Monday, December 29, 2008

Renung Sejenak : Buku Terlaris

Pada hening pagi ni Pak Yob baru selesai menyunting data pengindeksan judul-judul akhbar, tugasan yang terpaksa dibawa pulang lantaran kesibukan dalam waktu pejabat. Dalam proses menyunting ini, setiap lembaran perlu dibaca, lantas terfikir pula dalam benak ini, agaknya penerbitan apakah yang paling laris dalam sejarah.

Idea yang terpancul ini ibarat gatal yang makin digaru semakin asyik, lalu Pak Yob membuat sedikit penyelidikan santai untuk mendapatkan maklumat, lalu berikut adalah antara maklumat yang dapat Pak Yob kumpulkan dalam tempoh yang tersingkat.

Bahan bacaan yang paling terlaris mengikut urutan adalah seperti berikut:

1) Al-Quran

Al-Quran yang menjadi ilham penghidupan orang islam merupakan bahan bacaan yang terlaris di dunia sejak ianya diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.Jumlah penerbitannya tidak dapat dipastikan, tapi bayangkan kalau Pak Yob sahaja sejak kecil rasanya pernah memiliki lebih sepuluh naskah rasanya, tetapi yang tinggal kini ada dua naskah, satu naskah yang sama seperti yang terdapat di masjid dan surau dan satu lagi adalah yang merupakan hantaran sewaktu kahwin dulu,


Al-Quran

2) Kitab Injil / Bible

Kitab injil yang dipercayai diterbitkan sekitar tahun 1451 sehingga kini telah mencecah 6 billion naskah dalam versi terjemahan 2 ribu bahasa dan dialek.


The Bible / Kitab Injil


3) Buku "Quotation from Chairman Mao

Buku ini dikenali juga sebagai "The Little Red Book", mula diterbitkan pada sekitar tahun 1966, bilangan penerbitannya kini telah mencapai sekitar 900 juta naskah. Buku ini menghimpunkan buah fikiran serta ungkapan pemimpin komunis di China, mendiang Mao Tse Tung. Bahan ini telah diwajibkan keatas semua rakyat china mulai tahun 1966 sehingga 1971.
Buku ini menginatkan Pak Yob pada satu watak pelajar dari China dalam drama "Mind Your Language", watak tersebut selalu sahaja merujuk pada kitab merah itu bila mengajukan sebarang pendapat kepada gurunya, Mr. Brown.



Buku merah kecil yang menjadi pedoman buat pengikut komunis di China.


4) Buku "The American Spelling Book".

Buku ini diilhamkan oleh Noah Webster dan diterbitkan pada tahun 1783. Maklumat penerbitannya adalah sekitar 90 juta dan merupakan antara buku yang terlaris di Amerika Syarikat dalam abad ke-19.



The American Spelling Book

5) Guiness Book of World Records

Buku berasaskan fakta menakjubkan dan pencapaian pelik ini telah dicetak sebanyak 90 juta naskah. Buku ini mula diterbitkan dalam tahun 1955 dan mempunyai versi dalam pelbagai bahasa.


Buku yang diilhamkan oleh Mark C. young.

6) World Almanac

Buku yang menghimpunkan pelbagai fakta ini telah diterbitkan sebanyak 73.5 juta naskah muali tahun 1868. Buku ini pertama kali Pak Yob baca adalah sewaktu berusia sekitar 10 tahun di rumah datuk di Pengkalan Hulu, Perak. Antara fakta yang menarik perhatian Pak Yob ialah senarai juara tinju kelas heavyweight dunia.



The World Almanac

7) Buku "A Message to Garcia".

Buku karya Elbert Hubbard ini telah dicetak sebanyak 40 juta naskah. Bahan ini berkisar tentang isu buruh dan majikan.


buku " A Message to Garcia".


8) Novel The Valley of Dolls

karya fiksyen ilham Jacqueline Susann ini telah diterbitkan pada tahun 1966, novel ini membawa tema keganasan, seks dan gejala dadah.



naskah karya Jacqueline Susann


Agaknya di Malaysia buku apa yang paling laris?, adakah buku fiksyen novel remaja yang "meliuk- lentuk" judulnya itu?, tapi pada Pak Yob buku yang terlaris di Malaysia ialah buku tiga lima.


buku 555 yang sangat masyur sejak berzaman kini tampil dengan transformasi yang lebih segar.

2 comments:

McBudu said...

Sejarah buku 555, mengapa nombor 5 tiga kali menjadi pilihan, Sejarahnya waktu dulu-dulu orang berhutang menggunakan buku kecil tanpa nombor. Tapi seringkali orang tak bayar hutang. Jadi tokey tu tulis 555 bagi mengingatkan "buku Lima" ia itu penumbuk, jika tak bayar hutang...! Itu pun sekadar gimik sahaja. Masa tu mana ada pukul-pukul orang sebab tak bayar hutang. Sejak tu orang tak berani tuang, tak bayar hutang... sehinggalah kemunculan Along yang menggunakan buku lima dalam ertikata sebenarnya!

Pak Yob said...

mcbudu: maknanya kalau sapa tak bayar hutang, dia akan kena tumbuk 3 kali...