Thursday, November 20, 2014

Globe Silk Store: Dari Segamat ke Kuala Lumpur

Oleh: Harith Faruqi Sidek





Pada tahun 1928, Tirathdas Jethenand berhijrah ke Malaya dari Sind, India (wilayah Sind kini dibawah Pakistan). Beliau yang pada ketika itu berusia 18 tahun hanya berbekalkan wang saku sebanyak RS500.

Dua tahun kemudian, Tirathdas Jethenand membuka perniagaan tekstil di sebuah rumah kedai di Segamat, Johor yang disewa dengan harga RM40 sebulan, perniagaannya itu dinamakan Globe Silk Store.  Pada tahun 1947, Globe Silk Store berpindah ke Batu Road, Kuala Lumpur sebelum mendiami wismanya sendiri di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Era kegemilangan Globe Silk Store mulai malap menjelang lewat 90an akibat kemelut kewangan yang meruncing. Akhirnya pada tahun 2007, Globe Silk Store ditutup dan diambil alih oleh pengurusan baru dengan nama Globe by Sarah Hughes.


Rujukan:

Lam Seng Fatt (2000). The Golden Mile, Insider's Kuala Lumpur. Kuala Lumpur:  Times Book International.

Pemilik Globe Silk Store diberi masa 48 jam bayar denda RM200,000 (25 Mei 2010) Berita Harian.

Supriya Singh (19 November 1980) Honesty Pays Off for Globe Silk Store owner. New Straits Times, p.8.

2 comments:

the legend said...

dulu masa tahun 1982-1984, kami dok kat Sg Way, sinilah tempat mak dan arwah apak akan bawak untuk beli kain nak buat baju. Aku biasalah tak berapa nak suka, sebab takda mainan, semua kain ja... Kalau pi Batu Road Supermarket atau Keramat Supermarket, itu yang syok... macam-macam barang ada juai.... itulah kenangan masa dok kat Sg Way selama tiga tahun.

Bas mini no 33 adalah bas kaler kunin dari Sg Way ke Kolompo..

Harith Faruqi Sidek said...

Menarik kenangan The Legend....masih segar ingatan nampaknya Globe Silk Store ni..