Wednesday, June 21, 2006

Tembang Kenangan



Sebagai peminat lagu-lagu lama aku memang sebolehnya tidak mahu terlepas dari turut nonton sebuah rancangan dari Indonesia iaitu "Tembang Kenangan"...Tembang itu bererti nyanyian jadi judulnya seumpama Lagu Kenangan. Rancangan ini dihoskan atau digawangi malah disebut juga sebagai "Pemandu /pembawa Acara" (ni puan sarajiha lebih arif nih...)oleh penyanyi evergreen Indonesia sendiri iaitu Bob Tutupoly atau nama penuhnya Bobby Willem Tutupoly. Rancangan ini sememangnya memuatkan lagu-lagu yang pernah popular zaman-zaman sebelum 80an, lebih menarik lagi bila penyanyi asal lagu-lagu tersebut turut diundang menyampaikan lagu tersebut secara langsung. Tapi yang menarik tapi lucu ialah bila konsep rancangan yang seakan jamuan makan malam ini menampilkan para penonton yang sudah agak berumur yang kemudiannya akan turut sama berdansa mengikut tiap lagu yang dinyanyikan..maka bolehkah disaksikan nyonya-nyonya yang bertudung atau bersanggul tingkat menari dengan pasangan masing-masing. Dalam rancangan ini juga diselitkan slot ucapan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada penonton yang menghantar ucapan..maka ada pasangan akan menyambut ulangtahun jubli Perak, jubli emas dan sebagainya. Aku tahu Mr. Mangga juga minat rancangan sebegini, kebetulan siri terbaru yang aku tonton ada penyanyi pujaan beliau yang mungkin tak ramai yang pernah dengar apatah lagi mengenali kelibat penyanyi ini, yang saya maksudkan ialah kumpulan Koes Plus. Jadi untuk Mr. Mangga, saya tampilkan Koes Plus untuk saudara.....



Inilah rupa Vokalis Koes Plus pujaan Mr. Mangga

8 comments:

indica said...

Pembetulan atau ralat:

Koes Plus merupakan kumpulan yang begitu diminati oleh saudara Nadzri (Budakbudu). Nanti aku kena saman pulak oleh Budakbudu.

Koes Plus juga sgt digemari oleh saudara Madmid.

Pak Yob said...

ye ke? Madmid suka Bolton Wanderers ngan Archie Gemmil.

sarahjiha said...

kalau di Indonesia yang di sebut pengacara tu lawyer....

McBudu said...

Mana punya Channel yang ko tengok ni Rith? Tak pernah dengar pun.

Aku pernah minat Koes Plus kerana sokongan Mizi! He he

Pak Yob said...

Astro Prima (CH 8)...hari isnin pagi pukul 7, ada ulangan dalam tengahari kot.

Mizi minat Hetty Koes Endang dengan Endang S. Taurina, farouk afero pun dia minat.

aku minat Dono, Indro, Kasino sama Ateng ngan Sekak...Ayu Azhari ngan Meriam Bellina lagi aku minat..he..he..

McBudu said...

Aku suka Lydia Kondou (hu hu)dgn Yessy Gusman

indica said...

Aku suka Yanti Octavia dan Lulu Tubing...hehe

indica said...

Aku suka Yanti Octavia dan Lulu Tubing...hehe