Thursday, May 21, 2009

Kau Pergi Jua...

Persis tajuk lagu dendangan Adam Ahmad, itulah gambarannya, petang semalam kami kehilangan tunggangan kami seharian. Kereta yang menjadi ahli keluarga sejak hampir 5 tahun akhirnya terpaksa kami lepas pergi. Memang dah lazim keadaan semasa kereta buatan korea tidak ada nilai pasaran yang baik,justeru menunggu lama untuk dijual bukanlah opsyen yang bagus. Perpisahan dengan meninggalkan hutang RM5 ribu yang perlu dilangsaikan. Jadi untuk baki tiga bulan lebih ini kami akan menggunakan tunggangan lain...mungkin mcbudu boleh bagi pinjam sebuah dari kalangan deretan keretanya...atau mungkin indica bermurah hati mengetuk pintu rumah kami setiap pagi untuk ber"car pool".....buat WMC 8460, terima kasih atas jasamu selama ini..walaupun detik-detik akhir kau banyak merajuk sampai bocor poket aku tiap2 bulan.


Tatkala dia mula meninggalkan kami....


sayup.....moga hidupnya dengan tuan baru akan lebih baik.

5 comments:

indica said...

huuu..sedihnya. Moga dia bahgia bersama tuan barunya ye..

sarahjiha said...

Huhu...macam nak bawak balik merc jek nih...

McBudu said...

Jual kereta ni memang sedih, aku pun ingat nak jual kereta, tapi tak sanggup, terlampau sedih (kerana nak kena bayar bank lagi... bukan dapat untung! Hampeh...)

Nak pinjam kereta boleh, datang lah ambik...

Nak beli kerata baru Pak Yob! Kereta jenama apa? EXORA ke...? Kalau aku jadi ko, simpan je duit, beli BMW kat UK nanti lagi gempak!

Aza...As :) said...

sedihnyeeeerrr entri pak yob kali ni...dah tak nampak lagilah kereta kelabu WMC di lebri ni ;(

Pak Yob said...

aku ni dahlah berjiwa "arkib" kalau boleh semua barang aku nak simpan....tapi kesedihan kali ini taklah sehebat waktu berpisah dengan WGQ 2048 dulu...berkaca jugak la mata time tu.

indica: nampaknya ko la pemandu getz tertua yang masih ada di UKM...kalau ko nak jual esok jangan lupa carik nama ini....Danial Roslan..he..he..

sarajiha: tunggu Mat Said ganu lelong merc dia dulu....

McBudu: Pinjam Grand Livina hitam tu bleh..

Aza: ya..tapi jangan p declare parking den dah takdo keto lak...