Tuesday, January 06, 2009

Pengalaman baru buat Ira dan yaya.

Semalam seorang kanak-kanak perempuan bernama Zaheera Safiyya telah menempa pengalaman baru. Kanak-kanak dengan berat badan sekitar 10kg ini telah memulakan sesi pra-sekolah di Sri Ayesha Islamic Primary School, Bandar Baru Bangi. Sepertimana kebanyakkan kanak-kanak sebayanya yang pertama kali menjejak kaki kesekolah, zaheera juga tidak terlepas mengalami saat-saat "dramatik" sewaktu melihat penjaga mereka meninggalakan mereka bersama sejumlah wajah-wajah yang belum "terindeks" dalam minda mereka.

Disinilah zaheera memulakan tapak kecilnya dalam langkah hidup yang luas.

Zaheera menitiskan airmata tatkala mummy melepaskan dukunganya kepada seorang guru, mungkin hatinya agak bengang juga pada saat itu kerana mummy dan baba langsung tidak menunjukkan riak simpati atas tangisannya itu sebaliknya dibalas dengan lambaian dan kuntum-kuntum senyuman. Namun itu hanya seketika, petang itu Zaheera pulang dengan gembira dalam mood yang sangat baik.

Tekun mendengar taklimat "Do and Don't" dari mummy

Pada ketika yang sama disuatu lokasi yang berbeza, sepupu Zaheera, Thurayya Fadhilah turut menempa pengalaman yang sama, buat pertama kalinya Thurayya atau yaya juga bergelar pelajar tadika.


Yaya dan Yad....dua budak tadika.

5 comments:

Aza...As :) said...

waaahh...pak yob...biar betul...Primary School tuuu??? yeerr kerr primary school??? bukan pre-school?? ;)berapa tahun dah Ira sekarang??

McBudu said...

Jangan risau Pak Yop, dua tahun lagi graduate lah anak tu....

payarumput21 said...

Salam Pak Yob..

Hmm.. mesti rasa sedih.. mesti rasa kesian.. mesti rasa terharu.. but simpan dalam hati ek..

Pak Yob said...

umie afiq: dulu memang primary school sekali kat situ, tapi skang yang primary dah pindah kat bangunan baru sebelah al-zahrah tu...kes sign board tak update la ni.

McBudu: insyaallah lepas grad terus sambung buat master..he..he..

payarumput21: ada sekelumit je la rasa camtu...pastu p opis ngadap kerja betimbun lupa terus...

indica said...

Aik..dah sekolah dah Ira..selamat menempuh alam pra sekolah. moga jadi best student nanti..