Thursday, June 29, 2006

Ramalanmu tak benar belaka...

perlawanan pusingan kedua yang menemukan dua jaguh bolasepak eropah, Perancis dan Sepanyol berlangsung dengan hebatnya. Ramalan awal ramai fanatik bola meletakkan Sepanyol mampu melangkah ke suku akhir dengan rekod cemerlang di peringkat kumpulan. Berbanding perancis yang menampilkan persembahan kurang bermaya di peringkat kumpulan sehinggakan terpaksa menunggu ke perlawanan terakhir sebelum mengesahkan kelayakkan ke pusingan kedua. Aku, Mr.Mangga dan sahabat baiknya Nostradomus turut meletakkan sepanyol sebanyai pasukan pilihan, namun pengakhiran 90 minit perlawanan tersebut memihak kepada Perancis dengan 3-1....satu kemenangan bermakna yang mampu mengembalikan keyakinan peminat mereka. Perancis 2006 tidak sama dengan Perancis 2002 atau 1998, adunan pemain veteran dan muda ternyata berkesan dalam perlawanan ini...suku akhir bertemu Brazil? mungkin ada kejutan...permainan Brazil sewaktu menundukkan Ghana juga kurang meyakinkan, meskipun menang rata-rata peminat bolasepak mengakui permainan Ghana lebih menarik dan keputusan 3-0 seakan bukan keputusan yang wajar bagi kesebelasan Ghana. Berakhirnya cabaran Sepanyol bererti aku hanya tinggal satu pasukan pilihan sahaja lagi....England. Permainan kurang meyakinkan sewaktu menundukkan Ecuador seakan petanda mereka belum mampu mendakap piala dunia...Portugal bagi aku sebuah pasukan yang penuh dengan "Budak Jahat", rekod disiplin yang teruk dalam setiap kejohanan besar...pernah berbangga dengan era "Golden Boys" pimpinan Luis Figo, Nuno Gomez, Vitor Baia, Conceicao....peluang 50-50...jika Holland yang layak mungkin kelebihan ada pada Holland.

Wednesday, June 21, 2006

Tembang Kenangan



Sebagai peminat lagu-lagu lama aku memang sebolehnya tidak mahu terlepas dari turut nonton sebuah rancangan dari Indonesia iaitu "Tembang Kenangan"...Tembang itu bererti nyanyian jadi judulnya seumpama Lagu Kenangan. Rancangan ini dihoskan atau digawangi malah disebut juga sebagai "Pemandu /pembawa Acara" (ni puan sarajiha lebih arif nih...)oleh penyanyi evergreen Indonesia sendiri iaitu Bob Tutupoly atau nama penuhnya Bobby Willem Tutupoly. Rancangan ini sememangnya memuatkan lagu-lagu yang pernah popular zaman-zaman sebelum 80an, lebih menarik lagi bila penyanyi asal lagu-lagu tersebut turut diundang menyampaikan lagu tersebut secara langsung. Tapi yang menarik tapi lucu ialah bila konsep rancangan yang seakan jamuan makan malam ini menampilkan para penonton yang sudah agak berumur yang kemudiannya akan turut sama berdansa mengikut tiap lagu yang dinyanyikan..maka bolehkah disaksikan nyonya-nyonya yang bertudung atau bersanggul tingkat menari dengan pasangan masing-masing. Dalam rancangan ini juga diselitkan slot ucapan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada penonton yang menghantar ucapan..maka ada pasangan akan menyambut ulangtahun jubli Perak, jubli emas dan sebagainya. Aku tahu Mr. Mangga juga minat rancangan sebegini, kebetulan siri terbaru yang aku tonton ada penyanyi pujaan beliau yang mungkin tak ramai yang pernah dengar apatah lagi mengenali kelibat penyanyi ini, yang saya maksudkan ialah kumpulan Koes Plus. Jadi untuk Mr. Mangga, saya tampilkan Koes Plus untuk saudara.....



