Sunday, February 15, 2009

Antara Menderhakai Raja dan Menderhakai Bangsa...

Bangsa melayu dewasa ini mengalami saat yang membejatkan citra mereka, belum pun selesai isu "pengkhianatan" ke atas bahasa melayu....muncul pula isu "penderhakaan" pada raja melayu. Malangnya kita saat ini diasak kiri dan kanan....salah siapa? salah sendiri bukan? bangsa melayu saat ini umpama ayam berlaga dalam sangkar.....yang bertarung hanya seekor dua, tapi seluruh sangkar turut mendapat luka, yang kuat luka, yang lemah apatah lagi.

Pak Yob melihat isu "menggulingkan" peranan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan adalah ibarat menderkahai seluruh bangsa melayu...melayu yang dahulu, melayu yang kini malah melayu yang akan datang. Suatu ketika dahulu sekitar era 60an seluruh bangsa teramat bangga bilamana bahasa melayu mulai mengambil alih peranan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama, rentetan daripada itu muncul "universiti rakyat" iaitu Universiti Kebangsaan yang lahir dari aspirasi rakyat malaysia yang mendambakan sebuah institusi yang mempunyai roh kebangsaan, lalu memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.

Perjuangan kearah penubuhan universiti kebangsaan bukan dalam sedekad dua...tapi mengambil masa yang panjang, Arwah Kadir Adabi pernah melahirkan impian ini semasa hayatnya, impian beliau kemudiannya diperjuangkan pula oleh arwah Pendita Zaaba, obor perjuangan ini akhirnya terus marak dan impian itu akhirnya dapat direalisasikan dalam era Panglima Bahasa, arwah Tun Syed Nasir Ismail.Syukur universiti kebangsaan sehingga saat ini masih seboleh mungkin berpijak pada nawaitu asalnya, namun pada masa yang sama masih diantara yang terkehadapan dalam pelbagai disiplin ilmu.

Tulisan Jawi misalannya pernah menjadi sebahagian dari pakej bangsa melayu, tetapi apa nasibnya kini? hakikatnya orang melayu kini sudah ramai yang "buta jawi". Sewaktu di tahun akhir pengajian di UiTM, tatkala majoriti teman sekuliah memilih tajuk penyelidikan yang lebih akrab dengan bidang pengajian,Pak Yob lebih selesa dan terdorong memilih isu celik jawi sebagai mauduk penyelidikan, respondennya seratus peratus melayu, hasil penemuannya sangat menyedihkan. Siapa yang harus dipersalahkan? siapa yang memencilkan tulisan jawi? tulisan yang suatu ketika megah menghiasi dada akhbar utama mulai susut sekadar sebagai naskah sisipan sahaja....siapa tahu akan datang tulisan ini akan lenyap. Bangsa asing dahulu terpaksa belajar tulisan jawi untuk urusan rasmi dalam hal ehwal pentadbiran, lihat sahaja perjanjian rasmi mereka dengan raja-raja melayu dahulu...semuanya dalam tulisan jawi dan pastinya dalam bahasa melayu.

Mujur masih ada sekolah aliran agama yang masih memusakakan tulisan ini dalam kurikulum mereka, maka sekurang-kurangnya masih ada bangsa melayu yang mampu sekurang-kurangnya menulis nama mereka dalam tulisan jawi. Pak Yob sendiri mempunyai tabiat menulis nama sendiri dalam tulisan jawi, bukan mahu melabel diri sebagai melayu tulen atau melayu ultra, tetapi nawaitunya jika tulisan dalam rekod itu ditemui berkurun akan datang maka sekurang-kurangnya ada hati yang mahu tahu tulisan apakah ini? bangsa mana yang pemunya tulisan ini, maka inilah sumbangan kecil yang mampu Pak Yob berikan.

Melihatkan nasib tulisan jawi, jangan terkejut andai bahasa melayu akan mengalami evolusi yang sama seandainya ia disanggah dari kedudukannya. Apa ertinya ada perlembagaan dan Rukun Negara yang indah dan cantik laras bahasanya jika sekadar menghiasai kulit belakang buku latihan sekolah atau dibiarkan terpampang bersawang di dinding pejabat.

Sewaktu isu bahasa melayu ini hangat dibahaskan, muncul pula isu derhaka pada raja, lalu tumpuan seluruh umat teralih kepada mempertahankan institusi raja-raja melayu. Soalnya jika institusi raja melayu mampu menggamit emosi ramai termasuk yang berkepentingan besar dalam kerajaan, mengapa soal bangsa melayu sekadar mengundang sekelumit orang sahaja, itupun dikalangan mereka yang aktif dan arif dalam disiplin ilmu bahasa. Tidak sensitifkah melayu yang lain? atau mereka yang sunyi itu berpandangan ini hanya isu remeh yang dihangatkan oleh mereka yang berpandangan populis?.

Sewaktu di Sydney Pak Yob ada menyimpan satu keratan akhbar yang rasanya perlu dikongsi bersama dalam ruang maya ini. Mohon dipanjangkan andai ianya sesuai dijadikan antara "senjata" atau "perisai" dalam mempertahankan kredibiliti bahasa melayu dalam sistem pendidikan.


naskah dari Sydney...baca dan hayati nilai kandungannya.

7 comments:

McBudu said...

Bagi aku, SEMUA politikus dikala ini menderhaka kepada Ugama, Bangsa dan Negara. KESEMUA mereka GILA kuasa dunia, hingga sanggup berperang sesama sendiri asalkan matlamat politik masing-masing tercapai. Aku semakin meluat melihat muka-muka mereka semua. KUBUR-KUBUR mereka semua akan dikencing oleh anak cucu !

indica said...

Sememangnya aku juga muak dengan cerita2 politikus masa kini..betapa aku ingin melihat mereka yang sebenarnya pejuang-pejuang kesejahteraan kita semua. Bagaimana untuk membela rakyat jika tak sudah-sudah bergelumang dengan kemelut dan harubiru ...

Pak Yob said...

Mcbudu dan Indica: wahhh...bukan main garang lagi korang ye...

indica said...

Ooo..lupa nak habaq...koala aku dah bertambah gang..thanks, it's very nice of you...

McBudu said...

Takde Boomerang untuk aku ke?

sarahjiha said...

CRIM.. tetiba apa cerita...marah pakcik buger

Pak Yob said...

burger tu dia yang cipta...ramly burger...