Tuesday, May 27, 2014

Dari Teluk Anson (1882-1982) ke Teluk Intan (1982 - kini)

Oleh: Harith Faruqi Sidek


Arwah datuk dulu kalau sebut Teluk Anson bunyinya jadi 'Teluk Ensen', kawasan yang dulunya bernama Teluk Mak Intan, bersempena seorang peniaga wanita dari keturunan mandailing yang berasal dari Sumatera.

Tahun 1882, Kawasan ini dipilih sebagai pusat pentadbiran British bagi Daerah Hilir Perak oleh Residen Perak ketiga, Sir Hugh Low. Nama Teluk Mak Intan turut ditukar kepada Teluk Anson, sempena nama General Sir Archibald Edward Halbord Anson, Gabenor Negeri-negeri Selat. Sir Archibald juga bertanggungjawab merangka pembangunan kawasan tersebut.

Tahun 1982, Sempena sambutan ulangtahunya yang ke 100, Teluk Anson telah dinamakan semula sebagai Teluk Intan.


Rujukan:

Foong Thim Leng (6 Oktober 1985) Tower of Pride,The Star.

James Gonzales (4 February 2003) Teluk Intana reflection of many changes in small towns, New Straits Times.

Jefry Liew (12 June 2000) The leaning tower of the east, New Straits Times.

Priyajeet Kaur (29 januari 2014) Back to roots in Teluk Intan, New Straits Times.

1 comment:

Abdullah Hassan said...

13 mac 2019

Tuan Harith Faruqi Sidek

Saya pinjam cerita ini dan akan saya gunakan dalam catatan peribadi saya.

Semoga usaha Tuan akan diberi ganjaran berganda oleh Allah swt. Amin

Abdullah Hassan