Inilah rupa Vokalis Koes Plus pujaan Mr. Mangga

Santai di Tiara Beach Resort, PD





Friday, June 16, 2006

England menang dalam kepayahan..

England tewaskan Trinidad & Tobago (selepas ini disebut T&T) 2-0....kemenangan yang dicatatkan disaat perlawanan seakan akan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Dengan reputasi kesebelasan utama yang bukan sahaja ternama tetapi juga bergelar jutawan, england seharusnya tidak perlu mengerah sepenuh keringat untuk menjinakkan T&T. Namun apa yang berlaku awal pagi tadi ialah sebaliknya, sepertimana perlawanan pertama menentang Paraguay, pasukan england seakan masih kebuntuan membuat jaringan dengan gandingan Crouch dan Owen seakan berada dalam dua dunia yang berbeza. England walaupun menguasai banyak posession bola, namun penyudah yang tumpul cukup mengecewakan aku. Hujanan peluang keemasan yang dipersiakan oelh Owen, Crouch dan Lampard menambahkan lagi kehangatan di hati aku. Mujurlah hantaran lintang "mestro" england, Beckham dapat diterjemahkan dalam bentuk gol oleh Peter Crouch, sejurus kemudian rakan sepasukannya di Liverpool, Steven Gerrard. So kesimpulannya, bila saat-saat genting, look for liverpool's players.

Wednesday, June 14, 2006

Asian Proud....

Malam tadi sempat aku menyaksikan sebuah pasukan Asia mencatat kemenangan dalam perlawanan pembukaan mereka. Korea Selatan yang layak hingga ke Separuh Akhir pada edisi 2002 berjaya membenamkan cabaran pasukan kurang ternama dari benua Afrika, Togo. Togo yang membuat penampilan pertama pada Piala Dunia kali ini meskipun tewas dengan jaringan 2-1, namun secara keseluruhan persembahan mereka adalah memuaskan ditambah pula dengan keadaan fizikal para pemain mereka yang tegap dan tinggi, melampaui keadaan fizikal pemain Korea. Namun dalam permainan bolasepak, fizikal bukanlah faktor terbesar dalam menentukan kejayaan atau menjadi kelebihan yang mampan. Sejarah membuktikan ramai pemain yang punya fizikal yang kecil mampu berjaya, pokoknya mereka perlu ada kemahiran dan ketangkasan yang tinggi....lihat sahaja kemampuan Maradonna, Michael Owens, Toto Schillachi, Thomas Haessler, Ariel Ortega dan ramai lagi. Berbalik kepada kejayaan Korea Selatan, memang tak dapat dinafikan faktor kekurangan seorang pemain dari pasukan Togo akibat kad merah antara penyumbang utama kepada kemenangan Korea Selatan. Korea Selatan bermain dengan baik, walaupun penyudah dan beberapa hantaran jauh yang kurang tepat merosakkan sedikit sebanyak kelancaran permainan mereka. Sumbangan wira 2002, Ahn Jung Hwan begitu terserlah meskipun muncul dari bangku simpanan, mungkin jika dimasukkan lebih awal, beliau mampu meledakkan jaringan tambahan untuk Korea Selatan. Semoga pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan dalam perlawanan seterusnya, terutama menentang Perancis dan Swiss sebelum menjamin tempat di pusingan seterusnya. Mr Mangga pastinya tertarik dengan penjaring gol tunggal Togo, Mohamed Kader Toure.

Kader Toure

Tuesday, June 13, 2006

Nippon Go.....home?

