Wednesday, May 31, 2006

Istirahat di Tanah Tinggi Cameron

lebih sepuluh tahun rasanya aku tak jejakkan kaki di Tanah Tinggi Cameron...antara kawasan peranginan tanah tinggi yang cukup terkenal di Malaysia. Kebetulan peluang bermalam di CH hadir ditambah pula Mr Mangga sudi membawa kami sekeluarga dengan "LIMO" beliau. Perjalanan yang agak panjang memang meletihkan kami....untuk melapaskan lenguh dan sengah kami singgah di Kawasan Rehat & Rawat Tapah...kebetulan kumpulan juruhebah Radio Sinar turut berada di situ. Berpeluanglah aku melihat dengan dekat kelibat Halim Othman (Halim Semang kata Mr. Mangga), David, Subi, Najman dan beberapa rakan yang tak ku kenal.Kami bermalam di "Strawberry Park"....apa yang boleh aku komen? tempatnya nyaman apatah lagi letaknya di kawasana nan tinggi. Acara kudapan dan merarauku hanya di bilik....bekalan serunding, kari daging dan sambal udang segera memang kubawa...begitu juga dengan "rice-cooker". 3 hari 2 malam di CH...ziyad semacam tidak begitu menikmati suasana di CH...mungkin ada rasa terkilan di hati kecilnya lantaran tidak dapat bermain air di Kolam Renang.








celik mata Ziyad mintak Nescafe...











Ziyad bersama seorang penduduk tempatan yang juga merupakan peniaga Petai yang berjaya.









"No Durian"....Petai can maaa.....















indah....











teringat cerita "Grizzily Bear"



5 comments:

indica said...

Aku jugak yg tak dpt beristirehat.. pening kepala jadi urusetia pehtu terpaksa menjawab mcm2 dlm meeting..
Tak dapat nak istirehat dan enjoy..dapat rasa strawberry shake raju je..

Pak Yob said...

pening-pening akan hilang tatkala beristirahat sambil nonton sinetron bertemankan secangkir teh hasil rendaman camelia

McBudu said...

Peniaga petai tu macam aku pernah jumpa je... apa tidaknya dia kata petai warna merah... (Color blind ape?) sabar jelah..

sarahjiha said...

Kalo tak salah peniaga petai ni pernah bertanya tentang harga petai di UK ..
Satu pack kecil (30 biji satol bean)di jual pada harga 1.50 - 2.00 pound..
Kalau peniaga petai ni berniat nak kembangkan perniagaan ke UK pun bagus jugak..

indica said...

30 biji tu lebihkurang 3 papan le...kalau harganya 2 pound, boleh kayo pakcik...