Wednesday, October 05, 2005

“The Librarian : Quest for the Spear ” merekonstruksi imej baru Pustakawan


Saya pernah membicarakan soal imej stereotype yang sering ditempelkan pada pustakawan, imej kuno, fesyen yang out of date , pembengis, usia emas dan tidak versatile itu yang kerap dimainkan oleh pembikin filem tidak kira dalam atau luar Negara. Namun rekomendasi filem “The Librarian : Quest for the Spear ” oleh rakan baik saya menyebabkan saya harus memiliki filem ini. Filem ini saya perolehi dalam format DVD, malangnya pada waktu itu saya belum memiliki pemain cakera DVD, lalu filem itu saya simpan untuk seketika waktu sambil berkira-kira untuk membeli pemain cakera DVD. Berselang tiga hari kemudian (kebetulan wang gaji dah diterima), pemain cakera DVD saya beli , agak lucu jugak bila dikenangkan matlamat utama mahu memiliki pemain DVD itu adalah semata-mata kerana mahu menonton filem “The Librarian : Quest for the Spear ” .

Setelah selesai menonton filem ini, saya merasakan “kesegaran” imej pustakawan yang dibentuk oleh skrip garapan David Titche dan diarahkan oleh Peter Winther ini. Filem fiksyen ini sebenarnya mempunyai plot penceritaan ala “Indiana Jones” , bezanya filem ini disulami dengan kesan khas dan komedi. Watak utama filem ini dimainkan oleh actor Noah Wyle sebagai Flynn Carsen atau “The Librarian”. Beliau mendapat tawaran bekerja sebagai pustakawan di “Metropolitan Public Library” secara tidak sengaja dan perlu menjalani sesi temuduga yang disertai oleh ramai calon. Akhirnya beliau berjaya, dan dilantik menjadi Pustakawan di Bahagian Antikuiti (ibaratnya Bahagian Arkib dan Galeri PTSL), Metropolitan Public Library. Walau bagaimanapun, filem ini tidak menggambarkan tugas terperinci seorang pustakawan, namun filem ini berjaya mengubah imej stereotype yang sering digunakan untuk watak seorang pustakawan di layar perak.

(Penulisan ini bakal dimuatkan dalam Buletin ILHAM akan datang)

1 comment:

indica said...

Imej bercermin bata besar?..hehehe
Anyway, istilah 'imej kuno' kurang sesuai kot...