Malam tadi menyaksikan sebuah lagi pasukan wakil asia tumbang....lepas Iran dimamah dek Mexico...malam tadi giliran Jepun pula yang menjadi santapan pasukan Australia...mungkin atas semangat "Asia untuk Asia", aku agak "concern" pada pasukan dari asia....aku menjangkakan wakil asia dapat memberikan persembahan yang baik, kecuali Arab Saudi. Seperti Iran, Jepun juga cemerlang dalam babak pertama sebelum panahan terik mentadi di wilayah Kaiserlautern menyahtenaga mereka...akhirnya kemenangan yang hampir dalam genggaman terlucut dalam tempoh 8 minit terakhir. Kecewa berbaur geram juga aku malam tadi, peluang yang terhidang gagal dimanfaat....jelas sekali pasukan versi 2006 jauh kurang dari pasukan jepun versi 2002 yang cukup tangkas dan pantas. Kalau mahu disalahkan keadaan suhu yang membakar...Australia turut terasa, namun mental yang mahukan kemenangan menyebabkan mereka seolah ada tenaga lebihan berbanding Jepun yang corak permainan mereka makin "bersepai" diakhir perlawanan, mujur penjaga gawang mereka dapat memberikan persembahan yang baik. Australia bukan asing dalam dunia bolasepak asia...beberapa bekas pemain kebangsaan mereka pernah bermain di Malaysia. Bayangkan jika mereka layak bermain dalam kejohanan edisi 90 atau 98....pastinya kita dapat melihat idola import bolasepak malaysia seperti Alistair Edwards, Abbas Saad, Warren Spink, David Mitchell, Mehmet Dorakovic, Alan Davidson, Marshall Soper, Josip Biskic malahan ramai lagi. Tapi pastinya ramai yang ingat, ada beberapa pemain yang pernah beraksi di Piala Dunia, kemudiannya menyumbang bakat mereka di Malaysia seperti Karel Stromsik (Chekoslovakia/Selangor), Emilie Mbouh Mbouh (Cameroon/Perlis), Stephen Keshi(Nigeria/Perlis). tapi tak pasti pula idola Mr. Mangga, Lee Jang Jung pernah beraksi di Piala Dunia.

Tuesday, June 06, 2006

Wabak WC bakal tiba....

selang 4 tahun wabak ini akan menyerang seluruh penduduk dunia....bezanya ada yang kronik dan ada yang tak kronik....dan ada yang sebelum ini tidak kronik, kali ini mengkronikkan diri agar dirinya sama-sama kronik dengan orang lain...inilah bahana wabak WC. apa tu WC...apalagi kalau bukan World Cup, sebagai "penggila" bola aku memang masuk dalam kategori kronik. APa yang menariknya bagi aku, tahun ini merupakan tahun pertama aku akan mengidap demam world cup sebagai laki orang dan bapak budak..soo..tengoklah nanti macam mana keadaanya...cepat kebah ke tidak. Tiap kali WC datang, semacam satu pesta atau fenomena besar akan berlaku, satu-satunya perayaan yang disambut oleh seluruh masyarakat dunia tak kira apa bangsa, budaya dan agama. Uniknya WC ini ialah ianya melibatkan emosi yang pelbagai....jangan terkejut seorang rakyat Malaysia boleh menangis teresak-esak kerana pasukan Italy ditimpa nasib malang dalam kempen WC...padahal dia hanyalah sekadar penyokong..bukannya rakyat itali pun..itulah sentimen emosi yang ada sepanjang musim WC ini. Aku sendiri punya pasukan pilihan yang aku sokong sejak aku kenal sukan ini....England. Lama sudah aku duduk dalam kelompok sederhana penyokong pasukan ini...sejak angkatan zaman Kevin Keegan, John Barnes, Peter Shilton, Terry Butcher, Glenn Hoddle, Chris Waddle, Trevor Francis, Ray Wilkins, Viv Anderson, Peter Beardsley kemudiannya era Gary Lineker, Teddy Sheringham, Tony Adams, Chris Woods, Paul Gascoigne, David Platt, Tony Dorigo dan kini pasukan yang dianggotai angkatan baru seperti Steven Gerrard, Frank Lampard, Michael Owen, Wayne Rooney, jamie Carragher ini terus jadi pilihan aku. England sebuah pasukan yang tidak dapat dipisahkan dari sejarah sukan bolasepak, walaupun mereka hadir dalam arena pertandingan WC ini agak kemudian dari negara-negara kuasa besar bolasepak dunia yang lain...andainya mereka hadir dalam edisi WC yang pertama mungkin Uruguay bukan juaranya. England pernah muncul juara tahun 1966.....semoga semangat dan kecemerlangan mereka akan berulang pada edisi 2006 ini, 40 tahun selepas PIALA DUNIA mereka dakap.





















