Saturday, April 04, 2009

Sukaria Ceria Astro..


Masuk dengan harapan dapat bersuka-ria....


tempat kedua....not bad la....


Pulun ziyad pulun....aik! orang sebelah ngelat nampak..tu tangan sapa tu...

Dah boring dah.....tak tau nak pegi mana...


Mat Kacau dan Stacy....yang lagi tiga tu....aa..sapa ntah..


Gambar menjelaskan segalanya...sapa yang dapat bersuka ria sebenarnya...anak atau emak...emak atau anak.....yang pastinya bapak dapat penat saja...

Outreach Programme


Bla..bla..bla...goreng..goreng.....bla..bla....


macam tak puas hati je.....

Cuti-cuti.....


Ira bertatih dalam air...


Janda baik yang kaya....ada bot sendiri tu..


Cuti-cuti jugak...kerje kena jalan beb...


Balada Gadis Kecil........yang lenaa....


Ziyad buat muka ayu.....

Tuesday, March 03, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah..



Ketawa?..Sedih?...Marah?....mungkin itu emosi yang berbaur dalam diri warga Malaysia...buat pertama kalinya ada sidang Dewan Undangan Negeri diadakan beratapkan langit dan pohon-pohon menghijau. Fenomena yang janggal bagi sebuah negara "maju" dan pantas membina ketamadunan rakyat dari tahun ke tahun. Mengapa tidak diadakan di Dewan dingin yang tersergam indah sambil punggung beralaskan kerusi empuk? mengapa dipilih pohon rendang dibawah panahan mentari sambil tubuh tegak berdiri? kita dalam pasca perang kah? atau kita baru dilanggar Garuda? atau Yahudi bangsat sudah menjilat tanahair kita lalu musnah segala "perhiasan" dunia kita? bukan..bukan....ini bukan perbuatan anasir luar yang menggila atau hukum alam.

Segala yang berlaku ini adalah perbuatan manusia...anak watan malaysia...pemegang kartu pengenalan Malaysia...bertutur dalam bahasa malaysia (jika benarlah) serta mengamalkan dasar "kepimpinan melalui teladan" serta "Perpaduan teras kecemerlangan."...akibat tamak haloba, rakuskan kuasa maka sebuah kerajaan yang sepatutnya menaungi rakyat menjadi porak peranda.....ini negeri Perak...bukannya Gangga Negara...atau kerajaan Berus yang silam...atau mungkin pemimpin zaman Gangga Negara dan Beruas lebih elok perilakunya.

Puaskah kita melihat dan mentertawakan insiden ini? kebejatan telahpun berlaku....tiada pihak yang mahu mengalah...yang kusut bertambah kusut...yang buruk lagi memburuk..yang busuk lagi membusuk!. Apa lagi yang mahu dikomen? Perak sudah hilang kilaunya.....alangkah baiknya kalau ini sekadar igauan sahaja...tetapi tidak...ini adalah realiti...cuba tampar pipi atau cubit peha...kita tidak tidur...kita dalam jaga...kita dalam waras...tapi ada "orang" tidak waras..."orang" yang lahapkan kuasa..walaupun dalam tidur.

Lepas satu persatu gelagat anih ini berlaku.....yang betul jadi salah..yang salah jadi betul...mengapa harus takut jika diri diruang yang benar? yang pastinya dunia sedang memerhatikan segala gelagat dunia politik di Malaysia....kalau ada indeks politik dunia...entah dimana rangking Malaysia ketika ini...mungkin lebih buruk dari rangking pasukan bolasepak malaysia agaknya.

Wallauaklam....moga yang bathil temui kegagalan dan yang benar diangkat ketempat yang sewajarnya...semoga keadaan kembali aman di Perak Darul Ridzuan.

Wednesday, February 25, 2009

Misi Pemusakaan Koleksi Allahyarham (Dr.) Shaharom Husain


Allahyarham (Dr.) Shaharom Husain atau nama penanya Mansyor Malaya


Penghargaan tertinggi dari UKM buat Allahyarham...Siswazah Kehormat, Sarjana Persuratan.


Teliti...agar tiada bahan yang rosak atau terlepas pandang bahan yang bernilai tinggi.



