Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya pada 18 Mei 1970, dan ianya beroperasi dalam bulan yang sama di kampus sementaranya, iaitu di Maktab Perguruan Persekutuan di Lembah Pantai. Penggunaan premis tersebut dilakukan setelah 80 orang pelatih tahun dua maktab berkenaan dipindahkan ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bharu. Dalam pentadbiran mana-mana organisasi sekalipun, modal insan adalah modal yang utama, justeru bagi UKM, pengambilan modal insan perintis bagi UKM perlu dilaksanakan.
Sebaik sahaja kerajaan bersetuju untuk menubuhkan sebuah universiti kebangsaan, jawatankuasa penubuhan universiti kebangsaan yang dipengerusikan oleh Tun Syed Nasir telah memohon kerajaan memilih segera calon-calon yang bakal mengisi jawatan Naib Canselor dan Pendaftar bagi universiti tersebut. Selain daripada itu, program latihan bagi bakal pensyarah juga perlu dilaksanakan dengan segera, ianya bagi memastikan mereka sudah terlatih untuk mengajar bakal pelajar perintis UKM. Kumpulan pertama tutor yang dihantar ke luar negara bagi melanjutkan pengajian adalah seramai 8 orang, pada masa yang sama, 2 orang pensyarah telah terlebih dahulu dihantar ke luar negara atas tujuan yang sama, mereka ialah;
Bil
|
NamaTutor
|
Jawatan
|
Bidang
|
Tempat Pengajian
|
1
|
Muhammad Haji Salleh
|
Pensyarah
|
Bahasa
|
Michigan, A.S
|
2
|
Ariffin Suhaimi
|
Pensyarah
|
Kajihayat
|
Reading, UK
|
3
|
Othman Abu Bakar
|
Tutor
|
Sains
|
London, UK
|
4
|
Najib Sheikh Mahmood
|
Tutor
|
Sains
|
London, UK
|
5
|
Mokhtar Bidin
|
Tutor
|
Sains
|
Newcastle-Upon Tyne, UK
|
6
|
Khalijah Salleh
|
Tutor
|
Sains
|
Kent, UK
|
7
|
Baharuddin Yatim
|
Tutor
|
Sains
|
Kent, UK
|
8
|
Mustafar Hj. Jar
|
Tutor
|
Kajihayat
|
Northwestern Illnois,
A.S
|
9
|
Nik Abdul Rashid Ismail
|
Tutor
|
Ekonomi
|
Indiana, A.S
|
10
|
Syed Othman Husein
Alhabshhi
|
Tutor
|
Ekonomi
|
Wisconsin , A.S
|
Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh |
Prof. Dato' Dr. Baharuddin Yatim |
Allahyarham Prof. Dr. Khalijah Salleh |
Allahyarham Prof. Datuk Dr. Nik Abdul Rashid Ismail |
Datuk Dr. Syed Othman Alhabsi |
Desakan agar pemilihan Naib Canselor dan Pendaftar UKM dibuat segera. (TST, 11 September 1968). |
Kerajaan kemudiannya melantik Tan Sri Rashdan Baba sebagai Naib Canselor UKM yang pertama, dan Tun Abdullah Salleh, selaku pendaftar yang pertama. Tan Sri Rashdan Baba dan Tun Abdullah Salleh kemudiannya turut menyertai Menteri Pelajaran Malaysia, Tun Abdul Rahman Ya'akub ke Indonesia bagi mencari calon yang sesuai sebagai ahli akademik UKM, rombongan ini juga turut disertai oleh Dato' Dr. Hassan Ahmad yang ketika itu merupakan pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Misi rombongan ini adalah mencari calon pengajar yang mampu mengajar subjek sains dengan menggunakan bahasa penghantar Bahasa Melayu. Sebelumnya, kementerian pendidikan sendiri telah mengadakan tinjauan bagi mengenalpasti calon bagi tujuan yang sama dari kalangan anak tempatan. Seterusnya pelantikan Tun Abdul Razak sebagai Canselor UKM yang pertama pula diumumkan, persetujuan Tun Abdul Razak menerima pelantikan tersebut telah diumumkan oleh Pemangku Menteri Pendidikan, Tan Sri Hj, Ghazali Jawi. (Berita Harian, 27 Ogos 1970:5).