Liverpool's mate on national duty

Wednesday, May 31, 2006

Istirahat di Tanah Tinggi Cameron

lebih sepuluh tahun rasanya aku tak jejakkan kaki di Tanah Tinggi Cameron...antara kawasan peranginan tanah tinggi yang cukup terkenal di Malaysia. Kebetulan peluang bermalam di CH hadir ditambah pula Mr Mangga sudi membawa kami sekeluarga dengan "LIMO" beliau. Perjalanan yang agak panjang memang meletihkan kami....untuk melapaskan lenguh dan sengah kami singgah di Kawasan Rehat & Rawat Tapah...kebetulan kumpulan juruhebah Radio Sinar turut berada di situ. Berpeluanglah aku melihat dengan dekat kelibat Halim Othman (Halim Semang kata Mr. Mangga), David, Subi, Najman dan beberapa rakan yang tak ku kenal.Kami bermalam di "Strawberry Park"....apa yang boleh aku komen? tempatnya nyaman apatah lagi letaknya di kawasana nan tinggi. Acara kudapan dan merarauku hanya di bilik....bekalan serunding, kari daging dan sambal udang segera memang kubawa...begitu juga dengan "rice-cooker". 3 hari 2 malam di CH...ziyad semacam tidak begitu menikmati suasana di CH...mungkin ada rasa terkilan di hati kecilnya lantaran tidak dapat bermain air di Kolam Renang.








celik mata Ziyad mintak Nescafe...











Ziyad bersama seorang penduduk tempatan yang juga merupakan peniaga Petai yang berjaya.









"No Durian"....Petai can maaa.....















indah....











teringat cerita "Grizzily Bear"



Wednesday, May 17, 2006

Sesejuk Airmata Ibu..

Malam semalam sempat aku melayan filem lama lakonan pasangan "real life" suami isteri, Zulkifli Zain dan Normala Omar....aku memang suka menonton filem lama tak kira tempatan atau luar negara...imbasan kenangan itu suatu yang cukup indah bagi aku...aku suka bercerita tentang suatu masa dahulu...satu kepuasan kalau kenangan itu dapat dikongsi bersama teman-teman...kalau kena kaki mahu sampai kepagi kami bersembang. Filem-filem era 70 - 80 an ini sebenarnya mempunyai unsur filem bollywood, banyak bait-bait dialog yang puitis dalam filem, selain lagu-lagu yang popular....hinggakan kalau terdengar satu-satu lagu dalam filem itu di radio, pastinya gelagat atau "scene" dalam filem tersebut yang menerpa di fikiran...umpamanya lagu broery dan sharifah aini atau lagu-lagu Dhahlan Zainuddin. Berbalik kepada filem tadi, siapa kenal Rahim Hamzah....beliau adalah seorang pemuzik yang cukup terkenal di era itu, beliau membuat "cameo" dalam filem ini. Hail Amir, kalau disebut pelakon ini...aku pastinya akan teringat kepada kereta-kereta yang beliau gunakan dalam filem....ford escort warna jingga yang "sporty".
DVD tu.....

kereta idaman aku suatu masa dahulu
"orange beauty".....

