Saturday, May 02, 2009

Tahniah Datuk Zawiyah Baba



Bersempena dengan Persidangan Kongres Pustakawan Asia Tenggara (CONSAL) di Hanoi, mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Zawiyah Baba telah menerima "Outstanding Librarian Award" (Pingat Emas). Beliau kini merupakan Felo Penyelidik Tamadun Dunia Melayu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) di UKM.

Sekalung tahniah Pak Yob ucapkan untuk Ybhg. Datuk, sememangnya pencapaian gemilang dan bakti berterusan beliau dalam lapangan kepustakawanan wajar mendapat pengiktirafan sedemikian. Pengalaman bersama beliau sewaktu menghadiri ICADL 2007 yang juga kebetulan diadakan di Hanoi, memberi peluang kepada Pak Yob mengenali tokoh ini secara lebih dekat, rendah diri dan tidak lokek ilmu dan pengetahuan, begitulah rumusan yang boleh dibuat.
Pencapaian beliau ini bakal meninggalkan jejak yang perlu dilalui oleh generasi yang seterusnya.

4 comments:

indica said...

Masa dgn exboss dulu, selalu dgr nama dia..
Lain rupa dia ye, dgn adik dia yg bikin filem tu ...

Pak Yob said...

ingatkan exboss mu tu akan ikut jejak dia...tapi nampaknya sekarang macam dah senyap sunyi pulak dah.

safisha said...

Alhamdulillah syukur...Baru je interview beliau bulan lepas.sememangnya beliau seorang yang amat rendah diri sangat2.tak seperti kebanyakan orang berpangkat besar yg lain.tahniah DZB!

Pak Yob said...

safisha: terima kasih atas kunjungan ke blog ini.