Monday, January 23, 2006

Jenama vs Kualiti

Baru-baru ni aku tertarik dengan sebuah segmen di corong radio sebuah stesyen milik swasta yang ditaja oleh satu jenama yang tak pernah aku terfikir akan mampu menaja sebuah segmen di radio swasta. Jenama barangan elektrik ini begitu sinonim dengan sebuah hypermarket, deretan barangan dari jenama ini tersusun rapi di seksyen barangan elektrik premis-premis dagangan milik "orang asing" ini. Lalu terlintas di fikiran aku, adakah jenama ini telah berjaya menguasai pasaran sehingga memperolehi laba yang berkoyan-koyan nilainya sehingga mereka mampu berjinak-jinak dengan publisiti telekomunikasi ini. Atau mungkin syarikat ini baru mengalami penstrukturan semula kakitangan, lalu langkah menaja satu segmen di corong radio merupakan revolusi idea pengurusan baru?. Mulanya aku tersenyum sendiri mengenangkan satu jenama yang bukan dalam kelas "elit", malahan nama jenama ini turut tersulam pada pakaian produksi negara jiran seolah seperti tidak ada rasa segan menonjolkan jenama mereka seolahnya jenama mereka sehebat jenama "besar" seperti Samsung, Toshiba, Panasonic,Hitachi malah taraf mereka aku rasakan belumpun mampu bersaing dengan jenama tempatan seperi ELBA. Kemudiannya aku terfikir, mungkin aku adalah golongan mereka yang dangkal fikiran kerana hanya melihat pada jenama, siapa kenal Samsung, Panasonic atau pioneer pada tahun-tahun sekitar 70 an dahulu? mana jenama yang pernah menjadi "elit" satu ketika dahulu, umpamanya Zanussi, Electrolux, malahan Singer yang mulai pudar dari pasaran awam. Aku mula menjejaki jenama ini dengan sedikit penyelidikan ringan yang sempat aku lakukan, hasilnya syarikat ini usianya sudah mencecah 12 tahun, syarikat milik Jepun ini rupanya mempunyai produksi barangan yang berbilang setanding dengan jenama "gergasi" yang "elit" itu. Aku mula kagum dengan jenama ini, cuma masih ada rasa sangsi akan perihal kualiti produksinya kerana secara jujur aku belum pernah memiliki walau satupun produksi jenama ini. Aku harus mengaku yang aku ada memiliki produksi jenama tidak "elit" yang lain, kualitinya bagus, malahan dari beberapa aspek ianya lebih efisien dari jenama yang tersohor itu tapi yang pastinya harganya jauh lebih rendah. Mungkin disini timbulnya pertimbangan "bijak" sebagai seorang pengguna, niat kita sebagai pembeli, cuba kita renungkan kembali, berapa ramai pengguna membuat pertimbangan " harga murah+kualiti=berbaloi ", rasanya lebih ramai paksi pertimbangannya " Jenama tersohor+kualiti+harga yang mahal+riak+trend masakini+..........." . Atau lebih ramai yang hanya melihat pada jenama semata-mata? golongan "brand concious" inilah sebenarnya yang mengapungkan harga barangan sehingga adakalanya seperti tidak masuk akal, sebenarnya tidak salah menjadi seorang yang "Brand Concious" malahan golongan ini sudah ada penandaarasan atau bench-marking dalam menilai sesuatu barangan, asalkan tidak mengenepikan aspek kualiti.Memang wajib kualiti harus diangkat sebagai aspek "pokok" dalam soal berkaitan "kuasa membeli" ini, namun seperti pepatah melayu "Mengukur Baju di Badan Sendiri", "kalau Kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga"....atau ramai yang lebih gemar bersifat "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan" yang akhirnya akan membawa kepada "Ayam menang, kampung tergadai"....alahai pengguna, sampai bila harus hidup dengan ideologi "biar papa asal bergaya", apa kejadahnya zahirnya hidup ibarat hartawan, tapi bernafas pun berbau hutang.....fikir-fikirkanlah...

(Perhatian: Artikel ini sesuai untuk golongan kelas pertengahan atau kakitangan awam gred 44 kebawah sahaja.."Edisi Tak Siasat")

7 comments:

indica said...

Apa ke jenama barangan tu weh..?

Memandangkan aku tergolong dlm lingkungan di bwh 44 jadi aku terpanggil utk memberi pendapat murah tak berjenama aku..he he.. Tak dinafikan ramai antara kita yg brand conscious…dan aku jugak tak terkecuali. Pada aku branded item dikaitkan dgn sesuatu yg menarik, berkualiti dan berbaloi utk aku miliki...dan yg penting kosnya tidak membebankan aku. Seseorang yg branded “tulin” bukanlah seorang yg suka riak, show-off etc. Dia shj yg tahu rasa kepuasan apabila memiliki sesuatu barangan yg dikatakan berjenama itu. Cuma kekdg bila seronok memiliki sesuatu itu, jika kena topik perbualan, akan terpacul citer mengenai barangan branded itu kpd org lain.
Org tidak tahu kita pakai spenda apa kalu org tak tanya atau kita tak ckp..Cuma sipemakai saja yg tahu apa yg dia pakai dan camana tahap keselesaannya..