Wednesday, May 03, 2006

Semalam di Holiday Villa, Subang.

hujung minggu tak tahu mana nak dituju
ajakan bermalam di Holiday Villa lantas di persetuju
Bukan berhajat besar tapi sekadar mahu bersantai
demi mengisi hujung minggu yang damai

Berapa bintang hotel ini tidak kutahu
mungkin lebih dari hotel dihulu
bangunan indah lagi meriah
bayaran menginapnya pasti tak murah

nasi goreng dipesan untuk kudapan
waduh! harganya kok sampai RM25 sepinggan
"makcik ikan tongkol" menerpa di fikiran
umpama membayar dalam matawang jerman

malam hari subang parade dituju
sekadar melepas dendam dan rindu
alah, bukan ada acara membeli belah
hanya menempah penat dan lelah

berakhir sudah malam di holiday villa

















gaya seorang Ahli Parlimen cilik di lobi parlimen dengan "pakaian alternatif" terbaru

















Pening memikirkan gelagat teman-teman di Parlimen yang tidak putus bertegang soal "seluar baju" ...nasib orang asli di Pahang siapa pula nak tolong bahaskan...















habis bersidang....beristirahat di kolam jacuzzi...

merci...au revoir..

Enam tahun aku berada dibawah pimpinan beliau...banyak pengalaman pahit manis aku timba. Beliau memang aku akui punya mentaliti dan paradigma yang begitu dinamik, tidak ada bicara yang asing bagi beliau...dari ”Akademi Fantasia” hinggalah soal kemajuan Teknologi maklumat Terkini...jangkauan pengetahuan beliau begitu luas. Mengimbas kembali pertemuan pertma aku dengan beliau...beliau merupakan insan ketiga yang aku temubicara sewaktu mula bertugas...selepas Puan Lela (yang menyampaikan borang permohonan jawatanku ) dan Puan Thu ( Ketua jabatanku dan mentor yang paling ku hormati). Dalam tempoh 6 tahun....beliau menggalakkanku agar menguasai bidang senireka grafik...akhirnya dari seorang yang hanya tahun menggunakan words dan powerpoint, kini photoshop, illustrator, flash, dreamweaver dapat aku aplikasikan. Kalau mahu dicari seorang Pustakawan yang benar-benar berjuang memartabatkan profesyen ini di peringkat antarabangsa....beliaulah orangnya...kini Jabatanku punya pelbagai pengiktirafan. Manisnya pengalamanku dengan deretan kejayaan dan pengiktirafan yang kami kongsi dibawah satu jabatan....namun ada juga insiden pahit yang masih terlekat di kotak akalku....”Majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat kepada Tun Dr. Mahathir”...ada ”insiden besar” yang berlaku sehingga aku dimarahi...memang hatiku panas, apatah lagi ”insiden” itu bukan salahku dan ianya boleh dielakkan jika ada komunikasi yang berkesan....tapi hati panasku reda bila beliau sendiri memohon maaf....ini satu sikap yang membuatkan rasa hormatku pada beliau bertambah tinggi lagi.....dalam dunia ini berapa ramai boss peringkat tertinggi yang sanggup mengenepikan ego dan memohon maaf kepada kakitangan bawahannya...apatah lagi kakitangan ”cabuk” seperti aku.Buat Puan Putri...diucapkan selamat bersara....Merci Madame...