PakYob@work1



Pak Yob@work2


kerjasama....usaha gigih Saudara Rudi dan Saudara Din...


Antara puluhan monumen yang mengabdikan nama ahli penulisan terkemuka


Di Pusara Allahyarham...dari kiri Dr. Noor Aini, Dr. Hatta, Mustafa Kamil, Rudi dan Pak Yob


Alfatihah.....


Gapura Sastera yang kini meneruskan baktinya sebagai pusat pemulihan akhlak


Pintu masuk ke Gapura Sastera


Hujung minggu lepas Pak Yob “mengabaikan” saat santai bersama keluarga demi satu misi penting, misi melestarikan khazanah ilmu yang pernah dimiliki oleh seorang insan yang namanya harum dalam peta dunia penulisan tanahair.

Beliau yang Pak Yob maksudkan ialah Allahyarham (Dr.) Shaharom Husain, seorang sasterawan, sejarawan dan budayawan terkemuka dari selatan tanahair. Beliau telah mengabdikan seluruh koleksi buku miliknya di rumah beliau yang dinamakan “Gapura Sastera”, rumah dengan lanskap unik itu terletak di Kempas Baru, Johor. Rumah ini kini diwakafkan sebagai rumah pemulihan wanita yang bermasaalah.

Usaha mendapatkan koleksi ini dalam tempoh yang singkat, bermula dengan “merisik” melalui anakanda bongsu allahyarham, iaitu saudara Mustafa Kamil, setelah mendapat maklum yang positif, kami (Pak Yob dan Saudara Shaharuddin Shafri yang merupakan kenalan baik Mustafa) panjangkan kertas kerja berkenaan hajat kami itu kepada Anakanda sulung allahyarham, Prof. Dr. Hatta Shaharom.

Selang beberapa bulan selepas pertemuan dengan Dr. Hatta, akhirnya kami menerima pengkhabaran gembira bilamana waris allahyarham bersetuju menyerahkan koleksi tersebut dengan memberi hak pemilihan sepenuhnya kepada kami.

Dengan kekuatan anggota seramai 3 orang, Pak Yob, saudara Din Shafri dan Saudara Rudi bertolak ke Johor Bahru pada jumaat, 20 februari yang lalu, kami menginap di Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru. Malam itu kami dibawa ke Gapura Sastera oleh seorang bekas guru saudara Din yang kebetulan menginap di hotel yang sama, iaitu Cikgu Shamjudin Romani. Malam itu kami meninjau koleksi tersebut sekadar untuk mendapatkan idea bagaimana proses pemilihan akan dilaksanakan esok hari.

Esoknya sekitar jam 9.00 pagi, kami dengan ditemani saudara Mustafa Kamil tiba di Gapura Sastera, proses pemilihan dimulakan dengan koleksi yang selama ini “diharamkan” dari disentuh oleh orang luar sewaktu hayat allahyarham, begitu sekali rasa kasih dan saying beliau atas khazanah ilmu yang ada. Kami menemui banyak karya dan bahan ilmiah yang bernilai untuk dilestarikan, termasuk manuskrip asal karya-karya Allahyarham. Sekitar jam lima petang, kami tamatkan tugasan kerana tidak mahu mengganggu penghuni rumah yang semuanya wanita itu.

Hari terakhir kami di Johor dimulakan dengan meluangkan beberapa saat di pusara Allahyarham, beliau disemadikan bersebelahan dengan pusara isteri beliau. Selepas itu kami teruskan kerja di Gapura Sastera, hari terakhir itu disertai oleh Dr. Hatta dan Isteri, Dr. Noor Aini serta saudara Mustafa Kamil. Hasil pemilihan yang teliti kami bawa pulang 8 kotak bahan, iaitu kira-kira 300 lebih judul bahan termasuk manuskrip. Kami amat berharap agar ada institusi ilmu lain yang berminat untuk mengabadikan koleksi ini selain UKM dan UPSI yang telah melaksanakan peranan kami dalam melestarikan sebahagian koleksi Allahyarham, kerana masih ada banyak lagi bahan yang tinggal.

