktu kali pertama pak yob mengenali insan ini, meskipun pada waktu itu usia beliau telah pun di penghujung 70 an. Atuk memang lasak, seorang lelaki yang tidak kekok di dapur, mahir bertukang serta berpengetahuan dalam teknikal peralatan elektronik, sesuai dengan jawatan lampau beliau sebagai seorang juruteknik. Sebenarnya kesihatan atuk mula terganggu selepas pulang dari menunaikan ibadat haji, atuk kerap berulang alik ke klinik mahupun hospital, bemacam-macam padangan dan nasihat dari doktor diterima,namun jauh disudut hati kami, ia pastinya berkait dengan usia beliau yang telah lanjut. Buat atuk....semoga cepat sembuh dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat atuk.

Monday, September 22, 2008

Susu, Kad Raya, Sal Munge

1. Menggelabah Pak Yob pagi tadi..pangasuh ira hantar sms, susu ira dah habis...kebetulan pulak susu yang kat rumah ada la cukup-cukup untuk sekali bancuh je....mana pulak nak carik susu pagi-pagi buta ni? seven eleven memang tak jual susu tu. Sudahnya hantar jugak la stok yang kat rumah tu....teruk bebenor rasanya. Sudahnya pukul 10 pagi, Pak Yob cabut pi beli susu kat kedai "manjaku" bangi, ingatkan tak ramai la orang kat kedai tu, rupa-rupanya beratur bapak-bapak orang mengendong tin-tin susu dengan pampers....gamaknya deme ni senasib jugak dengan Pak Yob Kot?...senyum dalam hati je la Pak Yob...

2. tahun ni baru tiga kat raya sampei kat Pak Yob, Satu jenis elektronik, dua lagi pesyen lama la, satu dari bos satu lagi dari kedai servis kete..macam nak peringat suruh pi servis je tokey ni. Lebih malang lagi, Pak Yob satu kad pun tak hantor ke sapa-sapa...baik yang elektronik mahupun yang pesyen lame...zakat pitrah pun blom pi clear lagi ni...

3. pak Yob sahur dalam pukul 5 pagi, time tu ada la drama melayu ni..judulnya "minah lodeh, Tipah lepat"....memang Pak Yob laki bini layan cerita tu...lawak la jugak..indica mesti minat cerita ni pasal ada pelakon feveret dia, si Kazarudin Saisi. kisahnya si minah dangan si tipah jenuh menepis saingan perniagaan dan sosial dari si sal Munge yang digialai oleh tok laki mereka, iaitu si kaza dengan mat over.

Friday, September 19, 2008

Separuh jalan dah....

pejam celik..pejam celik...dah separuh jalan dah umat islam berpuasa....tatkala ramadhan tiba...imbauan kenangan sewaktu zaman universiti pasti menjelma...detik itu jugala pak yob senyum sendiri...teringat kawan-kawan lama...macam-macam peel yang ada bila tiba bulan puasa.Tahun ini ramadhan seperti tahun sebelumnya juga, kalau ada yang berubah pun...si ira dah jadi "pengacau tetap" kat meja makan, tahun sudah tak berapa nak "bijak" lagi..tahun ni nampak dia yang lebih berbanding si abang. Lokasi berbuka puasa? biasala....kadang-kadang rumah mak, kadang-kadang rumah mak mentua...jarang-jarang rumah sendiri.

Pasar Ramadhan jarang-jarang Pak yob redah...sekadar singgah di tepian gerai-gerai yang menjual karipap, kueh lodeh atau roti john sahaja. Sahur? pak yob tak berapa minat makan "lauk berat" time sahur....tapi kalau ada "bedal" ajela.

Selamat Berpuasa dan berjimat menjelang lebaran.

