Wednesday, June 14, 2006

Asian Proud....

Malam tadi sempat aku menyaksikan sebuah pasukan Asia mencatat kemenangan dalam perlawanan pembukaan mereka. Korea Selatan yang layak hingga ke Separuh Akhir pada edisi 2002 berjaya membenamkan cabaran pasukan kurang ternama dari benua Afrika, Togo. Togo yang membuat penampilan pertama pada Piala Dunia kali ini meskipun tewas dengan jaringan 2-1, namun secara keseluruhan persembahan mereka adalah memuaskan ditambah pula dengan keadaan fizikal para pemain mereka yang tegap dan tinggi, melampaui keadaan fizikal pemain Korea. Namun dalam permainan bolasepak, fizikal bukanlah faktor terbesar dalam menentukan kejayaan atau menjadi kelebihan yang mampan. Sejarah membuktikan ramai pemain yang punya fizikal yang kecil mampu berjaya, pokoknya mereka perlu ada kemahiran dan ketangkasan yang tinggi....lihat sahaja kemampuan Maradonna, Michael Owens, Toto Schillachi, Thomas Haessler, Ariel Ortega dan ramai lagi. Berbalik kepada kejayaan Korea Selatan, memang tak dapat dinafikan faktor kekurangan seorang pemain dari pasukan Togo akibat kad merah antara penyumbang utama kepada kemenangan Korea Selatan. Korea Selatan bermain dengan baik, walaupun penyudah dan beberapa hantaran jauh yang kurang tepat merosakkan sedikit sebanyak kelancaran permainan mereka. Sumbangan wira 2002, Ahn Jung Hwan begitu terserlah meskipun muncul dari bangku simpanan, mungkin jika dimasukkan lebih awal, beliau mampu meledakkan jaringan tambahan untuk Korea Selatan. Semoga pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan dalam perlawanan seterusnya, terutama menentang Perancis dan Swiss sebelum menjamin tempat di pusingan seterusnya. Mr Mangga pastinya tertarik dengan penjaring gol tunggal Togo, Mohamed Kader Toure.

Kader Toure

3 comments:

indica said...

Pada ramalan aku, Korea yg aku harap dapat melangkah jauh sikit berbanding pasukan asia yg lain. Kemenangan ke atas Togo merupakan kemenangan pertama Korea di bumi Eropah.

Antara pemain berfizikal kecil yg aku ingat ialah Zaidi Napiah...tapi tu bukan versi WC le..

Pasal pemain Togo bernama Kader tu..boleh le kalau Perak berminat nak beli.

Pak Yob said...

ada lagi....Karim Pin ngan Derih Kadiaq.

sarahjiha said...

Togo bermain dengan baik..terperanjat melihat penampilan sulung pasukan nihh..korea pun okey juga..