Thursday, June 29, 2006

Ramalanmu tak benar belaka...

perlawanan pusingan kedua yang menemukan dua jaguh bolasepak eropah, Perancis dan Sepanyol berlangsung dengan hebatnya. Ramalan awal ramai fanatik bola meletakkan Sepanyol mampu melangkah ke suku akhir dengan rekod cemerlang di peringkat kumpulan. Berbanding perancis yang menampilkan persembahan kurang bermaya di peringkat kumpulan sehinggakan terpaksa menunggu ke perlawanan terakhir sebelum mengesahkan kelayakkan ke pusingan kedua. Aku, Mr.Mangga dan sahabat baiknya Nostradomus turut meletakkan sepanyol sebanyai pasukan pilihan, namun pengakhiran 90 minit perlawanan tersebut memihak kepada Perancis dengan 3-1....satu kemenangan bermakna yang mampu mengembalikan keyakinan peminat mereka. Perancis 2006 tidak sama dengan Perancis 2002 atau 1998, adunan pemain veteran dan muda ternyata berkesan dalam perlawanan ini...suku akhir bertemu Brazil? mungkin ada kejutan...permainan Brazil sewaktu menundukkan Ghana juga kurang meyakinkan, meskipun menang rata-rata peminat bolasepak mengakui permainan Ghana lebih menarik dan keputusan 3-0 seakan bukan keputusan yang wajar bagi kesebelasan Ghana. Berakhirnya cabaran Sepanyol bererti aku hanya tinggal satu pasukan pilihan sahaja lagi....England. Permainan kurang meyakinkan sewaktu menundukkan Ecuador seakan petanda mereka belum mampu mendakap piala dunia...Portugal bagi aku sebuah pasukan yang penuh dengan "Budak Jahat", rekod disiplin yang teruk dalam setiap kejohanan besar...pernah berbangga dengan era "Golden Boys" pimpinan Luis Figo, Nuno Gomez, Vitor Baia, Conceicao....peluang 50-50...jika Holland yang layak mungkin kelebihan ada pada Holland.

3 comments:

sarahjiha said...

Kekalahan spanyol telah mematahkan semangat saya nak tengok bola..saya mengharapkan ada upset dari wakil Africa atau Asia tapi tak kesampaian..apatahlagi melihat pasukan England yang sentiasa bernasib baik...main tak lawa tapi menang..eeeeeee..geram...

Pak Yob said...

he..he...banyak yang main tak lawa tapi menang...Brazil lately pun kena kritik pasal dah kurang "bersamba"...takat ni Ghana yang paling menghiburkan...sadly diorang bow out takat pusingan kedua je.

indica said...

Nampaknya WC kali ni 2 pasukan pilihan aku, Holland & Spain..bungkus lebih awal. Yg tinggal cuma Brazil dan England. (England tidak boleh diletakkan harapan.) Sebagai galang ganti kpd dua team pilihan yg dah bungkus tu..aku pilih either Italy or Argentina utk menyekat team2 spt Germany, France, Portugal, Ukraine..yg bukan team2 pilihan aku..tapi ok sikit dari World Cup2 terdahulu yg mana aku begitu tak berminat dgn germany, france, portugal ni....