Oleh: Harith Faruqi Sidek
Tahukah anda...Ubat Gigi jenama DARLIE dahulunya selama 60 tahun dikenali sebagai DARKIE. Penjenamaan semula ini dilakukan pada tahun 1989, kemudiannya perubahan turut dilakukan keatas karektor manusia bertopi yang menjadi logo jenama ini.
Perubahan ini dilakukan ekoran desakan dari pelbagai pihak agar Colgate-Palmolive yang merupakan pemilik 50 peratus saham syarikat pengeluarnya, Hawley and Hazel menukar nama dan logo barangan berkenaan. Nama 'DARKIE' dikaitkan dengan unsur perkauman lalu menimbulkan rasa kurang senang pihak yang melihatnya dari perspektif berkenaan.
Sumber:
Colgate-Palmolive plans to rename Darkie (28 January 1989). New Straits Times.
'Darkie' toothpaste renamed (15 October 1989). Eugene Register- Guard.
Jack Anderson (14 February 1990). Furor over toothpaste's name, Bangor Daily News.
Jack Anderson (14 February 1990) Toothpaste's name stirs controversy, Sun Journal.
New Straits Times, 3 November 1989.
No comments:
Post a Comment