Thursday, January 17, 2008

Aduhai Selandang...

kebelakangan ni sedih pulak Pak Yob nengok pasukan bolasepak perak ni...asyik kena libas je dek pasukan jiran...ari tu ke "tenyeh" dengan Kedah....terbaru kena "kekah" dengan Perlis..apa dah jadi ni. Kalau nengok aksi tu..memang "leweh" je pun...memang patut le kena henyak dek lawan..semangat pun kurang. Mungkin dah tibe masanya Perak buat "obohol" (overhaul) kot..macam pasukan Arsenal...ghentikan je "kuda-kuda" tua yang ada..letak yang muda-muda...kita mule dari bawah balik..dulupun perak pernah terkenal sebagai "kilang" pemain-pemain muda yang berbakat....hinggakan mereka ini "disunting" oleh pasukan lain. Kedah contohnya pun pernah buat jugak....deme bagi peluang yang muda2..udahnya tengokla sekarang..dengan pemain muda yang dah berpengalaman..tak heran le kalau kedah boleh mendominasi arena bolasepak tempatan buat 5 tahun mendatang..kecuali ada pasukan lain yang mampu menggugat. Apa-apa pun bangkitlah wahai yob-yob bola sekelian....

p/s: dah lama benor rasanya Pak Yob tak beli jersey Perak...(tanda protes ni..)

Tuesday, January 08, 2008

Bila Malam Bulan Mengambang....

Dah macam cerite Nek Nak pulak....

Bila Malam Bulan Mengambang I

Semalam kariah Pak Yob mengalami gangguan letrik.....memang jarang sebenornya perkhidmatan ini terganggu..tapi ntah ngape bila dekat2 nak "musim memangkah" ni terjadi peristiwa sedemikian..kalut juge dibuatnya..kebetulan Pak Yob kerja malam, balik rumah kununnya nak makan, mandi dan "membuang toksik" dalam badan....bile dah jadi lagu tu, maka terbantutlah segala rancangan..makan pun terpaksa bertenggek tepi tingkap...mujor ada limpahan cahaya sang bulan..takut jugak makan dalam gelap..kot melintas cicak kubin atas ikan tu sape nak nampak ye tak..(Pak Yob pernah mujor-mujor lagi tak tertelan cicak kubin masa minum milo...tak perasan..menatang tu nyorok celah buih..Pak Yob belah je lepas tu menonong buat tak tahu..kot la kata tuan kedai tu tegor mintak duit....memang makan penampor le jawapnya dia), mujor Pak Yob tak jadi Cicak Man. Dalam gelap tu mujor ada handphone, dapat juga cari tombol pintu....lilin? tak kuasa Pak Yob nak selongkar laci-laci tu...tapi ada jugak Pak Yob cari lampu emergency yang dapat percuma beli air-cond dulu...haram..dua-dua tak buleh idup....lupa nak charge...lupakan ajelah.
Gambor hanya hiasan...


Bila Malam Bulan Mengambang II

On the way ke pejabat...memang gelap gelitalah..rumah jiran tetangga pun gelap gelita...nampaknya deme senasib dengan Pak Yob....tut..tut..bila Pak Yob melintas ada satu kawasan perumahan tengah nak naik...terpandang sederet rumah kongsi yang terang benderang....senyap...cuma kedengaran ngauman enjin generator....mungkin penghuninya sedang asyik menonton "Buletin Utama" gamaknya atau cerita "Cintaku di Rumah Susun" atau mungkin juga ketika itu sedang ditayangkan sinetron "Gengsi Gede-Gedean" masa tu....kalau diikutkan hati nak juga rasanya "bela" barang sekor dua generator kat rumah tu...sampai ofis terus pak yob coretkan entri ni..sekurang-kurangnya adala jugak entri baru..inilah hikmah disebalik kegelapan.


Mujor tak jadi macam ni....

Thursday, December 27, 2007

Apa Kabar...


Dah seminggu Pak Yob balik dari Hanoi (orang sana eja Ha Noi), bukan dalam rombongan Indica...tapi pergi bersidang selama seminggu. Bila lama tak memblog ni, alasannya jari jemari makin hari makin keras nak mengetuk papan kekunci komputer...jadi memandangkan tak ada isu yang terlintas di benak fikiran, Pak Yob rasa nak cerita jugakla pengalaman selama seminggu di Ha Noi tu... Awal pagi...menanti teksi untuk ke tempat persidangan

Friday, October 05, 2007

Rasa Sayang siapa yang empunya?

