Wednesday, May 13, 2009

Gagal percubaan pertama.....

Hari ini Pak Yob cuti untuk selesaikan urusan permohonan visa, dengan deretan peraturan dan syarat yang semakin ketat, persediaan sebaiknya kami lakukan. Jam sekitar jam 9.o0 kali tiba di Bangunan MCA (sebelah Citibank) yang menempatkan pejabat urusan Visa UK. Perkhabaran awal dari teman yang mengatakan pejabat ini selalunya sesak dan perlu sampai awal ternyata meleset (mungkin mereka maksudkan pejabat di tempat selainya), kami terus ke kaunter dengan borang dan rekod pembuktian yang dirasakan telah sempurna. Senarai semak dirujuk bersama petugas di kaunter, belumpun sampai separuh jalan kami dah terhenti pada "Visa Letter", selama ini kami sangka unconditional offer letter itulah "visa letter"...malangnya kami silap.


Ini bukannya visa letter yop....

Seterusnya kami juga dimaklumkan yang visa letter itu lazimnya dikeluarkan oleh pihak universiti dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kemasukan, jadi kena tunggu dulu. Sebelum urusan kami berakhir, kami juga dimaklumkan yang kami ini sebenarnya buat permohonan terlalu awal, sepatutnya permohonan kami adalah 3 bulan dari tarikh berangkat atau tarikh kemasukan, iaitu sekitar bulan Jun.Perkara ini tak pula dimaklumkan dimana-mana, tapi tak apa juga kerana masih ada masa lagi.


Borang-borang yang masih perlu dikelek lagi...

Pejabat urusan kami tinggalkan dengan sedikit keciwa, tetapi tak mengapa kerana masa masih menyebelahi kami. Bagus juga kami mendapat maklumat terus dari pihak yang menguruskan kerana rujukan kepada manual yang disediakan banyak yang keliru. Akibat kekeliruan yang amat kusut persis "konflik politik di Perak" maka dari galak berbahasa inggeris akhirnya kami rancak pula berbahasa melayu, yang ternyata dapat meleraikan apa yang kusut tadi, kakitangan tadi siap berbahasa dalam telor perak lagi, lenguh rahang jugak gamaknya dia bercakap bahasa inggeris dengan teman yang bengap ni.

Selepas dari urusan ini kami ke JPJ Bandar Permaisuri untuk dapatkan pengesahan kereta yang mahu dijual, sempat juga kami pekena nasi kandar kayu....sepinggan RM6 (ayam madu + acar timun)..harga yang berpatutan dengan rasa yang masih terkenang-kenang saat menaip entri ini.

6 comments:

indica said...

Kira cam trial exam le...gagal pun tak pe. Petugas tu cakap inggeris slang perak ke? hehe..murah nasi kandar tu...

Pak Yob said...

indica: sekali takpe jangan berkali-kali yop..tumpo..

aku pun heran jugak dengan kemurahan nasi kandar tu...tapi mungkin jugak sebab nasiknya aku ambik separuh kot.

sarahjiha said...

Cerita Visa saya memang seronok didingar, lepas serah borang kami dipanggil ke High Comm untuk temuduga, cuak dah apa nak berjawab.. dengar kata mereka mahu lihat status kewangan.. haram masa tu memang kami tak punya duit. alhamdulilah mereka hanya nak tanya tentang tempat tinggal sementara, siap visa.. surat beranak Sarah hilang, orang ofis tu tak menggaku mereka cuai sebabkan kehilangan.. malas bersoal jawab buat surat beranak baru. Dah siap visa kami pun balik kampung nak kenduri le konon nya.. tengok-tengok visa kami semua tamat Feb 2007..visa cik abang tamat Feb 2006.. dah kena tulis surat rayuan..berbuih-buih kena tulis dalam bahasa Inggeris. Padahal mereka yang buat silap, tapi tak mau mengaku... sabar saja lah..

Aza...As :) said...

relaakks pak yob...awal benar pak yob nak dapatkan visa tu ;)...macam dah tak sabaq nak pi nampaknyaa :)...

memang kita sangka bagus jugak prepare sikit2 dari awal...takut dekat2 nak pi nanti lg byk hal...tapi tidak rupernyeerr...macam saya dulu...hari isnin dah nak fly...hari jumaat baru dapat visa......kecut perut betul dibuatnya....;)

Pak Yob said...

sarjiha: diorang ambik dokumen yang asal ke?...bak kata budak kaunter tu la...lagi besar duit diorang, lagi besar kepalanya.

aza: Nampak gaya macam cabaran yang lebih besar dan dasyat akan dilalui...

McBudu said...

Pak Yop, kalau Universiti takleh nak kuarkan VISA, minta saja drp Liverpool FC. Rafa Benitez tu kawan aku masa kat tadika dulu.

Nasi kandar tu murah sebab Pak Yob dah TERbayar dgn Pound Sterling! tumpo....

Jual kereta kat sini, nanti kat UK beli BMW yob!