Monday, September 22, 2008

Susu, Kad Raya, Sal Munge

1. Menggelabah Pak Yob pagi tadi..pangasuh ira hantar sms, susu ira dah habis...kebetulan pulak susu yang kat rumah ada la cukup-cukup untuk sekali bancuh je....mana pulak nak carik susu pagi-pagi buta ni? seven eleven memang tak jual susu tu. Sudahnya hantar jugak la stok yang kat rumah tu....teruk bebenor rasanya. Sudahnya pukul 10 pagi, Pak Yob cabut pi beli susu kat kedai "manjaku" bangi, ingatkan tak ramai la orang kat kedai tu, rupa-rupanya beratur bapak-bapak orang mengendong tin-tin susu dengan pampers....gamaknya deme ni senasib jugak dengan Pak Yob Kot?...senyum dalam hati je la Pak Yob...

2. tahun ni baru tiga kat raya sampei kat Pak Yob, Satu jenis elektronik, dua lagi pesyen lama la, satu dari bos satu lagi dari kedai servis kete..macam nak peringat suruh pi servis je tokey ni. Lebih malang lagi, Pak Yob satu kad pun tak hantor ke sapa-sapa...baik yang elektronik mahupun yang pesyen lame...zakat pitrah pun blom pi clear lagi ni...

3. pak Yob sahur dalam pukul 5 pagi, time tu ada la drama melayu ni..judulnya "minah lodeh, Tipah lepat"....memang Pak Yob laki bini layan cerita tu...lawak la jugak..indica mesti minat cerita ni pasal ada pelakon feveret dia, si Kazarudin Saisi. kisahnya si minah dangan si tipah jenuh menepis saingan perniagaan dan sosial dari si sal Munge yang digialai oleh tok laki mereka, iaitu si kaza dengan mat over.

6 comments:

indica said...

Tak pernah tgk drama minah lepat tu..tgk iklan cam kelakar..
kaza tu classmate abg aku di kampor dulu..
top jugak dia sejak dua menjak ni..
skang ni aku tengok cerite Ta'in ...kelakar gak..

`aza`~ummie afiq~ said...

pak yob dah jumpa blog akuuu...waarrgghhh!!! tak boleh nak merapu lebih2 lah lepas nii...hehehehe

ueya said...

wei As, blog aku pun dia dah jumpa. Memang x leh merapu..nanti dia repot!he..he

McBudu said...

Aku setiap habis sahur, balik Bidor....

sarahjiha said...

Tak pe.. kalau semua orang tak boleh nak merapu biar aku merapu.. tak pun kita pergi melahu.. tak gitu encik MTO....

Pak Yob said...

he..he..nama pun blog...tempat merapu tanpa sempadan...asal jangan sampai sangkut ISA sudah....