Baru-baru ini heboh dengan isu perebutan hak keaslian lagu "Rasa Sayang", negara jiran bermati-matian atas dasar nasionalis kunun mendakwa lagu itu kepunyaan negara mereka, lantas menuduh Malaysia merampok khazanah budaya mereka. Isu ini malah disuarakan di Parlimen mereka persisnya seperti Parlimen Malaysia yang pernah ribut dengan isu Lagu Negaraku yang dinyanyikan oleh Hattan. Tercetusnya isu ini apabila mereka menyedari Malaysia menggunakan lagu Rasa Sayang sebagai lagu tema kempen truly asia untuk sektor perlancongan negara, mereka berasa tidak senang dengan tindakan ini, apatah lagi bila dirasakan lagu itu hak ciptanya milik indonesia. Andai benar dakwaan itu, bukankah mereka sepatutnya berbangga kerana sebuah negara maju seperti Malaysia menggunakan lagu dari negara mereka untuk tujuan promosi. Bagi PakYob Malaysia lebih bijak menangani isu ini dengan melabelkan lagu itu sebagai karya nusantara, ada benarnya, lagu ini dinyanyikan sejak berpuluh tahun lamanya di Malaysia, Indonesia serta Singapura, tambahan pula sehingga kini tiada siapa tahun pencipta asal lagu ini.

Negara sebelah sana seolah sengaja mencari isu untuk menganyang Malaysia, dari satu bacaan PakYob di ruang siber, bukan sahaja lagu Rasa Sayang yang mereka tagih hak ciptanya malah banyak perkara remeh lain seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Teh Tarik, Rojak, laksa, Sambal Belacan dan Cendol. Bagi PakYob mereka patut sedar, rumpun melayu itu besar, proses migrasi berlaku dengan aktif sejak berpuluh tahun dahulu, ramai rakyat Indonesia berhijrah ke Malaysia dan Singapura, begitu juga sebaliknya. Memang tidak dinafikan hubungan antara kedua negara agak panas, malah rakyat jiran itu yang terkenal dengan emosinya sering mengadakan tunjuk perasaan sebagai tanda protes hingga Jalur Gemilang juga dibakar dengan sewenangnya. Kerajaan banyak bersabar dengan karenah mereka ini, golongan TKI yang melimpah ruah juga pening untuk ditangani, apatah lagi mahu melayan sarkis-sarkis diseberang.

Mungkin rakyat Malaysia juga ada salahnya, kita kekadang seolah terlalu mengagungkan mereka, contohnya kebanjiran artis seberang hingga menguasai pasaran tempatan. Sebaliknya artis malaysia yang "kesana" berapa kerat sangat, itu setelah melalui berbagai karenah seperti lagu asal perlu diubah keasliannya mengikut acuan disana. Jika hubungan ini adil, kita tak perlu membuat bising, tetapi ianya jelas berat sebelah, sehingga artis seberang ini sudah menjadi "Ikon Besar" terutama penyanyi berkumpulan. Mungkin kita perlu membataskan perhatian serta minat kita hanya pada unsur keilmuan, cukup sekadar mengkagumi serta menerima falsafah atau pemikiran insan seperti HAMKA, Pak Natsir atau Pramoedya Ananta Toer atau menghayati kerja seni Rendra, Cairil Anwar serta Amir Hamzah....rasanya kita tidak perlukan terlalu banyak Peter Pan, Padi, Dewa 19, Radja atau Kris Dayanti sekalipun kerana ketaksuban kepada mereka lebih membawa kebejatan dari kebaikan...namun ini hanya pandangan peribadi PakYob, kerana kita harus sedar diluar sana ramai orang-orang Malaysia yang sangat fanatik pada artis seberang ini, malah Pak Yob sendiri harus mengakui meminati lagu-lagu D'Lloyd, Mr. Indica sendiri cukup senang mendampingi tembang kenangan Broery Marantika serta harvey Malaiholo sebagai halwa telinga sehinggakan mampu menyampaikan lagu "Pamit" sebaik penyanyi asalnya, Budak Budu mungkin rapat dengan lagu-lagu Farid Harja atau titiek puspa? Sarajiha dengan Rano Karno dan Farouk Afero serta Roy martin mungkin? oni pula pastnya menggemari gelagat trio Dono, kasino, Indro itu sekadar telahan gurauan Pak Yob saja, jangan pula mahu diganyang Pak Yob nanti.

