Friday, June 16, 2006

England menang dalam kepayahan..

England tewaskan Trinidad & Tobago (selepas ini disebut T&T) 2-0....kemenangan yang dicatatkan disaat perlawanan seakan akan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Dengan reputasi kesebelasan utama yang bukan sahaja ternama tetapi juga bergelar jutawan, england seharusnya tidak perlu mengerah sepenuh keringat untuk menjinakkan T&T. Namun apa yang berlaku awal pagi tadi ialah sebaliknya, sepertimana perlawanan pertama menentang Paraguay, pasukan england seakan masih kebuntuan membuat jaringan dengan gandingan Crouch dan Owen seakan berada dalam dua dunia yang berbeza. England walaupun menguasai banyak posession bola, namun penyudah yang tumpul cukup mengecewakan aku. Hujanan peluang keemasan yang dipersiakan oelh Owen, Crouch dan Lampard menambahkan lagi kehangatan di hati aku. Mujurlah hantaran lintang "mestro" england, Beckham dapat diterjemahkan dalam bentuk gol oleh Peter Crouch, sejurus kemudian rakan sepasukannya di Liverpool, Steven Gerrard. So kesimpulannya, bila saat-saat genting, look for liverpool's players.

5 comments:

indica said...

Nampak cam menarik game England vs T&T ni..tapi malang aku tak dapat menengoknya kerana tertido..pagi-pagi sibuk tekan remote nak cari resultnya..takjumpa, Masa dgr radio baru tahu, England menang setelah berhempaspulas. Sib baik menang, takde le ko terkilan sgt ye..

sarahjiha said...

Saya yang terkilan sebab saya berharap T&T dapat membuat kejutan..namun begitu perlawanan semalam berjaya membuat presenter England yang sombong tu terkedu-kedu..masa tu penonton dah bersorak rooney-rooney...one of the presenter commented.."If they need Rooney to win ..the other 11 players should do some thinking about themselve"

Pak Yob said...

itulah semangat "die hard" fan...tapi kalau england "terkesima" di tengah jalan, aku harap sepanyol boleh pergi lagi jauh..lagipun ada 3 liverpool's player dalam team ni..Xabi Alonso, Luis Garcia and Pepe Reina...plus sorang from Real Madrid, Sergio Ramos.

indica said...

Hehe..tau le prestasi sepanyol cemerlang masa first game ko tengok tu..

McBudu said...

Players England ni macam hilang minat nak main je....