Friday, March 31, 2006

La banjir de' bangi.

"mini havoc" tercetus seketika di stesyen komuter ukm semalam, gara-gara air naik paras bulu kaki akibat hujan lebat yang turun dengan tiba-tiba. Kebetulan aku bergegas kesana untuk "menyelamatkan" orang tua aku yang terperangkap di stesyen tu, parking kereta jauh pulak. Air memang deras sehingga menyebabkan keseluruhan bulu kaki aku kuyup, melangkah juga perlu berhati-hati, salah langkah sedar2 dah dalam longkang. Semasa tenang dulu tak terfikir pulak nak diamati betul-betul jalan tu, ada longkang atau tidak, bila dah banjir mula la nak buat "total recall"...last-last ku redah jugak jebat..tawakal je la..kalau jadi apa-apa pun aku tak kesal sebab niatku pada masa itu bukan mahu bermaksiat tapi menyelamatkan orang tua aku. Belum sempat aku sampai ke kaki lima stesyen tu aku nampak dua wajah yang memang ku kenali....tapi dengan "bertopi"kan beg plastik, rupanya diorang tu balik dari Pesta Buku Kuala Lumpur..mujur ada beg plastik buku...payung kuserahkan kepada mereka, dan aku hanya berpayungkan angin dan bayu petang itu. Mereka ku pimpin mengharungi arus banjir yang deras itu...ibarat sang Apek tukang kasut dipimpin Marjinah. Selesai "operasi menyelamat", barulah aku berkesempatan merakamkan detik itu, aku sedar ramai mata yang memandang gelagat aku...tak berminat aku nak mentafsir lontaran pandangan mereka itu, mungkin mereka fikir aku ni "poyo" pasal tengah sibuk-sibuk banjir aku sibuk dengan kamera, atau mereka lebih risaukan kamera aku akan rosak dek air hujan.


















































































5 comments:

McBudu said...

Nampaknya Selangor yang berstatus Negeri maju belum maju dalam kes menangani masalah banjir ni. Tapi yang aku musykil sikit tu, tak ada ke penanda sukatan banjir kat situ, kerana bulu kaki bukanlah penanda aras yang tepat dan tidak dikalibrasi, sebab lain orang lain tahap bulunya! he he

Pak Yob said...

he..he..ni ibarat orang buat balancing tayar pakai air la...kes-kes terpencil.

indica said...

Eeh..aku tak sedor ada banjir di komuter Bangi tu..ingatkan kat S. Alam jer dilanda banjir. Musykil gak aku, negeri maju banjir semedang banjir..bekalan air pun selalu terputus..kiranya separuh maju je le..

balancing tayar pakai air??? cam pernah dengar je citer tu...he he

McBudu said...

Dulu sebelum isytihar Negeri Maju, Selangor selalu kering kontang, kemarau tak ada air, bila declare je Negeri maju, air banyak melimpah ruah, kira maju le tu....

Pak Yob said...

Balancing pakai ayor tu otai-otai je yang buat...Ayor berlebih tahan lagi..jangan dek terlampau maju tarif ayor pun berlebih.