Sesungguhnya kami amat berterima kasih kepada waris Allahyarham atas kepercayaan dan kesudian mereka mengamanahkan kami sebuah koleksi ilmu yang tinggi nilainya untuk melestarikan serta disebarkan kepada generasi mendatang. Pak Yob secara peribadi amat bersyukur dan setinggi terima kasih juga kepada teman-teman yang terlibat dalam misi ini, terutama saudara Din yang sanggup menggunakan kereta beliau sendiri untuk kegunaan sepanjang misi ini. Pak Yob juga amat berpuas hati kerana salah satu misi dalam tahun 2009 telah berjaya dilaksanakan.

Sunday, February 15, 2009

Antara Menderhakai Raja dan Menderhakai Bangsa...

Bangsa melayu dewasa ini mengalami saat yang membejatkan citra mereka, belum pun selesai isu "pengkhianatan" ke atas bahasa melayu....muncul pula isu "penderhakaan" pada raja melayu. Malangnya kita saat ini diasak kiri dan kanan....salah siapa? salah sendiri bukan? bangsa melayu saat ini umpama ayam berlaga dalam sangkar.....yang bertarung hanya seekor dua, tapi seluruh sangkar turut mendapat luka, yang kuat luka, yang lemah apatah lagi.

Pak Yob melihat isu "menggulingkan" peranan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan adalah ibarat menderkahai seluruh bangsa melayu...melayu yang dahulu, melayu yang kini malah melayu yang akan datang. Suatu ketika dahulu sekitar era 60an seluruh bangsa teramat bangga bilamana bahasa melayu mulai mengambil alih peranan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama, rentetan daripada itu muncul "universiti rakyat" iaitu Universiti Kebangsaan yang lahir dari aspirasi rakyat malaysia yang mendambakan sebuah institusi yang mempunyai roh kebangsaan, lalu memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.

Perjuangan kearah penubuhan universiti kebangsaan bukan dalam sedekad dua...tapi mengambil masa yang panjang, Arwah Kadir Adabi pernah melahirkan impian ini semasa hayatnya, impian beliau kemudiannya diperjuangkan pula oleh arwah Pendita Zaaba, obor perjuangan ini akhirnya terus marak dan impian itu akhirnya dapat direalisasikan dalam era Panglima Bahasa, arwah Tun Syed Nasir Ismail.Syukur universiti kebangsaan sehingga saat ini masih seboleh mungkin berpijak pada nawaitu asalnya, namun pada masa yang sama masih diantara yang terkehadapan dalam pelbagai disiplin ilmu.

Tulisan Jawi misalannya pernah menjadi sebahagian dari pakej bangsa melayu, tetapi apa nasibnya kini? hakikatnya orang melayu kini sudah ramai yang "buta jawi". Sewaktu di tahun akhir pengajian di UiTM, tatkala majoriti teman sekuliah memilih tajuk penyelidikan yang lebih akrab dengan bidang pengajian,Pak Yob lebih selesa dan terdorong memilih isu celik jawi sebagai mauduk penyelidikan, respondennya seratus peratus melayu, hasil penemuannya sangat menyedihkan. Siapa yang harus dipersalahkan? siapa yang memencilkan tulisan jawi? tulisan yang suatu ketika megah menghiasi dada akhbar utama mulai susut sekadar sebagai naskah sisipan sahaja....siapa tahu akan datang tulisan ini akan lenyap. Bangsa asing dahulu terpaksa belajar tulisan jawi untuk urusan rasmi dalam hal ehwal pentadbiran, lihat sahaja perjanjian rasmi mereka dengan raja-raja melayu dahulu...semuanya dalam tulisan jawi dan pastinya dalam bahasa melayu.

Mujur masih ada sekolah aliran agama yang masih memusakakan tulisan ini dalam kurikulum mereka, maka sekurang-kurangnya masih ada bangsa melayu yang mampu sekurang-kurangnya menulis nama mereka dalam tulisan jawi. Pak Yob sendiri mempunyai tabiat menulis nama sendiri dalam tulisan jawi, bukan mahu melabel diri sebagai melayu tulen atau melayu ultra, tetapi nawaitunya jika tulisan dalam rekod itu ditemui berkurun akan datang maka sekurang-kurangnya ada hati yang mahu tahu tulisan apakah ini? bangsa mana yang pemunya tulisan ini, maka inilah sumbangan kecil yang mampu Pak Yob berikan.