Dari satu aspek aku memandang seseorang yg branded memiliki satu tahap citarasa tertentu. Citarasa naluri yg perlu dihormati. Persoalan samada beliau layak memiliki adalah soal kedua yg tuanpunya diri saja yg tahu. Memiliki barangan berjenama kukuh selalunya lebih baik dari asyik tak berpuas hati dgn prestasi barangan itu, atau hayat barangan yg singkat. Sbg contoh drp memiliki byk jam taraf petaling street, pasar malam..yg cepat luntur dan rosak…alangkah baiknya membeli sekali shj jam berjenama drp terpaksa beli lagi dan lagi...

Pada aku, berjenama perlu bertempat..jika sekadar membeli penyapu sampah...kita tak perlu membeli penyapu harga RM20 memadai ler penyapu RM4. Begitu juga kalau sekadar sandal, tak perlu membeli harga melebihi RM100 kerana tempatnya di tanah dan sesekali terpijak lumpur atau tahi lembu. Manakala kalau songkok aku akan cari yg berkualiti dan baik kerana tempatnya di kepala.

Mengukur baju di badan sendiri agak subjektif. Ada barangan yg dikatakan branded tetapi biasa aje pd org lain. Pada aku org yg gemar memiliki barangan berjenama tapi tidak memudaratkan dirinya adalah seseorang yg perlu dihormati citarsanya. Itu jauh lebih baik dari seseorang yg boros, suka berpoya-poya,kaki dangdut dan pub, berjudi, dan hidupnya menyusahkan orang lain. Tiada salahnya jika seseorang miliki barangan berjenama yg selalunya berharga tinggi sekiranya dia boleh compensate dgn mengurangkan perbelanjaan di tempat lain. Kalau selalu makan ayam, tukar je kpd makan telur atau ikan bilis ..he he..

Harith Faruqi Sidek said...

ko kena dengar station kembar radio nombor satu malaysia baru tau jenama apa...he..he..

Anonymous said...

Sebenarnya tak salah jadi branded asalkan sesuai dengan agong di saku..atu kat sini gueen le..minggu lepas kami pergi ke stoke on trent..kalau orang gila beli pinggan mangkuk boleh juling jadinya..brand pinggan mangkuk yang terkenal semua boleh jumpa kat sini..apa ke royal semua ada..tapi bila dipikir-pikir balik sanggup ke menghabiskan 4-6 pound sepinggan baru sepinggan belum lagi satu set..jadi berfikr sejenak..dua jenak..dan berjenak-jenak..akhirnya lawatan hanya untuk membawa ole-ole gambar sahaja..sebagai golongan bawah 44..(umur dan pangkat) teman lebih rela beli kasut adidas harga 10 pound dari beli pinggan mangkuk tu..kasut adidas tu pun kira branded jugak tu..so..tepuk dada tanya purse le...

Harith Faruqi Sidek said...

takat pinggan mangkuk tu carik je kat Padang Besor, kat makro ngan carrefour pun banyak..he..he..baik bawak balik BMW ke,Land Rover ke baru kena masa dan tempatnya...he.he..teman bab pinggan mangkuk ni memang tak terliyor, tapi kalau adidas punya brand...memang teman boleh sasau..dulu masa zaman student dulu, dari ubun-ubun sampai ibujari kaki...semuanya brand with three stripes..kira mencapai tahap boleh jadi Duta Adidas la...he..he..bayangkan teman p kelas pakai baju goalkeeper..adidas punya pasal...

McBudu said...

Jenama memang amat berpengaruh di dunia hari ini. Sebab itu banyak barang tiruan dihasilkan bagi mengaut keuntungan dari kegilaan jenama ini. Namun jenama juga penting dalam kehidupan kerana setiap jenama membawa jaminan dan tanggungjawab pengeluar terhadap peroduk yang dihasilkannya. Bagi aku jenama penting bagi sesetengah produk dan tidak penting bagi sesetengah yang lain. Yang penting seperti Jeans aku, vitamin & suppliments, cologne, beras, ubat gigi, berus gigi, dll. Tapi bagi aku, kalau kita ada duit lebih sikit, apa salahnya sesekali pakai yang berjenama seperti spender Hugo Boss.... kerja lebih semangat, lagipun itu bukan untuk menunjuk....

Harith Faruqi Sidek said...

yup,i agree..sebenarnya semua barang berjenama, cuma terkenal atau tidak aja..lain padang, lain belalang...

JEJAKABANJARTERAKHIR said...

nak citer ckit...aku penah beli tv takde jenama bary pakai 2 minggu gambar dah ble....adik bradik bila dtg kat umah ..pnas gak telinga ni kena perlekeh...bla syang gak duit beratus barangan tak tahan...stat dari tu aku beli barang letrik yg branded ...takde duit smpan dulu smpai cukup...(tak suka utang) stkt nie jenama samsung, toshiba nasional Ok...biasa nya bla pilih aku cari yang garanty @ waranty paling lama...tunjukan yang syarikat tu konfiden...