Wednesday, April 19, 2006

Hujung minggu di Kepala Batas

"Nadwah Ulama Nusantara III" begitulah acara yang aku sertai hujung minggu lalu. Bertempat di Kompleks Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) acara yang menghimpunkan ramai ahli akademik dan cerdik pandai agama berlangsung dari 15 hingga 17 April...aku selaku urusetia pameran hadir mulai tanggal 14 april. empat hari tiga malam aku tinggalkan keluarga, memang panjang rasanya detik itu. Acara perasmian memang meriah dengan kehadiran ramai VIP tempatan sebagai tanda sokongan kepada hadirnya Perdana Menteri, Pak Lah selaku perasmi acara. Turut sama menyertai beliau ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Institusi Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohammad, selain beberapa orang MP dan ADUN sekitar Pulau Pinang dan Perlis antaranya YB Azihani Ali (Perlis) dan YB Shahbudin Yahya (Penang). Fokus utama acara ini adalah pelancaran buku mengenai sumbangan "Tok Wan" Pak Lah, iaitu Syeikh Abdullah Fahim. Dalam kelancaran acara itu berlangsung, ada satu insiden yang mencuit hati aku, betapa manusia bergelar "ahli korporat" ini sanggup melakukan apa saja demi memenangi kontrak, tender atau peluang pekerjaan, asal ada tandatangan Perdana Menteri maka itu sudah cukup sebagai tanda kebal usul niaga mereka harus diterima. Insiden sekumpulan tiga orang wanita bertandang ke meja santapan Perdana Menteri lalu "menghidangkan" tiga buah semacam proposal dengan penerangan, aku dapat lihat perubahan air muka Pak Lah, namun kumpulan itu beliau layan dengan senyuman dan sedikit penerangan, apa yang terjadi seterusnya amat menarik, Pak Lah beredar dari meja santapan sambil diiringi oleh VIP tanpa menghiraukan proposal tadi, maka ianya terpaksa dikutip oleh seorang "VIP" yang merupakan pembuka jalan kepada kumpulan wanita tadi. Sejarah proposal tadi ku jejaki, ternyata ia kekal dikelek oleh VIP tadi, mungkin jika ada rezeki proposal itu akan bertemu dengan Pak Lah semula di lain waktu dan ketika. Perbuatan kumpulan wanita tadi mendapat reaksi kurang senang dari hadirin yang ada, seorang peserta dibelakangku tanpa berselindung memberi komen..."apa la depa ni, tak hormat majlis langsung, ni bukan tempat dia (untuk serah proposal)...kesian Pak Lah.." walhal teman kumpulan wanita tadi ada berdiri betul disebelah peserta ini.

Monday, April 03, 2006

Semalam di Sri Malaysia

Hujung minggu aku habiskan di Port Dickson...kebetulan bini aku ada bengkel apa ntah di Hotel Sri Malaysia. Hotel yang memang terkenal dengan "kejutan" ni memang menepati ramalan aku, bukan kejutan dari segi perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi kos penginapan dan kos-kos tambahan lain yang sungguh tidak berbaloi. Aku malas nak ulas lebih lanjut, tapi sekadar berkongsi pengamatan dan pengalaman baru aku ni. Malam pertama di sana kami makan malam di sebuah restoran seafood, sekali lagi timbul rasa ketidakpuasan dihatiku bila kami terpaksa menunggu kebih 30 minit untuk makanan dihidangkan, sedangkan pengunjung tidaklah ramai. Lebih menyakitkan hati lagi bila sebuah troli yang digunakan untuk "menghumban" pinggan mangkuk kotor diletakkan berdekatan dengan meja kami, troli itu pula "dihiasi" dengan lalat-lalat hijau yang sebesar "Cakcibor". Keenakan makanan tidaklah sehebat mana, tapi yang menariknya seekor sotong bakar berkos RM3! aku tak pasti harganya disini.....tetapi aku rasa macam makan dalam rancangan "fear factor" bila sotong bakar kami itu dihurungi dek lalat-lalat hijau tadi. Bila teringatkan nasib penjual nasi dagang dan ikan tongkolnya, aku dapati "inflasi" dari makanan yang dijual oleh penggerai ni kadang-kadang lebih dasyat dan kejam dari inflasi barangan perindustrian. Harga setin minuman ringan yang dijual disebuah gerai kotor yang dipenuhi lalat ditepi pantai harganya lebih mahal dari minuman sama yang dijual di kedai runcit di ibukota. Tapi manalah ku tahu kalau-kalau lebihan sekupang dua kupang yang kubayar tu membantu dalam menambahkan pendapatan negara dari sektor ecotourism.














