Friday, September 26, 2008

Buku, Bom, alpokat dan atuk

1. Petang semalam waktu Pak Yob belek-belek naskah Malay Mail maka terjumpalalah satu keratan berita tentang peristiwa pengeboman yang berlaku di India, seorang yang disyaki telah ditahan dan disoal siasat. Hasil penemuan mendapati, pada kejadian itu, mereka menggunakan kod rahsia yang operasi mereka, seperti yang diberitakan, mereka menggunakan perkataan "buku" bagi menggantikan "bom" dan "Perpustakaan" bagi menggantikan lokasi bom yang dipasang, maka ayat yang digunakan ialah, "Saya telah membaca buku tersebut di Perpustakaan, dan meletakkan ia kembali di rak perpustakaan". Untuk maklumat tambahan, orang yang disyaki itu bernama Asif.

2. Semalam Pak Yob sekeluarga berbuka puasa di Restoren Sari Ratu, terletak di Ampang Water Front. Restoren ni kira restoren nasi padang la, pak yob tak pernah makan nasi padang ni, semua idea Mak Yong yang teringin nak makan, kununnya teringat keenakannya waktu dia makan semasa di Bandung. Memang sedap, ayam kampung pop, dendeng balado, ayam kampung panggang, tempe goreng, sup ayam, memang berkecur air liur...sambil tu diselang seli pulak dengan sedutan air jus tembikai. Mak yong "pekena" jus alpokat, sayur nangka dan ice teler...tak reti Pak yob nak minum menatang alpokat ni, likat benor..melekat kat anak tekak, "not my anak tekak punya taste lah"...udahla harganya segelas RM6. Harganya setiap hidangan boleh tahan la (mak yong yang belanja)...tapi berbaloi dengan rasanya.

3. Sehari sebelumnya, pak yob makan disebuah restoren ala thai di sekitar badnar baru bangi, kami sekeluarga memang pelanggan setia restoren tu. kira dalam bulan puasa ni hari tu merupakan kali kedua kami berbuka puasa di sana. Entah macam mana, sentuhan tukang masaknya tak menjadi, tom yam campur yang dipesan tawar,macam ditambah dengan air panas je kuah tom yam tu, sotong celur tepungnya pun dah tak seperti selalu....mujurla telur dadarnya tetap sama...malang jugakla rasanya hari tu.

4. Tahun ni kelauarga di kelang beraya dengan suasana yang sedikit suram, atuk masih di katil hospital. beliau dimasukkan atas keuzuran yang berkait dengan usianya yang telah lanjut. Semakin hari semakin susut badan atuk, dikatil atuk serba tak selesa, baring duduk semuanya sama...ditambah pula dengan lilitan alat bantuan pernafasan yang mencekak kepala. Tutur kata atuk lemah...memang sayu melihat keadaan atuk..berbeza benar dengan waktu kali pertama pak yob mengenali insan ini, meskipun pada waktu itu usia beliau telah pun di penghujung 70 an. Atuk memang lasak, seorang lelaki yang tidak kekok di dapur, mahir bertukang serta berpengetahuan dalam teknikal peralatan elektronik, sesuai dengan jawatan lampau beliau sebagai seorang juruteknik. Sebenarnya kesihatan atuk mula terganggu selepas pulang dari menunaikan ibadat haji, atuk kerap berulang alik ke klinik mahupun hospital, bemacam-macam padangan dan nasihat dari doktor diterima,namun jauh disudut hati kami, ia pastinya berkait dengan usia beliau yang telah lanjut. Buat atuk....semoga cepat sembuh dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat atuk.

5 comments:

McBudu said...

Pasal coding ni teringat aku kisah Mee bandung kat http://iamlilo.geng.murai.com.my/11562

Aku pun tak suka al pukat tu, pekat! Macam geli kat tekak bila minum tuh...

ueya said...

Salam,
sedapnye al-pokat...ueya suka!rasa creamy..campur lak coklat n ais...sedap!! sedapnya nasik padang..sambal ijao ada tak??

sarahjiha said...

Pak Yob..
Pesan kami makan le apa-apa yang patut tu puas-puas..raya le puas-puas..maklum le tahun depan....

Ada tak aksi angkat lauk penuh tangan sampai ke lengan..

Teringin nak makan di restoran Sunda..lalap-lalapan..MTO mesti suka...

ueya said...

eh..Pak Yob nak g bila? awal tahun ke tengah tahun???betul tu makan puas2 , if not kat sini nanti nganga je ler..takpun buat sendiri...la..la..la

indica said...

Jus alpokat atau es teler paling sedap aku pernah minum...kat warong di Bandung..hehe.. tapi tu le reality nya di warong lebih sedap, ramai org dok cakap cam tu..riso pulak diarhea ye. Kena pilih warong yg berselubung. Yg kat restoran2, selalunya hampeh..pekat semacam.

Diorang kata, makanan di Padang sedap, tapi di sana takde sign Nasi Padang..mungkin sbb dah sedap kot, tu pasae tak perlu iklan lagi..

Betul tu Sarahjiha, bila citer nasi padang, restoran sunda ni..cam nak book tiket Air Asia je...rasa nak bersahur di Bandung pulak ye..