Tuesday, October 18, 2005

Belasungkawa....



Semalam seorang tokoh yang besar jasanya didalam korpus sejarah sukan badminton negara telah pulang ke Rahmatullah...beliau ialah Dato' Haji Sidek Kamar, ayahanda kepada barisan lagenda badminton negara..Misbun, Razif ,Jalani, Rahman, Rashid serta Zamaliah (dua lagi anak beliau iaitu, Rohzita dan Mohd Shahrezan tidak terlibat aktif dalam sukan ini). Dato' Haji Sidek yang dilahirkan pada 19 Januari 1936 di Banting, Selangor sebenarnya merupakan seorang Peladang dan peniaga Kelapa Sawit, namun beliau mempunyai minat serta bakat dalam sukan badminton malah beliau pernah menjuarai Kejohanan di Peringkat Daerah Kuala Langat serta "Malay Junior Champion" sekitar tahun 1960an. Meskipun pencapaian beliau dalam sukan ini tidak mencapai tahap kebangsaan, namun legasi yang beliau lahirkan telah menguasai dunia badminton antarabangsa, hasil bimbingan yang tekun, beliau telah berjaya melahirkan barisan jagoan badminton bertaraf dunia yang merupakan dikalangan anak kandung beliau sendiri. Misbun ( Juara Kebangsaan 1980-1984 dan 1986-1987), Razif dan Jalani ( Juara All England 1982, Juara Grand Prix Dunia 1989, Emas Sukan Komanwel 1990, Juara Dunia 1990 dan 1991, Juara Piala Thomas 1992 serta Pingat Gangsa Sukan Olimpik 1992), Rashid (Juara Sukan Komanwel 1990 dan 1994, Juara Piala Thomas 1992, Pingat Gangsa Sukan Olimpik 1996) , Rahman ( Juara Piala Thomas 1992) dan Zamaliah (Pingat Perak Sukan Komanwel 1994). Atas jasa dan sumbangan besar beliau, Universiti Putra Malaysia telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains Sukan kepada beliau pada tahun 2003. Sememangnya ajal pertemuan itu adalah ketentuan ilahi, pada usia 69 tahun, Dato' Haji Sidek Kamar pergi menemui ilahi pada tanggal 17 Oktober 2005 jam 2.30 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Jenazah beliau disemadikan di Kanchong Darat, Banting, Selangor.
(Misbun, Rahman, Razif, Rashid, Jalani)

1 comment:

indica said...

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yg soleh.
Al Fatihah