Melihatkan nasib tulisan jawi, jangan terkejut andai bahasa melayu akan mengalami evolusi yang sama seandainya ia disanggah dari kedudukannya. Apa ertinya ada perlembagaan dan Rukun Negara yang indah dan cantik laras bahasanya jika sekadar menghiasai kulit belakang buku latihan sekolah atau dibiarkan terpampang bersawang di dinding pejabat.

Sewaktu isu bahasa melayu ini hangat dibahaskan, muncul pula isu derhaka pada raja, lalu tumpuan seluruh umat teralih kepada mempertahankan institusi raja-raja melayu. Soalnya jika institusi raja melayu mampu menggamit emosi ramai termasuk yang berkepentingan besar dalam kerajaan, mengapa soal bangsa melayu sekadar mengundang sekelumit orang sahaja, itupun dikalangan mereka yang aktif dan arif dalam disiplin ilmu bahasa. Tidak sensitifkah melayu yang lain? atau mereka yang sunyi itu berpandangan ini hanya isu remeh yang dihangatkan oleh mereka yang berpandangan populis?.

Sewaktu di Sydney Pak Yob ada menyimpan satu keratan akhbar yang rasanya perlu dikongsi bersama dalam ruang maya ini. Mohon dipanjangkan andai ianya sesuai dijadikan antara "senjata" atau "perisai" dalam mempertahankan kredibiliti bahasa melayu dalam sistem pendidikan.


naskah dari Sydney...baca dan hayati nilai kandungannya.

Thursday, February 12, 2009

Yad gi Swimming...ira gi zoo.


Biru untuk si abang, unggu untuksi adik,
Buat bermain air bersama rakan taulan,
Jangan berebut kamu adik beradik,
Kalau bergaduh baba bagi rotan,

Semalam ziyad buat pertama kalinya sertai kelas berenang, bukan kepalang terujanya dia, petang tu terpaksa juga redah pasaraya cari goggles dengan swim cap...kalau dah beli tu mana boleh satu set saja...adiknya si ira pun kena beli jugak..kalau tak alamat "perang saudara" jadinya. balik sekolah semalam beria cikgu dia cerita pasal si ziyad waktu kelas berenang....budak ziyad ni memang mulut dia macam "bertih" jugak.... memang jadi mangsa sakat cikgu dia la.

Ira pulak semalam ada "field trip" ke Zoo Negara, sebenarnya budak pre-school dikecualikan dari trip ni, tapi "teacher ma" (Teacher Mama) yang dipanggil ira beria nak bawak dia jugak....sebab budak ira ni dengar cakap...katanya la.Si Ira memang rapat dengan teacher ma dia...tapi bagus jugak..kalau tak tak pasal-pasal Pak Yob kena amik cuti jaga budak. balik tu bercerita la si Ira di dalam kereta "ra ngok "move it..move it " (watak katun dalam filem animasi Madagascar) ngan fis (Fish) kut (takut) katanya...."

Monday, February 09, 2009

Panorama Sydney


Tempat Pak Yob Beradu...


Antara pengisian sebuah kota metropolitan..


University Technology of Sydney...binaan baru didirikan disebalik bangunan asal..sangat unik


Tambulong Park....tenang


Sumber makanan Pak Yob..segalanya AUD 8.50



One way stop to liverpool....sempat lagi berangan.


The Famous Paddy Market...hati teringin nak naik train tu..tapi tak reti pulak.


Market City...macam rupa rumah smurf pun ada...luar klasik..dalam moden.


Habourside.....pasaraya moden...begitu juga harga barangnya.


Nyaman....the harbour


Australian Muzium...tak sempat lawat, dah tutup..hanya gamit dari jauh sahaja.


