Sunday, December 14, 2008

Saranan buat Saudara Lan Togel

Nampaknya Lan togel terus berkokok di dada akhbar, kali beliau tampil dengan inovasi terbaru untuk memurnikan lagi aksi togel itu kelak, iaitu dengan melakukannya ala gerila, tak pernah pula Pak Yob tengok gerila bertogel?, ini kali pertama dalam sejarah kalau ianya berlaku.

Memandangkan saudara ini sangat ghairah untuk bertogel, maka Pak Yob ada beberapa cadangan selain aksi ala gerila itu, rasanya kalau cadangan ini dapat dilaksanakan, nama saudara bukan sahaja akan masyur di seluruh Malaysia, tetapi juga dimata dunia.

Berikut adalah cadangan Pak Yob.

1) Berenang Merentasi Selat Inggeris secara togel
Apa kata saudara dan kawan-kawan berenang merentasi selat inggeris scara togel, jika berjaya ianya merupakan satu pencapaian terbaru negara, malah mengatasi catatan Datuk Malek yang berenang dengan "Seluar Kecik" dan "serkup". Nescaya jika berenang tanpa seurat benang, pasti ianya lebih pantas bukan?.

2) Berlayar mengelilingi dunia dengan kapal layar secara togel
Kalau saudara ada peruntukan yang besar, maka rancangan ini boleh dilaksanakan, jika berjaya, senang-senang sahaja rekod Datuk Azhar saudara pecahkan.

3) Mendaki gunung Everest secara togel
Aksi ini memerlukan daya tahan yang tinggi, tapi apalah sangat cabaran ini buat saudara, yakin boleh!

4) Terjunan Payung Terjun di Kutub Utara secara togel
Kalau saudara dapat yakinkan rakan-rakan lain untuk turut serta, acara ini pastinya akan lebih meriah dan membuka mata dunia.

5) Menghadiri kenduri kendara jiran tetangga sahabat handai dalam keadaan togel
Aksi ini ibarat persediaan awal atau "warming up" sebelum melaksanakan aksi yang lebih besar.

Rasanya takat ini sahaja dulu cadangan PakYob, mungkin akan ada cadangan selainnya dari rakan-rakan. Memandangkan saudara sangat bersemangat dan beriya-iaya sangat maka atas rasa kekaguman itu Pak Yob hadirkan 5 cadangan diatas.

Selamat Maju Jaya buat Saudara Lan Togel.


Guoman Hotel
Port Dickson

5 comments:

payarumput21 said...

Salam..

Sesekali bila perhatian dialihkan dari segala macam permasaalahan..

Rasanya.. kalau sungguh dibuat "kemunculan togel secara gerila".. di tempat awam.. mau kadar kemalangan jalan raya tinggi.. terkejut kerana leka menoleh untuk memastikan.. Itu tak masuk jalan sesak..

Kiranya saranan Pak Yob.. untuk muncul secara "terancang" lebih selamat.. cuma mereka2 yang berminat saja yang boleh menjadi audien.. yang tak berminat.. tak perlu..

p/s - tak gamak nak menyaksikan..

Pak Yob said...

payarumput21: bukan takat kadar kemalangan jalan raya saja yang akan tinggi...tapi kadar kematian akibat sakit jantung juga akan tinggi.

McBudu said...

Pak Yob betul ke kat Guoman tu ada satu floor yang depa tak kasi guest duduk?... banyak kali dengar cerita kerana ada satu bilik tu didiami penghuni yang pernah togel..... serammmm

Syaraz Gallery said...
This comment has been removed by the author.
Pak Yob said...

ye ke? baru tahu ni...nasib baik dah balik..kalau dak pakai tido mesjid la kami anak beranak.