Saturday, November 22, 2014

Sulaiman Court (1958 - 1986) : Projek rumah pangsa pertama di Malaysia.

Oleh: Harith Faruqi Sidek



Sulaiman Court (Sumber gambar: Pertubuhan Akitek Malaysia, 1976.)

Projek pembinaan rumah pangsa yang pertama ialah Perumahan Awam Sulaiman Court yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Antara tujuan utama pembinaannya ialah sebagai penempatan semula penduduk di sekitar lembah kelang selain menangani masalah setinggan. Rumah pangsa 11 dan 4 tingkat tersebut dibina pada tahun 1957, dan mula didiami pada februari 1958. Sulaiman Court mempunyai 295 unit rumah yang dibahagi kepada tiga blok, iaitu Blok A, B dan C. Tingkat bawah Sulaiman Court terdapat unit-unit perniagaan yang menyediakan pelbagai keperluan untuk penghuni.
Pembinaan Sulaiman Court adalah ilham dari Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Housing Trust diberi amanah sebagai akitek bangunan ini. Mendiami bangunan yang tinggi pada ketika itu merupakan satu pengalaman yang asing bagi rakyat Malaysia, maka tidak hairanlah jika hanya 13 keluarga sahaja yang menjadi penghuni terawal Sulaiman Court. Sebagai langkah menarik penyewa, pihak pengurusan menawarkan pengecualian sewa bagi 6 bulan pertama. Pada tahun 1986, Sulaiman Court dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan pusat membeli belah SOGO.

Rujukan:
Charles Fernandez (21 August 2007) 200 former residents of Suleiman Court reminisce at gathering. The Star.
Guide to Kuala Lumpur Notable Buildings. Kuala Lumpur: Pertubuhan Akitek Malaysia, 1976. ( DS 599.K8.G84 - PTSL AM)
Pencetus projek rumah pangsa (30 Mac 2013). Utusan Malaysia.

6 comments:

Snuze said...

Menarik!

Harith Faruqi Sidek said...

Salam,

Terima Kasih Snuze...

the legend said...

wah, kalau ada lagi apartment ni, mesti meriahkan... tapi disebabkan pembangunan, habis rumah orang dipindahkan ke tempat lain. Ada maklumat tak kat mana depa dipindahkan?

Harith Faruqi Sidek said...

Insyaallah jika ada maklumat berkenaan, akan saya kongsikan...

elvie ho said...

Thanks for the article on Sulaiman Court.I was born there and stay there from 1961 to 1974.

Unknown said...

Kebanyakan mereka berpindah ke Flat Jalan Pekeliling dan Cheras