Tuesday, January 03, 2006

KIcap Tamin dan Bola

aku terkejut bila tengok "live telecast" bolasepak Super League Malaysia, MPPJ vs Perak...apa yang membuat aku terkejut dan kagum ialah kedapatan papan iklan yang tersusun rapi digigi padang tu ditaja oleh "Kicap Tamin"...aku mula2 tak perasan, bini aku yang perasan...ini satu perkembangan yang membanggakan dan perlu dicontohi oleh ramai lagi gergasi korporat tempatan. Tentang perlawanan malam tu, MPPJ yang di "branded" as Chelsea of Malaysia come out as the winner, but the game did't end smootly as a fracas sparked when Perak's Captain, Ahmad Shahrul Azhar was eliminated from the match for unprofessional foul on MPPJ's Import player, Rashid Zmama who being hail from Egypt. Actually that was the climax, Perak players seems to be frustrated by some poor judgement by match official, especially the referee, Manjit Singh. The match was even, it can go either way, both team enjoy a good football that night, but not for some players, most notably, Yusri Che Lah can be branded as a "over-acting" players, he can be a good choreographer one day..always fooling the referee with his play-act...so disgusting...it gave the game a bad name..

3 comments:

indica said...

Kicap Tamin ni masa aku kecik2 dulu dah pemes bersaing hebat dgn Kicap Cap 3 Ayam. Kdg2 aku konpius mana satu nak pilih..tapi aku pilih Tamin. Tapi budak2 kecik skang suka Kicap kipas udang yg manis tu..aku suka jugak tu. Tu pase sampai ada dua pilihan kat rumah aku..

Aku dah lama nampak papan iklan Kicap Tamin tu sejak tahun 90an lagi sbg penaja team Yop tu. Mungkin satu hari nanti taja kat jersey pulak.

as for that particular game, I cant give any comments since I wasn't aware it was broadcasted live that night.. surely I have missed all the fun.

sarahjiha said...

Setakat ni kicap tamin tak nampak kat sini...kicap adabi dan kicap kipas udang ada la..Aminah hassan punya cili sos pun ada..tak sabo nak tunggu kicap kipas udang nak taja team kala jengking yang makin tak nampak di pasaran sekarang...

McBudu said...

Aku dah melawat kilang kicap Tamin di Kuala Kangsar dan kilang kicap Kipas Udang di Johor. Di kilang Tamin, kita dapat menyaksikan berpuluh pasu-pasu dan tempayan besar dan kelihatan lebih konvensional. Sementara kilang kipas Udang pula kelihatan moden dan canggih. Kicap Tamin dihasilkan daripada proses Fermentasi yang mana kacang soya diperam berminggu-minggu untuk menjadi kicap (Toyu kata orang Utara?)Kicap yang dihasilkan melalui proses ini mempunyai khasiat yang amat baik untuk sistem tubuh badan manusia (sama dengan tempe). Sementara kicap Manis biasanya dihasilkan dari ekstrak kacang soya yang dihasilkan dengan segera oleh teknologi moden tanpa pemeraman. (Fermentasi)

Jika fakta saya tepat, kicap Tamin dihasilkan oleh keluarga Hj Tamin di Kuala Kangsar, sementara Kicap cap ayam pula dihasilkan oleh Syarikat SM Nor di Batu Gajah.