Art Gallery...binaan yang cantik dan mewakili institusinya

Thursday, February 05, 2009

Nota dari Sydney

Hari ni ada presentation....gila apa..kena buat presentation.biasanya kalau pergi mana-mana conference, kita relax je dengor orang cakap...kali ni baru padan muka. Pak Yob ingat lagi waktu di Hanoi, kitorang gelakkan presenter dari jepun...ntah apa-apa dia cakap..bahasa inggeris versi jepun.yang faham cuma perkataan George Bush saja. Sekarang giliran Pak Yob pulak kena gelak...ni dah bukan rasa ada "rama-rama dalam perut" lagi dah....ni kes rasa macam ada"Yahudi mabuk dalam perut".

Masa time borak-borak dengan orang-orang Aussie ni sempat jugak PakYob bagi "hentam" diaorang punya polisi kemasukan pelajar asing ke Universiti Australia yang agak tak bertolak ansur.....kebanyakkannya setuju...dan terkejut..mengapa UK boleh bertolak ansur tapi mereka tidak.

Majoriti peserta bengkel ni dah senior...rasanya pakyob yang paling muda....so tak borang pun bab-bab yang formal je la....tapi yang menariknya...umur pencen mereka disini ialah 65!..itupun boleh option kalau nak sambung lagi....junior officer punya gaji 50k setahun...tapi diorang takda pencen wajib...hanya bila seseorang tu diistyhar berada dalam kelas "miskin" sahaja baru layak dapat pencen.

Petang ni ingat nak jelajah "Bondi beach" pulak....untung-untung boleh tengok jerung putih (jerung betul bukan "jerung betina" yang putih....he..he..).


ok...sampai sini dulu...

p/s : buat warga kerja ...sorila...website dah seminggu tak update...

khabar dari Sydney

Gudday mate...top morning

semalam pak yob ada tour ke state library...memang fantastic bangunanya....kami tengok teknologi pendigitan dan preservation disana..tak boleh nak kata state of the art...tapi lebih dari yang ada di opis pakyob.

kemudian ke national herbarium...tempat ni memang highly recommemded untuk pencinta tumbuhan macam mcbudu dan mizi..ngantuk juga time ni...layan je la mat salleh tu cakap..

tour habis pukul lima....pak yob balik ke hotel jalan kaki...saja nak nikmati pemandangan the other part of Sydney...sebenarnya takde la jauh sangat dari hotel ke state library tu...it cost me AUD15 pagi tadi....kalau tahu la..pagi-pagi Pak Yob jogging je ke national library tu...

dalam perjalanan tu lalu la kat taman-taman memang banyak aktiviti "rekriasi" dengan scantily clad..he..he..takde la nak snap gambor..kucing pun ngamuk orang amik gambor dia tengah ngawan..apatah lagi manusia....

apa lagi nak cite ye...nantila...next edition ye...kuliah dah nak start..

Tuesday, February 03, 2009

Salam dari Kota Sydney I

-Pakyob berseorangan sampai di sydney lbh kurang jam 9.15 malam (7.15 petang waktu malaysia0, samapi di airport kantoi pulak dengan kastam, 2 in one chocholate kena rampas....dari airport naik teksi ke hotel...kosnya AUD 48 ( dekat seratus ringgit jugak duit malaysia).

- Malam pertama sampai di sydney ada parade sempena tahun baru cina, jadi ramai la warga pendatang cina yang berselerakan di kota sydney...kebetulan pemandu teksi yang bawak pakyob pun berketurunan cina..jadi dah macam kat Hong Kong la pulak. Malam tu duduk diam kat bilik hotel saja la...Hotel Holiday Inn Darling Harbour, adala tangkap gambar beberapa keping.

- semalam bermula bengkel yang pakyob hadiri, semua mat salleh...maka lenguh rahang jugak nak ber mingle around dengan diorang ni....gila ape...seminggu Pak Yob kena cakap omputih...dah la berkelana sorang-sorang kat sini.

-Petang tu lepas bengkel Pak Yob round sorang2 kat Darling harbour dengan ChinaTown...sydney macam KL jugak...banyak imigrant...dan diorang bebas berbahasa ibunda masing2...masih kedenganran yang cina cakap cina, yang india cakap india, yang arab cakap arab...Pak Yob sorang je cakap sorang-sorang...

- Makan malam di sebuah gerai masakan padang...AUD8 untuk nasik dengan telur campur ikan bilis dan udang...tengahari tu lantak vegetrian sandwich saja....petang ni nak try carik restoren mamak pulak.