Ziyad yang gembira...















perjalanan ke PD mengambil masa 3 jam ekoran hujan yang luar biasa lebatnya.














"Senja di Port Dickson" dari jendela Sri Malaysia

Friday, March 31, 2006

La banjir de' bangi.

"mini havoc" tercetus seketika di stesyen komuter ukm semalam, gara-gara air naik paras bulu kaki akibat hujan lebat yang turun dengan tiba-tiba. Kebetulan aku bergegas kesana untuk "menyelamatkan" orang tua aku yang terperangkap di stesyen tu, parking kereta jauh pulak. Air memang deras sehingga menyebabkan keseluruhan bulu kaki aku kuyup, melangkah juga perlu berhati-hati, salah langkah sedar2 dah dalam longkang. Semasa tenang dulu tak terfikir pulak nak diamati betul-betul jalan tu, ada longkang atau tidak, bila dah banjir mula la nak buat "total recall"...last-last ku redah jugak jebat..tawakal je la..kalau jadi apa-apa pun aku tak kesal sebab niatku pada masa itu bukan mahu bermaksiat tapi menyelamatkan orang tua aku. Belum sempat aku sampai ke kaki lima stesyen tu aku nampak dua wajah yang memang ku kenali....tapi dengan "bertopi"kan beg plastik, rupanya diorang tu balik dari Pesta Buku Kuala Lumpur..mujur ada beg plastik buku...payung kuserahkan kepada mereka, dan aku hanya berpayungkan angin dan bayu petang itu. Mereka ku pimpin mengharungi arus banjir yang deras itu...ibarat sang Apek tukang kasut dipimpin Marjinah. Selesai "operasi menyelamat", barulah aku berkesempatan merakamkan detik itu, aku sedar ramai mata yang memandang gelagat aku...tak berminat aku nak mentafsir lontaran pandangan mereka itu, mungkin mereka fikir aku ni "poyo" pasal tengah sibuk-sibuk banjir aku sibuk dengan kamera, atau mereka lebih risaukan kamera aku akan rosak dek air hujan.


















































































Thursday, March 30, 2006

Return to Padang Kota

26 Mac 2006 aku kembali ke Padang Kota.....satu destinasi "wajib" yang ada dalam agenda setiap kali ada rombongan sekolah aku ke Pulau Pinang selain dari Tokong Ular, Pagoda dan Bukit Bendera. Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku sampai kesana, memandangkan zaman tu aku masih bergelar budak sekolah rendah...dengan bayaran sekitar RM25 ringgit aku dibawa melancong ke destinasi menarik di Pulau Pinang, agaknya berapa yuran rombongan budak sekolah sekarang ni? mungkin BudakBudu ada fakta mengenainya, pasal dengar kata beliau ni orang kuat PIBG....Padang Kota pada malam 26 mac itu cukup meriah, kenderaan tak kunjung putus....van peniaga rojak buah dan pasembor setia di kaki lima benteng, muda mudi berbagai bangsa yang berpacaran penuh "bertenggek" di sepanjang benteng, ada yang sekadar melayan perasaan sendiri, ada yang seolah-olah mahu "berasmara", ada yang sekadar berbual kosong sambil melayan asap yang keluar dari puntung rokok, ada yang sekadar bersantai menghilangkan lelah dan aku bersama teman duduk menikmati panorama Padang Kota sambil menikmati Rojak Buah. Aku dapati ada similariti antara Benteng di Padang Kota dengan Benteng di Danga Bay.....penuh dengan muda mudi berpacaran ibarat teritip di benteng Pantai Morib.


































































Sejenak di Chilli's MidValley

Orang rumah dapat "rezeki" lebih...so berangkat la kitorang "menghabiskan" rezeki tu kat Mid Valley. Sambil tu berpeluangla kitorang makan kat tempat yang dah lama tak pergi sejak bergelar ibubapa ni. Memandangkan janji telahpun diikat dengan Mr Mangga, maka berduyun la rombongan 4 kepala ni ke sana. Santapan kami taklah semahal mana, memadai dengan "sedulang" Fajita Nachos bersama sepinggan "Mashroom" burger setiap seorang yang gagal kami habiskan...saiznya sesuai untuk mulut vokalis Aerosmith je.