Laporan rombongan ke Jakarta bagi mengenalpasti bakal pengajar subjek sains dalam bahasa melayu (TST, 4 ogos 1969) |
Berita Harian, 27 Ogos 1970, P. 5 |
1. Pensyarah
2. Penolong Pendaftar
3. Pustakawan
4. Pembantu Kewangan
5. Pembantu Makmal
Antara kaedah yang digunakan dalam mengisi jawatan-jawatan kosong ini ialah melalui pengiklanan di akhbar-akhbar tempatan, dan menurut Tun Abdullah, kaedah ini amat berkesan kerana UKM telah menerima permohonan yang sangat menggalakkan bagi jawatan-jawatan yang telah diiklankan.
Laporan pencarian kakitangan oleh UKM dalam The Straits Times bertarikh 24 November 1969. |
Selain pengambilan secara iklan, Universiti Kebangsaan juga telah mengambil beberapa kakitangan Kolej Islam yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka setelah kolej berkenaan ditutup.
Iklan Jawatan Pembantu Tadbir, Kerani, Pembantu Makmal dan Jurutaip Sumber : Berita Harian, 29 Disember 1970. |
Iklan jawatan Penolong Pustakawan Sumber : The Straits Times, 30 Mac 1970. |
Iklan jawatan Pembantu Pustakawan Sumber : The Straits Times, 30 Mac 1970. |
Sehingga Disember 1970, Pecahan kakitangan perintis UKM ialah seperti berikut:
Ahli Akademik
|
58
|
Professor- 4
Pensyarah Kanan- 3
Pensyarah - 15
Penolong Pensyarah - 15
Tutor - 21
|
|
Kakitangan Pentadbiran
|
134
|
Jumlah
|
192
|
Berikut adalah 10 kakitangan terawal berdasarkan turutan nombor pekerja yang diberikan kepada mereka:
Bil
|
No. Kakitangan (UKMPer)
|
Nama
|
Jawatan
|
1
|
0001
|
Haji
Muhammad Talib bin Abdullah
|
-
|
2
|
0002
|
Albert
Edward Bowers
|
-
|
3
|
0003
|
Ahmad
Karman Shah Pandak Ibrahim
|
Penolong
Pegawai Keselamatan
|
4
|
0004
|
Ismail
Seabit
|
-
|
5
|
0005
|
Ishak
Osman
|
Tukang
Kayu
|
6
|
0006
|
Yaakob
bin Ahmad
|
-
|
7
|
0007
|
Jasin
bin Bujai
|
-
|
8
|
0008
|
Muhamad
Md. Nor
|
Pengawal
Keselamatan
|
9
|
0009
|
Muhamad
Ali Yasin
|
-
|
10
|
0010
|
Mohamad
Rathi Alang Mamat
|
-
|
Buku log bertulisan tangan yang mencatatkan senarai kakitangan terawal ini masih tersimpan baik di Jabatan Pendaftar, UKM.. Pengurusan tertinggi UKM pada masa mula ditubuhkan ialah,
Prof. Emeritus Datuk Dr. Rashdan Baba...Naib Canselor UKM yang pertama. (1969-1971) |
Tun Abdullah Mohd Salleh ....Pendaftar UKM yang pertama (1969-1972) |
Dato' Megat Abdul Rahman Megat Ahmad...Bendahari UKM yang pertama (1970-1973). |
Tuan Haji Abdul Aziz Sheikh Mydin...Ketua Pustakawan yang pertama (1970-1977). |
Rujukan:
Hallo
03-54644 Sini UK Lembah Pantai. (27 January 1970). Berita Harian, p. 10.
Harith
Faruqi Sidek (2007). Sejarah Pengasas dan Pelopor Penubuhan UKM. Perpustakaan
UKM: Bangi.
K-tangan
Kolej Islam yang di-berhentikan akan di-beri pekerjaan baru. (12 November
1970). Berita Harian, p. 5.
Lantekan
Tun Razak jadi chanselor di-alu2kan. (27 Ogos 1970). Berita Harian, p.
5.
Minister
leaves to recruit staff for Varsity. (27 Ogos 1970). The Straits Times,
p. 5.
N-Varsity
: 'Act Now' call , govt urged to choose vice-chansellor and registrar. (11
September 1968). The Straits Times.
Rekod Pendaftaran kakitangan UKM (UKMPer), Jabatan Pendaftar UKM.
Rekod Pendaftaran kakitangan UKM (UKMPer), Jabatan Pendaftar UKM.
Search
for staff by National varsity. (24 November 1969). The Straits Times.
Universiti
Kebangsaan chari k-tangan, pensharah. (16 January 1971). Berita Harian,
p. 12.
Universiti
Kebangsaan di-kemas hadapi masa depan. (10 December 1970). Berita Harian,
p. 10.
No comments:
Post a Comment