Monday, October 01, 2007

Diari Hujung Minggu.

Sabtu Pak Yob sekeluarga ke KLCC, berbelanja untuk lebaran kononnya, penat juga berlegar kat KLCC dalam bulan puasa ni, apatah lagi kalau sekadar "window shopping". Baju Yad, Ira, Yaya, Arah semua dah selesai, baju Pak Yob dah dibelikan oleh MakYong lebih awal lagi....baju Mak Yong? nanti Pak Yob hulur duitnya sajalah, citarasa orang perempuan ni susah sikit...lebih senang meneka jantina budak dalam perut dari meneka citarasa mereka. Raya ni kurang sikit belanjawannya, maklum saja, kakitangan awam macam kami ini "ditiadakan" bonus tahunan, maka sekadar apa yang ada sajalah, kebetulan kereta pun dah sampai waktu untuk diservis, maka makin susutlah kantung duit PakYob, tapi mujur juga ada ganjaran Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, maka tertampung jugak belanja raya kami.

Ira tengah memikir fesyen raya dia tahun ni..maklumlah, raya pertama
baginya di dunia.


Ira tengah buka puasa......

Yad tengah tak sedarkan diri bila dapat susu....

Pak Syeikh celup...yang tiga orang tu dah ok, cuma yang ujung tu alamak, macam lari dari semayang terawih je...ni mesti dia cakap kat mak dia nak pi terawih, rupanya main muzik kat KLCC.

Thursday, September 27, 2007

yad and Ira goes to school.....

hari ni masuk hari ketiga yad ngan ira ke taska....hari pertama keduanya macam redha, hari kedua dan ketiga, yad mula buat perangai...mengangis bila sampai di taska, tapi ira masih redha...cuma jadual susunya terganggu, maklum saja, persekitaran baru, dengan Pak Yob sendiri pun ira masih canggung untuk disusukan. Sebelah petang waktu diambil pulang, keduanya nampak selesa, bermain dengan kenalan sebaya. Pak Yob dengan Mak Yong memang sedih dan sedikit gundah memandangkan ini kali pertama keduanya dijaga diluar rumah, tapi kami sedar, kami tiada pilihan selain mengharapkan yang terbaik akan terbit dari keputusan ini. Dipejabat bila tidak berapa sibuk, pasti bayang yad dan ira akan menjelma di fikiran.....bagaimana agaknya mereka...mungkin sedang bermain..mungkin sedang belajar..mungkin sedang makan..mungkin sedang tidur....dan macam-macam lagi...Yad memang rapat benar dengan Pak Yob, setiap kali hendak tidur malam, pasti dimainnya cuping telingan Pak Yob....dia akan marah kalau Pak Yob beralih. Ira rapat dengan mummy, maklum saja bayi menyusu badan.....bila agaknya yad akan betah berada di taska..mungkin budakbudu ada pengalaman?


Wednesday, September 26, 2007

Pergi tak kembali...