- malam tadi stay in kat hotel saja...overall, ok la Sydney ni...boleh layan jalan sorang-sorang....

- jumpa lagi dalam entri akan datang....salam dari kota Sydney.

Monday, January 19, 2009

New Coffee shop in town.

Yesterday night I had my dinner at this new kopitiam in Bangi. The name is Oldtimer Kopi. As i’m not having their “best from kitchen” which is the chicken soup as mentioned by the waiter, so not much to comment regarding the menu, i just settled with nasi lemak ( tak cukup meriah la…not at par with oldtown white coffee’s and Ravi corner subang) and teh tarik…and this is my verdict..

Menu: ok…maybe next time i'll try the noodles…
Price: affordable..tapi tak boleh diamalkan selalu..why? a glass of Teh Tarik cost you Rm2.20.
Customer Service: Pantasss… the waiters are polite.
Recommendation customer: who else…the oldtimer….and you.


The Menu...nice graphic work..atleast..the face looks familiar eh..


The Nasi Lemak..it cost you RM4...you can count the ikan bilis in split second...
This self proclaimed "best coffee in town" (sounds like jose mourinho during his chelsea day) coffee shop is located just behind Al-zahra medical centre...try it yourself to know it better.

What If Mr. Hitler.....

The current situation in Gaza bring back the memories of Mr. Adolf Hitler, the most notorious anti-semite. One time public enemy number one, mr Hitler known for his so-called ruthless unhuman act by slaughtering the jews…why he hated the jews so much? he blames the jews for the lost of economic stability and bring the german to disunity during his spell. At least 6 million jews were killed during that holocaust.

Pak Yob not trying to praise Hitler or totally blame him for what is happening in Gaza at the moment, but the fact that his action more or less contributed to the Israel existence, this bloody nation exist because of sympathy on global basis, GB gave Israel to the jews and the devilish USA become the first nation to recognized Israel as an independent state, it also showered the jews with financial , military and moral support. Israel are considered as USA’s son of a ****..

But i am wondering what if Mr Hitler succeeded in totally banishing the jews or what if Mr Hitler not even give them a pinch ….i guess nobody knows what would happen to the Palestinian today.

Mr Hitler and his Nazis might be the “missing link” behind the resurrection of the jews, but was he really what he’s been potrayed in the media or it just a manipulated information by media mogul Rupert Murdoch (guess what…he’s a jew), manipulated or not Mr. Hitler clearly not in a good book in the history of mankind….he will always be in the same chapter as Pol Pot or Jack The Ripper and of course Olmert and his "size ten" puppet...Mr. Bush.

Saturday, January 10, 2009

Mereka sebenarnya Babi yang bertopengkan manusia

Selayang Pandang...


Alhamdulillah....akhirnya nilai satu juta itu diletakkan pada tempat yang sewajarnya. Biarpun kehadirannya lebih lewat dari para artis dan ahli sukan, namun ianya sekurang-kurangnya memperlihatkan nilai aprisiasi dari mereka yang berwajib.

Minuman Rasmi?....bukti nilai kreatif rakyat malaysia...Pak Yob membayangkan kontroversi yang akan terjadi andai ada telinga yang tersalah dengar, mulut yang tersalah lapor atau tangan yang tersalah tulis tanpa perkataan "kopi"...dari pilihanraya kecil boleh bertukar jadi perang besar.

Friday, January 09, 2009

Status Halal Oldtown White Coffee diragui?





Berikut adalah aduan yang pak Yob salin dari laman web Persatuan Pengguna Islam







Aduan :


9) ADUAN WEBMAIL PPIMTARIKH : 20 DISEMBER 2008 White Coffee (Oldtown Kopitiam) NON-HALAL