Ziyad tengah angin pasal takde order untuk dia...















Satu-satunya Nachos yang terselamat dari serangan Mr.Mangga















Lebihan burger ni masih tersimpan dalam peti sejuk kat rumah...he..he..ntah apa rupanya skang ni..

Monday, March 13, 2006

Musafir ke Bagan Datoh

Sedar tak sedar dah hampir dua tahun aku tak menjejakkan kaki di Bagan Datoh, tanah kelahiran ayahandaku. Ahad lalu aku berkesempatan pulang kesana demi memenuhi jemputan walimatul-urus sepupuku. Dari Kajang aku bertolak jam 9.00 melalui lebuhraya persekutuan yang agak lengang…suatu perjalanan yang membosankan…lebuhraya yang seolah-olah tiada penghujungnya…akhirnya jiwa bosanku terpujuk dengan kelibat papan tanda simpang keluar ke Bidor. Bidor sebuah pekan lama yang pada pengamatanku agak menyerupai pekan Semenyih (turut mendapat jolokkan Pekan Koboi)…perjalananku ke ke Bagan Datoh ditemani dengan deretan ladang-ladang kelapa sawit yang entah berapa luas ekarnya…terfikir juga aku, alangkah bagusnya kalau keretaku dapat digerakkan dengan minyak hasil dari jutaan pohon kelapa sawit itu. Namun apa yang menariknya ialah nama-nama ladang kelapa sawit di Daerah Hilir Perak itu …ada Ladang Nova Scotia, Jenderata, Flemington, New Coconut, Strathmachie dan Sussex. Tatkala kereta hinggap di muka lorong rumah sepupuku jam telah menunjukkan hampir pukul 12.30. Bila berada di Kampung Sungai Tiang, Dagan Datoh…aku berdepan dengan satu masalah…pertanyaan warga kampung jarang dapat aku jawab dengan kata-kata…kebanyakkannya dengan senyuman atau jawapan balas akan diberikan oleh ayahandaku..kenapa begitu? Kerana mereka semua mengajukan soalan dalam bahasa jawa yang tidak aku ketahui maksudnya…kecuali waras, wes, orak…isim bukak pintu gua Ali Baba pun aku tahu juga maksudnya. Bagan Datoh, bumi yang kaya dengan hasil kelapa…meskipun harganya tidak selebat harga besi buruk..namun ramai cerdik pandai, tokoh politik, tokoh korporat, seniman serta ulama lahir dari hasil titik peluh mengerjakan hasil kelapa. Bagi peminat muzik mereka kenal Datuk M. Daud Kilau itu bermastautin dan bermukim di Bagan Datoh, ahli politik tahu Datuk Ahmad Zahid Hamidi punya keluarga dan waris di Bagan Datoh, beliau kini Pengurus Pasukan Bolasepak Perak yang baru. Jam 2.30 petang aku mohon undur diri mahu pulang ke laman sendiri…memandangkan ramai rakan taulan yang “mempromosikan” jalan Sabak Bernam sebagai jalan pulang maka aku pun akur..ditambah pula dengan rasa bimbang akan mengantuk andai memilih lebuhraya. Memang suatu pengalaman yang berbeza, jika dulu sebolehnya aku hindari dari melalui jalan ini tapi kini ianya amat selesa dan lancar dengan jalan yang kemas berturap mungkin atas bakti Menteri Besar yang berasal dari kawasan Kuala Selangor.

Tuesday, March 07, 2006

camno ni...3 kupang tu...

















Jom kita ramai-ramai nyanyi lagu tiga kupang....