hari jumaat lepas Pak Yob terpaksa ambik emergency leave gara-gara si Bibik minta keizinan pulang ke kampung, kononnya ibunya meninggal. Katanya dia mahu menatap wajah arwah ibunya buat kali terakhir sebelum disemadikan, Pak Yob maklumkan pada si Bibik, mustahil dia dapat tunaikan hajatnya itu atas pelbagai faktor seperti masa dan tempat yang tidak menyebelahinya. Si Bibik terus mendesak, malah mahu Pak Yob dulukan duit andai terpaksa pulang dengan pesawat....arggghhhh..amcam-macam ini Bibik. Si Bibik terus merintih, katanya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. arwah ibunya ada berpesan, jasadnya harus dimandikan oleh Si Bibik, Si Bibik pasrah, dia sedar mana mungkin dia dapat tunaikan amanat akhir ibunya itu, lalu sekurang-kurangnya dia perlu ada disisi ibunya tatkala jenazah melalui perjalanan terakhir meninggalkan alam ini. Pak Yob sememangnya tiada keberatan untuk melepaskan si Bibik pulang atas dasar simpati serta kemanusiaan, apatah lagi melihatkan si Bibik tiada henti linangan airmatanya. Pagi sebelum berangkat pulang, si Bibik mohon diserahkan semua wang gajiannya, termasuk bulan september yang berlum pun berakhir, Pak Yob akur, kecuali wang gaji bulan september tidak Pak Yob serahkan atas alasan wang itu akan digunakan untuk membayar penalti andai si Bibik tidak pulang ke Malaysia.Lalu pagi jumaat itu sekitar jam 11.30 si Bibik berlepas pulang dengan feri berbekalkan tiket pulang ke Malaysia.......malangnya sampai ke hari ini, Si Bibik tidak pulang-pulang...mungkin tiketnya hilang..atau kewarasannya yang hilang...Pak Yob akur dan redha, lebih baik si Bibik pulang dari menjaga Ziyad dan Ira tidak sepenuh hati. Hari isnin Pak Yob sambung cuti sambil sebelah petangnya kami sekeluarga meninjau-ninjau taska sekitar mukim untuk Ziyad dan Ira. maklumat terkini yang kami dapat, si Bibik rupanya sering bermimpi yang suaminya ada perselingkuhan dengan wanita lain, lalu hati si Bibik sering cemas....soalnya adakah ibunya benar-benar meninggal? atau sekadar alasan si Bibik?.....waduh! ini perlukan penyiasatan persisi Sherlock Holmes atau Kojak...Remington Steele pun bisa kalau perlu.

Buat si Bibik, terima kasih atas perkhidmatan selama 7 bulan bersama kami, semoga bibik gembira dengan keputusan Bibik itu, andai itu yang terbaik buat Bibik...andai Bibik mahu pulang kek pangkuan kami...kami tak sudi menerima Bibik kembali....harap maaf...kerana tuba yang bibik pulangkan atas madu yang kami beri.

Thursday, September 13, 2007

suatu ketika dahulu..

Peredaran dunia reka busana begitu sukar dijangka diduga..suatu ketika dahulu satu-satu fesyen yang begitu "trendy" boleh menjadi bahan lelucon pada lingkup waktu yang lain. Sebagai bukti Pak Yob lampirkan video ini, Pak Yob jamin kalau tidak menghadirkan tawa, sekurang-kurangnya senyum akan terlahir.

Wednesday, September 12, 2007

Al-Fatihah..

belasungkawa buat arwah Haji Jamal Othman....suami kepada mantan ketua bahagian Pak Yob, arwah meninggal dunia pada detik melewati waktu maghrib. Sehingga ketika ini,Pak Yob tidak pasti bagaimana detik- detik terakhir arwah. Arwah sememangnya pada tahun-tahun kebelakangan ini sering terganggu kesihatannya, terutama masalah jantung. Pak Yob terima khabar mengejut ini pada jam 9.30 malam, sekitar jam 10.15 pak yob bergegas kediaman arwah, namun pada sehingga saat Pak Yob melangkah pulang sekitar jam 11.00, jenazah masih belum tiba di rumah.

Pagi ini Pak Yob sempat menziarahi serta menatap wajah arwah buat penghabisan kalinya, arwah sememangnya seorang yang mudah mesra dan murah dengan jenaka. Pak Yob percaya, jika rakan-rakan rapat arwah terasa kehilangannya, ahli keluarga arwah pastinya lebih dalam sedih pilunya. Buat keluarga arwah, Cik Su dan anak-anak, semoga tabah menjalani penghidupan, yang hidup pasti merasai akan kematian, buat yang ditinggalkan, kirimkan apa yang sepatutnya buat bekalan arwah di alam sana.