Wednesday, May 03, 2006

merci...au revoir..

Enam tahun aku berada dibawah pimpinan beliau...banyak pengalaman pahit manis aku timba. Beliau memang aku akui punya mentaliti dan paradigma yang begitu dinamik, tidak ada bicara yang asing bagi beliau...dari ”Akademi Fantasia” hinggalah soal kemajuan Teknologi maklumat Terkini...jangkauan pengetahuan beliau begitu luas. Mengimbas kembali pertemuan pertma aku dengan beliau...beliau merupakan insan ketiga yang aku temubicara sewaktu mula bertugas...selepas Puan Lela (yang menyampaikan borang permohonan jawatanku ) dan Puan Thu ( Ketua jabatanku dan mentor yang paling ku hormati). Dalam tempoh 6 tahun....beliau menggalakkanku agar menguasai bidang senireka grafik...akhirnya dari seorang yang hanya tahun menggunakan words dan powerpoint, kini photoshop, illustrator, flash, dreamweaver dapat aku aplikasikan. Kalau mahu dicari seorang Pustakawan yang benar-benar berjuang memartabatkan profesyen ini di peringkat antarabangsa....beliaulah orangnya...kini Jabatanku punya pelbagai pengiktirafan. Manisnya pengalamanku dengan deretan kejayaan dan pengiktirafan yang kami kongsi dibawah satu jabatan....namun ada juga insiden pahit yang masih terlekat di kotak akalku....”Majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat kepada Tun Dr. Mahathir”...ada ”insiden besar” yang berlaku sehingga aku dimarahi...memang hatiku panas, apatah lagi ”insiden” itu bukan salahku dan ianya boleh dielakkan jika ada komunikasi yang berkesan....tapi hati panasku reda bila beliau sendiri memohon maaf....ini satu sikap yang membuatkan rasa hormatku pada beliau bertambah tinggi lagi.....dalam dunia ini berapa ramai boss peringkat tertinggi yang sanggup mengenepikan ego dan memohon maaf kepada kakitangan bawahannya...apatah lagi kakitangan ”cabuk” seperti aku.Buat Puan Putri...diucapkan selamat bersara....Merci Madame...

2 comments:

sarahjiha said...

Berbagi rasa dan pengalaman dibawah naungan bos yang sangat berwawasan...orangnya sangat dinamik..sehingga ide tak pernah kering...ada saja penambahbaikan yang dicadangkan..dari 3 orang boss yang pernah saya berkhidmat..beliaulah yang paling menjadi poojaan....

Mto lagi banyak pengalaman ni..sila komen seket...

indica said...

Terimakasih Pn sarahjiha..

Seumur hidupku baik di swasta atau gamen..Aku telah berkerja dgn tidak kurang dari 8 boss. ..Secara tulus aku katakan bahawa beliau tergolong dlm top 3 bosses yang paling aku suka berkerja. Kerja mmg kdg-kdg membuat kita rasa tertekan tapi bila kita boleh kerja bersama seseorang boss itu, kita akan berkerja dgn ikhlas tanpa rasa byk terbeban.
Bagiku Pn Putri is a woman ahead of her time..aku salute dgn pengetahuan dan penglibatan dia dlm information mgmt system, digital libraries (islamic, etc). Seorang yg begitu polite dan selalu membuat kita rasa dihargai. Another thing is her communication skills. aku masih ingat di sebuah seminar involving head of depts, deans etc. Presentation beliau begitu mengimpress all those participants. Aku tumpang berbangga walau sekadar tukang klik power pointnya masa tu. To Pn Putri..selamat maju jaya.