[i]Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat Islam di MalaysiaKalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".ayat ini pula.."Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui." (Al-Baqarah ayat 42)`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.'Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam. Lalai & malas dalam mengerjakan perintah Allah swt seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.[/i]WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Di mana di awal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-- Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis di paket bungkusan)- Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada di pasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.- Minyak yang digunakan di dalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat di pasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?- Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)Apa yang membuatkan UMAT ISLAM di Malaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10 tahun dah) masih lagi tidak diperoleh. Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORANNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat Islam di negara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat Islam juga terpedaya dengan paparan pekerja Islam yang diambil bekerja. Di mana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja Islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan di restoran tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoran terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja Islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan, siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoran beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda di luar restoran juga sungguh besar menunjukkan pekerja Islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 di seluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10 tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang di jabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHITUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat Islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Di mana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang di hidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:--WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,-NEWTOWN Kopitiam-WHITE HOUSE Kopitiam-PAK HAINAN Kopitiam-JOM BALI Kopitiamadalah 'TIDAK HALAL'Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang diHARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera di dalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoran & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamerkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.Ini agar umat islam di negara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.



jawapan PPIM :

SALAM
PIHAK KAMI TELAH MENGHUBUNGI PIHAK PENGURUSAN OLD TOWN WHITE COFFEE SERTA SEDANG MENUNGGU RESPON DARIPADA PIHAK MEREKA LAGI.

Wednesday, January 07, 2009

Apresiasi seorang Nenek


Grafik kulit tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati



Naskah ini lahir sebelum lahirnya Sarah Fadhilah dan Zaheera Safiyya



Dibelakang setiap wanita yang kuat berdirinya seorang suami, anak-anak dan...... dua orang cucu

Tuesday, January 06, 2009

Pengalaman baru buat Ira dan yaya.

Semalam seorang kanak-kanak perempuan bernama Zaheera Safiyya telah menempa pengalaman baru. Kanak-kanak dengan berat badan sekitar 10kg ini telah memulakan sesi pra-sekolah di Sri Ayesha Islamic Primary School, Bandar Baru Bangi. Sepertimana kebanyakkan kanak-kanak sebayanya yang pertama kali menjejak kaki kesekolah, zaheera juga tidak terlepas mengalami saat-saat "dramatik" sewaktu melihat penjaga mereka meninggalakan mereka bersama sejumlah wajah-wajah yang belum "terindeks" dalam minda mereka.

Disinilah zaheera memulakan tapak kecilnya dalam langkah hidup yang luas.

Zaheera menitiskan airmata tatkala mummy melepaskan dukunganya kepada seorang guru, mungkin hatinya agak bengang juga pada saat itu kerana mummy dan baba langsung tidak menunjukkan riak simpati atas tangisannya itu sebaliknya dibalas dengan lambaian dan kuntum-kuntum senyuman. Namun itu hanya seketika, petang itu Zaheera pulang dengan gembira dalam mood yang sangat baik.

Tekun mendengar taklimat "Do and Don't" dari mummy

Pada ketika yang sama disuatu lokasi yang berbeza, sepupu Zaheera, Thurayya Fadhilah turut menempa pengalaman yang sama, buat pertama kalinya Thurayya atau yaya juga bergelar pelajar tadika.


Yaya dan Yad....dua budak tadika.

Thursday, January 01, 2009

Selamat Tahun Baru 2009...


Selamat Menyambut Tahun Baru

Melangkah sudah kita ke tahun 2009, macam biasalah, bila masuk tahun baru, dimana-mana akan kedengaran tentang "Azam" tahun baru. Pak Yob mugkin antara segelintir orang yang tak pernah ada azam tahun baru agaknya, ...buat yang telah pasang azam tahun baru, pak yob ucapkan tahniah semoga azam tersebut berjaya dipenuhi, azam yang lepas macam mana? kalau tak penuhi kena qadha la weyyy...jangan galak nak pasang azam baru pulak.


carta entri blog 2005-2008

Tapi kalau dilihat dari prestasi "blogging" mungkin tahun 2009 diharapkan Pak Yob dapat lebih aktif memandangkan prestasi tahun ini agak "hambar" dengan hanya 35 entri sahaja...berbanding tahun sebelumnya, 2005 (67 entri), 2006 (62), 2007 (38)...tahun lepas lama sangat "cuti sabatikal"....semoga prestasi tidak terus "merudum". Semoga teman-teman blogger lain akan mengalami proses merekayasa supaya 2009 menjadi lebih aktif,