Thursday, February 05, 2009

Nota dari Sydney

Hari ni ada presentation....gila apa..kena buat presentation.biasanya kalau pergi mana-mana conference, kita relax je dengor orang cakap...kali ni baru padan muka. Pak Yob ingat lagi waktu di Hanoi, kitorang gelakkan presenter dari jepun...ntah apa-apa dia cakap..bahasa inggeris versi jepun.yang faham cuma perkataan George Bush saja. Sekarang giliran Pak Yob pulak kena gelak...ni dah bukan rasa ada "rama-rama dalam perut" lagi dah....ni kes rasa macam ada"Yahudi mabuk dalam perut".

Masa time borak-borak dengan orang-orang Aussie ni sempat jugak PakYob bagi "hentam" diaorang punya polisi kemasukan pelajar asing ke Universiti Australia yang agak tak bertolak ansur.....kebanyakkannya setuju...dan terkejut..mengapa UK boleh bertolak ansur tapi mereka tidak.

Majoriti peserta bengkel ni dah senior...rasanya pakyob yang paling muda....so tak borang pun bab-bab yang formal je la....tapi yang menariknya...umur pencen mereka disini ialah 65!..itupun boleh option kalau nak sambung lagi....junior officer punya gaji 50k setahun...tapi diorang takda pencen wajib...hanya bila seseorang tu diistyhar berada dalam kelas "miskin" sahaja baru layak dapat pencen.

Petang ni ingat nak jelajah "Bondi beach" pulak....untung-untung boleh tengok jerung putih (jerung betul bukan "jerung betina" yang putih....he..he..).


ok...sampai sini dulu...

p/s : buat warga kerja ...sorila...website dah seminggu tak update...

4 comments:

As@Aza said...

Pak Yob...Bondi Beach lawa sgt...jgn lepaskan peluang pegi sana...kami just dapat tgk dr dalam keter jeerrr :(

McBudu said...

King Cross jangan lupa !

payarumput21 said...

Salam..

Wah.. PakYob.. jauh tu Australia..

Kita cuma dapat pegi dengan mata je la.. :)

Harith Faruqi Sidek said...

Aza: kensel p bondi beah...tarikan paddy market lagi kuat...berpeluh sesat dalam tu...apsal la dia tak bukak dari hari isnin...takde la terkejor-kejor..tutup awal lak tu...

McBudu: tak sampai king cross...

payarumput21: memang jauh...kebas punggung duduk dalam flight.